Memaparkan catatan dengan label ragam anak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ragam anak2. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Februari 2019

Jangan kau sebut mustakim tu!

Anak bertuah tu... Tak habis habis dengan mustakim... Aku dah ckap dah... Jangan sebut mustakim....

Ish... Ish... Ish... Budak nih! Mana ada mustakim!?

Ada la mak... Kat sekolah tu ada je budak nama mustakim... Akil mustakim!

Itu lain... Itu nama kawan ngko... Ini doa lepas makan... Hujung doa tu bukan mustakim! Tapi waja'allana minal muslimin... Muslimin! Muslimin tau... Bukan mustakim!!

Ingat tu?! 

Ye la... Hehehe!!!  

Pic credit to [Google search] 

Selasa, 10 Julai 2018

Kenangan Puasa 2018

Lamaaa blog ni terbiar... Tuan kau ni macam biskut. Jap jengah, kejap tak. I busy lah... Tak sempat nak terjah. Apatah lagi nak buat entry baru. Tutup blog? Eh.. Belum ada niat lagi... Masa je yang tak berapa nak ada. 

Raya nak abih dah eh? Tinggal minggu ni je kan? Acaner raya korang? Raya aku? Hahaha... Biasa je. Baju je yang overrr. Nanti lah kita cerita. Ni meh dengar cerita aku pasal puasa tahun ni. Pukal dalam 1 entry. 

Puasa pertama tahun ni... Anak sulung aku, opal... Meragam x mau berbuka. Sejam lagi nak berbuka, dia boleh terlelap. So, aku biarkan je dulu. Dah nak berbuka, berapa minit je lagi nak berbuka... Aku kejut, dia meragam plak. Nangis nangis tak nak bangun. Ehh... Orang dah nak berbuka lah! Dia boleh nak tido balik. Geram pulak aku tengok... Adeiihh... Hari pertama just berbuka ngan anak2. Bapak dorang keje. 

Sebut pasal bapak diorang, sebulan puasa tu... Macam macam penyakit datang. Sebelum puasa tu sakit perut... Sampai masuk spital la... Mujur ler jugak tak kena tahan wad. Sakit apa? Kata dia, kencing hitam. Sakit plak tu. Doktor HTJ tu cakap, kencing jadi camtu sebab kencing tu bercampur darah. Maybe batu karang. Doktor nak tahan wad tapi dia yang x nak.

Lepas tu, sakit pinggang plak. Yang ni, aku lupa. Sakit pinggang dulu ke or kencing berdarah tu dulu. Rasanya sakit pinggang dulu. Lepas tu baru kes batu karang. Sepanjang sakit pinggang tu pon, aktif je pi sana pi sini. Gagah je... So, aku assume dia ok. Lagipun, setahu aku... Sakit pinggang ni mana boleh urut sebarang. Kang makin teruk. Aku gak yang kena marah. So aku sapukan yoko yoko. Pi opis tanya la kengkawan kot diorang ada idea nak hilangkan sakit pinggang tu kan. Ada la kawan bagi cadang. Makan pil sakit pinggang. Sebijik harga RM 3.00. Makan 2 biji je dah cukup. Katanya. Beli mana? Farmasi Alpro tu haaa... Pil ehh warna kuning. K ni untuk remind aku la kalau sakit pinggang tu datang lagi... 

Tq kat kawan yang bagi cadangan bernas tu. Elok kata laki aku! Alhamdulillah... Tu pun aku dituduh macam macam. Haiihh... Entah lah!

Tu pinggang.. Masuk bulan puasa... Bisul pulak! Laki aku la... Ingatkan sakit apa. Melampau benar sakit eh... Mengeluh je memanjang. Sakit katanya! Katanya, kalau jadi apa apa... Jaga anak2 elok2. Sakit kali ni lain macam ( compare with sakit pinggang n kencing berdarah tu ). Lahh... Dah kenapa kan? Masa ni tak tau lagi sakit tu rupanya bisul... Elok plak tu kejadiaannya tu kat lubang dubur. Heheh... Doktor tengok pon seriau... Sakit tuuuu, kata doktor. Bisul kan... Kau tau la dia punya lama nak 'masak'. Doktor dah bpesan, jangan pecahkan. Biar dia pecah sendiri. Kalau tak, nanti boleh bentan. Haaa... Episod nak tunggu bisul tu masaaaaak! Sadis wooo... 😂 

Tumbuh kat dubur kan, nak berak la yang paling azab. Berak keraa plak tu kan. Lagi la sakit. Menderita weih... Makan ubat tahan sakit berpapan papan pon tetap sakit. Kadang tu terlantar je sebab terlampau sakit. Makan minum pun hantar ke bilik je. Sampai 1 tahan tu, dia menggigil tahan sakit... Uihhh... Aku sendiri yang cek. Patut la.... Melecet! Sakit tuuuuuu... Aku letak ubat gamat. Lupa yang aku ada gel aloe vera tu. Dah teringat tu, baru letak. 

Seminggu lebih ler orang tu menderita sementara nak tunggu bisul tu betul2 masak. Sekali meletusss... Melambak nanah! Suruh pi hospital, x mo! Bisul pecah tengah malam... Aku ler yang dressing! Bersihkan semua... Melolong lolong ler sakit masa aku picit nanah tu... kesudahnya, aku biar dia picit sendiri. Sambil tu cakap gak, ni kalau ke spital ni... habis doktor korek hidup hidup ( tanpa bius ). Jangan harap doktor nak bius. Tu bisul tu... takdenya doktor picit dengan penuh kasih sayang! Dorang tenyeh kaw kaw... Kalau takkkk... Kena jangkitan nanti...😈... Tempat kena korek tu nanti habis berlubang! Heh Heh Hehh...

Camtu gak la para isteri kena ngadap lepas bersalin. Ditenyeh2 je tempat luka bersalin tu tanpa kasih sayang abadi tahap cipan! Tau??! 


Jangan tanya apa reaksi dia. Masa tu aku tengah sibuk dressing bisul tu. Tapi laki den x cakap pape. Diam membisu... Lantak situlah...

Persiapa raya untuk anak2, aku dah beli awal2 tahun hari tu. Masa duit bonus masyuk! Masa ni tinggal nak membeli baju melayu untuk diorang je. Lepas laki den elok tu, baru la dapat pi merayap cari baju raya. Tapi takde pulak yang berkenan. Kesudahnya... beil kasut... kat booth tu haaa... Yang de sandal gergasi tu... 3 pasang untuk anak2 lelaki. Untuk Najwa, aku beli tempat lain, hari lain.


Dah dapat kasut, anak2 demand nak sampin pulakkk... Baju belum beli lagi, dah nak sampin pulak. Sabar la nak! Mak gigih ni ngompol duit ni haaaa... 


Misi mencari baju raya tahun ni, aku pi tanpa anak2 dan suami. Untuk kali pertamanya, aku pi cari sendiri. Iols pi survey kat Nilai 3. Shida, opis mate aku jadi peneman. Dia pon nak cari baju raya jugak. Gigih buat video call ngan laki la konon... last last... pilih ikut selera aku je. 


Berkenan dengan warna kelabu ni, tapi jenis kain plak tak kena ngan aku... Next...


Satu lagi, tema nak warna blue royal la kununnya. Macam tu... Last last... bukan blue royal tema tahun ni... Navy blue jadinya... Pasal takde warna yang aku nak dan aku dah malas nak pi jenjalan lagi.. Letih wooo... Dah la tengah puasa! Hausnya! Panasnya...


Cantik cantik baju kat sini. Murah pulak tu... tApi disebabkan duit yang ada masa tu cukup2 sifat nak buat beli baju raya anak2 je... Iols mampu tengok je... Nak cucuk duit, duit tak keluar plak dari ATM tu... Habih gaknya! 😅


Kedai tempat aku terpikat hati nak beli baju raya anak2 lepas kepenatan berjalan! Harga boleh tahan... Tapi stok baju yang dijahit adalah terhad... so... grab je lah!

Yess... Baju untuk 3 orang putera aku tu. Yang Najwa, aku tak belikan pon baju kurung ke apa. Malas. Pakai pon sekali je nanti... So... Tak beli. Rugi! Lagi pun gaun dia dah melambak kat rumah tu... Ada yang aku belikan, ada yang atuk n nenek Pilah dia belikan, ada yang mak sedara Najwa yang belikan. Alhamdulillah... rezeki!

Kuih raya? Tahun ni tak amik kat kampung macam tahun  tahun sudah. Aku tempah kat staff opis aku ni jugak. Selain tu banyak kerepek2 je. Kita tak beli dah yang kat Cik Mek. Ada yang aku kirim kat Cik Jijah je masa dia balik ke rumah mentua dia di Air Itam, Johor. Ada yang aku pi beli sendiri dengan shida kat area opis aku ni.

Baju raya aku yang paaaling last! Ni aku cerita kemudian... Ada kejadian yang terjadi kat aku masa episod membeli baju raya aku ni.

Khamis, 17 Mei 2018

1st sahur, 1st Ramadhan... 2018!

Salam Ramadhan,


Ada yang tak puasa ke hari ni?🤭

Ni sepantas yang termampu aku taip entry ni selepas sahur pertama untuk Ramadhan tahun ni. Nyaris - nyaris terlupa hari ni dah mula berpuasa. Tengok jam, ehh... apasal awal sangat aku kunci jam ni?😅. Mamai lah! Padahal aku jugak yang kunci jam kat phone tu malam tadi. haha... 


Sahur pertama aku hari ni... nasi goreng!
Idea last minit dah tu. Bangun pukul 4, masak nasi atas dapur gas je. Tak pakai periuk eletrik.. lambat! Siapkan bahan - bahan, lebur je. kul 5.10 dah kejutkan anak2 kat rumah. Dengan bapaknya lah skali. Kejut.... sahur!

Sambil bersahur tu, aku panaskan bubur Najwa pulak. Nak hantar ke pengasuh nanti. 



Nah... niat puasa...

Anak2 malam tadi mengadu tak ingat niat puasa. Maka... together gether la aku bacakan niat puasa kat Opal n Fa'el. Niat sebulan dengan niat yang setiap hari tu. Senang, kalau terlupa nak baca yang harian tu, atleast dah baca niat untuk puasa sebulan tu kan. 

Done!

Ni Opal dah sambung tidur. Fa;el? Tengah buat kerja sekolah. Semalam dia main je kerjanya. Bergumpal berdua dengan Faiq. Mengacau je mak dia ni nak tengok tv. Fa'el tu aku dah suruh dia tidur balik. Takut la kang kat sekolah mengantuk. Ye la, bangun awal dari biasa kan? Kang terlelap plak kat kelas. Ehh... Tak nak pulak dia. Katanya tak boleh nak tidur lepas sahur. Fine!

Ada la peneman aku... hehe...

Isnin, 26 Mac 2018

Bonding dengan anak : Faiq

Assalamualaikum...

Apa kabo kome semua?

Teman sihat alhamdulillah... Baru je balik dari Perak... Kampung mentua di Bidor. Kampung ayah aku pon kat Perak juga... Tak jauh dari Bidor... Tu... Di Teluk Intan nuuu... Lama gila tak pi sana. Takde sape yang aku kenal. Ayah sorang je la yang kenal sedara mara sebelah sana.

Kita cerita pasal trip ke Perak ni lenkali ehh...

Ni kisah minggu lepas. Faiq demam, so aku amik e.l jugak walaupun dah beria bersiap nak masuk kerja. Tak sampai hati la nak tinggalkan dia kat pengasuh tengah demam macam tu. E.l je lah sudahnya.

Nawaitu nak pi klinik gigi pon aku terpaksa tangguhkan dulu ke tarikh yang lain. Gigi kenapa? Gigi ai lubang lah... Makan je, terselit kat situ. Lepas tu, mula la urat gusi tu sakit. Sakit ooo...

Lepas sarapan ( ai sarapan sensorang okey... Si Faiq tak mo makan. Dia leka main depan tv sensorang... Huhuhu) terfikir la nak kemas barang2 bawah katil bilik budak2 tu. Kot dah xelok buangkan je. Buat apa nak simpan.. Kann??!!

Baru je nak tarik, tengok2 penuh sampah kat bawah katil tu. Astaghfirullah!!! Banyaknya!

Mula - mula tu sikit je. Tapi...

Ada je bila aku kais dengan penyapu tu. Aihh... Apasal tak habis habis ni? Dari tadi kais kais, ada je lagi. Kot kait buah ni, kenyang gak le makan. Ni tak, kait sampah...

Geram punya, aku tarik katil tu... Skali ngko... 


Tu haaa... Tu sikit je yang korang nampak. Aku tarik lagi katil tu... Nasib baik la katil tu ringan. Mampu la tarik sorang. Buntang biji mata aku tengok segala macam sampah sarap tu. Dah macam sarang tikus! 

Haduiihh 

Gigih aku kait semua sampah tu sampai bersih... Setengah dari karung sampah besar tu hasil 'tuaian' aku untuk hari tu. Hehe... 


Nampak tu... Baru selonggok je tu... Selebihnya masih tersorok kat bawah katil. 


Ko nampak bantal2 yang bersusun tu? Asalnya tak gitu kejadiannya...

Tu Faiq, si pelaku di tempat kejadian bersama bukti. 

Masa aku tinggalkan bilik tu... Sekejap je... Kejap sangat tau... Aku jengah, dia dah susun bantal tu semua jadi tower! Sikit lagi dia nak panjat... Kena sergah ngan aku, terus tak jadi. Aku suruh dia kemas then aku pi dapur balik... 

Bila jengah semula... Gitu la dia susun... 

"cantik tak mak?" 

Aku? Tak terkata... Tak tau nak marah ke nak gelak. Aku jawab la jugak.

" hmm... Cantik!" 

Terus aku amik gambo. Muka dia... Haha... Bangga la tu bila mak dia puji. 

"mak, nak nengok!" 

Ha... Siap nak nengok gambar lagi tu... Sengeh je dia.. Haha... 

Ending? 

Aku jugak yang kena kemas balik. Serabut tengok dia susun macam tu... Erghhh... 


Selasa, 24 Oktober 2017

2 kali salam daaa...


Tu jagung manis... De staff dari FAMA jual kat pejabat. Asalnya malas nak beli, tapi teringin gak nak rasa. Beli jugak la... Tu pun lepas Shida jual bahagian dia sikit kat aku. Haha... Stok yg staff FAMA tu bawak tak mencukupi. FAMA manaaaa? FAMA Pilah!

Memang sedap! Manis!

Hah... cerita semalam. Tengah hari tu masa amik Fa'el dgn Opal, aku tanya Fa'el... Pagi tadi tak salam mak ek?

Fa'el senyum... Ada la mak! Salam la tadi....

Laaa... aku mati2 ler ingat dia monyok sebab tak salam ngan aku pagi tu. Fine! Legaaaa... Tapi malam tu aku tetap minta maaf kat Fa'el dgn Opal. Sebab malam tadi aku tak sengaja terjerit kat diorang berdua. Aku stress pasal hal lain... Dengar lak Jannah nangis tak berhenti. Masa tu lak aku tengah 'berperang' ngan kuali dan sudip kat dapur... Kepala pulak tengah serabut, hati tengah sedih... Memang tengah down sgt, dengan tak sengaja... aku terjerit kat diorang berdua... Ya Allah... istighfar aku byk kali lepas terjerit tu... 1 badan menggigil menahan marah.😥 

Ye... aku banyak memendam rasa sebenarnya... sampai ke hari ni... bila terlampau tertekan, aku jadi menggigil 1 badan ( ni sejak aku pantangkan Jannah! )... 

Menyesal sebab aku dah janji dengan diri sendiri nak kawal perasaan ni. Tapi malam tadi terjadi lagi...😥

So... lepas dah lega tu... aku peluk Fa'el... sebab dia yang menangis masa aku jadi macam tu... Dia kecik hati ngan aku la tu... being mak, kalau dah buat salah kat anak... tetap la kena minta maaf...😢

Aku bukan mak yang terbaik... tapi aku nak diri aku ni jadi mak yang baik untuk anak2... 

Okay... tu malam tadi punya cerita. Bangun pagi ni Fa'el ok... Cuma lepas siap pakai uniform sekolah, masa nak tenyeh minyak rambut... aku tengok dia terlelap ngan minyak rambut Pomade kat tangan. Awal dia siap hari ni. Tak macam semalam, sampai kena leter! 😁

Sampai kat sekolah, aku salam dia dulu. Lepas tu baru salam Opal... Fa'el masa tu dah jalan ke depan sikit, tetiba dia patah balik.

Kenapa?

Nak salam mak la... Tadi belum salam!

Dah salam la tadiii...

Belum la mak!

Hahaha... adakah penyakit terlupa aku semalam dah berjangkit dekat Fa'el pagi ni? 😁


Takpelah... Aku layankan sambil lap muka dia yang bercapuk ngan bedak! Muka Opal pun bercapuk gak tadi... aku lap kan jugak... hehe...

Dan... aku pegi keje pagi ni dengan muka tak siap! Takde bedak, takde tepek krim pape kat muka. Redah je!😁

Isnin, 23 Oktober 2017

Pagi Isnin Yang Serba Terlupa

Ayyooohaiii... kecoh betul pepagi kat pejabat ni... Penat aku tengok bapak - bapak orang ni... Penat gelakkan pun ye jugak... 😂 Tu tak abih lagi... dari dalam bilik opis aku ni, membawa keluar pintu pejabat tu haaa... kecoh!


Sebenarnya pagi ni memang aku perlukan terapi macam ni. Sebab otw pi kerja tadi macam down sikit. Terkenangkan anak sebenarnya...

Pagi Isnin yang serba terlupa... nampak tak tajuk tu... de 2 perkara hari ni yang aku terlupa dengan tak sengaja...


Yang pertama...

Susu anak... terlupa nak hantar ke rumah pengasuh... Padahal dari malam tadi sampai ke bangun pagi tadi, aku masih ingat... sampai je rumah pengasuh... susu tertinggal! alaaaaaa... punya la beria dok ingat dalam kepala, sudahnya... masa hantar anak ke rumah pengasuh, susu takde! Kena lah patah balik pi amik stok susu Faiq ngan Jannah kat rumah. So, 1 masalah keterlupaan aku dah selesai... 


Yang kedua...

Keterlupaan yang ni buat aku down... Mood nak sarapan pon ke laut ni. Hari ni Opal dengan Fa'el ada peperiksaan akhir tahun. Pepagi tadi masa gosokkan baju sekolah dorang berdua, aku dengar Fa'el mengigau tah hape... So, aku kejut dia terus. Mandi dulu sebelum Opal bangun. Masalahnya... Dia bangun dulu, dia mandi dulu... tapi yang siap dulu, yang ke kereta dulu, si abang dia... Opal!

Dah tentu tentu lah kena leter ngan aku... biasa tu... mak ngko ni meleter bukan sebab marah, tapi risau... kang lambat ko ke sekolah kang... 

Sebelum masuk kawasan sekolah, cam biasa lah... salam cium tangan semua... kat sini yang aku terlupa. lepas pastikan diorang dah masuk kawasan sekolah... aku berdesup plak hantar Faiq dengan Jannah pi ke rumah pengasuh. Masa ni aku terasa macam de benda yang kurang... Teringat Fa'el berjalan nak masuk ke kawasan sekolah tadi macam lesu... Lemau tak bersemangat... dah kenapa? Pikir punya pikir... baru la aku perasan... yang tadi dia tak salam cium tangan aku pun... aku cuma wish good luck kat Opal je... Padahal Fa'el pon de exam gak hari ni... Aloloh... sedihnyaaaaaa.... 😥. Patut la air muka dia mendung je masa nak masuk ke kawasan sekolah... Kesiannya Fa'el... 

So... aku WhatsApp cikgu Fa'el... dengan harapan cikgu sampaikan la pesanan aku ni kat Fa'el... ( tapi idak ler terlalu berharap... mane lah cikgu sempat nak tengok WhatsApp masa kelas dah mula ni kan? hehe )

Tapi memang aku lupa sangat, aku ingat dia dah salam dengan aku sebelum Opal... Dah la sebelum tu kena leter kat aku... dah tentu tentu la lagi dia sedih... Kesiannya... alahai...😢

Semoga Opal dengan Fa'el berjaya dalam peperiksaan akhir tahun ni... Amiinn... Balik kang aku peluk la dia... huhuhu... kecian anak aku!



Note :

Mak korang ni banyak dah terputus urat... pastu banyak nau tertelan semut... hehehe... ade je yang terlupa...😩.

Selasa, 22 Ogos 2017

Bila anak berak berjemaah dan bila baby tak membuang beberapa hari

Semalam rasanya anak2 kecil aku tu berak berjemaah. 😂... Yang baby Jannah tu tah bila masa lah dia memerut.. tau tau dah kuning je seluar bahagian belakang badan dia. Dah ler tu, elok je plak aku pegang kat situ... Tau tau dah basah je tapak tangan aku.... alolohhh... mak nak gi keje ni Jannah oiiii... 😭.


Tumpang cuci kat paip luar umah pengasuh tu. Gelak je pengasuh tu tengok Jannah... hehehe... Lepas bagi Jannah kat pengasuh, aku patah balik ke kereta. Amik Faiq pulak. Elok je dia tido kat seat belakang tu... Ngantuk sangat... Hari2 pun cam tu la... Jaaaarang dia sedar time2 aku nak pi keje camnih. Nak tak nak, kena gak la dukung dia hari2 dari kereta sampai ke dalam umah pengasuh... Adeihh... bengkok pinggang! huhuuu...


Lepas je hantar Faiq masuk dalam umah pengasuh, aku gerak le pi keje. Semalam pun aku pi keje ngan kereta... Sejak skuter tu dah kena jual... aku gunakan kereta tu sepenuhnya pi - balik keje. Huhuhu... time minyak jap jap naik... jap jap naik ni... habih gaji kat minyak kereta je. Dah tengah hari pun aku balik. Pam susu kat rumah. Tapi rasanya pasni pam susu kat opis la pulak. Kat opis ni pun diorang pam susu berjemaah... hahaha... 


Berbalik pada citer asal... lepas hantar 2 beradik tu ke rumah pengasuh, aku terus berdesup pi kerja. Tah camne la tetiba je tangan ni nak kaup ke muka kan... gatal ke hape tah idung aku masa tu. kaup ler... masa ni yang terbau 'hangit' tu... memula tu ingatkan kereta aku yang hangit. Cemas gak ler... Tercium cium aku dalam kereta tu sengsorang. Nak le cari kat mana yang hangit tu... Takde pulak! Tak hangit plak... Apa pulak yang hangit tadi tu ekk??


Terfikir nak cium tangan yang kaup muka tadi... Hahahaha.... Hadoiiihh laaaa.... tangan tu yang 'hangit' rupanya... Tangan yang sama tampung montot Faiq masa dukung dia tadi. Adoiiyaaiii... Bukan Jannah je yang melepas... Faiq pun sama... tangan yang sama plak tu yang jadi mangsa... alalalahaiiii... budak2 bertuah tu... sampai opis ler kesudahnya tangan aku ni berbau tengik... ekekeke...


Saaaabar je lahhhh...!


Takpe la nak... Asalkan korang bahagia! hahaha... kang kalo tak memerut kang, emak ngko gak yang risau. Masa minggu pertama Jannah dok umah pengasuh tu, 3 hari dia langsung tak memerut... risaunya mak ngko ni ya ampunnn! Hari - hari aku tanya pengasuh tu... Jannah buang air besar tak hari ni, kak?


Tiap - tiap hari ye! Risau punya pasal... padahal masa abang - abang dia dulu, aku relaks je... Ye, masa abang - abang dia dulu takde lak masalah ni. Elok je diorang membuang tetiap hari. haha...


Tapi aku tak bawak pi klinik sebab aku tengok Jannah sihat je... lincah je cam biasa... takde muntah2 teruk... setakat terkucil sikit tu de la... Dia laaasak! lepas menyusu kang masa perut tengah penuh, mana dia reti dok diam. Tu kaki tangan tu... mengibas - ngibas je tak reti diam...


Perut dia pun tak keras. Elok lembut je masa aku sapu minyak yuyi tu... Takde plak dia meragam ke hape... cuma tak membuang je... tapi aku punya la risau... siap pujuk tu, Jannah... yak la cepat! yak lerr... 


Hehe... Skali dia memerut... haaaa... hamik ngako! Banyak ngko! tapi ok... mak ok nak! haha... lega terus hati aku nih... So dear mak mak... jangan risau kalau anak korang aktif tapi terberak beberapa hari. Selagi perut dia tak keras, dia tak meragam, tak muntah - muntah teruk lepas menyusu... tu dia ok tu... tapi kalau risau gak... sila lah bawak baby pi jumpa doktor. Cam aku ni, aku tengok dulu 2- 3 hari tu... once dia dah membuang tu... takde dah nak risau pape...


Sini de blog yang share info pasal baby tak berak beberapa hari cam Jannah tu. Korang leh baca detail kat : http://www.nuhababy.com/. Aku naik re-type semula info tu tak berapa nak rajin. Haha... Sila la jengah sendiri ke blog yang telah saya nyatakan sebentar tadi ye! hehehe....


Dear Jannah, satu hari nanti kalau terbaca entry ni kan... jangan le marah kat mak plak... haha.. ni kenangan mak... mak tak citer kat sesapa, mak citer kat sini je...hehehe!!😝




Ahad, 11 Disember 2016

Bulan Khatan

Salam semua,

Semoga dirahmati semuanya...

Dah 2 minggu anak2 cuti sekolah kan? Ada dah tu mak ayah yang pun sama sama cuti sakan membawak anak2 pi makan angin...

aku je blum... belum ada perancangan lagi sebetulnya... paling jauh pun, pi kenduri kat Port Dickson... lepas tu singgah jap kat dataran PD tu... just jenjalan gitu je...

Nantilah... ada rezeki, kita pi jenjalan ye anak2... rehat2 dulu kat rumah. penat kan sekolah hari tu.... hari2 kena bangun awal... merengek je la kojo ehh hari2... tapi nak buat camne... kalau tak sekolah nanti payah... mak ni dah ler takde harta nak diwariskan kat anak2... ilmu je lah yang mampu mak berikan... nak dapat ilmu, kena la pi sekolah hari2... tambah ilmu dengan para cikgu kat sekolah... ilmu yang kita dapat kat sekolah dengan ilmu yang kita dapat kat rumah tak sama... tapi semua tu berguna bila dah besar nanti...

dah ada ilmu nanti, usaha la untuk ngumpul harta sendiri... baru tau erti bersyukur dengan nikmat kemewahan yang kita dapat tu... kalau terlampau senang dapat kemewahan tu, takut lupa diri... tak reti pulak nak bersyukur, lepas tu menyusahkan hidup orang lain...ye lah, lahir2 terus hidup senang... dimanja dengan kemewahan dari kecik... blajar pon ala ala je lah... kisah apa, mak ayah orang kaya... tu semua tak elok tu... tak pasal2 disebabkan orang macam ni, orang lain yang dituduh tak reti bersyukur... oohh... pantang betul aku ngan perkara macam ni...

ok... cukup dulu, kang melalut la macam2 kang... meh back to main story... bulan 12 ni bulan cuti sekolah kan... a.k.a bulan khatan... de ke ang dah buat majlis khatan anak2?

aku? well, belum lagi... tapi inshaallah... memang nak kena buat jugak tu nanti... anak2 aku kan semuanye lelaki... ( stakat ni la... yg dalam perut ni belum ketahuan lagi... lom masa lagi nak scan jantinanya )

stakat ni tengok anak2 orang je berkhatan... owhh.. hasben yang tengok... aku tak... hehe... tapi sebab dia dah send gambar banyak2 kat wassap group... apa salahnya aku share kat sini kan?

jom tengok...


Ni kat Masjid Sikamat... anjuran warga2 situ gak ngan orang2 UMNO setempat...


1 kepala... RM 10.00.... jangan ngko tanye kepala yang mana ehh.... 


Dedulu budak2 yang nak kena khatan ni kena berendam dulu dalam sungai... kan? tu yang aku dengar lah... 


Perarakan dulu... siap ler tu ngan bunga manggar... bunga pahar....


Dalam reramai tu, leh lak mata ni nampak seketul tu.... skuter tu... cantik le pulak kaler skuter tu... coklat + creamy... i like...


La ni cukup syarat nak bagi lebih meriah... diorang panggil bomba... pancur ngan air dari jentera bomba sampai kecut...


Sejuk lorrr... dah le pepagi ni redup je... sejuk mehh...


Hmmm... standby la yer anak2... kojap lae kasi potong! khatan ler... pehtu berpantang ler reramai kat rumah masing2...

time anak2 aku tu nanti tak tau la camne nak gantung kain tu... ish... ish.. ish... pikir jap...

selamat berkhatan anak2... tabah ler berpantang ye.... hihii...



Selasa, 22 November 2016

Rahsia aku makin kurus?

Seronok kan bila ada yang memuji...


Ehh... apesal makin kurus?

Dagu makin runcing?

Hidung makin mancung...

Wajah makin panjang...


Makin nampak cantik....



well... kalau betul macam dikata.... al-hamdulillah... syok je dengor...

sape lah tak nak dan tak suka dipuji macam tu kan..?



aku mampu gelak je lah ek... gelak yang tak berapa sangat... gelak sekadar nak sembunyi rasa hati yang sebenar...

yupp... 

ada la yang puji camtu tadi.. kot diorang bergurau, tak tau ler... ishh.. ish... ishh... aku layankan je lah... kot betul... tq.. tapi ai takdo nak belanje belanje ye... kot betul pujian, biar ikhlas... heee




Nak tau rahsianya? hmm... caya lah... kalau korang dengar, korang pon tak nak ikut... sebab... aku sendiri tak suka...

betul, aku de mintak nak susutkan berat badan.... tapi bukan cara macam ni...

caranya?



aku makan hati weiihhh.... dalammmmm....

nak citer pon payah... takpelah... aku harung sendiri lah... 

aku belum recover lagi since dilanda ujian hari tu.... aku struggle cuba pujuk dan rawat hati... aku cuba sibukkan diri... tapi tak mampu gak nak buang rasa 'sakit' dalam jiwa ni.... dalammm....


dalammmmm sangat!


nak nak lagi tengah pregnant ni kan.... lagi lah emosi aku on off on off selalu... kadang aku ok... kadang aku sedih balik.... yang sedih tu sebolehnya aku tak nak tunjuk depan hasben... 

tak sape paham ape yang aku rasa... ye ada masanya aku ni pentingkan diri sendiri... tapi ada ngko tau dalam hati aku ni? TAK...



Disebabkan tu... nafsu makan aku macam tertutup... makan pun sebab untuk si kecik yang tengah membesar dalam perut ni... ye tau... aku kena kuat... kena banyaaaaaak sabar! ujian Allah ni memang kena banyaaaaak sabar... aku tau, DIA uji aku sebab DIA sayangkan aku... supaya aku berubah jadi lebih baik... aku tau dan sedar tu... inshaallah... korang doakan aku ye... doakan supaya aku kuat dan tabah... 

Nafsu nak berhibur hati pun lenyap... mujur ler ada anak2... tengok gelagat Faiq tu makin lama makin cerdik... terhibur gak jap hati... si rambut ikal tu dah macam2 pulak ragam ehh...

bila disuruh cium pipi omak dia ni, tak mau pulak... tapi time tak disuruh... pantang nampak aku duduk lama, jap2 dia datang... dicium cium nya pipi aku... jap2 kang dia datang lentok kat aku... peluk aku.... alahaiii... sweetnya dia!

emakkk...! emakk...!

sedap dengar suara manja dia tu...


well... skarang dah tau kan rahsia kurus aku... hehe... tak tau bape lama bertahan kurus ni... dah alang2 kurus, biar sampai bila2 la maintain... biar berbaloi ngan stress yang aku hadap ni... ehh... aku pun tak nak kurus cara makan hati ni... tak seronok ok! jiwa kita sakit.... sakit yang makan dalammm... tah bila nak sembuh...

percayalah, bila jiwa kita sakit.... seluruh jasad kita akan sakit jugak... seluruh badan rasa macam bisa sangat... kadang rasa macam tak jejak ke bumi... rasa ringan terawang - awang...camtu lah yang aku rasa... see... dasyat nya penangan jiwa bila sakit ni...

kat luar tu punya lah lebat hujan.... acaner nak balik lunch hour ni? ai berskuter je hari ni.. huhu...



Jumaat, 21 Oktober 2016

Pensel Box Pinky

Tenghari tadi masa siap2 nak masuk kerja semula, aku dengar Fa'el gitau abah dia yang dia dapat hadiah... cikgu bagi katanya... wahh... teruja aku dengar... dapat pecil box yek?

aku tengok dari jauh je, tangan ni tengah sibuk sarung stokin kat kaki... tak dapat nak belek hadiah tu... tapi aku nampak dia dapat set alat tulis lengkap...

ok la tu... boleh la simpan untuk darjah 1 tahun depan...

aku cakap camtu je kat Fa'el... pehtu dia jawab...

TAK NAK lah...!!

ehh... dah kenapa pulak tak nak?

sebab pencil box tu kaler pink! Fa'el kan budak lelaki... pink tu untuk budak pompuan je... kalau mak nak, mak amik lah.... pencil box tu je Fa'el tak nak...


😂... hahaha... ni pasal kena kutuk kat Opal ler ni... aku ingat pink plain je... bila tengok dekat2, ada pulak gambo princess kat situ... banyak plak tu kan... patut ler dia tak nak.... kih3...

Opal : takpe lah, nanti simpan... kalau mak ada baby lagi lagi, bagi la kat baby tu...

ehh... ehh... ehh... ke situ pulak budak budak ni pikir ye! aku punye lah kusut kepala ni dok memikir camne nak kurus... camne nak kempiskan perut yang dah menteneng ke depan ni... diorang boleh pikir pasal baby pulak... pandai je korang yek bebudak!


Selasa, 18 Oktober 2016

Mak, esok takde ko-ko...

Otw balik rumah tengahari tadi... lepassss amik Opal kat sekolah kisahnya... sebelum tu aku dah ber'drama' swasta dah nak Fa'el...

Menyinga jap ngan anak bertuah tu... makin aku suruh cepat, ehh... makin dia meleka je depan tv... pastu nak merajuk rajuk bagai... ehh... takde masa derr mak nak tunggu rajuk ngko tu sejuk, Fa'el oiii...

sampai sekolah, Opal dah tunggu... tu pon lama aku ngintai... mano lah anak bertuah ni... tak nampak langsung kelibat dia kat memana.... rupanya dia ada je kat situ... duduk berlonggok ngan kengkawan, makan junkfood yang jenis serbuk tu... dari zaman aku sekolah lagi dah de junkfood tu..

rasa hangin kat Fa'el tadi lum habis lagi time ni...

masa nak patah balik rumah tu ler Opal gitau...

Mak, esok takde ko - ko

ko-ko tu kata pendek untuk ko - kurikulum tu ler... ( incase kalau aku lupe maksud ko-ko tu satu hari nanti... hahah )

Takde ko-ko? kenapa?

Hati cuak time ni... mesti de sebab kan?

sebab esok periksa...

aiihh... UPSR dah lama lepas dah rasanya... peksa apa pulak?

Peksa apa?

ish... takkan peksa akhir tahun?

peksa akhir tahun, mak...

hahh...? esok exam final year? esok? dah start esok?

mana surat maklumannya? mana jadual peksanya?

woiihh... menyirap balik marah aku time tu...

takde... cikgu tak bagi pon...

ehh... camtu plak?

dah tu, mana Opal tau esok de exam?

tak puashati dah time ni... apesal perkara - perkara camni dah last minit baru Opal gitau aku?

cikgu yang bagitau masa perhimpunan pagi tadi...

hahhh... membebel ler aku sepanjang otw balik rumah tu... geram pulak dengar perkara last minit camni.......... nak lagi yakin, aku tanye Kak Za... anak2 eh pon sekolah sama ngan Opal... huhuhu.... lagi meleter ler aku... nasib ler anak2 ku... tadah je lah telinga...

memang betul esok exam final year.... why?!!!! hadoiiihhh...

ngan Kak Za gak ler aku dapatkan jadual exam Opal...  nasib ler ada... tq kak...

berhari hari tau aku tunggu kot kot ada surat pemberitahuan pasal exam final year Opal... tau2... sok dah exam... ehh... hape la.... haduiihhh....


lain macam jadual exam ehh... exam masa sesi pertama je.... sesi kedua, kelas on macam biasa... kecuali yang 2  hari tu...



note :

budak pra - sekolah pon kena catit nama tau kalau datang sekolah lambat... cerghh... pengawas junior tengah teruja nak catit nama... baju pon uniform putih lagi... nametag pengawas pon yang sementara punya... gasak ko la dik... Fa'el pon mintak nametag camtu kat aku semalam... alaahhhh.... mano nak cari pepagi tu Fa'el oiiii.....


Rabu, 7 September 2016

pagi KKIA, petang Klinik Pakar

Ini cerita semalam ye... nak taip semalam, nak publish semalam... alahaii... keletihan yang amat ler pulak... sempat upload gambo je dulu... dah tu je yang terlarat... hahaha...

Pagi semalam memang check up rutin Faiq... tak cucuk, just timbang n bla bla bla... Kebetulan semalam Opal dicutikan, ermm... yang se-darjah ngan dia yang dicutikan sebetulnya... hehe... 

bukan dia sorang ye... tak tak... katanya nak tumpukan lebih ke budak2 UPSR... gitu lah... 


jadinya aku angkut je dia skali temankan aku pi KKIA tu... sekurang - kurangnya Faiq ada kawan... selain maknya nih kan...

owhh... Fa'el kena sekolah macam biasa sebab warga pra tak terlibat langsung ngan bebudak UPSR ni... atas permintaan Fa'el, aku hantar dia betul2 sampai depan pintu kelas...

hmmm... layan kan je.. kang kalau dia tak nak pi sekolah, lagi ler aku pening... nampak je kawan ehh... berdesup dia lari masuk kelas.... ishh.. ishh... ishh... bebudak ni!


lepas tu pi cari sarapan jap sambil cecuba cari Pokestop... ehh... hehe... main jugak? iye... aku main jugak sesekali.

kali ni sempat mandikan dulu Faiq... siap sarapan skali semuanya... dah kenyang baru pi klinik... dulu2 appoinment awal pagi... la ni aku amik lambat sikit timing tu... sempat le kenyang kan perut dulu...

tak larat dah nak menunggu sampai kebulur macam dedulu... sebab aku jenis kalau dah duduk menunggu tu memang alamatnya tak bangun ler selagi no giliran tak dipanggil... melainkan utk kes kecemasan.... tandas!

biasa lepas daftar, diorg suruh mak2 ni bawak anak pi timbang n ukur tinggi dulu... lepas tu haaa... menunggu ler ngko selama berjam - jam di situ sampai no giliran ngko muncul kat papan matrik tu...

yupp... berjam - jam... nasib lah...


elok pulak semalam tak ramai orang... bangku menunggu banyak yang kosong... but still..... lammmmbat!

dalam dok tengok2 orang tu, ehh... ado pulak cik jijah kita nih... ngan shiraz nya! mengeluh2 ler cik jijah... pasal dia dah tiba sejam awal dari aku... and by the time aku kat situ masih tak dipanggil2nya...

gitu ler klinik gomen, ngah!

tapi dia cakap ok sikit dari klinik lama dia dulu... tempat menunggunya panas!air-cond nan hado je... lagi lah siksa dibuatnya... dengan orang ramainya....


hohoho.... menganga je mulut dak tenit tu... happy kot diagah dek Opal... untung dak tenit tu tak banyak ragam... dapat menyusu je...terus lenaaaa...

sementara dia tido, aku suruh je cik jijah pi tapau apa2 buat isi perut... dah menyusukan baby, confirm la kebulur perut tu... dah ler tak sarapan pagi!

dak tenit tu... aku tolong tengok2kan... i tahan geram je nak gomol dak tenit ni.... batuk dengan selsema aku ni belum elok sangat. takut menjangkit plak kang kat dia... sian Shiraz... dah ler jap tu dia kena cucuk...

suntikan ape tah... lupo lak aku... hei hey... anak2 aku semua amik je suntikan vaksin tu... FOC je pun... apa de hal... janji anak2 sihat...



lepas cik jijah balik, aku still menunggu... lama ler jugak. mata ni tak lepas2 pandang jam dinding kat situ... kul 11 setengah baru diorang panggil... bising plak nurse dalam tu... sebab? dah 3 kali datang check up, berat Faiq tak naik langsung... statik je 10.5kg... terus diorang suruh refer doktor... alahai... bape lama pulak tu nak tunggu kang?

anak aku lasak lerr.... makan sesuap dua, dia dah cabut lari... boleh je paksa dia makan tapi kalau dia dah tak mau... suap pon tak berbaloi... sebab... kejap tu kang dia ludahkan balik makanan tu... cerghh

tunggu lagi.... dari 10 minit lagi nak ke pukul 12... sampai ler tinggal 5 minit lagi nak kul 12... oiihh... Fa'el balik sekolah kul 12... kalau lambat kang takde sape tunggu dia kat tempat menunggu tu kang.... doktor tak panggil2 lagi tu... gelisah oiii... 

aku tinjau... doktor tengah buat apa tah [ aku tau doktor tengah buat apa sebenarnya... tapi takpelah... aku coverkan line je la kat sini ye... ]

ngam pukul 12, aku tak tunggu terus serbu je bilik doktor... " doktor, lambat lagi ke? anak saya balik sekolah kul 12 ni... saya nak balik ni... "

kelam kabut doktor tu suruh aku masuk... haaa...ngko!


gedebak gedebuk.... doktor bagi transkipsi ubat... haha... nak kena tunggu plak giliran amik ubat?! memang tak ler...  ubat vitamin tu... nanti lah amik...

hahh... doktor tu cakap check up akan datang kalau berat masih statik,  dia nak refer Faiq ke pakar pemakanan... pakar lagiiii....



ehhh... cukup lah Opal sorang je yang de pakar... ye pakar gigi nya!

petang tu aku bawak Opal pulak pi Spital Pakar HTJ tu... pasal gigi dia lah... sejak kes gigi dia terbelah tu, pantang sakit sikit terus refer sana je... risau ooo...

selalu ehh... abah dia yang bawak pi Specialist tu.. tapi sebab hari ni dia bertugas dan ada kerja luar plak tu... tak dapat la dia bawak... 

hooo... otw balik amik Fa'el tu, lampu enjin menyala lagi.... dah 2 kali dah macam tu... ni nanti aku cerita...



sampai Specialist... amboi... pokemon! banyak spesis rare yg muncul... tak dapek acik nak layan... parking dah ler jauh kemain... siap mendaki anak tangga lagi tu nak ke bangunan Specialist tu... aiiigooooo.... hongeh!

mencungap mak ngko ni, Opal oii... nasib baik ler Faiq dengan Fa'el tak ikut, aku hantar rumah pengasuh...,

sampai dalam, kurang 20 minit, diorang dah panggil Opal masuk... semalamnya abah dia dah maklum kat diorang, tu yang doktor suruh datang petang semalam... nak tau nape aku cemas sampai nak refer pakar tu? 

sebab ahad dan isnin tu dia nangis2 cakap giginya tu sakit... tergigit roti katanya.... aduihhh... pehtu gigi taring ehh atas bwah pon sakit jugak... gigi belakang pon sama sakit... ehhh... banyaknye tempat yang sakit!

risau le pulak... tu yang minta hasben call dan buat appoinment ngan pakar gigi tu...



sementara diorang cek Opal tu, aku tunggu luar je... tak sampai 10 minit... nurse panggil suh masuk dalam bilik rawatan...

masa tu nurse dan doktor pakar yang de dalam dah gelak gelak je nampak aku... dah kenapa diorang ni?

" puan, gigi dia yang kita operate tu ok je... takde masalah... "

dah tu? Opal yang cakap sakit... aku mane tau...

"yang gigi taring ni bukan la sakit sebenarnya... agaknye dia tak tau nak cakap camne, tu yang dia cakap sakit je... sebenarnya dia tak selesa sebab kedua - dua gigi tu dah goyang... tunggu masa nak tanggal je"

laaaaaaa................. padan ler doktor tu gelak2 je... sudahnye, ngan aku skali gelak... bukan ler kes serius pon.... Opaaaaal.... Opalll....



" so macam mana maknya? terpulang kat mak lah, nak biar gigi2 tu tanggal sendiri ke? atau saya tolong cabutkan? "

aku pandang Opal... apa aku nak buat?

" tapi kalau saya tolong, dia sakit sikit la sebab kita nak cucuk ubat bius..."

o..m..g.. sakit tu! well.... acaner Opal? aku saje biar Opal buat pilihan dia sendiri... dann...

dia pilih untuk biarkan gigi tu luruh sendiri secara semulajadi... tak mau doktor cabutkan... hehehe... takut la tu kena cucuk.... eiiihhh... aku pulak yang ngilu kat gusi ni... ehh...ehhh...ehhh...



kojap yo pun...kul 3 selesai... aku hantar dulu Opal ke rumah pengasuh... biar dia tolong Mak Roha dia jaga adik2 ehh kat situ... lepas hantar kereta, aku amik motor, terus berdesup ke KKIA semula... amik ubat Faiq yang tak sempat nak amik tengahahri tu...

ikutkan hati nak bawak je kereta tapi sebab lampu enjin tu asyik menyala je sepanjang balik dari Pakar HTJ tu... takut la pulak... redha la bawak skuter tersayang tu... waaaalaupunnn masa tu aku rasa letih dan mengantuk giler...

nak amik ubat pon kena tunggu lagi... terlelap jugak ler kejap kat situ.... balik dari klinik tu... badan dah rasa ringan je... aiihhh... tabah je hati masuk opis... ada kerja nak kena settle kan.. kalau tak, aku dah amik cuti dah tu... huhuhu...



dah malam tu.... aku lelap awal... pagi ni baru dapat wish birthday kat hasben... aloloh...

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you... 
Happy Birthday.... Happy Birthday...
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........................





Khamis, 18 Ogos 2016

Pencuri basikal buat kerja lagi!


Nah haaa... penuh bilik dobi aku dah.. basikal tu bukan situ tempat asalnya... tempat asalnya kat luar rumah tu... kat porch tu...


ni basikal baru Opal... lepas basikal pertama dia tu hilang hari tu... dia langsung tak nak main kat luar.... leka ngadap tv... tak pon main game kat handphone...

adik2 ehh syiok syiok main2 basikal kat laman tu, dia redha je dok dalam... bila tanye, dia kata sebab takde basikal... tak tau nak main apa... bola pon dah hilang...

sama kes lah tu... kena rembat kat orang... tau2 dah lesap je bila balik rumah... cergghhh...

kesian... de gak cakap kat Fa'el, sesekali bagilah Opal pinjam basikal Fa'el tu kalau dia nak pinjam... ermmm... betul2 sesekali je dia bagi pinjam... lagi lah kesian!

so... aku cakap kat hasben, nanti nak ngompol duit belikan dia yang baru... al-hamdulillah, dapat dah beli... awal sikit dari yang dijangka... tapi... lepas tu 'sesak' sikit ler poket kami lakibini nih.. huhu...

anak punya pasal... redha!


kali ni beli dapat 1 free gift... beli kat town Seremban tu gak... seketul basikal tu de la RM200 plus sikit...

tokey tu bagi kunci basikal ni... elok sangat... for safety kan!

rajin Opal kunci..dah tentu lah dengan peringatan dari mak abah dia ni... dah kunci basikal ke belum?

gitu lah dari start basikal ni dapat kat dia... cantik basikal tu!


sampai lah hari sabtu minggu lepas... petang tu kalau aku tak paksa dia temankan Faiq main kat laman tu, mungkin lambat baru perasan pasal kunci tu...

nampak tu kan? dah terjojol keluar dah kunci tu dari sarungnya! yang warna gold tu... Opal punya jerit terkejut tuuuu... ngan aku skali terkejut!

apehal la yang cemas sangat tu kan? tengok2.... dah terjojol camtu...

Opal cakap semalam elok je... tak macam tu pon...


argghh... sudah! kat hati dah terdetik, pencuri basikal buat kerja dia lagi ni!

hati berat kata camtu... kebetulan sabtu pagi tu memang takde orang kat rumah.. kat laman memang clear... skuter hasben bawak pi kerja... aku pi buat ot dengan anak2 cam biasa..

tu satu... yang kedua buat aku rasa camtu,


ada kesan kat sarung kunci tu... macam kemik... kuat gaknye pencuri tu pegang... kemik kekal kat situ... cover getah tu masa aku tengok tu pon tak camtu... tu aku dah siap betulkan dah tu


kalau tak sebelum tu,cover getah tu dah terbuka camtu... nasib baik lah pencuri tu tak dapat buka kunci tu... kalau tak, bukan Opal je meraung... ngan aku2 skali kot meraung!

so aku try godek2 kunci tu dengan harapan terbuka lah dia kan... kalau ikut cakap hasben, senang je... awak potong je dengan playar! ( masa  ni hasben tengah kerja.. sembang kat whatsapp je )


tebal tuuuu!!

tak daya de aku nak potong besi tu... ishh...ish... ish... gigih aku godek2 lubang kunci tu... dok piuh piuh... dok pulas pulas... tak kuat pon...

godek punya godek...

terbarai terus!

lubang kunci tu dengan punat2 kecik tu semua terbarai... hahahaaa...


tapi berhasil!

terbuka gak kunci tu sudahnya.... bangga betul rasanya masa tu... hahaha....

tapi lega wooo.... kalau tak, dah jadi 1 hal plak nak potong besi kunci yg setebal tu tadi... ehh... tak dayo dooo!

kebetulan jugak hari tu, Opal kunci basikal tu kat ampaian baju aku yang besar gedabak tu... biasanya, dia kunci ngan basikal Fa'el...

kalau tak, mungkin ngan basikal Fa'el pon diorang rembat!

sekarang basikal tu dah tak dapat jadi tayang awam 24 jam ye! time nak main petang2 tu je lah basikal ni Opal bawak keluar dari bilik dobi tu...

takut pisang berbuah 2 kali... kenalah simpan dalam...



Note:

sebelum beli basikal baru ni utk Opal, dia de jumpa tayar basikal lama dia dulu kat perkarangan masjid... tengah nak solat Jumaat masa tu... ngam2 orang dah nak start solat... so dapat tengok kejap je ngan abahnye... diorang ingat lepas solat nak tunggu kat situ... bukan nak marah, just nak dapatkan pengesahan je dari owner basikal tu... nak tau mana dia dapat tayar basikal tu...

yup... body basikal tu lain... tayar je sebijik macam basikal Opal yang hilang tu...

tapi tak dapat pon jumpa tuannya... agaknya pencuri tu dah perasan kot, masa hasben ngan anak2 dok membelek basikal tu... lepas selesai je solat jumaat, hasben cakap basikal tu dah takde... nampak sangat kann...

tapi takpelah... tak de jeki kata orang nogori.