Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


Rabu, 8 Februari 2017

Singgah ke Berjaya Times Square

Lepas habis round 1 Kenanga Wholesale City ( KWC ) tu, kitorang singgah jap kat Berjaya Times Square...

Saje je... bukan nak shopping lagi dah... Cuci mata jer... Asalnya nak pi tempat lain, skali nampak plak cam de event kat Berjaya Times Square ni kan... jom ler tengok!


Tu dia... padahal raya cina lambat lagi masa ni... tapi dia punya dalam tu... semuanya nampak MERAH!

Ada selfie kat gerbang ni tapi malas la nak tepek sini... cam tak cun je... haha... gambo tu... bukan aku! aku cun je... kih3... masuk bakul angkat sendiri... boleh? whatever!


hohh... moment paling tak suka bila nak ngambik gambo... cenggini ler... tak hagak hagak orang yang lalu ni... cerr tengok sikit orang tengah posing ke hape... menonong je dia lalu... langsung gini jadinya... ish.. ish.. ish...


Sejak semenjak ni jangan marah aku sebab rajin ber-selfie... aku tengah up tahap confident level diri ngan ber-selfie...

Sebab sebelum2 ni aku amat la penyegan nak berselfie ni... haha... rasa rendah diri tu ketebalan teramat... sebab pada aku, mereka yang suka berselfie punyai keyakinan diri yang tinggi tau!

Diorang tak peduli sekeliling, malahan selesa dengan kondisi diri sendiri... haha... tu pendapat aku! kadang boleh berubah ubah... depends!

 

Again!... tak leh ke dorang ni kasi chance kat aku jap bergambo tanpa lintasan cenggitu? anak sapa la tu kan? anak2 melekap kat bapaknya... mak nya ni tengah galak ber-selfie... hakkk... gasak!


ok... nice! takde gangguan dah.. haha... nama patung tu pucca kalo tak silap... pernah tengok sesekali kat astro ceria tu...

hohhh... layan gak ler Astro Ceria tu... ngan anak2... cantik la semua hiasan kat sini. macam kat China betul... 


hahhh... blur! masa ni dah terdengar dengar suara Aiman Tino menyanyi live kat luaq tu... tu yang gambo tak semenggah cenggini... Mak yong! ada persembahan live kat luaq tu... jom lekaih tengok! jom... jom...


Tu dia... Elizabeth Tan tengah nyanyi live... ada part dia lupa lirik! tapi minah ni memang cun ler...

Sufian Suhaimi pon ada gak... Awie Rafa'el... penonton? ramai ngkooooo... aku terpaksa melintas ke sebelah tepi ni haa... dapat tengok dari kejauhan cenggini jekk... tapi ok gak la... nampak je... yang paling excited tengok diorang perform ni... Fa'el!

Nak tak nak, abahnya terpaksa dukung gak Fa'el... nak bagi dia puas hati... time ni plak Faiq pun sama nak bergayut kat abahnya.. hahaha... gasak le ngko! Opal je steady... dia tak berapa layan mende camni...

Meloncat - loncat Faiq nak abahnya dukung... teruk abah korang kerja kan ye!? haha... aku mampu dukung Faiq kejap je... sebab lepas tu dia mengelintin nak abahnya gak yang dukung... phieeww... selamat aku!

Balik tu... berhari gak ler abahnya sakit sakit badan! kih3... aku nak tolong urutkan, dia tak mau... ok... takpe! tabah je lah ye menahan sakit! bukan selalu layan anak2 cenggitu kan? hehe

Sebelum balik tu, round jap sedasss kat lam Berjaya Times Square... konon nak cari port yang paling senang nak tengok event show tu... owhh... event ni sebab TV3 tengah promosi untuk  Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31)...


Tapi takde plak... huhu... otw nak balik tu singgah balik depan stage ni... sebab terdengar geng Khalifah perform... tapi dah hujung2 lagu dah... aisehh...


Anugerah Juara Lagu 31 tu? aku tak tengok pon... tah apa tah... tak macam dulu la feeling nak nonton! kali ni rasa cam boring je! soooorry! tak havoc dah cam dedulu... makin ke-tua-an dah ke aku? hihihi..........................

Rabu, 18 Januari 2017

Penutup tahun 2016 minggu akhir

Minggu akhir 2016 tu memang macam2 kisah yang jadi dalam keluarga aku... Aku kumpul la dalam 1 enrty ni... buat kenangan... dan peringatan...


1st...

Ayah hilang tak dapat dikesan... 

Aku blur jap bila cik guyu maklum dalam group wassap... katanya ayah tak jawab call, tak balas whats app... biasanya pas maghrib mesti ayah akan call semula... tapi kali ni langsung tak... bila cik guyu sampai rumah ayah... bergelap... semua elok berkunci... hmmm... mana pulak ayah pi ni?

Masa tu dah dekat 12 tengah malam, cik guyu update... still tak jumpa ayah kat tempat2 dia selalu pergi... call pon masih tak berbalas... aiiiyooo... 

Actually, aku memang planned nak balik rumah ayah esoknya... cik guyu balik dulu... tup tup ayah takde.. kereta takde...

Termenung jap aku kat ujung katil... nak balik malam tu jugak, tapi hati kata 'nanti dulu...'... hmm... hasben dah cakap macam2 dah... tapi aku still memikir... ada pulak mulut capui kata ayah aku kena culik la... kena itu la, kena ini la... ehh... hati aku kata ayah ok!

siap suruh buat report polis bagai... huhh... niat aku de gak camtu tapi masa tu belum sampai 24jam lagi.. 

last2... dapat gak cari ayah... tau kat mana? Bandung.... otw nak ke Jogja ke masa tu.... hishh... kemain kan? anak2 dah cemas ni kat sini... senyap senyap dah sampai Bandung... takde siapa pon kat kampung tu yang tau... sebab ngan orang kampung, ayah cakap dia balik kampung... ayoyohhh.... katanya memang tak nak sesiapa tau...

jangan buat camtu lagi yah!!



2nd...

Lemas mandi manda di kolam mandian Asahan, Melaka...

Kena sebut jugak tempat tu kat Melaka, sebab bila aku google nama Asahan tu... google search tu tunjuk sekali Asahan yang kat Indon tu...

Masa kejadian tu aku baru pas selesai turun dari surau... tengok2 orang dah berkumpul kat tepi kolam...

Tak sangka anak buah aku yang lemas...

Anak alang yang no.2... kolam air tu tak ler dalam pon... paras peha orang dewasa je... tapi kalau dah nak terjadi kan... tetap terjadi jugak ler...

tah camne dia boleh pengsan terus tenggelam dalam air kolam tu... mujur la ada budak lelaki ( remaja ) yang perasan dari awal dia tenggelam tu...


mak ayah dia ada kat tempat kelah tu... terlepas pandang kejap je... dah jadi camtu... walaupun kolam tak dalam... tak boleh amik mudah la yer... kena keep on watching anak2 kat tempat2 macam ni..

reminder untuk diri aku jugak... mesti selalu perhatikan anak2... jangan leka ngan perkara lain... 

lebih2 lagi handphone.... kadang mak bapak ni lebih suka ngadap phone dari anak2.. suami / isteri lebih suka ngadap phone dari pasangan masing2... mungkin phone tu mampu jaga makan minum diorang bila dah terlantar nanti kot... huhh... opss... terlepas geram plak kat sini... hikss... tapi still

if something happened... handphone tu takkan dapat gantikan tempat anak2 kita... ingat!

owhh... masa ni alang and his wife takde la main phone...tu selingan je... hehe


masa kejadian, emaknya dah meraung... dah buat CPR tapi katanya tak menjadi... ambulan otw... tempat tu jauh gak ler dari hospital... makan masa jugak ambulans nak sampai pun... muka kaki tangan semua dah membiru... 

nak ditepuk kuat2, mak ayah nya tak bagi... once diorang hasben n wife tak nampak, remaja yang selamatkan dia tu diam2 tepuk2 belakang anak buah aku tu... time tu baru ler dia muntahkan air. baru la nampak dia celik kan mata... alhamdulillah... 


masuk je dalam ambulans tu, dia dah sedar sepenuhnya... bantai plak dia meraung dalam ambulans tu minta nak balik rumah...

tapi pihak spital nak warded dia dulu sebab masih ada gelembung air kat dalam peparu dia masa scan tu...

memandangkan jauh, terpaksa amik risiko minta pindahkan dia ke spital terdekat ngan rumah mak... apa2 hal senang nak melawat ke hape...

alhamdulillah... sepanjang perjalanan tu dia ok... sampai spital Jempol.. alahaiii... berjam plak nak tunggu warded...

last2 kena refer kat spital Pilah... malam tu jugak diorang hantar anak buah aku tu ke Pilah... bermalam ler mak ayahnya kat spital Pilah tu... just untuk pantau perkembangan dia je... anak buah aku tu actually dah ok dah... lincah dah...


Sorry ler, cham!

aku tak dapat nak jengah anak ngko hari tu... kitorang terpaksa rushing balik Seremban sebab ada hal nak diselesaikan hari tu...

dan...

masa tu 1 lagi tragedi terjadi...

kat aku...

tak dapat nak cerita kat sini... biar ler aku simpan dalam hati pasal tragedi tu... tapi sampai mati aku akan ingat... puncanya... dan akibatnya... semua tersemat kukuh dalam hati aku...




Selasa, 17 Januari 2017

Kisah Cuti 25 Disember 2016

Salam semua,

Hari tu de officemate tanya aku, 'akak ok ke? dah ok?'

Well, camni je la Wie... ada masa akak ok, ada masa tak ok... tak tau la bila nak betul2 ok nya... bukan senang nak sembuh bila hati dah terluka ni...

kau basuhla dengan sejuta kemaafan pon, sakitnya masih terasa...

nak nak lagi bila orang yang lukakan hati kita tu senang senang je minta maaf... pastu terus terusan buat hati kita terluka... berdarahnya hati ni... tak leh nak kata... terima kasih la kat hamba hamba Allah tu... terima kasih sangat...


Faiq... rindu selalu kat si kecik ni... tak lama lagi dia bukan lagi yang bongsu... ada baki 2 bulan je lagi aku bersalinkan adik dia... semoga segalanya berjalan lancar... semoga dengan kelahiran si bongsu ni akan buka 1 ruang baru dalam hidup aku... letih dah dengan dugaan yang menyakitkan ni... tolong lah Ya Allah...

owh... entry kali ni akan panjang berjela... rewind balik aktiviti masa cuti Hari Krismas tahun lepas... tu Faiq tengah cemas tu... kesian dia... sebab?


ni haaa... masa kitorang masuk dalam mesin auto wash tu... dia punya la takut... padahal sebelum ni dah biasa dah masuk mesin auto wash ni... nape tah hari tu dia takut sangat. 

pagi tu kitorang planned trip mandi manda kat Kolam Air Panas Bemban. Saje, teman mak aku yang tengah stress ( well, aku pon tengah stress jugak... ). kitorang 3 beradik ler temankan... erm, sebenarnya.. alang n family, aku n family cik guyu yang still single n availabe tu... hikss... and our mom!

trip 2 kereta... kul 10 pagi baru gerak! huhu... lambat giler! sampai sana dah zohor dah... otw tu sempat la pi cuci kereta cik guyu dulu jap... mak 1 kereta ngan alang...  aku n family tumpang kereta cik guyu... kereta kitorang meragam pulak sehari sebelum tu... takut jadi hal tengah jalan kang, so tumpang cik guyu je lah...


ni terpaksa berkelah kat luar kolam air panas Bemban tu... sebab nak masuk dalam tak boleh... dia punya que nak masuk tu aduhaii... ramai giler!

meleret leret orang tunggu giliran sampai ke tangga tu... penuh kat depan kaunter masuk tu...

kita tumpang makan kat tepi rumah orang... de kawasan lapang kat situ... tumpang la kejap. perut dah lapar sangat memasing dari pagi tak sarapan... kejap je... lepas tu kitorang terus ubah plan... next...

Asahan... situ pun ada air terjun kan... try search kat waze... boleh melalut sampai jalan ke Muar pulak... ishh..ish...ish... patah balik... jauh plak tu sesat... haha

patah balik... pas dah jumpe tu, baru tau... tak ler jauh sangat pon... heee... amende punya waze lah... cerghh...

nak cari air terjun Asahan ni pun masalah jugak... dah jumpa dah signboard tapi sesat jugak... salah masuk lorong... 

2 kali ulang alik baru jumpa... patut la tak jumpa...

air terjun tu tersorok ke dalam... lorong nak masuk tu kemain semak samun... 1st time tengok macam tak leh masuk je lorong tu... padahal dalam tu banyak je kereta parked...

setentang dengan lorong tu ada kolam mandi berbayar... mak dengan alang dah masuk situ dulu... kitorang masuk kendian sebab nak explore dulu air terjun dalam tu... 

air terjun asahan melaka

Ramai ngkoooo... ni paling bawah ler ni... kira cam stage 1st... sampai sini je kereta cik guyu leh masuk... kalau bawak hilux boleh masuk ke dalam sikit lagi sebab kawasan tu agak berbatu... pehtu kena menapak sikit nak ke air terjun tu... dalam tu leh kata cam stage ke-2...


ni tengah memikir ni... mana nk lepak... separuh makanan ada kat mak... separuh lagi ada kat kitorang... camne tu?

Faiq tu belum mandi lagi... kesian dia... dah makin masam dah.. hew hew... pampers pon dah melayut je tu...


last2, kitorang ikut mak jugak.. berkelah kat kolam berbayar tu... harga? alamak... lupa lah... nanti kalau ingat, aku update kat sini ye... tak pon korang google je lah...

sebab? keadaan air kat air terjun tu yang... ermmm.... tah ler... ko tengok je la air kat belakang Faiq tu... memikir gak ler nak main air tu... tambahan lagi, fasilitasi tak berapa nak ada... toilet takde... tempat nak tukar baju pon tak berapa nak ada... nak menapak ke air terjun tu, alahai... hasben kata ramaiiii...


opsss... ada gambo yang aku kena sensor kan... tak kuasa nak dedah kat public... so aku conteng dengan kaler oren tu... tu bukan bebola hantu langsuir ye... tu memang saje aku conteng...

mak aku.... dah dapat duduk, payah betul nak bangun... anak2 ni nak bentang tikar ni... tepi la sikit mak... ish3... sayang betul dia nak lepaskan kerusi tu... sabar je lah...


tu dia... cetek kan? suka budak2 ni dapat main kat situ... tugas mandikan Faiq, aku serah kat hasben... diorang berdua yang betul2 belum mandinya pun... aku dok tepi... sambil2 jengah toilet... tu biasa...

ape - ape hal kena cek toilet dulu.. haha... lepas tu cari surau pulak... sebab masa kat Bemban tadi dah masuk waktu zohor kan...

ni yang tak best... surau dah besar dah... ok lah tu... taaaaapi... kipas takde! apatah lagi air-cond... perghh... panas giler dalam tu... tingkap 1 je plak... sabar je lah bersolat dala surau tu ye...

suis kipas ada dah tepi pintu masuk tu... tapi kipasnya yang takde... kabel kipas tu elok terjuntai... nasib ler... berpeluh - peluh ler bersolat dalam tu... sila lah pasang bilah kipas tu ngan segera ye!



lepas habis solat, chit chat jap ngan cik guyu lam surau tu... chit chat hal pompuan... tima kasih dik, sentiasa sudi menadah telinga ngko dengar luahan hati akak kau ni... jadi kan kisah aku ni sebagai pengajaran untuk ngko, dik!

yang baik ngko ikut lah, yang buruk jadikan peringatan ye... jangan ikut plak...


turus balik ke tempat berkelah... perghh.... berpeluh... hari tu memang panas giler... time ni Faiq dah gigil kesejukan... masa ni jugaklah ada tragedi kat kolam mandi tu... kisahnya?

hahh... yang tu next entry... memang tak sangka nak jadi hari tu...

disebabkan tragedi tu jugak lah, kitorang tak sempat nak buka dan makan semula bekalan kitorang... sempat makan kat Bemban tadi tu je kejap...

kesudahnya, balik rumah malam tu baru dapat makan... al-hamdulillah bekalan tu masih elok, tak basi lagi... tapi hari sepatutnya happy, jadi agak suram sikit... aku memang dah suram lah... tapi also suram kat alang aku...






Sabtu, 24 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade - I truly need a Holiday lah!


Sebelum ni memang ada terlintas dalam kepala nak pergi bercuti. Kebetulan dalam sebulan ni aku asyik tertekan,  mood swing. So... it's truly.. i need a holiday lah... Manalah tau,  boleh naikkan semula semangat yang makin menghilang ni kan? Tau tau je Traveloka de buat contest...  Tak salah cuba nasib kan?hehe...  Tak mengidam nak pi jauh2... Dapat pi Langkawi je pon dah syiok tu... Jalan - jalan kat mana?


1. Dataran Lang...


Bergambar sampai lebam... Yeahahaaa...  Selfie... Wefie puas2...


2. Underwater World Langkawi...


Tang ni anak2 mesti suka dan teruja...  Dapat tengok ikan laut dalam dekat2...


3. Pekan Kuah...


Yang ni mak depa yang suka.. Aku ler tu...😂Berangan nak memborong... Shopping puas2... Perghh... Paling heaven dapat borong coklat... Wahh... Tapau... Tapau...


4. Muzium 5D...


Oihh... Mungkin histeria anak2 aku tak mau balik lepas datang situ... Takpe...  It's holiday....  Layan je sampai depa puashati..


5. Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park...


Masih untuk anak2... Takpe takpe... Kalau anak2 suka.. Mak pon tumpang suka... Mak tumpang enjoy gak lah... Takkan nak tengok je kan.... Being mak memang meletihkan tapi bila tengok gelak tawa anak... Walaweii... Bahagia tak terhingga tau... Masalah? Tolak tepi... Hehe

Harap harap impian tercapai melalui #MyTravelokaEscapade... Hewhew...



Ahad, 11 Disember 2016

Bulan Khatan

Salam semua,

Semoga dirahmati semuanya...

Dah 2 minggu anak2 cuti sekolah kan? Ada dah tu mak ayah yang pun sama sama cuti sakan membawak anak2 pi makan angin...

aku je blum... belum ada perancangan lagi sebetulnya... paling jauh pun, pi kenduri kat Port Dickson... lepas tu singgah jap kat dataran PD tu... just jenjalan gitu je...

Nantilah... ada rezeki, kita pi jenjalan ye anak2... rehat2 dulu kat rumah. penat kan sekolah hari tu.... hari2 kena bangun awal... merengek je la kojo ehh hari2... tapi nak buat camne... kalau tak sekolah nanti payah... mak ni dah ler takde harta nak diwariskan kat anak2... ilmu je lah yang mampu mak berikan... nak dapat ilmu, kena la pi sekolah hari2... tambah ilmu dengan para cikgu kat sekolah... ilmu yang kita dapat kat sekolah dengan ilmu yang kita dapat kat rumah tak sama... tapi semua tu berguna bila dah besar nanti...

dah ada ilmu nanti, usaha la untuk ngumpul harta sendiri... baru tau erti bersyukur dengan nikmat kemewahan yang kita dapat tu... kalau terlampau senang dapat kemewahan tu, takut lupa diri... tak reti pulak nak bersyukur, lepas tu menyusahkan hidup orang lain...ye lah, lahir2 terus hidup senang... dimanja dengan kemewahan dari kecik... blajar pon ala ala je lah... kisah apa, mak ayah orang kaya... tu semua tak elok tu... tak pasal2 disebabkan orang macam ni, orang lain yang dituduh tak reti bersyukur... oohh... pantang betul aku ngan perkara macam ni...

ok... cukup dulu, kang melalut la macam2 kang... meh back to main story... bulan 12 ni bulan cuti sekolah kan... a.k.a bulan khatan... de ke ang dah buat majlis khatan anak2?

aku? well, belum lagi... tapi inshaallah... memang nak kena buat jugak tu nanti... anak2 aku kan semuanye lelaki... ( stakat ni la... yg dalam perut ni belum ketahuan lagi... lom masa lagi nak scan jantinanya )

stakat ni tengok anak2 orang je berkhatan... owhh.. hasben yang tengok... aku tak... hehe... tapi sebab dia dah send gambar banyak2 kat wassap group... apa salahnya aku share kat sini kan?

jom tengok...


Ni kat Masjid Sikamat... anjuran warga2 situ gak ngan orang2 UMNO setempat...


1 kepala... RM 10.00.... jangan ngko tanye kepala yang mana ehh.... 


Dedulu budak2 yang nak kena khatan ni kena berendam dulu dalam sungai... kan? tu yang aku dengar lah... 


Perarakan dulu... siap ler tu ngan bunga manggar... bunga pahar....


Dalam reramai tu, leh lak mata ni nampak seketul tu.... skuter tu... cantik le pulak kaler skuter tu... coklat + creamy... i like...


La ni cukup syarat nak bagi lebih meriah... diorang panggil bomba... pancur ngan air dari jentera bomba sampai kecut...


Sejuk lorrr... dah le pepagi ni redup je... sejuk mehh...


Hmmm... standby la yer anak2... kojap lae kasi potong! khatan ler... pehtu berpantang ler reramai kat rumah masing2...

time anak2 aku tu nanti tak tau la camne nak gantung kain tu... ish... ish.. ish... pikir jap...

selamat berkhatan anak2... tabah ler berpantang ye.... hihii...



Ahad, 16 Oktober 2016

Cempedak goreng

Gigih buat entry sambil tengok Gegar Vaganza ni haaa... Intan Sarafina tengah nynayi.... lagu hit dia dedulu tu... masa tu heboh orang dok kata suara dia sama macam Dato' Siti... Tapi malam ni takde pulak keluar suara ala ala Dato' Siti tu... ok la tu... 


Hah... meh cerita pasal cempedak ni...

semalam ayah datang semata - mata nak hantarkan cempedak ni... 3 ketul.... sorang seketul... untuk Cik Jijah ngan Cik Guyu skali...

so semalam semuo ehh berkumpul kat rumah aku... semalam jugak aku dah goreng separuh untuk ayah... dah alang - alang ayah de tu... masak ler terus... makan sama sama cempedak goreng tu ngan ayah... meriah sikit...

cik Jijah n hasben dia pon dapat gak makan... samo lah ngan cik Guyu... makan ramai2... panas2... syiokk ooo...


kualiti gambo... hancusss.... lantak lah... hari ni goreng lagi... hasben request... semalam dia jamah sikit je... tu yang laju je ke dapur tu... hehe... sementara aku 'kerja' kan cempedak ni, hasben bawak anak2 jalan potang... 


yang kat tangan aku tu aku panggil jerami... fav aku ni... isi cempedak tu kadang aku tak usik pon... leka korek jerami ni je... pehtu ngap masuk mulut... sedap!


dah selesai korek dah... cempedak yang separuh tu, aku potong lagi separuh... tetap dapat penuh semangkuk camni... 4 orang makan lepas ni... banyak!!

separuh yang tinggal tu... esok lah pulak... dah le makan berdua je... anak2 tak pandai makan lagi cempedak goreng ni... diajak makan, diorang pandang lalu je... cerghhh...


tu dah standby nak menggoreng... tunggu minyak dalam kuali tu betul betul panas dulu... bancuhan tepung tu... simple je...

tepung gandum...

dengan 

garam - secubit...


bancuh je ngan air sejuk... aku tak letak tepung beras... tepung jagung pun tak letak... pasal takdo stok kek ghumah...


rangup ke? ehhh... ape tak rangup plak? rangup je... makan panas panas memang sedap... meletopsss gitu....


gambo memang tak fotogenik langsung.... asal boleh je lah... sekian cerita cempedak goreng aku ni...

daaaa....


Selasa, 20 September 2016

Raya haji, macam macam yang sakit...

Dah lama cuti... bila start keje tu... ramai je yang tanya...

'raya hari tu pi mana?'


'camne raya?'



'waaaa... untung la cuti raya lama lama...'



'syoik la... cuti hari tu raya sakan...'



Walhal... hakikatnya... huhuhu.... ni dia aku nak cerita...

Memang ler aku cuti lama... asal ehh nak cuti sampai rabu minggu raya korban tu gak... khamis tu rasa meronta ronta nak kerja tau... hahaha... poyo! padahal dalam hati tu sebenornya berbolak balik tu.. betul ke nak keje ni? malas pon hade nih... nak keje ke tak? nak kojo ko tak? kannnnn.... gitu ler kekdahnya...

hari mantai

masa ni tengah tengok tengok kan Faiq... kalau tak, dia masuk tengah tengah tu... mengacau abang3 ehh main badminton... takut je kena tepek kat reket tu sedasss... ado plak yang lobam kang! haaa. naya!

riuh rendah budak2 ni main badminton... macam nak gaduh pon ada gak... aku layan ler gak sekejap... sebelum Faiq datang, peluk sebelah kaki aku kuat2.... ish... ish... ish... sebelum mak dan anak ni tergolek berdua kat tepi tu, baik aku berenti....

semalamnya, beg susu Faiq tertinggal kat pejabat... hari mantai ni... gigi pulak laaaaaaa yang sakit!

tergigit daging liat... dah tu, tau gigi sakit... makan lagi! lagi la menjadi jadi sakit tu... oihhh... ngilu... berdenyut2 gigi ni... biasanya sakit kejap je... kali ni.... buat la ape pon... tak hilang pon sakit tu... berus gigi dah.... floss gigi pon dah... taaaak hilang ngko! saaakit!

sampai rumah mak, mak pulak tak sihat... 😓


demam... muntah muntah...kepala rasa berputar - putar... kata mak... pagi tu mak dah pi klinik... kena cucuk katanya... tak tau la sakit sebab apa... tekanan darah ok... tu kata doktor kat mak... mak plak cakap kat aku... alahai... sian mak.

tapi pagi raya haji tu, mak ok dah... aku je yang tak ok lagi... telan actifast pon tak selosai masalah... sakitnya ya Allah!!

oiiihhh... lama dah tak sakit cenggini.... kali ni lagi teruk rasanya.... bengkak pipi aku!


nampak... gambo pon sipi sipi je... yang bengkak tu sorok tepi... bahahaaa... ni baru pas tengok hasben berlalu menuju ke balai Pilah... bagi tujuanmembantu mereka di sana melapah lembu... hahaha...

mak suruh pi klinik je... cabut je long! dari ko simpan gigi tu... ko je yang menderita!

perghh... ayat mak!... tapi memang sakit giler lah kali ni.... naik ke kepala sakit ehh... tu yang tersembam je sepanjang hari... time hilang sakit, aku jengah gak mak buat keje kat dapur.. tolong2 mak... mak pun baru nak elok tu... time sakit.... tersemban balik kat ruang tamu... tenyeh2 je pipi tu dengan bantal... kononnya nak ilangkan sakit le gitu... haghammmm....

nak pi klinik time cuti umum ni... alahai... ado ko klinik yang buka time2 ni? terkenang pulak, poket pon tengah 'sakit' nih.... huhuhu... nangis!!

cerghh.... semuo ehhh serbo sakit niiiihhh....


gambo ehsan dari hasben... tu dah siap melapah dah tu... ingat nak minta dia balik cepat, beli kan panadol actifast lagi... rupanya, ado lagi tempat yang mintak tolong dia lapahkan lembu korban. redha je lah tunggu dia balik...

tu pon dia cakap... 'tak elok makan panadol actifast ni bebanyak...'

nak buek camno.... sakit uiikk... bukan sikit2... tak leh lolap tau... last2 tanye kat cik Jijah pasal ubat susut bengkak... menonjol benar bengkak ehh...

dah malam baru hasben balik, bawak skali ubat susut bengkak papain tu dengan pain killer... beli kat Alpro Bahau tu...


macam macam ada kan? tapi semua tu aku mampu tengok je... time hilang sakit, baru dapat makan... seco'et... ketupat segera dengan sup tulang mak je... daging kat tulang tu... mashaallah... lembut giler!

sesuai sangat kat aku yang tengah sakit gigi tahap gaban ni... memang lembut! mudah hadam gitu! hehehe... tu je lah.

petang raya korban tu, cadangan asal nak pi rumah ayah pulak. tido sana... tapi sebab gigi dah cedera tu kan... aku stay kat rumah mak. nekad, esok ( selasa - hari kerja dah tu ) nak pi cabut gigi ni... sakit dah sampai ke urat kepala... tak tahan oiii...

kebetulan klinik Gan tu dekat sikit dengan rumah mak, tu yang tak jadi balik rumah ayah malam tu...


selasa tu... aku telan ubat tahan sakit dengan susut bengkak 2-3 jam sebelum pi cabut... 2 hari dah menahan azab... cabut je lah... bak kata mak aku...


sakit tak cabut gigi?

perghh... tak cabut lagi sakit! baik cabut je... doktor otai tu memang terer.... 2 kali dah aku datang klinik ni... stakat cucuk bius tu... alah... cam kena gigi semut je... sebab dia just cucuk kat kulit gugi tu je... tak kena pon gusi... tu yang tak sakit sangat... time cabut lagi la tak sakit. tapi sebab gigi aku dah 2 hari sakit, doktor tu gitau awal2 sebelum cabut...

'sebab gigi you dah 2 hari sakit, ni bila kita cabut... you akan rasa sakit sikit... kalau sakit nanti, you angkat tangan... so saya stop...'

tak sakit, tapi lebih pada rasa ngiluuuuuu sangat! gusi yang bengkak tu.... makan masa nak susut...

balik rumah ayah malam tu lepas cabut gigi, mampu masak ala kadar je... nak makan pon tertelan telan darah lagi... lambat plak kering darah tu... terpaksa gak ler telan ubat yang doktor tu bagi... owhh... kos cabut gigi  dengan ubat 2 jenis... RM 40.00.

memang aku tak masak rendang kali ni.... langsung tak... biasa kalau balik kampung, aku masak ler jugak rendang... tapi kali ni sebabkan gigi punya hal... aku banyak melepet je... makan pon tak berapa nak hadam...



rabu pagi dah balik Seremban, sebab petang tu Opal ada temujanji kat Klinik Pakar Gigi HTJ Seremban...

Khamis tu... aku EL... bengkak tak susut lagi... gusi pon sakit lagi...


hahhh... kali ni aku tak lupa sekodeng koko ayah... kot de yang dah masak, boleh ler bawak balik... lamaaaaa orang tu mintak... tapi sori la wie.... koko ehh ado... tapi bolum masak.... mudo mudo lae semuo ehh... lum ado joki kau lagi Wie.... sabar je lah ekk...


itu la kisahnya yang aku cuti lelama tu... takdenye nak berjalan makan angin ke ape... banyak melepet kat rumah je... menahan rasa 'best'nya sakit gigi... huhuhuuuu....




Ahad, 11 September 2016

Cuti Raya Aidiladha


Cakkk.... Aaaa... Cuti tak raya haji ni? Balik kampung tak? Lancar ke perjalanan semalam?

Aku kat rumah mentua lagi... Tengah tunggu biras aku, kak Wani tu balik dari beli lauk. Jap lagi nak masak lauk tengah hari... Aku tolong ler mana yang patut kang...

Gambar atas tu salah fokus sebenarnye... Yang betul, gambar kedua ni...

Pangkin mentua aku. Ada macam kon tu kan... Dari mula aku dok perati... Apa lah yang ada kat dalam tu... Asyik bergerak je... Lurus ke depan je plak tu... Nampak rare... Harus aku abadikan dalam kamera phone... Banyak mende rare kat rumah mentua ni... Hehe


Sambil tu sekodeng diorang tu... Nak angkut lembu masuk dalam lori... Yang badan merah tu jinak... Lepuk lepuk sikit punggung dia,terus je lembu tu lompat atas lori...

Tapi yang putih tu payah sikit... Nampak macam degil pulak...haha

Kena lepuk lepuk pon melawan lagi tu... Hasben kata lembu tak bertanduk camtu payah sikit nak tarik atas lori... Kalau kuat sangat takut lembu tu mati terjerut... Tak pon lembu boleh lolos... Sebab tali tu boleh senang senang je tu tercabut...

Haha... Betul la.... 1st time tak berjaya... Tali tu lolos... Lembu tu lari turun balik... Siap bagi penendang lagi kat orang yang dok lepuk lepuk bontot dia tadi... Hamik kau!!!

Katanya... Kot! Hahaha....


Kali ketiga baru dapat tolak naik... Pon payah je tu... Kih3... Kecoh je kan, pasal lembu pon nak buat entry... Lari betul dari tajuk entry... Tapi.. Eh... De gak kena mengena tu... Kalau tak sebab cuti raya aidiladha, takdo lah esey dapat nengok aktiviti camtu...

Tengok sama2 ngan Faiq... Dia yang paling teruja... Uihh... Suka betul dia... Eeeii... Uiii... Eiii... Mak, Buuuu.... Boooo....

Pak mentua dah bising kat belakang tu.... Kelapo takdo orang nak perah... Hmmm.... Ngko rasa? 

De orang order lemang kat pak mentua aku... Jangan nak order kat aku pulak... Sori, aku tak layan haaa...

Cauwww dulu....