Jumaat, 26 April 2013

Murtabak Singapore Muar

Pernah makan tak?

kalau dak angah tak beria nak makan murtabak Singapore ni... maknanya seumur hidup lerr aku tak rasa.

Lepas insiden kat Wetex yg menyakitkan hati yg hamat tu... kitorang ke sini dulu. Pekena murtabak yg first time ever dapat makan. Sebab lepas tu kitorang nak serbu Bazar Baitulmal pulak.

Meh order murtabak dulu...

3 menu utama :


sumber gambar : http://zouldahanblog.blogspot.com

That day, kitorang ikut pilihan dak angah... dia kata nak yg special 1. hmm.. , " 1 je...? "

"Besar... makan sorang tak abih.."... uihh... leh makan 5 org katanya... kita ni manelah penah makan murtabak tu kan? mane le tau rupa parasnye camne... igtkan macam saiz murtabak biasa tu.

Sebab masa tu yg de, me.. my husben, my kids ( 2 org hero tu... ), angah and my mum... plus semuanya... 6org.. kitorang minta lagi 1, tapi saiz yg paling kecik tu..


Tadaaa.... yumm.. yumm... tengok sepinggan cam ni.. perghh... hilang jap rasa marah. Tak sabar nak terkam... hehee


ok... hahh... dah selesai..! sos merah tu dia punye pencicah.

kata dak angah... murtabak singapore ni antara food yg popular kat Muar, selain dari Mee Bandung Muar...

Kalau korang nak tau... yg special tu... diorg tabur daging extra kat atas. Rasanya agak dry sikit... tapi still nice... so kalau terliur dah kat tekak tu.. leh datang ke restoran ni...



Location:
No. 1-4 Batu 1,
Tanjung Agas,
84000 Muar
Johor


Read more: http://traveldine.blogspot.com/2011/01/dining-murtabak-jd-muar-johor_29.html#ixzz2RXYa4c5d

Al-fatihah...

Sebelum memulakan entry, mari kita sama2 sedekahkan bacaan al-fatihah kepada salah seorang anggota kami yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

Untuk berita lanjut... boleh klik di link ini : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130426

Walaupun aku tak pernah berkerja di bawah pimpinan allahyarham, tetapi menurut cerita dari teman2 sekerja... beliau adalah merupakan seorang ketua yang baik tetapi tegas dalam tugas.

----------------------------------------------------II-----------------------------------------------

** terdiam sejenak dan terfikir... betapa kematian itu datang pada saat yg tidak terduga. Tidak kira masa... dan boleh terjadi di mana - mana... tidak kira atas alasan apa sekalipun... sesungguhnya MATI itu PASTI...

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat... amiiin...

Selasa, 23 April 2013

Usus saya tak bersih kot!

Salam semua... lama dah tak bersiaran langsung kat sini... nape tah... tahap kemalasan tu melampaui garisan maksima... tak dapat nak dikawal2 langsung... perghh.... nak buka blog pon macam 'berat' jekk... busy katanyerr.... hikk..

Hari ni jekk baru rasa rajin nak hup-det... tapi ni aku pinjam entry dari blog mama Maszull...


Tanda usus kita tidak bersih:
1.       Sembelit
2.       Selalu kentut
3.       Sering sakit kepala
4.       Susah nak hadam
5.       Selalu rasa lesu & tidak bertenaga
6.       Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7.       Nafas dan najis berbau
8.       Perut buncit
9.       Selalu lapar
10.   Wajah kusam
11.   Gastrik
12.   Radang hati (pedih ulu hati)
13.   Ulser peptic
14.   Cirit-birit
15.   Kanser usus/kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1.       Jantung stres atau lemah
2.       Sakit sendi dan arthiritis
3.       Menjejaskan fungsi otak & boleh mengakibatkan nyanyuk
4.       Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5.       Badan lesu & otot lemah
6.       Berat badan bertambah
7.       Cepat nampak tua
8.       Kanser

Cara Untuk kita membersihkan usus kita yang kotor itu :
1.       Minum suplemen herbal terdapat banyak di pasaran 
2.       Menggunakan enema (air) untuk membersihkan usus
3.       Meningkatkan memakan serat,buah dan sayuran
4.       Selalu diet buah,diet sayur & diet jus
5.       Selalu dan keraplah minum air putih






Isnin, 15 April 2013

Wetex... sekali je cukup!

Bila angah sebut Wetex, aku blur..!

Terkebil - kebil aku pandang muka dia. Cuba nak mengira jumlah jerawat yg de. Dlm. kepala memang blank habis! amende lah natang Wetex tu?

Dak angah plak ulang2 cakap... " Wetex... Wetex.... "

oiihh.. tak tau de amende Wetex tu? last2 baru dia cakap... Mall!

Haa... katalah Mall... aku ingat amende lah tadi... mane lah aku tau de Mall yg namanya Wetex!

First time ni bermalam kat Muar... tu pun sebab kenduri kat umah makcik, Mak Ujie nama dia.

Sori lah ngah ekk... Memang tak penah dengar pun nama Mall tu.. Wetex tu... 

Tapi sekali ni je ngah.. laen kali jgn ajak aku datang situ.. tak mau... sakit hati aku ni ngah! mulut2 sales girl yg kurus keding melidi cam cicak kobing tu kelmarin memang betul2 bikin hati gua ni panasss... mujur la aku tak bako ( bakar ) baju tu, ngah!

Kisahnye, aku tertinggal baju kemeja yg malam sebelum tu dah beria2 bergosok sakan.. igtkan sebelum gi nak le amik bawak masuk dlm keta.. tapi dah sampai Muar... baru ingat. hu3..

aduhh... tertinggal!

aku cadang nak pakai masa balik ke Seremban semula keesokkan harinya... baju yg de cuma t-shirt basahan je.. alalah... tu yg beria2 nak gi shopping tu...

rata2 kedai yg de kat Wetex tu... takde yg sesuai ngan kaum muslimah.. 1 je kot! tapi kain mahal lah.. yg batik tu... yg lain semua fesyen k-pop... yg saiz bajunya semua S je... M ke atas..? harammm!

de la 1 kedai ni, aku try 1 kemeja. memang cantik. bile test.. kat bahu memang dah terletak.. ok dah...

tapi kat pinggul... problem..

yg tambah tak syiokk nye.. lepas aku tunjuk kat hasben, ( sales2 girl yg bertiga tu pun tengok gak masa tu )

aku masuk balik fitting room nak tanggalkan kemeja tu, tetiba terdengar amoi2 keding tu cakap sesama diorg,

" $%^&(#$% gemok... "

next salesgirl pun sama..." @#%^^&$% gemok! "

the other girl, " how's your weight? gemok?"

 huiiihhh.... achik langsung sangkut tepi je kemeja tu dann... blah terus!

" jom..! "

hasben tanye, tak nak try yg lain?

" nope!.... baju2 tu tak cantik!!! "

muka2 amoi tu... cuak!!! yes... very the.... next time.. kalau nak ngumpat, sila guna bahasa ibunda korg sepenuhnya... bukan half2 camtu... sekurang2nya aku tak pham korang kutuk aku! biadap!

Nasib baik ler engko bawak aku ke Baitulmal, ngah! terubat sikit hati aku.. sikit je lah.. tapi ok lagi...

-------------------------------------------------------ll--------------------------------------------

korg tau... tak salah kalau badan kita bukan saiz S, as long as kita happy ngan life kita... persetankan lah ape orang nak kata... yg penting kita sihat... 

kurus tak semestinya SIHAT.. badan berisi tak semestinya SAKIT, tak bermakna kita takkan bahagia dlm hidup...

Selasa, 9 April 2013

Ular sawa vs ular tedung

Cube korang tengok gambo nih...

bomba kuala pilah

Ni real punye... aku amik masa nak amik keta ipar kat Balai Bomba Pilah dulu kat entry ni : http://skuterlady.blogspot.com/2012/10/manual-ohh-manual.html

Cuba lah teka... bila cik sawa bertemu en. tedung... sape yg menang? Tengok betul2... kepala sape yg kena baham?

Ni ler salah 1 dari kerja2 bomba... tangkap ulor (ular)... 

Rabu, 3 April 2013

Lapang sasar...

Sekian lama dah tak masuk ke lapang sasar ni... semalam dapat la jugak merasa sekali lagi bermain dgan peluru...

Perasaan... perghh... mula2 memang gementar...  lebih2 lagi dapat senjata yg tak pernah guna...



terkial2 nak petik picu... tapi lepas tu... wahh....

ok... cukup.... pengalaman merasa sekali lagi... cukup!

 ----------------------------------------------------------ll---------------------------------------------

konon nak lepas geram.... tapi bile dah de kat lapang sasar tu.... hilang semua... hati jadi tenang yang amat... sebab... fokus ke arah tu je... so takde istilah nak lepas geram dah..

Selasa, 2 April 2013

Taman Buaya Melaka

First and last time aku datang Taman Boye Melaka ni... masa zaman skolah rendah dulu.

Kebetulan, baru2 ni sengaja ajak hasben bawak anak2 ke sana... saje... nak bagi budak2 tu tengok buaya.. selama ni asyik tengok gambar je kan.... kali ni tengok yg real plak..


lepas jelajah tengahari buta super terik yg amat tu... haasilnya.... achik rasa tak berbaloi... harga tiket utk DEWASA... RM 10.00... kanak2 umur 5 -12 tahun, RM 6.00... bawah dari tu... F.O.C... 

Jembatan gantung yg dulu pernah ada... sekarang tak de dah... diganti dgan...


Malaysian in Miniature.... dan... sangkar burung... yg de cuma itik... ayam... merak... burung bayan...

melepas le nak merasa naik jambatna gantung tu... hmm

Takde persembahan pun, panas terik.. sape pulak nak buat persembahan kat tengah2 terik ni kan??

lepas tu hujung taman tu.. ade la kolam utk kanak2 mandi - manda... tu je lah... ohh... de kereta main yg 'hobinya' melantun2.. kegemarannya... dilanggar2 dan melanggar2.... sekali naik RM 4.00..!

aku join gak lah utk Opal.. tapi half way main, dia dah cemas... sebab asyik kena hentam je ngan keta lain...

nyaris2 dia nak terjun dari keta tu... aku himpit sikit dia ngan badan asyik..ha3

sebabkan badan mak dia ni membesar dgan sihat, tak dapat la dia terjun. ngeeee

de rumah hantu ngan ketapi gergasi... tu je lah...

overall... achik rasa cam tadi lah... tak berbaloi...

tapi 1 gambar ni achik suka... ni haa.


buaya 'bersidai'

hooo... pepanas terik ni... tak panas ke berpeluk gitu en.buaya??

bermalas malasan kamu ya!

hasil usaha si adik tu mengaruk sakan tadi, kedua2 anak bertuah tu akhirnya berjaya bawak balik helang sekor... buaya sekor.. ternak lerr elok2..

si abg amik buaya... yg adik tetap rasa helang lagi best....

suruh amik buaya tak mau! tapi bile dah sampai rumah... baru dia perasan yg... buaya tu lagi best dari burung... lepas tu bayangkan je la ape yg jadi.... malas nak citer... v__v.

itu lah entry utk kali ini... sekain... err.... sekian....

--------------------------------------------------------ll--------------------------------------------------

tak sabar rasanya nak bedal cencaluk tu.. pehh.... mesti sedap!... nyum2....