Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2018

Bila gusi dah tak bengkak lagi

Sambung kisah sakit gigi lagi tu...

After a week ehh...

Lepas seminggu bedal pil antibiotik tu, sakit kat gigi ni memang totally hilang lah. Mula lah kan rasa takmo cabut dah. Tapi dah member office cakap bagi amaran... Seram la!

Paksa rela lagi sekali pi klinik gigi. Yes.. Alone! Dengan hati yang berat, ku gagahkan jua. Sebab iols xmo menderita sakit gigi masa sibuk beraya. Iols serik! Cukup la sekali...

Di klinik tu, nak hilangkan rasa gementar... Iols ngadap la phone sampai muak. Gementar tu tetap tak hilang. 😂 😂 😂

Owh... Why time sakit gigi, the doctor refused nak cabut gigi kita? Sebab masa tu, gusi kita dah bengkak ye. Doktor tak nak ambil risiko sebab boleh memudaratkan keadaan kita yang dah sedia sakit. Boleh berlaku jangkitan dengan mudah ya!

So... Sampai giliran aku masuk ke bilik doktor. Hati dah degup degap nih... Last2 doktor cakap, 'sayangnya nak cabut gigi tu...'

La...

Ya... Bukan doktor je sayang, me too... Sayangnya nak cabut, tapi iols xnak menderita sakit gigi lagi tatkala orang lain gembira beraya sakan makan macam2. Tak mo! Tak mo!

So? Kena cabut x?

Nope!

Sebaliknya, doktor mencadangkan agar aku buat rawatan akar gigi. Haa?! Teringat kat anak sulung. Opal pon pernah buat rawatan akar ni dulu. Meraung dia masa buat treatment tu. Aloloh... Sakit sangat ke? Tapi iols sayang gigi tu. Xpelah, kita patient yang baik, so... Kita ikut saranan doktor.

Tapi bukan dengan doktor ni... Doktor ni suruh aku datang balik the next weeknya lagi... Check n buat appointment.

Again..  Next week nya!

Kali ni doktor lain pulak. Aku kalo boleh nak doktor yang sama tapi bukan rezeki lah. Sebelum buat appointment untuk treatment, doktor ni bagi penerangan dulu. Wow... perasaan masa tu kan... degup degap lagi tau... tapi teringin nak selamatkan gigi tu.. yang lubangnya tak la besar mana... iols nekad je nak buat rawatan akar. Anak aku boleh ngadap... takkan aku tak leh kan!

1st rawatan katanya agak sakit!

Ha.... jeng jeng jeng!

Lagi la seram aku dibuatnya...


 sumber gambar : pengalaman buat rawatan root canal

Jumaat, 17 Ogos 2018

Sakit gigi lagi

Salam Jumaat!
Hi...

Tak lama lagi Raya Haji kan?

Cerita raya aku tahun ni tak up lagi sini. Kata nak buat kenangan tapi sampai la ni tak publish. Tak tau la kenapa. Takde mood la nak up cerita raya tahun ni... Padahal ada je kisah. Terutamanya hari raya kedua tu. Kisah aku dengan Fa'el... Kecoh rumah mentua dek kerana aku dengan Fa'el... Yang melihat kekecohan tu cuma mampu gelak je... Hehe... Tapi memang lawak ler... Nanti lah ehh aku cerita...

Kali ni iols nak simpan kenangan pasal gigi iols ni. Punya lah sayang... tapi terpaksa cabut jugak akhirnya selepas cuba ku pertahankan... Aloloh... Tetap kena cabut jua... Sedih noks!

Gigi atas sebelah taring ni dah lama berlubang. Tapi jaaaaarang la sakit... Tah camne, bulan 3 hari tu... Mula dah sakit. Berlubang la... Tapi bukan atas tau... tepi gigi... tak besar pon... Tapi mengenangkan sakit tu dah mula kerap... Terpaksa la menyerah kat klinik gigi. Pergi sorang. Merempit cam biasa. Tapi hati berat sangat nak cabut tau... Berat sangat!

Masa ni gusi kat gigi yang berlubang tu dah bengkak dah. Lama jugak aku menahan sakit. Takut nak cabut punya pasal, rela aku bergantung kat ubat sakit gigi brand Hurix's tu... Tapi tu la... Elok kejap je. Lepas tuuu... berdenyut balik sampai tahap tak leh tido!

Nak pi klinik, masa tu tengah holiday! Huhuhu... Takkan tengah holiday, ko nak pi cabut gigi! kan??

Balik tu la, aku pi sendiri. Sakit i... i tanggung sendiri la... Bukan husband or sesiapa... So.. Pi la sendiri ke klinik... Melawan ketakutan demi sebuah kesakitan... Iols berani berani kan jugak la diri nihh... What to do? Ada orang tak suka iols ni yang pada dia, iols ni manja. Cannot independant! Pii rah... Pandai kata orang...

So...? Aku rempit sorang2. Bertenggek la berjam - jam kat klinik tu sambil menahan debar di hati. Tapi rupanya, doktor kata tak boleh cabut lagi sebab gusi tengah bengkak. Inilah klinik gigi gomen! Gusi tengah bengkak... cannot cabut la! Why? Nanti sakit... Ayyooo... Kalau tak cabut pun sakit maaa... Tapi tetap doc tu tak mo cabut. Dia bagi antibiotik. Makan for a week, then datang balik untuk cabutan bertuah... ye... bertuah sangat! Cabut gigi la...


After a week :

Ya... iols datang balik. Gusi dah ok. Dah mula rasa tak nak cabut... kihkihkih... Tapi abang kat opis ni kata, "ye tak sakit dah sekarang... kau tau, kalau datang balik sakit tu.. lagi sakit tau! Baik kau cabut je... "

Alaaa... takutnya... nak puasa dah tu! Nak raya! takmo la sakit time raya....!!! alaaa....

Jumaat, 13 Julai 2018

Nyaris pitam semasa shopping raya!

K... Sambung ehh...

Yang perut tetiba je memulas tu.. Lepas tu sakit tu naik ke kepala... lepas tu 1 badan dah mula rasa kebas. Terustama kat bahu... Tangan ni rasa nak luruh... Mata dah nampak kelam je semua.😖😵 Opal yang memula tu jalan kat depan ngan adik - adik dia n apak dia, bila tengok aku semacam, dia terus datang kat aku.

Lambatnya mak jalan...

Tu dia yang cakap. Aku larat tak larat je cakap ngan dia, yang aku sakit perut.. Tak larat nak jalan. Laki den? Aku rasa dia jauuuuuuh sangat masa nih... Perut memulas balik. Kebas seluruh badan tu tak tau nak describe acaner... Sakit sangat!😖😵

Opal dah eskot aku je sepanjang masa. Last, aku dah tak tahan sangat... Takut rebah kat situ... AKu paksa kaki ni jalan cepat2 ngan mata pon dah mula jap kelam, kejap terang. Nafas dah mula sesak semacam.😖😵🤢 Tak tau mana datang kekuatan tu, aku kejar hasben. Tapi bukan nak minta bantuan dia. Just untuk pass baki duit untuk beli kain sampin anak2.

Aku just cakak, sakit perut and nak ke tandas. Itu je yang dapat aku cakap masa tu. Lepas tu selagi mampu angkat kaki ni berjalan, aku paksa. Opal nak temankan, aku tak bagi. Aku suruh dia stay  dengan apak dia tengokkan adik2 yang lain. 

Masa cari tandas tu, aku tak larat nak jalan. Perut memulas teruks, nafas dah makin sesak... Aku paut kat besi yang ada kat situ.😖😵🤢 Masa ni ada sorang teenager berdiri situ. Bila dia nampak aku semacam je, terus dia cabut lari... Takut gak eh...

Lama aku berdiri paut kat besi penghadang tu. Mata dah tak nampak apa. Gelap!😖😵🤢

Nafas pun dah sangkut2... Oiihhh... Tak tau la apa orang2 kat situ fikir masa tengok aku camtu. Berdiri, paut tiang tapi tunduk n pejam mata. Nak bagi nafas tu ok balik... Ada la dalam 5 minit ke 10 minit. Sakit...😖

Bila mata dah boleh nampak, baru aku jalan lagi. Masa ni boleh plak tak nampak tandas yang terdekat. Aku nampak tandas yang jauh tuuu.... yang macam tersorok tu haaa... Ya Allah... Nasib...

Tu pon aku perasan masa duduk sekejap kat kerusi yang ada kat situ. Masa ni dah dekat dah dengan tandas ceruk alam tu. Tapi sebab pandangan tu kelam balik, aku terpaksa duduk. 😖

5 minit... aku tenangkan diri jap... bila pandangan mata dah boleh nampak semula, aku cepat2 masuk toilet ceruk alam tu. Masa ni, Mydin dah announce dah, lagi berapa minit nak tutup premis... Lantak lah... Dapat duduk jamban duduk tu... Allah... lega... 

Tak pernah seumur hidup aku kena sakit perut sampai tahap macam ni... Sakitnya sampai tahap nak pitam lah! Bukan la membuang sangat pon, tapi angin bertalu - talu keluar... Lepas dah semua, baruuuu lega... Masa ni, berpeluh - peluh!😖

Dah ok balik, dah lega sikit... baru aku keluar. Masa ni baru la tok laki sedar keadaan aku. Baru la dapat gitau. Tapi tu la... cerita ngan mengalami sendiri tak sama. Paling sweet pon, dia just cakap... ermm... angin tu!

Opal tanya gak... nape muka mak nampak macam tak larat je?

Huhh... Sakit! Muka pon jadi monyok layu je...

Tapi, takde pon sampinnya... sampai ke raya, pakai je sampin yang lama. Alter kat bahagian pinggang je sikit...

The End...😥


Selasa, 10 Julai 2018

Kenangan Puasa 2018

Lamaaa blog ni terbiar... Tuan kau ni macam biskut. Jap jengah, kejap tak. I busy lah... Tak sempat nak terjah. Apatah lagi nak buat entry baru. Tutup blog? Eh.. Belum ada niat lagi... Masa je yang tak berapa nak ada. 

Raya nak abih dah eh? Tinggal minggu ni je kan? Acaner raya korang? Raya aku? Hahaha... Biasa je. Baju je yang overrr. Nanti lah kita cerita. Ni meh dengar cerita aku pasal puasa tahun ni. Pukal dalam 1 entry. 

Puasa pertama tahun ni... Anak sulung aku, opal... Meragam x mau berbuka. Sejam lagi nak berbuka, dia boleh terlelap. So, aku biarkan je dulu. Dah nak berbuka, berapa minit je lagi nak berbuka... Aku kejut, dia meragam plak. Nangis nangis tak nak bangun. Ehh... Orang dah nak berbuka lah! Dia boleh nak tido balik. Geram pulak aku tengok... Adeiihh... Hari pertama just berbuka ngan anak2. Bapak dorang keje. 

Sebut pasal bapak diorang, sebulan puasa tu... Macam macam penyakit datang. Sebelum puasa tu sakit perut... Sampai masuk spital la... Mujur ler jugak tak kena tahan wad. Sakit apa? Kata dia, kencing hitam. Sakit plak tu. Doktor HTJ tu cakap, kencing jadi camtu sebab kencing tu bercampur darah. Maybe batu karang. Doktor nak tahan wad tapi dia yang x nak.

Lepas tu, sakit pinggang plak. Yang ni, aku lupa. Sakit pinggang dulu ke or kencing berdarah tu dulu. Rasanya sakit pinggang dulu. Lepas tu baru kes batu karang. Sepanjang sakit pinggang tu pon, aktif je pi sana pi sini. Gagah je... So, aku assume dia ok. Lagipun, setahu aku... Sakit pinggang ni mana boleh urut sebarang. Kang makin teruk. Aku gak yang kena marah. So aku sapukan yoko yoko. Pi opis tanya la kengkawan kot diorang ada idea nak hilangkan sakit pinggang tu kan. Ada la kawan bagi cadang. Makan pil sakit pinggang. Sebijik harga RM 3.00. Makan 2 biji je dah cukup. Katanya. Beli mana? Farmasi Alpro tu haaa... Pil ehh warna kuning. K ni untuk remind aku la kalau sakit pinggang tu datang lagi... 

Tq kat kawan yang bagi cadangan bernas tu. Elok kata laki aku! Alhamdulillah... Tu pun aku dituduh macam macam. Haiihh... Entah lah!

Tu pinggang.. Masuk bulan puasa... Bisul pulak! Laki aku la... Ingatkan sakit apa. Melampau benar sakit eh... Mengeluh je memanjang. Sakit katanya! Katanya, kalau jadi apa apa... Jaga anak2 elok2. Sakit kali ni lain macam ( compare with sakit pinggang n kencing berdarah tu ). Lahh... Dah kenapa kan? Masa ni tak tau lagi sakit tu rupanya bisul... Elok plak tu kejadiaannya tu kat lubang dubur. Heheh... Doktor tengok pon seriau... Sakit tuuuu, kata doktor. Bisul kan... Kau tau la dia punya lama nak 'masak'. Doktor dah bpesan, jangan pecahkan. Biar dia pecah sendiri. Kalau tak, nanti boleh bentan. Haaa... Episod nak tunggu bisul tu masaaaaak! Sadis wooo... 😂 

Tumbuh kat dubur kan, nak berak la yang paling azab. Berak keraa plak tu kan. Lagi la sakit. Menderita weih... Makan ubat tahan sakit berpapan papan pon tetap sakit. Kadang tu terlantar je sebab terlampau sakit. Makan minum pun hantar ke bilik je. Sampai 1 tahan tu, dia menggigil tahan sakit... Uihhh... Aku sendiri yang cek. Patut la.... Melecet! Sakit tuuuuuu... Aku letak ubat gamat. Lupa yang aku ada gel aloe vera tu. Dah teringat tu, baru letak. 

Seminggu lebih ler orang tu menderita sementara nak tunggu bisul tu betul2 masak. Sekali meletusss... Melambak nanah! Suruh pi hospital, x mo! Bisul pecah tengah malam... Aku ler yang dressing! Bersihkan semua... Melolong lolong ler sakit masa aku picit nanah tu... kesudahnya, aku biar dia picit sendiri. Sambil tu cakap gak, ni kalau ke spital ni... habis doktor korek hidup hidup ( tanpa bius ). Jangan harap doktor nak bius. Tu bisul tu... takdenya doktor picit dengan penuh kasih sayang! Dorang tenyeh kaw kaw... Kalau takkkk... Kena jangkitan nanti...😈... Tempat kena korek tu nanti habis berlubang! Heh Heh Hehh...

Camtu gak la para isteri kena ngadap lepas bersalin. Ditenyeh2 je tempat luka bersalin tu tanpa kasih sayang abadi tahap cipan! Tau??! 


Jangan tanya apa reaksi dia. Masa tu aku tengah sibuk dressing bisul tu. Tapi laki den x cakap pape. Diam membisu... Lantak situlah...

Persiapa raya untuk anak2, aku dah beli awal2 tahun hari tu. Masa duit bonus masyuk! Masa ni tinggal nak membeli baju melayu untuk diorang je. Lepas laki den elok tu, baru la dapat pi merayap cari baju raya. Tapi takde pulak yang berkenan. Kesudahnya... beil kasut... kat booth tu haaa... Yang de sandal gergasi tu... 3 pasang untuk anak2 lelaki. Untuk Najwa, aku beli tempat lain, hari lain.


Dah dapat kasut, anak2 demand nak sampin pulakkk... Baju belum beli lagi, dah nak sampin pulak. Sabar la nak! Mak gigih ni ngompol duit ni haaaa... 


Misi mencari baju raya tahun ni, aku pi tanpa anak2 dan suami. Untuk kali pertamanya, aku pi cari sendiri. Iols pi survey kat Nilai 3. Shida, opis mate aku jadi peneman. Dia pon nak cari baju raya jugak. Gigih buat video call ngan laki la konon... last last... pilih ikut selera aku je. 


Berkenan dengan warna kelabu ni, tapi jenis kain plak tak kena ngan aku... Next...


Satu lagi, tema nak warna blue royal la kununnya. Macam tu... Last last... bukan blue royal tema tahun ni... Navy blue jadinya... Pasal takde warna yang aku nak dan aku dah malas nak pi jenjalan lagi.. Letih wooo... Dah la tengah puasa! Hausnya! Panasnya...


Cantik cantik baju kat sini. Murah pulak tu... tApi disebabkan duit yang ada masa tu cukup2 sifat nak buat beli baju raya anak2 je... Iols mampu tengok je... Nak cucuk duit, duit tak keluar plak dari ATM tu... Habih gaknya! 😅


Kedai tempat aku terpikat hati nak beli baju raya anak2 lepas kepenatan berjalan! Harga boleh tahan... Tapi stok baju yang dijahit adalah terhad... so... grab je lah!

Yess... Baju untuk 3 orang putera aku tu. Yang Najwa, aku tak belikan pon baju kurung ke apa. Malas. Pakai pon sekali je nanti... So... Tak beli. Rugi! Lagi pun gaun dia dah melambak kat rumah tu... Ada yang aku belikan, ada yang atuk n nenek Pilah dia belikan, ada yang mak sedara Najwa yang belikan. Alhamdulillah... rezeki!

Kuih raya? Tahun ni tak amik kat kampung macam tahun  tahun sudah. Aku tempah kat staff opis aku ni jugak. Selain tu banyak kerepek2 je. Kita tak beli dah yang kat Cik Mek. Ada yang aku kirim kat Cik Jijah je masa dia balik ke rumah mentua dia di Air Itam, Johor. Ada yang aku pi beli sendiri dengan shida kat area opis aku ni.

Baju raya aku yang paaaling last! Ni aku cerita kemudian... Ada kejadian yang terjadi kat aku masa episod membeli baju raya aku ni.

Isnin, 26 Mac 2018

Bonding dengan anak : Faiq

Assalamualaikum...

Apa kabo kome semua?

Teman sihat alhamdulillah... Baru je balik dari Perak... Kampung mentua di Bidor. Kampung ayah aku pon kat Perak juga... Tak jauh dari Bidor... Tu... Di Teluk Intan nuuu... Lama gila tak pi sana. Takde sape yang aku kenal. Ayah sorang je la yang kenal sedara mara sebelah sana.

Kita cerita pasal trip ke Perak ni lenkali ehh...

Ni kisah minggu lepas. Faiq demam, so aku amik e.l jugak walaupun dah beria bersiap nak masuk kerja. Tak sampai hati la nak tinggalkan dia kat pengasuh tengah demam macam tu. E.l je lah sudahnya.

Nawaitu nak pi klinik gigi pon aku terpaksa tangguhkan dulu ke tarikh yang lain. Gigi kenapa? Gigi ai lubang lah... Makan je, terselit kat situ. Lepas tu, mula la urat gusi tu sakit. Sakit ooo...

Lepas sarapan ( ai sarapan sensorang okey... Si Faiq tak mo makan. Dia leka main depan tv sensorang... Huhuhu) terfikir la nak kemas barang2 bawah katil bilik budak2 tu. Kot dah xelok buangkan je. Buat apa nak simpan.. Kann??!!

Baru je nak tarik, tengok2 penuh sampah kat bawah katil tu. Astaghfirullah!!! Banyaknya!

Mula - mula tu sikit je. Tapi...

Ada je bila aku kais dengan penyapu tu. Aihh... Apasal tak habis habis ni? Dari tadi kais kais, ada je lagi. Kot kait buah ni, kenyang gak le makan. Ni tak, kait sampah...

Geram punya, aku tarik katil tu... Skali ngko... 


Tu haaa... Tu sikit je yang korang nampak. Aku tarik lagi katil tu... Nasib baik la katil tu ringan. Mampu la tarik sorang. Buntang biji mata aku tengok segala macam sampah sarap tu. Dah macam sarang tikus! 

Haduiihh 

Gigih aku kait semua sampah tu sampai bersih... Setengah dari karung sampah besar tu hasil 'tuaian' aku untuk hari tu. Hehe... 


Nampak tu... Baru selonggok je tu... Selebihnya masih tersorok kat bawah katil. 


Ko nampak bantal2 yang bersusun tu? Asalnya tak gitu kejadiannya...

Tu Faiq, si pelaku di tempat kejadian bersama bukti. 

Masa aku tinggalkan bilik tu... Sekejap je... Kejap sangat tau... Aku jengah, dia dah susun bantal tu semua jadi tower! Sikit lagi dia nak panjat... Kena sergah ngan aku, terus tak jadi. Aku suruh dia kemas then aku pi dapur balik... 

Bila jengah semula... Gitu la dia susun... 

"cantik tak mak?" 

Aku? Tak terkata... Tak tau nak marah ke nak gelak. Aku jawab la jugak.

" hmm... Cantik!" 

Terus aku amik gambo. Muka dia... Haha... Bangga la tu bila mak dia puji. 

"mak, nak nengok!" 

Ha... Siap nak nengok gambar lagi tu... Sengeh je dia.. Haha... 

Ending? 

Aku jugak yang kena kemas balik. Serabut tengok dia susun macam tu... Erghhh... 


Khamis, 23 Mac 2017

Mak

Salam semua,

Lama aku peram ni. Tak pernah kot aku citer pasal mak aku dalam blog ni. Tapi kali ni terasa nak share pasal mak.


Ingat lagi, masa aku tak tau aku dah pregnant ni... aku ingat aku ada ketumbuhan dalam rahim. Tapi bila check kat klinik, rupanya bukan ketumbuhan. Pregnant rupanya 🙂


Tak lama lepas tau aku pregnant, Cik Guyu gitau aku pasal mak. Dia baru lepas bawak mak pi klinik lepas mak mengadu dia period balik dan perut rasa sengal2 macam senggugut. Padahal mak dah lama menopous. Haiiipp... Jangan gelak ehh... Korang kena alert ngan tanda2 macam ni gak satu hari nanti.


Scan biasa je masa tu, pakai scnaner untuk preggy woman tu la... tau kan? masa tu doktor nampak ada ketumbuhan kat rahim mak. Tapi tak pasti sama ada tumor atau cyst. Sama ada tumor biasa or cancer!


Tapi bukan la betul2 terletak dalam rahim. Doktor kata ketumbuhan tu di antara rahim dan perut. Tu yang Cik Guyu conteng gambar sampai camtu... Buruk amat contengan ngko, dik! Payah aku nak paham masa memula dia up gambar ni kat what's up app. group.


So doktor tu sediakan surat rekemen untuk detail checkup kat hospital Pilah sebab asalnya mak check tu kat klinik swasta kat ngan rumah mak tu je. Doktor rekemenkan untuk buat CT Scan. 3 hari lepas doktor bagi surat rekemen tu baru mak ready pi buat CT Scan. Nak selesaikan hal kerja katanya.


Ni baru lepas buat CT Scan. Just Dollah's Angels ( me, Cik Jijah n Cik Guyu ) je yang ada. Adik aku yang satu2nya lelaki tu tak dapat join. Keje katanya. Aku tumpang Cik Jijah mai from Seremban. Amik halfday memasing masa tu. Cik Guyu memang dari awal dok temankan mak kat spital tu. Dari awal lagi, dia yang temankan mak. Since dia je yang tengah free from any commitment. Terima kasih dik!


Kitorang gerak pi Pilah pun lepas aku temankan anak2 makan tenghari. Tak sempat la nak masak. Aku join anak2 makan kat kantin. Sambil2 tu tengok anak2 orang makan sekali kat kantin tu. Ada yang makan nasi ngan ikan keli goreng... perghh... sekor keli goreng je dah RM 2.50 kalau tak silap. Kalau hari2 dia makan lauk ikan keli tu, agaknya berapa la duit poket dia sehari ek? Dari pagi sampai ke petang... Untuk anak2 aku, aku bagi RM 3 sorang untuk pagi. Kang tengahari, sama ada hantar bekal atau aku belikan kat kantin tu. Untuk KAFA, biasanya aku hulur RM 1.00 je. Ngam untuk makan macam mee goreng / nugget / roti... Yang ringan2 macam tu. Air untuk petang? hah... wajib minum air masak bekal ngko tu ye!


Tapi sebab lambat gerak, tak dapat ler jumpa mak sebelum ditolak untuk CT Scan. Cik Jijah yang naik sebab mak buyong ni tak mampu nak lelaju sangat daki tangga tu... Tu pon sempat salam je. Diorang dah tolak mak ke dalam.


Sementara tunggu tu, kitorang pi makan jap. Cik Jijah lapar katanya. Tak sempat makan langsung tadi. Lepas makan, kitorang jengah mak. kul 4 setengah dah masa tu. Ingat nak singgah jap je, tapi dah sembang2 ngan mak... hampir kul 5 baru gerak...


Tapi Cik Jijah takut nak drive lelaju sebab membawak mak buyong katanya... cehh... takut ke? Sampai sekolah bebudak dah 5 setengah... Kesian anak2... Sorry ye sayang2 mak... Mak pi tengok nenek... Bukan suka2 merayap ngan kengkawan mak sampai terlambat jemput anak2 mak... 


Result?

Next entry la... panjang sangat dah ni...





Ahad, 26 Februari 2017

Ganti cermin tingkap baru.

The next day lepas cermin kereta kena pecah...

Rabak duit gaji aku... huhuhu!!

Tapi nak buat camne, pasal kecuaian tu berpunca dari aku... Kena la tanggung kos tu sendiri... Takpelah, moga Allah ganti dengan rezeki yang lagi berlipat ganda... amiiiinnn.... inshaallah!

Pagi esok tu kan hujan... Masa hantar anak2 pi sekolah, gigih ler bertutup ngan plastik sampah tu... Hahaha... Nak merungut? Ehh... hujan rahmat tu... Dah bape hari pulak tak hujan kan? Ujian kecik je tu...


Aku E.L je hari tu. Nak bawak kereta ke tempat kerja kang, lencun pulak kang seat sebelah driver tu. Office aku tu mana ada parking berbumbung untuk staff bawahan macam aku ni... Big bos n bos bos je yang ada berbumbung... Tapi untuk motorsikal, ada parking berbumbung. Haaa... ajaib tak? haha..

So? aku lepak kat rumah, tunggu hujan teduh ngan Faiq berdua. Husband kerja... Pas hujan dah berenti, aku berdua ngan Faiq je la pi cari kedai cermin kereta. Nasib baik la ada kedai cermin kereta tu dekat ngan rumah. Tak payah pi jauh dah.


Ni la akibat bila tinggal berdua je dengan budak lasak ni. Abang2 dia belum balik sekolah masa ni. Lepas selesai booking cermin kereta baru, aku balik rumah dulu. Sementara nak tunggu abang2 Faiq abih kelas, aku buat entry ni pasal kejadian pecah cermin kereta tu jap. 


Faiq main sengsorang kat ruang tamu tu. Kelentang kelentung je yang aku dengar. Masa dia datang kat aku, tau2 dah bercapuk dah baju lawo dia tu. Kat tangan ada botol bedak, tapi apesal aku pegang macam ringan semacam eh??

Baik je dia hulur kat tangan aku. Aku pun lurus je amik walaupun pelik ngan tahap ringannya botol bedak tu kan. krim muka aku pun jadi mangsa dia hari tu... Bersememeh dah kat keliling penutup.


Hahh... Hamik kau! Aku ingat kat sini je yang dia tuang bedak tu... rupanya....


Dia siap bedakkan meja aku... Banyakkkkk ngkoooooo!!! Patut la botol bedak tu ringan semacam je!!!


Dia? Relax je dia joget joget kat tepi tu kan... Tanpa rasa bersalah okeyyy... Aku? Haduiiihhh... Mak tarik nafas panjang je dik!!

Nak marah, nak jerit tak daya dah... Perut makin memboyot... Ni pun kalau manusia tu tak bertimbang rasa ngan aku pun tak tau la... Ko hadap la bahagian kau satu hari nanti... Jangan ingat boleh bahagia la ehhh ngko menyakitkan hati aku... This time haa... setiap perbuatan dibayar cash!


Coz I'm still can feel the pain that you've give me before! Still ya... Still...!

Kesan tapak kakinya... balik dari jemput abang2nya, diorang main macam luncur salji tu haaa... Faiq? join sekaki sebelum jatuh terjelepok kat tepi tu...


Hahh... yang ni berpeluh aku vacum. Lepas tu baru lap ngan mop... 1 rumah bau wangi bedak baby sudahnya... hahaha...


Kena gak pasang cermin baru. Tak leh biar lama sebab esoknya tu aku nak pi tengok mak aku plak kat IKN ( Institut Kanser Negara ). Takkan nak redah je ngan cermin dah lompong camtu kan?


Kebetulan pulak supplier memang nak hantar barang kat kedai, tokey kedai terus je la orderkan cermin untuk kereta aku tu skali. Alhamdulillah... selesai 1 masalah aku petang tu jugak... hew... hew...


Tu je sisa cermin yang ada ngan 4- 5 ketul atas seat penumpang depan. Yang lain? Dah berderai ke dalam pintu kereta tu. Tokey kata cermin tu kena umpil dengan screwdriver. Ada kesan kena umpil kat getah tingkap kereta tu.

Kos ganti cermin plus upah pasang semua, RM 190.00. Lelap mata je la bayor! Tak leh less lagi dah... Takpelah... Asalkan ada cermin. Kira ok dah tu... Kira murah dah tu kan...?

Hari yang sama lepas siap pasang cermin, terus berkejar plak pi Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ). Nak lapor kat diorang pulak pasal buku pink ( Buku Rekod Kesihatan Ibu ) aku yang kena rembat skali tu.

Next entry la... panjang amat dah ni... Have a nice day uolls...!


Rabu, 18 Januari 2017

Penutup tahun 2016 minggu akhir

Minggu akhir 2016 tu memang macam2 kisah yang jadi dalam keluarga aku... Aku kumpul la dalam 1 enrty ni... buat kenangan... dan peringatan...


1st...

Ayah hilang tak dapat dikesan... 

Aku blur jap bila cik guyu maklum dalam group wassap... katanya ayah tak jawab call, tak balas whats app... biasanya pas maghrib mesti ayah akan call semula... tapi kali ni langsung tak... bila cik guyu sampai rumah ayah... bergelap... semua elok berkunci... hmmm... mana pulak ayah pi ni?

Masa tu dah dekat 12 tengah malam, cik guyu update... still tak jumpa ayah kat tempat2 dia selalu pergi... call pon masih tak berbalas... aiiiyooo... 

Actually, aku memang planned nak balik rumah ayah esoknya... cik guyu balik dulu... tup tup ayah takde.. kereta takde...

Termenung jap aku kat ujung katil... nak balik malam tu jugak, tapi hati kata 'nanti dulu...'... hmm... hasben dah cakap macam2 dah... tapi aku still memikir... ada pulak mulut capui kata ayah aku kena culik la... kena itu la, kena ini la... ehh... hati aku kata ayah ok!

siap suruh buat report polis bagai... huhh... niat aku de gak camtu tapi masa tu belum sampai 24jam lagi.. 

last2... dapat gak cari ayah... tau kat mana? Bandung.... otw nak ke Jogja ke masa tu.... hishh... kemain kan? anak2 dah cemas ni kat sini... senyap senyap dah sampai Bandung... takde siapa pon kat kampung tu yang tau... sebab ngan orang kampung, ayah cakap dia balik kampung... ayoyohhh.... katanya memang tak nak sesiapa tau...

jangan buat camtu lagi yah!!



2nd...

Lemas mandi manda di kolam mandian Asahan, Melaka...

Kena sebut jugak tempat tu kat Melaka, sebab bila aku google nama Asahan tu... google search tu tunjuk sekali Asahan yang kat Indon tu...

Masa kejadian tu aku baru pas selesai turun dari surau... tengok2 orang dah berkumpul kat tepi kolam...

Tak sangka anak buah aku yang lemas...

Anak alang yang no.2... kolam air tu tak ler dalam pon... paras peha orang dewasa je... tapi kalau dah nak terjadi kan... tetap terjadi jugak ler...

tah camne dia boleh pengsan terus tenggelam dalam air kolam tu... mujur la ada budak lelaki ( remaja ) yang perasan dari awal dia tenggelam tu...


mak ayah dia ada kat tempat kelah tu... terlepas pandang kejap je... dah jadi camtu... walaupun kolam tak dalam... tak boleh amik mudah la yer... kena keep on watching anak2 kat tempat2 macam ni..

reminder untuk diri aku jugak... mesti selalu perhatikan anak2... jangan leka ngan perkara lain... 

lebih2 lagi handphone.... kadang mak bapak ni lebih suka ngadap phone dari anak2.. suami / isteri lebih suka ngadap phone dari pasangan masing2... mungkin phone tu mampu jaga makan minum diorang bila dah terlantar nanti kot... huhh... opss... terlepas geram plak kat sini... hikss... tapi still

if something happened... handphone tu takkan dapat gantikan tempat anak2 kita... ingat!

owhh... masa ni alang and his wife takde la main phone...tu selingan je... hehe


masa kejadian, emaknya dah meraung... dah buat CPR tapi katanya tak menjadi... ambulan otw... tempat tu jauh gak ler dari hospital... makan masa jugak ambulans nak sampai pun... muka kaki tangan semua dah membiru... 

nak ditepuk kuat2, mak ayah nya tak bagi... once diorang hasben n wife tak nampak, remaja yang selamatkan dia tu diam2 tepuk2 belakang anak buah aku tu... time tu baru ler dia muntahkan air. baru la nampak dia celik kan mata... alhamdulillah... 


masuk je dalam ambulans tu, dia dah sedar sepenuhnya... bantai plak dia meraung dalam ambulans tu minta nak balik rumah...

tapi pihak spital nak warded dia dulu sebab masih ada gelembung air kat dalam peparu dia masa scan tu...

memandangkan jauh, terpaksa amik risiko minta pindahkan dia ke spital terdekat ngan rumah mak... apa2 hal senang nak melawat ke hape...

alhamdulillah... sepanjang perjalanan tu dia ok... sampai spital Jempol.. alahaiii... berjam plak nak tunggu warded...

last2 kena refer kat spital Pilah... malam tu jugak diorang hantar anak buah aku tu ke Pilah... bermalam ler mak ayahnya kat spital Pilah tu... just untuk pantau perkembangan dia je... anak buah aku tu actually dah ok dah... lincah dah...


Sorry ler, cham!

aku tak dapat nak jengah anak ngko hari tu... kitorang terpaksa rushing balik Seremban sebab ada hal nak diselesaikan hari tu...

dan...

masa tu 1 lagi tragedi terjadi...

kat aku...

tak dapat nak cerita kat sini... biar ler aku simpan dalam hati pasal tragedi tu... tapi sampai mati aku akan ingat... puncanya... dan akibatnya... semua tersemat kukuh dalam hati aku...




Rabu, 26 Oktober 2016

Tudung Aidijuma satu !!!

Semalam Cik Jijah ke hospital Putrajaya ngan Cik Guyu... melawat hasbennya Cik Jijah... Katanya nak operate untuk perbetulkan saluran hidungnya yang sempit tu... Isnin tu dia warded... mungkin nak bedah dalam masa terdekat.. 

Tapi tak jadi operate pon... bp tinggi... ICU plak penuh.. ICU?? why?? Sebab doktor tu cakap lepas pembedahan, hasben Cik Jijah a.k.a Pak Ngah to Opal, Fa'el n Faiq perlu ditolak masuk ke ICU... untuk tujuan pemantuan rapi... postpone ke tahun depan katanya...

Otw balik Seremban tu dia wassap nak shopping dulu.... siap tunjuk gambo ni haaa


ek eleh... ngko tunjuk gambo tu je ke? sakitnya hatiii.... cerr ko upload gambo lebih sikit.... ishh... ish.. ish...


shawl ke tu? tudung bawal de tak?


ada !!! 

tu dia tudung bawal ngko....


Selai RM 10?? Nakkk...

Tudung Aidijuma satu...!!!

Kasi yang cun cun punya... 


Pilih cepat!

hahaha... rambang mata nak pilih walaupun tengok gambar je semata... ni belum lagi depan depan ni.. lagi lama ler aku belek belek... nak cari yang berkenan ni kadang makan masa woooo... tapi kadang sekelip mata pon dah boleh jumpa yang berkenan kat hati..

rajin Cik Guyu upload gambo untuk aku... dik, ko kirim kat angah je ekk... sebab umah Cik Jijah dekat je ngan umah aku...  hehehe


aku berkenan dengan yang tu je selai... warna pastel... dah!

susu kambing ngko nak tak?

haaaahh? susu kambing?

ni haaa...


dik, tu susu lembu segar la.... bukan susu kambing... 😁

oppss... sorry! aku silap...

cergghh... tak mao la... aku nak tudung tu je... memang ler aku gemar susu segar tu... tapi kali ni takpe la... hari tu kan dah borong sakan susu tu... tak mao lah...

long, ngko nak tengok magic tak??

mane? ape yang magic sangat tu?

jap...


taa daaa...


tudung yang sama tapi lain corak depan belakang... magik tak??

cerghh... sebelum tu dia tak tunjuk pon.. dah settle bayo, dah gerak balik dah pon baru nak tayang... ape la Cik Guyu nih... tapi disebabkan itu shawl... takpelah... takde la rugi sangat kalau tak dapat pon... hehehe... tapi cantik shawl tu dik... tu yang rabak poket tu ehh? hahaha...


ujian mata ni... sama tak kaler 2 shawl tu? heh... heh... tu Cik Guyu punya...


tu aku punya... tapi masih kat Cik Jijah lagi... tak tau nak amik bila kat dia nihh.. semalam nak singgah rumah dia pas kerja.... hujan plak... lebat tuuuu.... kilat petir.... cam ribut pon ye gak...

then malam tadi Cik Jijah wassap...


long, jangan lupa tuntut tudung...

k... nanti aku tuntut....

tak tuntut, kira aku punya.... hehehe...

baaaaaanyak ngko punya cantikkkkkk!!!!... 





Selasa, 20 September 2016

Raya haji, macam macam yang sakit...

Dah lama cuti... bila start keje tu... ramai je yang tanya...

'raya hari tu pi mana?'


'camne raya?'



'waaaa... untung la cuti raya lama lama...'



'syoik la... cuti hari tu raya sakan...'



Walhal... hakikatnya... huhuhu.... ni dia aku nak cerita...

Memang ler aku cuti lama... asal ehh nak cuti sampai rabu minggu raya korban tu gak... khamis tu rasa meronta ronta nak kerja tau... hahaha... poyo! padahal dalam hati tu sebenornya berbolak balik tu.. betul ke nak keje ni? malas pon hade nih... nak keje ke tak? nak kojo ko tak? kannnnn.... gitu ler kekdahnya...

hari mantai

masa ni tengah tengok tengok kan Faiq... kalau tak, dia masuk tengah tengah tu... mengacau abang3 ehh main badminton... takut je kena tepek kat reket tu sedasss... ado plak yang lobam kang! haaa. naya!

riuh rendah budak2 ni main badminton... macam nak gaduh pon ada gak... aku layan ler gak sekejap... sebelum Faiq datang, peluk sebelah kaki aku kuat2.... ish... ish... ish... sebelum mak dan anak ni tergolek berdua kat tepi tu, baik aku berenti....

semalamnya, beg susu Faiq tertinggal kat pejabat... hari mantai ni... gigi pulak laaaaaaa yang sakit!

tergigit daging liat... dah tu, tau gigi sakit... makan lagi! lagi la menjadi jadi sakit tu... oihhh... ngilu... berdenyut2 gigi ni... biasanya sakit kejap je... kali ni.... buat la ape pon... tak hilang pon sakit tu... berus gigi dah.... floss gigi pon dah... taaaak hilang ngko! saaakit!

sampai rumah mak, mak pulak tak sihat... 😓


demam... muntah muntah...kepala rasa berputar - putar... kata mak... pagi tu mak dah pi klinik... kena cucuk katanya... tak tau la sakit sebab apa... tekanan darah ok... tu kata doktor kat mak... mak plak cakap kat aku... alahai... sian mak.

tapi pagi raya haji tu, mak ok dah... aku je yang tak ok lagi... telan actifast pon tak selosai masalah... sakitnya ya Allah!!

oiiihhh... lama dah tak sakit cenggini.... kali ni lagi teruk rasanya.... bengkak pipi aku!


nampak... gambo pon sipi sipi je... yang bengkak tu sorok tepi... bahahaaa... ni baru pas tengok hasben berlalu menuju ke balai Pilah... bagi tujuanmembantu mereka di sana melapah lembu... hahaha...

mak suruh pi klinik je... cabut je long! dari ko simpan gigi tu... ko je yang menderita!

perghh... ayat mak!... tapi memang sakit giler lah kali ni.... naik ke kepala sakit ehh... tu yang tersembam je sepanjang hari... time hilang sakit, aku jengah gak mak buat keje kat dapur.. tolong2 mak... mak pun baru nak elok tu... time sakit.... tersemban balik kat ruang tamu... tenyeh2 je pipi tu dengan bantal... kononnya nak ilangkan sakit le gitu... haghammmm....

nak pi klinik time cuti umum ni... alahai... ado ko klinik yang buka time2 ni? terkenang pulak, poket pon tengah 'sakit' nih.... huhuhu... nangis!!

cerghh.... semuo ehhh serbo sakit niiiihhh....


gambo ehsan dari hasben... tu dah siap melapah dah tu... ingat nak minta dia balik cepat, beli kan panadol actifast lagi... rupanya, ado lagi tempat yang mintak tolong dia lapahkan lembu korban. redha je lah tunggu dia balik...

tu pon dia cakap... 'tak elok makan panadol actifast ni bebanyak...'

nak buek camno.... sakit uiikk... bukan sikit2... tak leh lolap tau... last2 tanye kat cik Jijah pasal ubat susut bengkak... menonjol benar bengkak ehh...

dah malam baru hasben balik, bawak skali ubat susut bengkak papain tu dengan pain killer... beli kat Alpro Bahau tu...


macam macam ada kan? tapi semua tu aku mampu tengok je... time hilang sakit, baru dapat makan... seco'et... ketupat segera dengan sup tulang mak je... daging kat tulang tu... mashaallah... lembut giler!

sesuai sangat kat aku yang tengah sakit gigi tahap gaban ni... memang lembut! mudah hadam gitu! hehehe... tu je lah.

petang raya korban tu, cadangan asal nak pi rumah ayah pulak. tido sana... tapi sebab gigi dah cedera tu kan... aku stay kat rumah mak. nekad, esok ( selasa - hari kerja dah tu ) nak pi cabut gigi ni... sakit dah sampai ke urat kepala... tak tahan oiii...

kebetulan klinik Gan tu dekat sikit dengan rumah mak, tu yang tak jadi balik rumah ayah malam tu...


selasa tu... aku telan ubat tahan sakit dengan susut bengkak 2-3 jam sebelum pi cabut... 2 hari dah menahan azab... cabut je lah... bak kata mak aku...


sakit tak cabut gigi?

perghh... tak cabut lagi sakit! baik cabut je... doktor otai tu memang terer.... 2 kali dah aku datang klinik ni... stakat cucuk bius tu... alah... cam kena gigi semut je... sebab dia just cucuk kat kulit gugi tu je... tak kena pon gusi... tu yang tak sakit sangat... time cabut lagi la tak sakit. tapi sebab gigi aku dah 2 hari sakit, doktor tu gitau awal2 sebelum cabut...

'sebab gigi you dah 2 hari sakit, ni bila kita cabut... you akan rasa sakit sikit... kalau sakit nanti, you angkat tangan... so saya stop...'

tak sakit, tapi lebih pada rasa ngiluuuuuu sangat! gusi yang bengkak tu.... makan masa nak susut...

balik rumah ayah malam tu lepas cabut gigi, mampu masak ala kadar je... nak makan pon tertelan telan darah lagi... lambat plak kering darah tu... terpaksa gak ler telan ubat yang doktor tu bagi... owhh... kos cabut gigi  dengan ubat 2 jenis... RM 40.00.

memang aku tak masak rendang kali ni.... langsung tak... biasa kalau balik kampung, aku masak ler jugak rendang... tapi kali ni sebabkan gigi punya hal... aku banyak melepet je... makan pon tak berapa nak hadam...



rabu pagi dah balik Seremban, sebab petang tu Opal ada temujanji kat Klinik Pakar Gigi HTJ Seremban...

Khamis tu... aku EL... bengkak tak susut lagi... gusi pon sakit lagi...


hahhh... kali ni aku tak lupa sekodeng koko ayah... kot de yang dah masak, boleh ler bawak balik... lamaaaaa orang tu mintak... tapi sori la wie.... koko ehh ado... tapi bolum masak.... mudo mudo lae semuo ehh... lum ado joki kau lagi Wie.... sabar je lah ekk...


itu la kisahnya yang aku cuti lelama tu... takdenye nak berjalan makan angin ke ape... banyak melepet kat rumah je... menahan rasa 'best'nya sakit gigi... huhuhuuuu....




Isnin, 20 Jun 2016

Gegata lagi

Sebut pasal gegata ni, si sulung tu dulu pernah kena sekali. teruk gak masa tu... seminggu gak ler dia ngadap baru elok... macam2 cara jugak aku buat semata - mata nak ubatkan miang dan bisa gegata tu...

sebelum tu aku pernah je mendapat gegata ni... so aku paham bila anak terpaksa ngadap perkara yang sama... oihhh... gatal oiiii.... miang bisa... amboiii... lengkap tu... segala rasa ada... mula - mula menggaru... bila dah tak daya nak garu ( sebab dah pedih! ), tenyeh plak ngan sikat coklat tu... uiiihhh... best! 

kisah opal aku ada up entry tu kat sini ----> Gegata... Penawarnya?


Pemilik mata bulat ni hari tu kesian sangat... tah macam mana tah, boleh pulak dia kena gegata... habis bintat2 1 badan...

masa mula - mula dia kena tu, aku ingatkan kena gigit nyamuk... so petang tu sebelum keluar cari bahan berbuka, aku siap sembur dalam rumah tu ngan sparay nyamuk tu...

merata - rata ngkooooo !

kat muka tu de seketul bintat... kecik je asalnya... comel je... macam tuan badan... hehehe... tapi lepas tuuuuuu...... hah ngko! beso beso.... merebak rebak.... tu jadi time dah berbuka tu...

kan dulu aku rawat Opal ngan daun bonglai... memalam camtu mane la aku nak cari bonglai... teringat kat pejabat de taman herba... senior kat ofis de cakap situ de pokok bonglai...

so pagi isnin tu aku anta dulu Faiq kat pengasuh... time tu hujan pulak... aku redah je lah dok kat taman herba tu mencari pokok bonglai...


gigih tau... ngan takde payung... skrin handphone plak pantang kena titis kat hujan... jap2 kang 'dia' lari ke page lain... ishh... ish... ish...

tu yang blur2 gambo aku snap tu... 😂


seingat aku pokok bonglai ni tak ler gemuk2 macam dua pokok tu... confiused jap masa ni.... tapi kat hati kata yang kiri tu bonglai... sebab ciri2 yang ada kat pokok tu hammmmmpir sama... tekstur daun je yang lain... yang ni agak licin... yang dulu tu aku seingat aku, daun ehh agak kesat... de la rasa tak suka nak pegang daun tu...

call pengasuh, katanya bintat2 ehh makin banyak!

asyik merengek tak boleh nak tidur... siap mintak tolong garukan sama mana2 yang gatal tu... kesiannya!!!

hari tu aku amik half day trus... petang tu aku bawak jugak dia pi klinik... no injection allowed untuk baby macam Faiq... doktor kata tak bagus sebab dia kecik lagi...

doktor just bagi ubat sapu je... nak kurangkan gatal2 tu... ubat minum untuk legakan gatal2 pon doktor tak bagi... juga tak elok untuk Faiq...

so tawakal je lah... balik dari klinik tu, aku layurkan jugak daun yang aku amik kat ofis tu tadi... lepas tu tenyeh kat badan Faiq... tenyeh sampai daun tu hancur...


minyak zaitun ni pun sama aku sapu2 kat badan mana yang berbintat tu... orang kata jangan mandi kalau kena gegata ni... tapi aku mandikan jugak... lagi elok sebenarnya sebab bila dah berpeluh - peluh menahan gatal tu, makin miang tau badan... so elok mandi..

macam Faiq... lepas mandi, aku tenyeh ngan daun bonglai tu lagi... pakai sampai daun jadi betul2 kering... takpe! pakai ulang ulang daun tu... boleh!

bila dah selesai tu baru dia boleh tido lena... tak merengek bagai... takde nak garu2 sakan dah...

al-hamdulillah... hari ke-3, dah takde bintik2 baru yang timbul... legaaaaaa...



opal seminggu hadap... Faiq just 3 hari je... syukur tu memang dah tentulah...

tapi kalau ada yang tanya mana nak dapatkan daun bonglai ni,  percayalah... aku pon tengah cari gak kot mana2 de jual pokok ni... elok je tanam kat rumah pokok2 herba macam ni...

yang kat ofis tu cuma de 2 pohon je.... tak sampai hati nak amik bawak balik rumah... harap2 pokok tu terus hidup ler...