Memaparkan catatan dengan label pencuri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencuri. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mac 2017

Apa perlu kita buat kalau Buku Rekod Kesihatan Ibu hilang

Salam semua,

Dengan izin Allah, aku mencari kekuatan untuk update blog ni... Dalam mencari ketenangan, aku terluka lagi. Takpelah, abaikan kejap. Meh sambung cerita lepas aku ganti cermin tingkap baru tu...

Lama juga aku menunggu budak kedai tu tukar cermin baru. Bila ditanya, single layer ke double layer? Budak tu kata single layer... Owh... baru la aku tau... Ada jenis gak cermin kereta ni ek? Hmm... info baru ler untuk orang yang baru reti nak amik tau pasal kereta ni... ngeee 😁

Takpe, pelajaran tu bukan setakat kat sekolah je... pengalaman tu pun 1 pelajaran. Fine!



Aku bawak anak2 teman sekali. Ish... diorang bertiga tu dah macam handbag aku dah. Tak maunya diorang tinggal kat rumah. Pantang aku keluar, semua nak mengikut. Walaupun selalu jek kena marah ngan mak diorang ni, still... nak mengepit je ngan aku... Takpelah, layankan je... Sebab aku tau, 1 masa nanti aku akan rinduuu kan semua anak2 ni... sebab budak2 ni bila dah besar, masing2 akan ikut haluan sendiri. Tak maunye dah kot kepit je ngan mak diorang ni memanjang... Ye dak? So... hargai moment ni dengan sabar ye puan Skuterlady ye!

Diorang juga sumber kekuatan aku... 😢... Terima kasih Allah, sesungguhnya mereka penawar duka dihati... walaupun kerenah masing2 tu kadang... ya rabbiiii... hahaha... tak terlayan!



Ngam pukul 4 setengah baru selesai. Tau je lah kalau dah bawak budak2 ni kan. Mana reti duduk diam. Haduihh... pening aku tengok... sabarrrrrr je lah. Try mintak kurang sikit harga cermin ganti tu. Haha... Tak dapat derr jack! Tetap RM 190 nett.



Adik ipar aku, Hana pun jadi mangsa pecah cermin kereta gak. Barang yang hilang... beg make-up kesayangan dia. Anggaran kerugian... RM 1000 lebih... beg make-up je tu... 😱



Lepas selesai tukar cermin kereta, aku terus pi KKIA. Haha... de sekali tu masa ber-wassap ngan Cik Jijah, aku taip KKIA tu macam ni je : kkia. Tak sangka Cik Jijah boleh confiused. "kkia tu apa?"... Camtu pun dia boleh confiuse... kkia tu samalah dengan KKIA... Klinik Kesihatan Ibu dan Anak laaa...🤣...


Masa aku sampai tu, nurse dah ramai yang balik kerja. Tapi sempat la jumpa nurse yang jaga kat kaunter tu. Masing2 terkejut dengar citer aku pasal kes kena pecah cermin tu. Aku ingat boleh terus buat buku pink baru je petang tu.


TAK BOLEH..!


Kena buat report polis dulu yer... Aku singgah amik husband dulu kat balai dia. Dia yang suruh. Tu la... malam tu aku de gak niat nak buat report polis. Taaapi... hmmm... malas nak kata. Last2 kena gak buat report polis tu.



Memang kena bebel la kat akak polis tu. "Nape malam tadi kena pecah, petang ni baru nak report?"... Hahh... menjawab la... Aku dok tepi je. Akak polis tu suruh husband yang lapor depan dia.


Nurse tu de pesan, masa buat report kena nyatakan sekali dalam report tu pasal buku pink yang hilang tu. Nanti bawak report tu KKIA untuk dapatkan buku pink baru. Petang isnin tu aku hantar 1 salinan dah. Katanya nanti diorang akan call.


Ye diorang nak call... dah 3 hari aku tunggu tapi senyap je diorang ni... Last2 aku yang call. Dah agak dah, salinan report polis yang aku bagi diorang tu dah mana hilang tah. Sebab tu diorang tak call langsung.



Kesudahnya, petang hari ke-3 tu aku berkejar pi KKIA. Diorang bagi pinjam kejap buku yang kat diorang tu sebab aku volunteer nak photostat sendiri. Kang nak tunggu diorang buatkan kang, tah bila la nak dapat... kebetulan minggu tu aku patutnya kena pantau BP ngan Urin setiap 2 hari sekali. Tapi buku dah hilang, terpaksa la skip beberapa hari tu...


Boleh ke pinjam? Boleh! Tapi kau kena tinggalkan i/c kau kat diorang. Sebab diorang takut kita lesap sekali ngan buku tu. Nanti kat diorang pulak takde rekod... Lepas siap photostat, pulang balik buku tu... nanti diorang bagi la balik i/c ngko tu...



Al-hamdulillah... lega dah! Dapat buat salinan je pun, takpelah. Dari takde langsung... Buatnya tetiba nak bersalin awal... kang susah kalau takde buku pink tu...


Owhh... BP ngan Urin tu kena pantau sebab diorang detected aku ada kencing kotor. So kena pantau BP sebab takut BP naik mendadak. Which is... not good for you, as mom and your baby ehh...


Siap bagi ubat antibiotik yang masuk ikut anu tu lagi. Nasib baik la 3 biji je... hahaha...


Senang je sebenarnya nak elak kencing kotor masa pregnant ni. Kena banyak minum air. Masa check - up tu, aku memang perasan aku kurang minum air. Pagi tu nak pi Dengkil sebab de urusan kerja. Memang aku kurang minum air masa tu... Takut la asyik nak terkucil je kang lam kereta tu.



La ni al-hamdulillah... kecing dah normal balik. Aku dah 37 minggu sekarang... a'ahh... menghitung hari... tapi still ada orang bersikap 'kejam' dengan aku... Terima kasih la banyak - banyak... terima kasih sangat... Bahagia gamaknya korang buat aku macam ni. Takpelah... aku anggap ini kifarah atas dosa2 aku... Sila la teruskan apa yang korang sedang buat ni...










Ahad, 26 Februari 2017

Ganti cermin tingkap baru.

The next day lepas cermin kereta kena pecah...

Rabak duit gaji aku... huhuhu!!

Tapi nak buat camne, pasal kecuaian tu berpunca dari aku... Kena la tanggung kos tu sendiri... Takpelah, moga Allah ganti dengan rezeki yang lagi berlipat ganda... amiiiinnn.... inshaallah!

Pagi esok tu kan hujan... Masa hantar anak2 pi sekolah, gigih ler bertutup ngan plastik sampah tu... Hahaha... Nak merungut? Ehh... hujan rahmat tu... Dah bape hari pulak tak hujan kan? Ujian kecik je tu...


Aku E.L je hari tu. Nak bawak kereta ke tempat kerja kang, lencun pulak kang seat sebelah driver tu. Office aku tu mana ada parking berbumbung untuk staff bawahan macam aku ni... Big bos n bos bos je yang ada berbumbung... Tapi untuk motorsikal, ada parking berbumbung. Haaa... ajaib tak? haha..

So? aku lepak kat rumah, tunggu hujan teduh ngan Faiq berdua. Husband kerja... Pas hujan dah berenti, aku berdua ngan Faiq je la pi cari kedai cermin kereta. Nasib baik la ada kedai cermin kereta tu dekat ngan rumah. Tak payah pi jauh dah.


Ni la akibat bila tinggal berdua je dengan budak lasak ni. Abang2 dia belum balik sekolah masa ni. Lepas selesai booking cermin kereta baru, aku balik rumah dulu. Sementara nak tunggu abang2 Faiq abih kelas, aku buat entry ni pasal kejadian pecah cermin kereta tu jap. 


Faiq main sengsorang kat ruang tamu tu. Kelentang kelentung je yang aku dengar. Masa dia datang kat aku, tau2 dah bercapuk dah baju lawo dia tu. Kat tangan ada botol bedak, tapi apesal aku pegang macam ringan semacam eh??

Baik je dia hulur kat tangan aku. Aku pun lurus je amik walaupun pelik ngan tahap ringannya botol bedak tu kan. krim muka aku pun jadi mangsa dia hari tu... Bersememeh dah kat keliling penutup.


Hahh... Hamik kau! Aku ingat kat sini je yang dia tuang bedak tu... rupanya....


Dia siap bedakkan meja aku... Banyakkkkk ngkoooooo!!! Patut la botol bedak tu ringan semacam je!!!


Dia? Relax je dia joget joget kat tepi tu kan... Tanpa rasa bersalah okeyyy... Aku? Haduiiihhh... Mak tarik nafas panjang je dik!!

Nak marah, nak jerit tak daya dah... Perut makin memboyot... Ni pun kalau manusia tu tak bertimbang rasa ngan aku pun tak tau la... Ko hadap la bahagian kau satu hari nanti... Jangan ingat boleh bahagia la ehhh ngko menyakitkan hati aku... This time haa... setiap perbuatan dibayar cash!


Coz I'm still can feel the pain that you've give me before! Still ya... Still...!

Kesan tapak kakinya... balik dari jemput abang2nya, diorang main macam luncur salji tu haaa... Faiq? join sekaki sebelum jatuh terjelepok kat tepi tu...


Hahh... yang ni berpeluh aku vacum. Lepas tu baru lap ngan mop... 1 rumah bau wangi bedak baby sudahnya... hahaha...


Kena gak pasang cermin baru. Tak leh biar lama sebab esoknya tu aku nak pi tengok mak aku plak kat IKN ( Institut Kanser Negara ). Takkan nak redah je ngan cermin dah lompong camtu kan?


Kebetulan pulak supplier memang nak hantar barang kat kedai, tokey kedai terus je la orderkan cermin untuk kereta aku tu skali. Alhamdulillah... selesai 1 masalah aku petang tu jugak... hew... hew...


Tu je sisa cermin yang ada ngan 4- 5 ketul atas seat penumpang depan. Yang lain? Dah berderai ke dalam pintu kereta tu. Tokey kata cermin tu kena umpil dengan screwdriver. Ada kesan kena umpil kat getah tingkap kereta tu.

Kos ganti cermin plus upah pasang semua, RM 190.00. Lelap mata je la bayor! Tak leh less lagi dah... Takpelah... Asalkan ada cermin. Kira ok dah tu... Kira murah dah tu kan...?

Hari yang sama lepas siap pasang cermin, terus berkejar plak pi Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ). Nak lapor kat diorang pulak pasal buku pink ( Buku Rekod Kesihatan Ibu ) aku yang kena rembat skali tu.

Next entry la... panjang amat dah ni... Have a nice day uolls...!


Jumaat, 24 Februari 2017

Jangan tinggal beg dalam kereta kalau tak nak nyesal!

Salam Jumaat,

Hangpa keje ke hari ni? Aku terpaksa cuti dek kerana hujan nan lebat awal2 pagi tadi. Ngam - ngam nak keluar rumah hujan selebatnya ya ampun!

Ye, aku de kereta tapi tingkapnya!

Udah lompong ler!!!

Malam tadi kena pecah kat penyangak mana tah...

Gini kisahnya...



Malam tadi anak2 request nak makan KFC. Kebetulan baru lepas shopping bebarang dapur segala, alang - alang tu kan... terus la makan kat luar. 

So kitorang pi la kat KFC tengah - tengah town Seremban tu!

Parking ler kat bangunan sebelah KFC tu... orang Seremban tau kan, bangunan yang baru je ubahsuai nampak baru tu. Haaa.... parking ler kat parking lot blakang bangunan tu. Dalam kepala ni memang takde la nak pikir pape sangat masa tu... 

Terus je la jalan masuk dalam KFC tu... Sejam de kot kitorang dok dalam tu, makan2... Ye, 1 family... Aku, hasben dan anak2...


Masa nak balik tu, hasben jalan dulu ngan Faiq. Aku biasalah, mak buyong mane mampu nak jalan cepat - cepat kan? Lagi plak baru pas makan, tak ke muntah aku kat tepi tu kang kalau laju sangat jalan tu...


Masa tu aku tengok hasben dah pandang aku semacam. Apehal plak tu? Bengis je muka dia! ape hal? apehal? Elok je sampai kat hasben, laaaaa............................

Aku nampak cermin dah lompong. Yang ada just sisa - sisa cermin kat bingkai pintu tu... Itu pun tunggu masa je nak luruh! Tau cermin mana yang dah lompong tu? Seat mem besar! Ye... seat sebelah driver!

Apa lagi...? Membebel la hasben aku sepanjang jalan balik tu... Awal2 tu dia ingat aku hempas pintu kuat nak mampos sampai kecai berderai cermin... eh! apa pulak... Ni bukan sebab aku hempas ni... tengok2 dalam...

Sah! Kena pecah....!!!! 

Huhuhu.... sebab beg yang aku gunakan untuk isi buku pink ( buku pregnant ), kain batik, napkin, baju baby n pampes dah lesap!

Aloloh! Aku lupa tadi nak bawak sekali masuk dalam KFC tu... beg? huhuhu... handbag actually! Tapi buat letak barang2 tu la... kot tetibe nak terberanak awal kan....



Apa nak kata? Malang!

Malang kat aku sebab cermin tu dah berkecai!

Malang kat pencuri tu sebab, dalam tu takde benda sangat selain duit syiling 5 sen yang tah berapa keping dalam tu... 

Tapi buku pink tu woiii... penting kat aku tu... nak nak lagi dah ujung2 tempoh pregnant ni... haduiihhh...

Pagi tadi hujan plak tu.... gigih la tutup ngan plastik sampah tu... lebat plak hujan tu hari ni... Tabah je la hasben ye! Nak buat camne... Dugaan tu... Hujan tu, hujan rahmat tu! Sepanjang hasben meleter tu, aku diam je... Tengah calm down kan diri sendiri supaya tak stress melampau. Just worried pasal buku pink tu je. Dalam tu semua maklumat ada, tu yang aku worried sangat! 

Bab nak kena ganti cermin tu... duit boleh cari beb! Walaupun sekarang memang perit nak cari duit... tapi takpelah, aku anggap Allah nak bagi rezeki lebih baik lepas ni...

Aku tak mau stress fikir pasal tu. Sebab aku dah hadap situasi stress yang melebihi tahap melampau sebelum ni. Sampai aku rasa, mati pun lebih baik... haaaa.... sampai tahap tu... Tapi sekarang alhamdulillah... aku beransur tenang dah... syukur sangat! 

Camne aku recover? dah beransur tenang?

Hmmm... next entry la ek... tu pon kalau aku tak lupa lah... ekekekeke!

ok... back to the story!

Bukan handbag aku je kena rembat... termos merah tu pon sama lesap! Baru beli tu... Kat NSK... hah... kat Seremban 2 tu ye kengkawan... Baru je lagi dorang buka... Belum sempat balik rumah pun lagi termos tu... 

Fine...!

Selain tu... owhh... ada lagi 1!

Kad baucer AEON yang ayah aku bagi tahun lepas. Lesap sekali! Dalam tu ada RM gak tu... huhuuuuu... Tak sempat nak joli ngan baucer tu, dah selamat dikebas skali ngan handbeg merah tu... cis!

Takpelah... takde rezeki gak tu! 

Aku just risaukan buku pink tu je,.. Ni belum sempat pi lapor kat KKIA lagi ni... Tak tau la apa nurse tu nak kata if dengar citer aku ni kang... 


Nyesal sebab in the end, korang jugak paling rugi sebab kena ganti cermin tingkap tu. Kos bukan seringgit dua tu ye! 

Ni pon peringatan kat aku gak ni... Tadi masa pi kedai  cermin kereta, tokey kedai tu cakap... Kereta dia pun baru je kena pecah... Kat masjid plak tu... Beg tuisyen anak dia je pun dalam kereta tu masa kejadian... Pun kena pecah gak... 

See... orang makin terdesak sekarang... beg tuisyen pon nak rembat! So... be aware la anda semua ye... Better beli insurans cermin sesiap if ada duit lebih... Cermin aku tu takde insurans... Redha je lah korek duit simpanan tu dulu. Nanti topup balik... huhuhuhu... nangis tak berlagu jawabnya!


Note:

Mujur gak smart tag tak kena hamik sekali... tu pon beratus gak nak beli tu... lagi meraung kalau hilang...




Khamis, 18 Ogos 2016

Pencuri basikal buat kerja lagi!


Nah haaa... penuh bilik dobi aku dah.. basikal tu bukan situ tempat asalnya... tempat asalnya kat luar rumah tu... kat porch tu...


ni basikal baru Opal... lepas basikal pertama dia tu hilang hari tu... dia langsung tak nak main kat luar.... leka ngadap tv... tak pon main game kat handphone...

adik2 ehh syiok syiok main2 basikal kat laman tu, dia redha je dok dalam... bila tanye, dia kata sebab takde basikal... tak tau nak main apa... bola pon dah hilang...

sama kes lah tu... kena rembat kat orang... tau2 dah lesap je bila balik rumah... cergghhh...

kesian... de gak cakap kat Fa'el, sesekali bagilah Opal pinjam basikal Fa'el tu kalau dia nak pinjam... ermmm... betul2 sesekali je dia bagi pinjam... lagi lah kesian!

so... aku cakap kat hasben, nanti nak ngompol duit belikan dia yang baru... al-hamdulillah, dapat dah beli... awal sikit dari yang dijangka... tapi... lepas tu 'sesak' sikit ler poket kami lakibini nih.. huhu...

anak punya pasal... redha!


kali ni beli dapat 1 free gift... beli kat town Seremban tu gak... seketul basikal tu de la RM200 plus sikit...

tokey tu bagi kunci basikal ni... elok sangat... for safety kan!

rajin Opal kunci..dah tentu lah dengan peringatan dari mak abah dia ni... dah kunci basikal ke belum?

gitu lah dari start basikal ni dapat kat dia... cantik basikal tu!


sampai lah hari sabtu minggu lepas... petang tu kalau aku tak paksa dia temankan Faiq main kat laman tu, mungkin lambat baru perasan pasal kunci tu...

nampak tu kan? dah terjojol keluar dah kunci tu dari sarungnya! yang warna gold tu... Opal punya jerit terkejut tuuuu... ngan aku skali terkejut!

apehal la yang cemas sangat tu kan? tengok2.... dah terjojol camtu...

Opal cakap semalam elok je... tak macam tu pon...


argghh... sudah! kat hati dah terdetik, pencuri basikal buat kerja dia lagi ni!

hati berat kata camtu... kebetulan sabtu pagi tu memang takde orang kat rumah.. kat laman memang clear... skuter hasben bawak pi kerja... aku pi buat ot dengan anak2 cam biasa..

tu satu... yang kedua buat aku rasa camtu,


ada kesan kat sarung kunci tu... macam kemik... kuat gaknye pencuri tu pegang... kemik kekal kat situ... cover getah tu masa aku tengok tu pon tak camtu... tu aku dah siap betulkan dah tu


kalau tak sebelum tu,cover getah tu dah terbuka camtu... nasib baik lah pencuri tu tak dapat buka kunci tu... kalau tak, bukan Opal je meraung... ngan aku2 skali kot meraung!

so aku try godek2 kunci tu dengan harapan terbuka lah dia kan... kalau ikut cakap hasben, senang je... awak potong je dengan playar! ( masa  ni hasben tengah kerja.. sembang kat whatsapp je )


tebal tuuuu!!

tak daya de aku nak potong besi tu... ishh...ish... ish... gigih aku godek2 lubang kunci tu... dok piuh piuh... dok pulas pulas... tak kuat pon...

godek punya godek...

terbarai terus!

lubang kunci tu dengan punat2 kecik tu semua terbarai... hahahaaa...


tapi berhasil!

terbuka gak kunci tu sudahnya.... bangga betul rasanya masa tu... hahaha....

tapi lega wooo.... kalau tak, dah jadi 1 hal plak nak potong besi kunci yg setebal tu tadi... ehh... tak dayo dooo!

kebetulan jugak hari tu, Opal kunci basikal tu kat ampaian baju aku yang besar gedabak tu... biasanya, dia kunci ngan basikal Fa'el...

kalau tak, mungkin ngan basikal Fa'el pon diorang rembat!

sekarang basikal tu dah tak dapat jadi tayang awam 24 jam ye! time nak main petang2 tu je lah basikal ni Opal bawak keluar dari bilik dobi tu...

takut pisang berbuah 2 kali... kenalah simpan dalam...



Note:

sebelum beli basikal baru ni utk Opal, dia de jumpa tayar basikal lama dia dulu kat perkarangan masjid... tengah nak solat Jumaat masa tu... ngam2 orang dah nak start solat... so dapat tengok kejap je ngan abahnye... diorang ingat lepas solat nak tunggu kat situ... bukan nak marah, just nak dapatkan pengesahan je dari owner basikal tu... nak tau mana dia dapat tayar basikal tu...

yup... body basikal tu lain... tayar je sebijik macam basikal Opal yang hilang tu...

tapi tak dapat pon jumpa tuannya... agaknya pencuri tu dah perasan kot, masa hasben ngan anak2 dok membelek basikal tu... lepas selesai je solat jumaat, hasben cakap basikal tu dah takde... nampak sangat kann...

tapi takpelah... tak de jeki kata orang nogori.

Selasa, 26 April 2016

Basikal dicuri orang!

Balik balik rumah je... pintu pagar ngko dah ternganga... baekkk punya!

Apa ngko rasa?


pelik? cuak? eh... rasanya tadi aku dah tutup rapat pagar ni... siap selak!

Acaner boleh ternganga camtu?


Hahh... camtu la aku rasa SEMALAM...!


Lepas amik budak2 petang semalam... nak masuk simpang ke rumah tu lagi aku dah nampak pintu pagar tu ternganga...


Blur jap!


Opal... 'eh mak, apesal pintu ni terbuka?'


nak jawab apa? tengahari tu sebelum masuk keje semula, aku selak dah elok2 pintu maaaacam biasa!

nak kata hasben dah balik, baru kejap tu dia wassap... stuck kat Nilai! kereta pun takde... so?


blur! blur! blur!

opal... ' mak tipon la abah'

pandai anak bertuah tu... 😅... time mak ngko blur ni, ngko bagi jalan!


call hasben... katanya baru sampai town Seremban...

' cer cek kasut... ada yang hilang tak? '

sebab dulu kan rumah aku pernah kena masuk sekali... masa tu 2 pasang kasut hasben kena cilok!

dengan kaburator RXZ dia pon kena rembat...


checked!

semua ada... elok terletak kat tempat ehh...


' cer cek basikal... '


checked!

confirm...


tu... basikal biru tu belonging to Opal...

haa... yang tu la... yillekkk... amma!!

nak kata apa? Opal? dengar je aku cakap basikal dia dah lesap, melungkup dia kat lantai parking tu... meraung!

(opal pun tak sedar basikal ehh dah takdo sebelum tu..)



baru 2 tahun pakai... baru je tukar tayar belakang tu.... dah losappp!
kesian Opal...


tu gambo lama, satu satunya kenangan yang ado ngan basikal tu... sabar lah Opal, agak ehh orang tu 'pinjam' kojap!

ontah la... dalam banyak2 rumah, basikal Opal jugak yang orang tu berkenan....😓


kot ada joki, jumpo la balik basikal tu... kalau takdo, makno ehh... takdo joki la tu....




Jumaat, 17 Januari 2014

Bukan kasut je....


Kesian hasben aku!

Pagi ni nak pi keje.... tengok2.... kaburator motor rxz dia dah takde! hii.....lang..!!!

padan le bunyi motor tu semacam je masa dia start tadi....

alahai.... ingatkan kasut dia je kena rembat.... dengan kaburator tu skali diorang rembat....!! apelah teruk benar perangai diorang nih.... biadap sangat lah... motor tu elok je kat parking umah... berani betul diorang wat 'keje' tu..........

termenung jap dia depan motor tu tadi................. tengah2 poket nan hadoo je ni... abih semuanya hilang!

kasut sukan sepasang.... baru je jahit plak tu... jahit tapak je....! dah RM20.....................

( hasben risau.... tengah2 nan hadooo ni camne la nak cari kasut baru? buatnya pegawai atasan dia nak buat ujian kecergasan dalam masa terdekt nih.... haaahh...??? tak menggagau dia?!! )

kasut putih dia yg dah macam kasut sekolah tu pun kena 'sebat' gak....................... budak skolah kalau dapat kasut tu... senang.... lap je dah bersih... tak payah nak letak kapur segala.............

ka....bu....rator tu ponnnnn........................!! di'sapu' gak.............?!! Ngko tau tak tu motor hasben aku cari makan?! ngan motor tu lah dia pi keje hari2.... tu yg dia termenung je tepi motor tu tadi.... tengahnye dah lompong...! kabel tu... de kesan kena potong.....

sib le ade skuter tu... walaupun rupa parasnya agak teruk sebabkan eksiden minggu lepas..... gagah lagi le..! terpaksa la dia pakai skuter tu.................................-_-'


aku harap pencuri tu dapat balasan setimpal...!! ko buat aniaya orang je tau!! dasar pencuri.............


ni..? ape pulak ehh??

heee... adelah ari tu... kita kena kursus di ujung minggu.... sib baik dekat....


Khamis, 16 Januari 2014

dasar pencuri!

Habih ilang kasut laki den! Baru yo jahit kasut sport tu...

Bukan sepasang...duo pasang!

Kuang aja punyo pencuri!!!

Aduhaii... Meroyan laki den pepagi nih!

Tak sangka lak nak jadi.den tinggalkan ghumah tadi kojap yo! Pi anta anak2..sobab an kojap,xdo la den kunci pagar depan tu..

Maso nak poe klinik tadi ni la.. Laki den baru nak capai kasut tu... Tengok2 xdo...!!!


Apo...!! Xmeroyan laki den?!!

Mato dah la sakit... Ati pun sakit! Hansap punye pencuri... Bekulat2 la kaki ngko pencuri...!!!

Jumaat, 23 September 2011

Patut la budak tu rembat sandal laki aku..!!!

Malam tadi lepas hasben balik keje, aku ingatkan kes pasal budak mencurik tu dah senyap. Rupanya hasben masih rasa tak puas hati. Bukan sebab sandal dia yang dah kena rembat tu... tapi sebab budak tu berani sangat panjat - panjat rumah orang !

Kalau korang nak tau pasal insiden tu, korang baca kat sini.

Kat depan rumah aku kan ada lorong yang gelap sikit tu. Tempat budak tu parked motor dia sebelum cabut lari. Sebenarnya hampir tiap - tiap malam ada budak2 dari sekitar perumahan tu suka dok berkumpul kat situ. Tak tau le diorang buat apa tapi memang diorang gemar dok kat situ. Memekak jer plak  tu...

So malam tadi, nak dijadikan citer... hasben pi la jumpa diorang. Bayangkan ler... baru balik kerja ngan masih beruniform lagi, dia terus gi kat budak - budak tu. Dalam hati aku ni cuak la gak. So aku 'pasang mata' dari jauh.

Dari yang hasben citer kat aku, budak - budak tu kata bukan salah sorang dari diorang. Pastu diorang offer nak tolong hasben carikan sandal tu.

" Takpe bang, abang gitau kitorang warna kasut abang... sok kitorang cari. Sebab sok sekolah kitorang nak buat jamuan raya... semua dak laki kena pakai sandal..."

Patut ler pon..!! Baru la aku paham kenapa budak tu rembat sandal jer... nak pakai masa jamuan raya punya pasal... ceh..!!

Hasben takde la sampai nak balik kasut tu. Dah takde rezeki kan, nak wat camne. Cuma hasben cakap kat diorang, nak buat apa pun buat la tapi jangan la pi panjat - panjat rumah orang. Bla..bla..bla..

Tau tak ? Lepas jer kena 'skolah' kat hasben tu, bebudak tu semuanya terus bersurai. Takde dah dok berkumpul lagi. he3...

Tapi...tak tau la 2 - 3 hari lepas nih. Harap - harap tak kumpul kat sini lagi dah terus... aman sikit. Kalau tak diorang suka buat bising ikut suka diorang jer... Memekik tengah malam, gelak terbahak - bahk... Mengganggu jugak ler!


Khamis, 22 September 2011

Rumah aku diterjah pencuri

Pagi tadi dalam around pukul 6.30, aku dengar ada bunyi motor kat luar rumah. Makin lama makin kuat bunyi motor tu. Tapi lepas tu sayup semula dan terus senyap.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi pintu pagar bergoncang kuat. Aku ingatkan jiran sebelah, tapi pelik jugak... awal lagi kalau laki akak tu nak pi keje. Lepas tu bunyi pagar tu kuat sangat la pulak.

Aku memang suka tidor kat ruang tamu ngan anak - anak. Tadi masa kejadian tu aku baring membelakangkan pintu. Hasben aku plak baring menghadap pintu. Bila dia dengar bunyi macam benda jatuh, terus dia pandang pintu.

Lampu luar rumah tu memang selalu kitorang pasang. So kalau tengok dari lantai bawah pintu tu, patutnye kitorang nampak cahaya lampu jer. Tapi tadi, hasben nampak de bayang orang. Dia tak tunggu dah. Dia tau ada orang dah masuk. Cepat - cepat dia buka pintu. then aku dengar dia jerit

" woi..!!'

Aku dengar bunyi pintu pagar berbunyi lagi skali. Tapi aku tak nampak apa - apa. Hasben dah niat nak kejar tapi disebabkan kunci pintu tak leh cabut lak dari penyangkut kunci time tu, tak dapat la nak kejar. adoiyaii....

Kurang ajar tul ! Memang kurang ajar budak tu... Dah la lengkap ngan uniform sekolah, sandang beg skolah lagi tu...! Sempat lagik tu mencuri..!! Memang aku tak nampak, tapi hasben nampak uniform skolah pencuri tu masa pencurik tu tengah panjat pagar nak larikan diri.

Depan rumah aku tu ada lorong laluan kereta. Ada lampu jalan tapi masih gelap. Budak tu sempat lari ngan motor dia yang dia dah parking siap - siap kat situ tadi. Tak dapat la kitorang nk tengok no. plate motor tu... Kalau tak... sampai ke lobang cacing la ko kitorang carik..!

Berani betul dia..! Sebab dia sorang jer yang buat keje tu. Berani tak kena tempat... Kurang ajar ko ye budak !

Nasib baik sepasang sandle jer yang sempat dia rembat.