Khamis, 5 Januari 2012

Nasi Lemuni.. mai ke Penang !

nasi lemuni, pulau pinang

Pernah dengar Nasi Lemuni? 

Hahaa... aku first time dengar nama nasi ni masa pi cuti ke Penang Krimas hari tu..

nasi lemuni, pulau pinang, stadium penang

Ni la dia rupa Nasi Lemuni... macam nasi dagang Terengganu tu tapi... ayah aku cakap, bintik2 hitam tu sebenarnya cengkih tapi dikisar halus...

Tapi masa aku makan tu takde pulak rasa cengkih. Ayah aku je yang rasa adanya kewujudan cengkih dalam nasi tu... he3...

Apakah lidah aku telah menjadi tebal ketika itu? ha3... Sedap? memang sedap ler... lebih - lebih lagi masa tu tengah kelaparan yang tersangat. Bedal je lah. Tapi sedap! Thumbs up!

nasi lemuni, penang roadwalk

Lokasi kedai ni kat Roadwalk di Jalan Stadium, betul2 bersebelahan Stadium Pulau Pinang... belah Tanjung nuu... bukan belah Butterworth...

Tu dia... alamak... tak nampak pulak muko acik yang jual nasi tu... bil masa tah braber tu muncul tah... tak perasan plak... 

Ini kita sapedek sebelum menjelajah roadwalk kat situ. Ramai orang tau! kalau bawak anak2 kena selalu pastikan anak2 sentiasa di mata kita. Roadwalk ni dibuka setiap sabtu dan ahad pagi je. Separuh hari je, petang? Tarak!

Agak jauh jugak dari hotel yang kitorang sewa. Hotel di Queennsbay... Roadwalk ni dah ke Batu Feringgi... Belakang rumah orang tua allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Perjalanan awal ke sana leh baca kat sini :



apple hotel penang pulau pinang

Masa ni harga tol dari Tol Senawang ke Tol Juru = RM 54.70 untuk kereta.

Tol jambatan pulak = RM 7.00 juga untuk kereta...

*picture captured via handphone Sony Ericsson Hazel J20

4 ulasan:

Kamalia berkata...

Ok saya pun 1st time dongar namo ns tuh..kok esok gi penang boleh la kot cr kodai ni..

Rozie berkata...

Wah Jalan Penang yer...best tak datang Penang?....

skuterlady.blogspot.my berkata...

Kamalia : best pi sana... tapi kalau nak beli barang kena tengok betul2 supaya barang yang kita beli tu keadaannya memuaskan hati.


zie : ni tak tau dah berapa kali mai Penang tapi kali ni tak puas jalan2 sebab masa suntuk sangat lah...hu3

Miss AnisSensuous berkata...

Teringin nak buat sendiri nasi lemuni..sebab sedap.. :) tapi kt cni mcm susah je nk jmpa pokok dia..