Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2017

Mak

Salam semua,

Lama aku peram ni. Tak pernah kot aku citer pasal mak aku dalam blog ni. Tapi kali ni terasa nak share pasal mak.


Ingat lagi, masa aku tak tau aku dah pregnant ni... aku ingat aku ada ketumbuhan dalam rahim. Tapi bila check kat klinik, rupanya bukan ketumbuhan. Pregnant rupanya 🙂


Tak lama lepas tau aku pregnant, Cik Guyu gitau aku pasal mak. Dia baru lepas bawak mak pi klinik lepas mak mengadu dia period balik dan perut rasa sengal2 macam senggugut. Padahal mak dah lama menopous. Haiiipp... Jangan gelak ehh... Korang kena alert ngan tanda2 macam ni gak satu hari nanti.


Scan biasa je masa tu, pakai scnaner untuk preggy woman tu la... tau kan? masa tu doktor nampak ada ketumbuhan kat rahim mak. Tapi tak pasti sama ada tumor atau cyst. Sama ada tumor biasa or cancer!


Tapi bukan la betul2 terletak dalam rahim. Doktor kata ketumbuhan tu di antara rahim dan perut. Tu yang Cik Guyu conteng gambar sampai camtu... Buruk amat contengan ngko, dik! Payah aku nak paham masa memula dia up gambar ni kat what's up app. group.


So doktor tu sediakan surat rekemen untuk detail checkup kat hospital Pilah sebab asalnya mak check tu kat klinik swasta kat ngan rumah mak tu je. Doktor rekemenkan untuk buat CT Scan. 3 hari lepas doktor bagi surat rekemen tu baru mak ready pi buat CT Scan. Nak selesaikan hal kerja katanya.


Ni baru lepas buat CT Scan. Just Dollah's Angels ( me, Cik Jijah n Cik Guyu ) je yang ada. Adik aku yang satu2nya lelaki tu tak dapat join. Keje katanya. Aku tumpang Cik Jijah mai from Seremban. Amik halfday memasing masa tu. Cik Guyu memang dari awal dok temankan mak kat spital tu. Dari awal lagi, dia yang temankan mak. Since dia je yang tengah free from any commitment. Terima kasih dik!


Kitorang gerak pi Pilah pun lepas aku temankan anak2 makan tenghari. Tak sempat la nak masak. Aku join anak2 makan kat kantin. Sambil2 tu tengok anak2 orang makan sekali kat kantin tu. Ada yang makan nasi ngan ikan keli goreng... perghh... sekor keli goreng je dah RM 2.50 kalau tak silap. Kalau hari2 dia makan lauk ikan keli tu, agaknya berapa la duit poket dia sehari ek? Dari pagi sampai ke petang... Untuk anak2 aku, aku bagi RM 3 sorang untuk pagi. Kang tengahari, sama ada hantar bekal atau aku belikan kat kantin tu. Untuk KAFA, biasanya aku hulur RM 1.00 je. Ngam untuk makan macam mee goreng / nugget / roti... Yang ringan2 macam tu. Air untuk petang? hah... wajib minum air masak bekal ngko tu ye!


Tapi sebab lambat gerak, tak dapat ler jumpa mak sebelum ditolak untuk CT Scan. Cik Jijah yang naik sebab mak buyong ni tak mampu nak lelaju sangat daki tangga tu... Tu pon sempat salam je. Diorang dah tolak mak ke dalam.


Sementara tunggu tu, kitorang pi makan jap. Cik Jijah lapar katanya. Tak sempat makan langsung tadi. Lepas makan, kitorang jengah mak. kul 4 setengah dah masa tu. Ingat nak singgah jap je, tapi dah sembang2 ngan mak... hampir kul 5 baru gerak...


Tapi Cik Jijah takut nak drive lelaju sebab membawak mak buyong katanya... cehh... takut ke? Sampai sekolah bebudak dah 5 setengah... Kesian anak2... Sorry ye sayang2 mak... Mak pi tengok nenek... Bukan suka2 merayap ngan kengkawan mak sampai terlambat jemput anak2 mak... 


Result?

Next entry la... panjang sangat dah ni...





Selasa, 20 Disember 2016

Doa - doa yang makbul

'I hate when I see a tear drop in your eye and... I hate it most when I know the reason is me...'


Salam semua,

Semoga diberkati Allah selalu dan semoga sentiasa berbahagia dengan kehidupan masing2 selalu...

Aku sentiasa berharap doa2 aku kebelakangan ni termakbul... dah 1 bulan lebih dah aku diuji... 1 bulan lebih aku kemurungan... mood swing tak tentu masa... aku berperang dengan kesedihan aku sendiri... 1 perasaan yang tak boleh nak diucap... nak diluah... nak diperkatakan... cerghh... ayat! tapi memang macam tu la aku rasa...

tak tau la sampai bila... aku masih cuba kuatkan diri.. mohon Allah tabahkan hati...mohon Allah rawat hati yang luka bagai disiat - siat ni... Saaaakit sangat!

K... dah la tu... tadi google, aku jumpa pasal doa - doa yang makbul ni... rasa nak simpan kat blog ni...


Cara - cara Berdoa :
- Bersunguh2 semasa berdoa. Sabda Rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh - sunggh semasa ia berdoa"

- menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh khusyuk kerana Allah TIDAK menerima doa dari hati yang lalai dan tidak ikhlas.

- Hendaklah makan, minum, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

- Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

- Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna. Dimulai dengan bertaubat, istighfar serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

- Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu ( al - fatihah dan sebagainya )


Tanda - tanda Doa Yang Makbul
- Terasa sesuatu yang menggerunkan setiap kali menyebut nama Allah

- Terasa melakukan banyak kezaliman terhadap diri sendiri kerana mengingkari perintahNya.

- Menangis tatkala berdoa

- Benar - benar khusyuk sewaktu meminta pertolongan Allah sehingga terasa tiada pengantaraan antara diri dengan Allah. Kita minta terus dengan yakin kepadaNya.

Khamis, 22 September 2016

Tak nak promosi ni...

😫😫😫

Kerja dengan sistem macam ni lah.... datang dia punye 'swing' tu... adooiihhh... berjanggut ler tunggu dia loading...

Aduihh... minggu depan odit nak masuk ni... tinggal 1 kerja ni je.. settle yang ni, lega dah... ehhh... skali sistem 'hang' daaaa....

😰


Tu haaa... semalam cif Yahya bagi.... buntang jap mato nih tengok... hew... hew... macam best je tu...

cif kata ada pameran barang2 kraft tangan orang asli seluruh Malaysia kat situ nanti... macam - macam ada katanya... ehh... menarik je bunyinye tu...

Aku tak nak promosi ni kat korang... hahaha... nanti ramai orang, susah aku nak parking... kihkihkih.... tapi serius lah... nampak best ni...

esok ( 23 sept : jumaat ) start dah tu.... pameran dan jualan kraft tangan orang asli tu hari ni dah start... korang yang ada masa free tu, moh ler tengok...



Rabu, 23 Mac 2016

Wajah terkini meme 'success kid' yang pernah menjadi viral!

Blog sepi dan bersawang? ohohohoooo... blog ni memang biasa... kekadang 'idup' kekadang 'tidur' dengan entry baru... ^_^'

mesti korang biasa tengok budak gebu ni kan? yang pipinya tembam... yang pipinya bulat macam di pam pam...

eh... eh... comel sangat lah!


hampir 10 tahun dulu dia jadi viral!

masa gambar ni diambil, dia baru berusia 11 bulan... itu lah dia, Sammy Griner yang berasal dari Jacksonville, Florida

kali pertama di muat turun ke laman web pada tahun 2007 oleh ibunya... dan gambar comel ini mula menjadi viral pada tahun 2010...



dan 

...

ini wajah terkini Griner....


Tak siapa pun sangka, dengan meme gambar comel Griner tu... keluarga Griner berjaya memperoleh sumbangan bagi menampung kos rawatan perubatan bapa Griner yang perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. 

Pembedahan tersebut berjaya dilakukan pada 2015!


ooohaii... tetiba terfikir sesuatu.... mungkin ini yang dikatakan rezeki anak! hmmm... ^_^





Khamis, 14 Januari 2016

Gigi kekal anak terbelah hingga ke akar

Budak budak ni kan bila kita larang lagi dia lupa larangan kita tu. Bila dah main tu, kemain lagi seronok... pesanan mak ni kadang macam curah air kat daun keladi... haa... lebih kurang macam tu la...

gitu la Opal dengan Fa'el...

kalau tak, takde lah terjadi kejadian gigi terbelah dua semasa bermain..

aku baru pas amik budak budak bertuah ni dari rumah pengasuh petang tu. ohh... kejadian ni berlaku selang sehari lepas kes tayar kereta aku bocor tu.

a'ah... masa cuti sekolah hari tu. hari rabu petang... dek seronok sangat bergurau si dua beradik ni, tu yang ter'eksiden' tu...



dahhh... nampak tu? gigi dopan plak tu! udah ler gigi tu yang paling besar. kot senyum, memang nampak penuh lah... ini dah sumpik... jatuh berlago dengan jenang pintu bilik tido tu haa..


seketul patah... tah mana tah lerai ehh... merata - rata la cari serpihan yang patah tu. tak jumpa heihh..!

yg seketul lagi tu haaa... dah terbelah dua!  berdarah la kojap... lepas cuci darah tu berhenti. nasib baik! tapi... goyah ler gigi tu... aduhaiii!!

masa tu hasben takde kat rumah plak tu. so... aku amik le gambo. nak wassap..! elok je aku nak amik, dua beradik tu dah meraung menangis... pulak dahhh...!

kenapa?

jangan cakap kat abah! nanti abah marah!

hahahaaa... budak2 ni memang seriau ngan abah ehh... cer ngan omak ehh ni... marah la camno pon... lagi diorang suka dengar aku ni meleter... adeihh...

ikut kan hati, pas kejadian tu memang nak je aku marah... tapi mende dah jadi kan? kesian pulak... malam tu Opal makan roti je. takut nak makan nasi sebab takut gigi yang goyah tu luruh plak...

so... ini pesanan aku. [ lepas kejadian tu memang tak terpikir pasal ni ]...


if... kejadian seumpama kisah di atas berlaku kat anak2 anda sekelian... sila segera hantar anak ke klinik yang berhampiran... if kejadian tu berlaku selepas waktu pejabat... sila bawak anak korang tu terus ke emergency di hospital besar...!

jangan jadi macam aku... esoknya baru bawak pi klinik. pasal petang tu tak terpikir nak bawak dia ke emergency... dalam kepala ni dok fikir, klinik pergigian gomen tu dah tutup sebab masa tu dah pukul 6 lebih. tak tau pun boleh pi ke emergency terus!

so... pi cepat jangan tunggu la hooo!




Khamis, 31 Disember 2015

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2016

" kak, ni jadual betul ke tak ni kak?"

disebabkan baru2 ni bebudak pejabat dapat wassap viral yang katanya gaji penjawat awam dah dianjak ke awal bulan, maka ada yang tanya aku soalan tu.

yang diviralkan tu sebenarnya jadual pembayaran bagi mereka yang bergaji hari. untuk yang bergaji secara bulanan, maka jadual diatas bolah dijadikan rujukan.

nak lebih detail boleh terus ke portal :


atau boleh muat turun terus dari :




NOTA :

Untuk BANTUAN KHAS KAKITANGAN AWAM 2016, bayaran akan dibuat pada 4 JAN 2016

Isnin, 14 Disember 2015

Semak bil astro melalui SMS

Actually sampai hari ni aku tunggu SMS dari pihak Astro.

Pasal.. last time aku called operator diorang, operator tu janji nak inform secara sms cara semak bil Astro...

sammmmpai hari ni... nan hado je... mana janji muuuu... haaa?

well... takpe... kita ramai dah kan blogger yang berinformasi? moh ler search je... letih tunggu budak operator tu...

ni bukan apa, untuk rujukan aku di masa hadapan ler jugak...

gini caranya...



Ada 2 cara nak semak bil astro melalui SMS ni. Either

1. semak via no. akaun astro kita

kaedahnya :

Balance Inquiry
For balance inquiry using Astro Account numbers, key in;
ASTRO<>BAL<>AC<>AC NO and send it to 33310
E.g.: ASTRO BAL AC 0812345678


or

2. semak via no. i/c owner.

kaedahnya :

For balance inquiry using Malaysian Identification Cards, key in;
ASTRO<>BAL<>IC<>IC NO and send it to 33310
E.g.: ASTRO BAL IC 880125097802


Selepas itu kita akan terima SMS daripada Astro seperti ini;

Your last payment amount for account 0812345678 is RM70.00. Current outstanding amount is RM40.50.

RM 19.10 ...?

macam tu yea.. 

abaikan iklan Zalora tu... time ada duit memang best... time sekengkek ni, aku pandang sendu jekk...

sekian...




Note :

Current bill RM 19.10 ??? hmmm.... tolak rebat lagi ke ni?? astro ooo astrooo.... ada issue yg belum selesai nih...





Selasa, 7 Julai 2015

Kuinin mewangi

Pinjam jap title lagu akim & the majistret… lagu berhantu diorang ni memang terbaeekkk…. best!

Fa'el gemar nyanyi lagu tu… baru 5 tahun tapi… ape je lagu, semua dia nyanyi. tapi tang korusnye je lah….

Hhaha… cikgu kelas dia de cakap masa report card day ritu

‘Fa'el ni agak baran sikit, kurang beri tumpuan, kadang bila baca reramai, dia tak buka mulut pun. diam je, tapi dia gemar tul menyanyi’

Iye cikgu? lagu ape dia nyanyi?

‘lagu… sakitnya tu di sini….’

Hha3…

DSC_0096

Cer teka… buah ape kah itu?

Tu bukan mangga tapi kuinin… sama macam mangga, yg bezanya buah kuinin ni lagi wangiiiii dari mangga.

Sebelum pi jemputan di Batunam ritu, kitorang balik dulu rumah ayah. amik ayah dulu, then kita pi sesama. Rumah ayah pon sebenornye dah half way nak pi Batunam tu.

Kita balik sehari sebelum.

Masuk masuk rumah, mak oiii…. semerbak bau ehh…. masa sampai tu dah lewat malam dah. pueh lerr pi dapur jengah… bau ada, tapi mane buahnya?

Ohh… ayah sorok kot… hikss…

Aku ler, camne tah boleh pikir camtu. tak baik betul….Open-mouthed smile

DSC_0103

Hahaaa…. padan le tak jumpa buah tu kat dapur, buah tu de kat laman belakang. betul2 tepi pintu dapur…

Nahh… sebekas!

Dalam baldi biru tu ada tapi dah jadi camni

DSC_0107

Nampak parang atas meja sebelah kuinin tu? haaa… aku terbayang ayah potong buah2 tu macam samurai… zass… zass… zass…

bukan ler ayah aku ‘menghijau’ ke hape…

Pokok kuinin tu sebatang je pon kat belakang rumah tapi buah nya…. uisshhh… berbaldi – baldi. cuma yg jadi masalahnye, nasib2 je nak dapat buah yg betul2 elok tak dihuni dek kumbang…
nak bagi jiran2 pon serba salah…. luar nampak cantik, tapi dalam dah bersarang….

Sebab tu ayah tarahkan je buah2 tu camtu… Laughing out loud lepas geram kot….! ye yah??!!

Orang kata, boleh kalau tak nak kumbang2 tu bersarang dalam buah. masa pokok tu tengah berputik bunga bakar sampah kat keliling pokok tu. biar berasap keliling tu. Halaukan induk tu dari hinggap ke putik muda tu.

K… masa bunga kuinin tu berputik ye… bukan masa dia dah jadi buah. masa tu dah terlambat, pasal masa tengah berputik tu lagi kumbang tu dah cucuk telurnya…

Kaedah yg sama digunakan untuk jaga pokok duyan…

DSC_0205

Salah 1 gift yg dapat masa kenduri tu yg mmg favourite aku… telur pindang!!

**jangan marah haaa… aku tunjuk gambo buah kuinin tu time2 pose cenggini…Open-mouthed smile

Hari ni dah 21 ramadhan… dah siap ke baju raya anak2?


Jumaat, 29 November 2013

Giant Senawang





Giant sudah berwajah baru...!! ermmm.. bukan luarannya... tapi yg di dalammm nyaa!!

masuk2 je... wahh... terkejut sekejap.... tapi lepas tu.... aduhaiii.........

aku tengok susun atur barang2 yg lain ok dah... ok ok lah...

tapi untuk perkara yang 1 nih....

masuk2 je dalam 'perut' Giant tu... haaa.... 'spek mata' tu ngko nampak dulu... macam2 kaler... striking suma ada.....

dulu, pakaian dalam wanita tu disusun agak terlindung. kalau de yg nak membeli tu, pasti rasa agak selesa sikit lah... sii...ii..kitt...!! sekurang - kurangnya tak le segan sgt nak membelek lelama... -_-'

sekarang??.... pikir 10 kali kot...!!

tak pun.... jalan terus! he3

Nota kaki : sudah la terlalu open... striking..!!!! merah... oo...ren... kuning..... bla...bla..bla...

Jumaat, 22 November 2013

Blog senyap sunyi..

takdo idea........... camtu lerr

baru je selesai kursus di KLIA.... bengkel sebenornye.........

cam biasa... berdua dgn shida.... together2 di sana for almost a week..............

sambil2 ber-bengkel... kita cuci2 mata tengok pemandangan yg lain sikit dari biasa...

KLIA

rasa relaaaax je....

dada rasa lapangg je tengok landasan yg seluas mata memandang nih.................

agak sesuai dibuat terapi utk tenang jiwa.. ^_^

Jumaat, 1 November 2013

Ragut ye puan - puan...hati2

Semalam Kak Za de cakap...

masa org tengah sibuk2 ngan urusan pagi sebelum pi keje, de la orang ni tah dari mana tah...

tetibe je muncul kat lorong umah dia....

mundar mandir ngan motor cam org tak tentu arah... 

ape hal mamat ni? dari tadi ke hulu ke hilir... kannnn....

Jadi akak ni pun perhatikan mamat tu tak berkelip......... through side her side mirror  ngan cermin pandang belakang...

selang 3-4 umah dari situ, de la cikgu ni... dia tengah anta anak kat umah mak dia... mungkin sebab dia pikir

alah... kejap je... anta peh tu aku cepat2 le masuk keta...

maka idok lerr dia konci nyerrr pintu keta tu... ngan enjin pon tengah on... dia amik anak, terus masuk umah mak ehh...

dah biasa gitu gamaknye...

yg Kak Za ni plak... hati rasa macam something wrong je ngan mamat tu. gerak geri serba mencurigakan.. 

dah ler tak penah nampak muka mamat tu kat area sini sebelum sebelum ni................

dia perhatikan jekk.. 

tapi dalam dok perhatikan gerak geri mamat tu... anak dia plak dah meraung depan pintu umah.... 

dia pandang anak dia jap, peh tu cepat2 dia perhatikan mamat tu semula...........

masa tu gak le dia nampak mamat tu dah amik sesuatu dari dalam keta cikgu tadi...

lepas tu cepat2 blah.......

petang tu....... confirm.............. cikgu cakap memang mamat tu dah hangkut handbag dia.... 

rupanya dia pun perasan...

dia try gak kejar... tapi sangkut kat traffic light...... mamat tu?

dah berdesupp le menyusup kat celah2 keta yg bebyk tu..........

kalau le de sesape yg sudi baca blog aku nih.... hati2 lerr.... org zaman sekarang macam2.... kalau dah terdesak tu.. sanggup buat ape saje.... 

kalau pepagi tu sambil2 nak anta anak... sila2 lah perhatikan persekitaran kita.... kalau ade yg mencurigakan tu... berhati - hatilah................................

*************************************************************************

laporan polis dah dibuat oleh cikgu tu pada hari yg sama............. harap2 encik2 polis tu sudi kan lah diri meronda di taman kami................. n_n

Jumaat, 23 Ogos 2013

Rezeki sekejap...


Raye hari tu cemas sekejap bile dapat tau kawan pada ipar aku di SAMUN...!

Habih ngan laptop, duit hasil jualan tudung de la dalam RM300 camtu... handphone samsung... semua diorg kebas.

Tinggal henpon chokiaaa je depa tak hamik. Tu yg dia leh gitau kitorang tu...

Samun bersenjata ngko!!

Mujur ler dia tak diapa - apa kan...

Udah ler mak aku baru je bagi kawan tu duit. Kitorg de singgah jap kedai tu sebelum kejadian. 

De la mak aku beli tudung sehelai kat situ... Ngan duit2 tu semua diorg kebas. 3 org, badan tegap2 sihat gitu katanya...

Sempat pegang kejap je lah... nak buat camne, bukan rezeki dia.

Tergamam gak la jap lepas dgar berita tu... rasa bersyukur sangat sebab kejadian tu berlaku lepas kitorg tinggalkan kedai tu...

ko byg kan ler... sebelum tu anak2 aku kemain riang gembiranya berlarian dlm kedai tu, emaknye nih punye lah berrangan posing sakan... 

Tu lah... nak beraya tu kena lah beringat - ingat gak... kita tak tau ape yg akan berlaku. Keluar rumah tu, mohon la doa byk2... supaya keselamatan kita sentiasa dilindungi Allah... insha-Allah, perjalan kita selamat.





Selasa, 16 Julai 2013

Pemanggil tak bernama

tajuk dah macam citer seram je kan? idok le gitu sebenornye...

tapi misteri tu adelah... tang mane yang misterinye tu?

tang dia sebut

" saya dari syarikat insurans AiA. Puan adalah antara yang terpilih untuk pekej yg kami tawarkan sempena ulang tahun AiA yang ke - 25 tahun... bla..bla...bla.."

hoiihh.. misteri sungguh... nape kat laman web AiA takde citer pasal tu pun? ni haa... siap print gambo lagi nih..


ade nampak? takde kan? tu yg misteri tu... sambil brader tu cakap, tangan ni laju je buka web nih.. saje..nak nengok.. kan???!! hehe

tapi tu lah... takde!

serik dengan kejadian yg lepas ( tawaran insurans via phone call ) , tanpa bertangguh - tanguh aku tanye kat brader tu.. potongan melalui ape?

" debit card atau credit card.... or.."

sebelum dia sambung promosi ulangtahun dia tu, aku cakap... " tak nak lah!"

malas lah... ohh.. hujung ayat tu dia nak kata, " puan boleh buat bayaran cash.."

ohh... takpelah. keputusan dah dibuat... i tak nak...!!

" nape puan tak nak? " ecehh... sibuk je nak tau... kot laki aku yg tanye, takpe lah jugak. tapi jawab le jugak.. " saya pernah terkena sekali.. cukuplah!"

ape motip aku cakap macam tu? entah.. patut tak payah jawab, wat dowhh je kan? peh tu trus letak phone je kan?! tapi macam kurang budi bahasa plak nak buat camtu... sempena bulan Ramadhan yg mulia nih, aku cakap ler jugak elok2... he3

demi nak tunjuk yg dia tak tipu, " puan kalau tak caya, puan boleh datang  kat Dang Wangi.. pejabat kami kat situ, kat bangunan berkembar"

" ooo.. kat bangunan berkembar tu lah ye?"

" bukan puan, bukan dalam bangunan tu tapi dekat2 area situ.. dekat je ngan bangunan tu.."

poyoooo...!!!

betul ke de pejabat AiA kat Dang Wangi tu? confirm ke ngko de kat situ?? kan???

-------------------------------------------*******---------------------------------------------------

ngan no phone tak appear nye... yg muncul kat skrin ' withheld ' je.. tambah le musykil... haiihh.. bulan2 pose ni.... jgan le wat naya kat orang... tak baik lerr....

Khamis, 4 Julai 2013

Tawaran insurans melalui telefon

Tengahari semalam aku dapat call dari syarikat insurans... katanya!

Sebelum ni pun aku pernah dapat panggilan dari org yg mengaku dia dari sy. insurans yg sama.  Lepas dia pot pet pot pet... aku mintak nak pikir dulu.. masa tu lah!

Tapi org tu macam nak push aku suh terima je plan insurans tu cepat sebab lepas ni takde dah tawaran camtu lagi. Masa tu... ye lah.. tak tau ape2... blur2... aku setuju je lah.

sambil2 tu try cari nama syarikat tu kat internet. ade! besar lagi...

tu yg setuju gak tu, walaupun kat hati cam was2 je.

tapi... tu lah... pelik, tiap2 bulan potongan insuran tu bertambah.. dari RM 39.00 naik RM 40++... bulan ketiga dah naik pulak sampai RM 50++. ehh.. masa aku tnye awal2 hari tu, org tu cakap naik just setahun sekali je...

ni bukan setahun sekali dah ni... bulan2 dah naik..ape cerrr??!

tak lama lepas tu, de pompuan call. mengaku dari syrikat yg sama. potpetpoet gak nak promote plan baru.  aku dgar acuh tak acuh jekk.. lepas dia abih cakap, aku tolak tawaran tu. giler... lepas aku kira2... dah jadi RM100++ plak...

ooihh... pompuan takleh terima, dia desak suruh aku setuju gak dgan pelan baru tu... hahh.. sini aku mejawab ngan ngko

memang jadi gaduh le jap. ape? ngko ingt aku keje chop duit? hari2 duit masuk akaun aku berkoyan2?


kad lama tu aku dah potong dah! lantak lah... tak tau la betul ke tak syarikat insuran tu wujud. yg aku tau, suami aku amik insurans..bulan2 potongan sama je. member2 lain pun sama je.. haiihh...

ni semalam org tu call lagi. malas aku nak layan.

utk info lebih...korang baca lah ni : pendedahan oleh Mazidul Akmal

mak pun de mengadu gak hari tu.. dia dapat panggilan katanya dr syrkt insuran yg de link dgan bank BSN. bulan2 potong. tapi bile semak dgn BSN, pegawai bank tu kata.. takde pun! diorg takde link dgan mane2 syrikat insurans cam yg mak cakap tu. jadi, aku syor kan kat mak... buat kad baru.

Kalau tak, diorg akan terus keruk duit dari akaun kita... banyak chanteekkkk...!!!

***************

Manusia yg jadi dalang utk keje2 memang lahabau.... sape2 yg tukar kad baru ( debit @ kredit ).. tak payah le layan kalau dapat call yg seumpama di atas.

Ahad, 23 Jun 2013

Pajakan ke? pegangan bebas?


Bukan la aku pandai sangat.. tapi lepas puas telek2, belek2.. tanya2 orang.. tanye ejen hartanah.. rasanya aku paham ape beza antara tanah jenis pajakan dan tanah jenis pegangan bebas.

Contoh aku amik dari kisah tanah Felda. Ayah aku cakap, tanah yg org2 Felda dapat sekarang ni jenis pajakan. Tempoh pajakan selama 90 tahun ( kalau tak silap lah.. ).

Kami menetap di tanah Felda since 1983.. maknanye dah 30tahun kan? So baki yg tinggal = 60 tahun.

Lepas tu ape jadi? Memang ler geran tu ayah dah dapat.. tapi sebabkan ini tanah pajakan, maka… bile sampai je tempoh pajakan, terserah pada Felda sama ada nak sambung kontrak pajakan tu @ diorg tarik balik. Tu terpulang pada pihak diorg. ( to renew or … )

Camtulah…

Sebab tu  bile aku tengok kat pamplet2 atau majalah iklan yg selalu landing kat depan rumah ni, harga antara  tanah jenis pajakan agak murah berbanding dgan tanah jenis pegangan bebas. Peh tu, aku suka tengok tahun pajakan dan tempoh dari mula pajakan bermula. Tapi tak semua pamplet de tulis mende tu..

Yg de tulis pun, tulisannya... ya ampunn... kecik.. cenonet jek... kena tengok betul2 baru nampak..

Nak lagi jelas, leh baca kat sini : freehold or leasehold? yang mana jd pilihan

*******

Bile dah kerap sgt survey harga rumah.. rasa macam dah jadi pakar plak..he3.. tengok je rupa bentuk rumah2 yg nak dijual tu.. kitorang dah boleh agak dah berapa harganya! Percaya tak? *winkkk..!

Masa ni.. kitorng lum jumpa lagi rumah yg sesuai ngan kitorang… hew3…

( entry ni postpone dari pertengahan tahun 2012... misi mencari masih diteruskan.. )

Selasa, 23 April 2013

Usus saya tak bersih kot!

Salam semua... lama dah tak bersiaran langsung kat sini... nape tah... tahap kemalasan tu melampaui garisan maksima... tak dapat nak dikawal2 langsung... perghh.... nak buka blog pon macam 'berat' jekk... busy katanyerr.... hikk..

Hari ni jekk baru rasa rajin nak hup-det... tapi ni aku pinjam entry dari blog mama Maszull...


Tanda usus kita tidak bersih:
1.       Sembelit
2.       Selalu kentut
3.       Sering sakit kepala
4.       Susah nak hadam
5.       Selalu rasa lesu & tidak bertenaga
6.       Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7.       Nafas dan najis berbau
8.       Perut buncit
9.       Selalu lapar
10.   Wajah kusam
11.   Gastrik
12.   Radang hati (pedih ulu hati)
13.   Ulser peptic
14.   Cirit-birit
15.   Kanser usus/kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1.       Jantung stres atau lemah
2.       Sakit sendi dan arthiritis
3.       Menjejaskan fungsi otak & boleh mengakibatkan nyanyuk
4.       Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5.       Badan lesu & otot lemah
6.       Berat badan bertambah
7.       Cepat nampak tua
8.       Kanser

Cara Untuk kita membersihkan usus kita yang kotor itu :
1.       Minum suplemen herbal terdapat banyak di pasaran 
2.       Menggunakan enema (air) untuk membersihkan usus
3.       Meningkatkan memakan serat,buah dan sayuran
4.       Selalu diet buah,diet sayur & diet jus
5.       Selalu dan keraplah minum air putih






Selasa, 9 April 2013

Ular sawa vs ular tedung

Cube korang tengok gambo nih...

bomba kuala pilah

Ni real punye... aku amik masa nak amik keta ipar kat Balai Bomba Pilah dulu kat entry ni : http://skuterlady.blogspot.com/2012/10/manual-ohh-manual.html

Cuba lah teka... bila cik sawa bertemu en. tedung... sape yg menang? Tengok betul2... kepala sape yg kena baham?

Ni ler salah 1 dari kerja2 bomba... tangkap ulor (ular)... 

Isnin, 18 Mac 2013

Tampoi vs Sentul

Ape perbezaan kedua2 nama tu?

Ya... mesti ramai yg boleh jawab.. pandai anak2 semua.. he3...

Tukar soklan pulak... 

Nyatakan persamaan utama antara kedua2 nama itu... hehee... macam soklah B.M plak.. dapat? tak dapat? dapat tak?!

okey... time's up!!

heheheeee................................

siapa dapat ???.. angkat.... ok.. jgan angkat ape2. takut ade bau yg tersebar.. heee.... 

Kenapa dua nama itu di gembar gembur kan? kenapa?.. ini jawapannya... kerana... kadang2 aku terkeliru dgan kedua2nya...

Betul.. Tampoi itu di Johor.. Sentul itu di K.L.... bukan.. bukan... bukan yg itu.. tapi ini...


ye.. inilah persamaan kedua2 nama itu... jawapannya adalah... sejenis BUAH - BUAHAN TEMPATAN...!

Baru2 ni aku beli lagi... sekilo a.k.a 1 kg = RM 7.00 kat tepi jalan nak ke Kuala Pilah tu.. buah tampoi

Saje nak perkenalkan pada hasben yg katanya tak pernah makan.. tengok isi pun tak pernah... ohhoo...

Korang pernah makan? cara makan senang sangat... nyonyot je!

*Beza Sentul dan Tampoi adalah... isi dalamnya...:

- isi buah sentul agak cam berbulu sikit... macam ber-kapas sikit... 

- isi buah tampoi plak agak licin sikit....

[ *disalin dari entry saya di sini : Balik kampung... jumpe rimau]

Sekian dari sayee... sesape yg teringin nak makan Tampoi... bleh turun ke Pilah.. Tanjong Ipoh.. sepanjang jalan tu... haa... sekilo.. 7 hinggit... kalau nak beli jagung pun de... 7 ketul 10 hinggit... besar2 lagik...

*****

Teka - teki :

1. Ape persamaan antara Rambai dan Tampoi ?

2. Ape bezanya antara... Duku dan Langsat..??

3. ape pula yang membezakan Kuinin dengan Mangga Harum Manis?

Selasa, 12 Mac 2013

Loya2 bukan sebab ade 'isi' tapi..

Sejak semalam tekak ni dah rasa semacam. Sakit. Dan macam de sesuatu...

Hari ni makin terasa sesuatu yg kat dalam tekak tu... jap... aku nak poe kodai jap yo! nanti sambung balik gosip... rasa sangat lah.. macam nak ter- beluekk pun de gak ni... tadi dah makan gula2 utk sakit tekak tu.. taaapi... hahh.. nanti sambung... den poe dulu.. bye2..


UPDATE :

Sambung citer balik... pasal gula2 utk sakit tekak yg banyak jual kat market2... brand... strepsil jenis peket tu... perasa oren... tergesa2 nak membeli, lupe tengok cop HALAL... dah abih sebijik baru teringat nak membelek peket gula2 tu... tengok2..

ni haa...


alcohol... 1.2mg...?? sebijik atau kesemua 6 biji? belek2 lagi... okey... takde cop HALAL... 

sudahnya... aku campak 5 biji lagi ke dalam tong sampah... yg sebiji tertelan tadi tu... aduhaii... lain kali belek dulu kandungan gula2 tu.. memang tak memabukkan.. tapi... rasanya... aduhai.. pelik giler! + tak sedap langsung! 

lepas ni... cek dulu betul2... rugi beli!

Khamis, 7 Mac 2013

Nampak tak??


Mereka...

Main sama2... yg gegirl tu... memang dari awal lagi dah de kat situ... sorang2 yee... sorang2...

tah anak sape. tapi mak paknye ade kat dalam fast food situ2 jekk..

Aku tau sebab de 1 couple tu... jap2 pandang dak pompuan tu dari jauh.. tapi jap2 jekk. peh tu masing2 leka ngan tab ke galaxy ke hape tah kat tangan masing2... sian ko dik!

main sorang2 je ekk? mak apak ngko sibuk ngan gajet canggih... leka!

hasben cucuk sekeping 50sen kat girl tu... kesian... dia tengok je mesin org bergerak. mesin dia tak gerak... goncang2 kuat2 pun tak gerak...

jadilah... sepanjang mende tu bergerak.. aku perhatikan mak apak dia.. tapi.. dah abih mesin tu bergerak.. baruuuu nak pandang! aku geleng je lah... sian ko dik!

aku rasa kalao de org jahat nak bawak budak tu lari... petik jari je...! bukn nak celupar tapi senang sgt!


hero 2 beradik tu... pandai!

naik2 je mende tu... depa dah jerit kuat2... " mak! nak duit! cepat lah..." 

 tapi.. puas korek... ha3... takdo! 50sen xde.. camner?

" ala.. mak... cari la duit..!"

hammmmmbooooiiiiiiii...!!!!! bertuah korang yekk... ? terpaksalah si abah pi tukar duit syiling kat restoran fast food tu... sib baik diorg nak bagi....

***

bukan la nak kat aku ni bagus, tapi...

secanggih mana pun gajet2 moden tu, walau mahal camne sekalipun, nilai nya tak sama dgan nilai anak... kalau dah bwk anak2 kuar, lupekan lah jap kecanggihan gajet2 tu.. lupekan jap FB, twitter tu...