Jumaat, 30 Oktober 2015

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY


Semalam sehari suntuk stress wokk!!

Dapat surat 'CINTOH' dari jabatan... aduhai..

Pening kepala lepas baca isi surat tu...

Hari ni pun mood ke laut sangat nak buat keje.. malas amat...

tengah cari tiun mood.. so.. jom ler join segmen...



kasi enjoy2 sikit jiwa ni..

yokk!!

Syarat2 penyertaan boleh baca kat 








Rabu, 28 Oktober 2015

Badak Berendam yang viral sangat! cerghh

IMG-20151028-WA0001
A’ah… VIRAL sangat!! ( mata ter-juling ke atas… tangan di bahu… hahhaaa…. )Winking smileSmile with tongue out
Viral kat office aku je pon… tapi kecohnya ya ampunnn!!!! Laughing out loud

Anyway… lupa nak cakap siang tadi kat office.. hiksss
Timo kasih kak Yanti… yang sikit hari lagi naik pangkat dah… uhukk…uhukkk… uhukkk…
Dia lah yang sponsor Badak Berendam nih… hasil air tangan office-mate kitorang jugak… Nisa, bile nak update blog? hehe…


Yang aku perasan… sesape yang keluar dari pantry tu, yang baru pekena Badak special ni… SENYUMmmmmmm je…
Hahhh… ini bukan badak air ye! nama kuih ni BADAK BERENDAM tau….

Tapi serius oiii… memang kecoh… kemain gumbira diorang dapat makan badak berendam ni… riuh rendah jap kat office tu… amende tah…. aku pun sama terjebak…
Diorang bergurau.. tapi takpat lah nak share kat sini… pasal gurauan kami biasanya kasar…Laughing out loud
tapi sebab masing2 dah paham perangai masing2… so takde sape amik port sangat… gurauan habis di situ je… no hard feeling gitewww…
hope gitu lah hendaknya… kerja stress, ending kena happy2 sebelum balik… so,jumpa family pon happy happy je…
boleh gitu….??


Note :
Tahniah kak Yanti… minggu depan naik gred… huhu… asyuk lah poket!! heww…heww..Winking smile

Isnin, 26 Oktober 2015

Segmen Ucing Nak Url 2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html

Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.



Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.

2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "

3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.

4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Pengalaman Shopping dengan Zalora

Lama dah aku menunggu masa nak menyopping di Zalora ni.. terketar - ketar jari ni dah hoiii....!!!

Dah tu? bila nak shopping kat Zalora?

Huhu… pening aku!

Stress pon ada… Kenapa?

Apalah… banyak pulak baju2 yang cantik2 kat website Zalora tu… rambang mata oiihhh…!!!

Boleh kata berhari – hari aku dok survey web Zalora tu… nak cari yang betul2 berkenan… aduhaiii… jap2 survey kat pc.. jap2 pakai laptop…. jap2 pakai phone… member2 opis berbulu je mata tengok aku…kih3…

rezekiiii….!!

tapi serius… memang betul2 pening kepala ni memikir nak membeli kat Zalora… memikir yang mana satu betul2 ‘menangkap’ kat hati ni… haha… over tau!!

taraaaa….
DSC_9670

stress berganda bila barang yang aku order ni sekejap je dah sampai… betul! miahahahaha…

giler tak stress? punyalah berhari – hari aku terjah web Zalora tu…. bukan sehari suntuk tau aku survey.. malah berhari – hari… sampai terpaksa telan panadol tu haaa…

tupp tupp… petang order… tengahari esoknya, barang dah sampai… hahahaaaaa……….. seronok woooo….

tak sangka betul… aku ingatkan lambat lagi pesanan tu sampai…Open-mouthed smile hewww…hewww.. cakkkk…!!!

IMG-20151007-WA0000

hamik kau..!!

jarang amat aku nak tunjuk muka kat blog sendiri nih… siap pose bagai… teeheee… ( taken by my officemate : pn. Fazilah… thank youuuuuu…..Red heartRed heartRed heartWinking smile)

lepas difikir – fikir… dah lama aku nak beli sweater… nak pakai pergi balik kerja… aku gi kerja kan ber scooter je. sweater de 1 je plak tu... kalau yg tu basah kena hujan… alamatnya sejuk le peparu aku pepagi naik scooter esoknya tu… tak baik utk kesihatan camtu tau.

so… tu dia! sweater unnek!

since aku dapat baucer yang amaunnya lebih dari harga sweater ni, maka baki yang lebih tu aku amik barang lain. tapi kena tambah cash lerr… alahh.. senang… transfer je. sekejap je pembayaran tu dah selesai.

DSC_9734

Gelang tangan… yang ni aku main klik je.. haha… janji baucer tu aku pakai habis… kalau tak rugi.. bukan selalu dapat baucer dari Zalora ni… lepas ni tah bila lagi nak dapat job dari zalora… ( kot ler dapat…wuwuwuuuuu……….Crying face)

DSC_9740

nah… de sebab aku amik gelang ni…. well… now bertambah lagi 1 koleksi gelang tangan aku.. heheeee…

Thank Youuuuuu Zalora……Red heartRed heartRed heartWinking smile






Sabtu, 24 Oktober 2015

Jamuan Ringkas Untuk Bos


DSC_9715

Hahaha… jangan cakap aku buat entry ni sebab aku poyo!
Tak…!!

Tujuannya… sajeeee…!!! nak share ngan korang… boleyyy?

K la… sebenarnye aku de nak share gambar je. tu pun gambar pencuci mulut sempena jamuan ringkas utk bos kitorang tu… haha… kantoi!

Majlis ni kitorang buat kat opis je. senang… kot ape2 hal pasal keje, boleh terus rushing balik ke meja masing – masing.

Kita – kita je yang prepare. Takde la grand dari segi kelangsungan acara. tapi bab makan boleh tahan…

Macam2 ado… owhh.. kita buat dah tentu lah time lunch hour. kot time lain memang tak dapek doo.. memasing banyak agenda peribadi. hehe..

Tapi salute kat kengkawan la yang sama2 bertungkus lumus hulur tangan demi jamuan ni.

DSC_9718

Huhu… tart tu… cantik kan? disebabkan tenghari tu aku rushing amik anak2 kat sekolah, maka tak dapat le aku join sekaki makan ngan kengkawan.

TQ mekna coz sudi tapau untuk saya… huhu… jaso mu den konang kak!Laughing out loud

DSC_9720

kan aku dah kata… nak share gambar. walaupun aku tak dapat makan rendang ni… sobbb…sobbb… tapi sebab gambo ehh dah ado kat dalam phone… takkan nak buang sesaje je kan. tepeklah kat sini.
rendang tu lawan dengan pulut kuning…

DSC_9721

haaa… coklat brownies… pun cepat licin… ramai yang datang tenghari tu… kengkawan ler yang cakap… aku kan balik…

DSC_9723

yang tu aku tak tau ape namanya… sebab nampak cantik, aku snap jugak…Winking smile

DSC_9724

yeaaa… cream puff… besar2… kalao sumbat sekaligus dalam mulut, mau tercekik.. hahaha…. dulu, yang ditabur2 putih2 tu aku ingatkan gula aising tau… tapi bila dah masuk mulut… baru tau… bukan daaaaa….

Anyway, petang tu kita semua anak2 buah salam bersalaman… bergambar sakan dengan Hajah sebelum balik.



Jumaat, 23 Oktober 2015

Google Ads Tak Approve lah

T_T

nak nangis dulu boleh tak? huhuhu...

2 hari lepas permohonan Google Ads untuk blog ni diluluskan...

tetibe hari ni dapat email dari Google Ads...

Katanya

'DISAPPROVE !'




Huwaaa...!!!!!

panjang pulak tu senarai punca blog ni kena reject...

Tu yg blank je ruang kat tepi blog tu...


Apa silap saya wahai pihak Google Ads??



Bila dikenang - kenangkan balik...

semalam masa tengah tengok blog kat handphone, aku ter-klik google ads tu...

iye... TERRRRRR-klik google ads di blog sendiri...

nak buat camner... appearance masa tu cenonet... aku nak klik mende lain sebenarnya tapi sebab paparan skrin tu kecik sangat... tu yang ter- accident TERRRR-klik kat situ...

tu antara kesalahan yang aku ingatlah... yang dalam email tu de la 4-5 perkara pihak google ads dah mention.


kena la apply balik... huhuhu....




Isnin, 19 Oktober 2015

Al-fatihah Buat Opah

Kelmarin, 16 Oktober 2015…Jumaat…

Hjh. Saemah… iaitu opah kami telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1 ( lebih ) petang, selepas azan Zohor. Al-fatihah.......

Petang tu pukul 2 setengah aku dah siap2 nak masuk kerja balik ( rehat hari jumaat utk staff gomen kan panjang ), lepas panggil anak2 dan suami makan sekali. masa tu lah aku terbaca sms ayah..

‘Opah dah tiada’

Pendek dan ringkas.

Aku call ayah semula.

Ayah kata baru sekejap, makcik Faezah maklumkan. cerita detail ayah belum tau sebab ayah pon baru nak gerak dari rumah.

Lepas maklum kat penyelia ( tq Mekna…), kami sekeluarga terus bergerak balik ke Batunam. ( dari Seremban, kami turun ke Tampin ikut jalan ke Rembau… tak tau kenapa…. rasa macam jauh betul perjalanan kami masa tu… –.-‘ )

Sampai rumah makcik Faezah, orang tengah solat jenazah. tak sempat pun tengok jenazah… semuanya pantas… kejap kejap je aku tengok arwah opah dah diusung dalam keranda. cuma sempat tengok hujung kain kapan je…

sedihnya…

kata acik Faezah, kesihatan arwah memang dah menyusut since raya hari tu. opah lebih banyak tido… tu la last yang kitorang tengok arwah.

as acik faezah told us b4, opah kena strok…

tahun ni dalam usia arwah hampir mencecah 80 tahun, Allah telah menjemput beliau kembali pada-Nya sebaik sahaja azan zohor selesai dilaungkan.

IMG-20150612-WA0004

ni gambar last atas permintaan arwah… nak bergambar dengan cicit bongsunya…

arwah pergi dengan tenang dan di wajahnya terukir senyuman gembira di hujung nafas yang terakhir…

subhanallah…

semoga arwah dicucuri rahmat… amiiinn…..



Note :
al-fatihah buat Opah….

dan juga arwah Pok Teh yang telah kembali ke rahmatullah sebelum ramadhan yang lepas
al-fatihah…..


Sabtu, 10 Oktober 2015

Cabaran nak update blog entry

Cabaran nak update blog entry ni macam2. Yang biaaaaasa aku kena... Takde idea! Ermm... Tapikan...

Bukan la takde idea langsung sebenarnye. Ada! Cuma...

Idea tu datang tak kena masa. Selalu camtu lah. Bila korang as blogger selalu dpt idea utk new entry? Aku? Hmmm...

Biaaaasa dtg idea mencurah - curah macam hujan lebat tu kan masa tengah memasak... Tak kira la.. Tengah buat sarapan ke... Lunch ke... Haaa... Biasa tu.

Paaaling mencurah lencun idea tu datang, masa atas skuter (scooter ) tu haaa... Ish...time tu memang lebat lah idea.

Leh kata giler2 punya ayat boleh muncul time tu.. Serius! Taaaaapi...

Peh je turun dari scooter tu... Tak kisah ler masa dah sampai umah or pejabat, pappp!!!

Sekelip mato yo hilang! Tah la... Tak tau idea tu tercicir kat mana... Haha... Nak nak plak  dedulu gaknye asyik teguk air sirap semut (aku ingat jibik selasih... Ngeee) ,  maka masalah memory short term lagi lah menambahkan cabaran meng-update blog entry. Huhuuuu.....

Nape nak catit  cepat - cepat? Aterrr... Bile kala aku nak catit? Takkan nak stop tepi jalan tu semata -mata nak catit idea2 tu plak... Ehh ehh...

Time masak tu? Ehh... Kang tak siap pulak lelauk buat santapan hero3 kat umah tu. Time lunch tu la aku struggle sepantas yg boleh siapkan lauk untuk diorang. Memang tak dapat de nak curi2 masa nak buat draft. Rushing oii... Nak msuk opis blik...

Time kat opis? Kooojo weih! Kot ado kesempatan pon, idea tu terbantut... Macam sembelit seminggu tu. Tepuuuu je kat dalam kepala... Kesudahnya... Tak dapt jugak publish new entry. Kaloo dapat pon entry tak bergambar... Haaa... Tu pun selepas kegigihan diperah habis... Taip lelaju yg mampu... hahaha...


hohohhh... ni pon cabaran gak nih.... ^_^

dah kena berebut laptop plak ngan dia sekarang... heheee