Langit kat luar tu mendung je dari tadi. Gelap tapi kadang2 lum tentu hujan. Kekadang, bila hujan turun mula la mengeluh. Kita lupa yang hujan tu sebenarnya satu rahmat... satu peringatan.
Tapi kali ni, aku harap hujan turun la... Lebat pon takpe... Hujan lebat - lebat sekarang supaya masa balik nanti takde la lebat sangat...
Atau mungkin terus berhenti... harap2 la... Dengan harapan... hati mereka yang terasa sebal tu... sejuk sikit... mood yang ke laut tu... ok semula...
Kalau masa kecik2 dulu, aku suka tengok hujan.. Gemar biarkan tempias hujan singgah ke muka... nyamannya! Sejuuuk je!
Bau tanah yang basah tu... unik..
Pada aku... wangi! Lebih wangi dari segala perfume yang ada... Tu duluu... Rindu masa dulu...
Sekarang bauan harum tu dah lama aku tak hidu... kekadang perasan macam ada tapi....
Tak sekuat dulu... kenapa eh??
Info:
Tau tak kenapa lepas hujan mesti ada bau wangi terbit dari tanah yang ditimpa hujan tu?
Mengikut sumber :
Bau hujan dikenali sebagai 'petrichor'. Ia pertama kali ditemukan oleh dau saintis Australia IG Bear dan RG Thomas dan diterbitkan dalam jurnal Nature pada tahun 1964. Mereka menjelaskan bau tersebut terhasil akibatcampuran kimia dari daun tumbuhan dan sebatian geosmin dari yang dibebaskan ketika hujan jatuh ke bumi.
Perkembangan terbaru tentang bau hujan dijelaskan semula oleh penyelidik dari MIT, Cullen Blue. Dengan menggunakan kamera berhalaju tinggi, beliau merakam imej bagaimana titisan hujan memerangkap gelembung udara ketika menyentuh tanah. Hasil penelitian tersebut diterbitkan dalam jurnal NATURE Communication.
Saintis menemukan bahawa, titisan hujan tersebut akan membentuk sebatian yang dikenali sebagai aerosol ketika menyentuh tanah.
Mekanisma
Prosesnya ialah, apabila hujan menyentuh tanah yang berliang ( berpori ), titisan air hujan tersebut akan kehilangan tenaga kinetik dan mejadi rata, tidak melantun bulat. Gelembung udara akan terbentuk akibat perbezaan halaju titis air dan penyerapan air oleh tanah.
Ketika gelembung udara menyentuh permukaan bahagian atas titisan air, maka gelembung tersebut akan pecah. Sewaktu pecah, gelembung tadi membebaskan aerosol dan sebatian kimia lain yang ada di tanah. Proses ini berlaku dalam masa yang sangat singkat. Kira - kira sati per seratus ribu saat.
Menurut Cullen Blue, penyelidik utama penyelidikan ini, gelembung udara yang pecah bukan hanya melepaskan sebatian kimia, malah ia juga turut menghamburkan mikroorganisma ke persekitaran.
Bule juga berpendapat, lebih banyak zarah - zarah kimia terhasil ketika hujan rintik - rintik dan sederhana berbanding hujan lebat.
" Hujan turun hampir setiap hari di seluruh dunia. Hujan juga adalah fenomena sains yang sangat menarik dan ia berlangsung begitu sahaja tanpa banyak dipedulikan. Jadi kami mengambil inisiatif untuk melakukan tinjauan mengenai mekanisma bau hujan yang sungguh mengkagumkan," ujar Blue melalui temubual di BBC
Haa... hamik ngko! Sains! Sekarang tau dah kan kenapa hujan tu ada mengeluarkan aroma yang sedap je untung dihidu. Dan aroma tu hanya terbit waktu hujan renyai - renyai, rintik rintik je... Masa hujan lebat takde ehh...
2 ulasan:
ya, alangkah bestnya kalau hujan turun sekarang.. dapat juga tidur nyenyak kan.. ehehe
dulu masa zaman kanak2 dulu, saya plak suka dgn main hujan.. ehe
gen2merah : huiihh... dapat main hujan tu rasa best sgt dah masa tu..ha2
Catat Ulasan