Selasa, 10 Januari 2012

Roadwalk vs nasi lemuni...

Lepas pekena nasik lemuni kat Jalan Stadium Hari Krimas tu, rugi besor ler kalau tak round sakan kat roadwalk situ kan?

Seriously, memang ramai orang! Barang sesiapa nak mai Penang, try la datang sini. Meriah beb! Sebelum tu sila isi perut kat kedai yang de jual nasi leumni tu. Alah, sarapan lain pun ada jual kat tepi tu jugak. Isi ler perut dulu. Sebab ada yang nak pitam dah sorang awek tu. Mungkin tak isi perut lagi, lepas tu redah orang berasak - asak kat roadwalk tu, so dia pening dan hampir pitam.


So pastikan korang isi perut dulu sebelum mengharungi lorong2 mencabar dalam roadwalk tu... he3.. pastikan anak2 sentiasa ada depan mata, sentiasa wokeh! Kalau tercicir, aku tak jamin... Sebab situ memang berasak orang. 


Kalau ada barang yang kita dah berkenan, boleh la tawa - menawar dengan penjual. Bergantung pada barang, ada yang leh dapat harga murah dan ada yang mahal. Ada dijual barang - barang antik yang masih berhaga. Haaa... kalau berkenan, pandai - pandai lah kawtim harga dengan penjual. 


Contohnya macam beskal antik ni... aku dengar diorang cakap harga beskal tu RM 100 ++ tapi tak tau beskal yang mana satu. Cantik lagi kan? Legend sangat basikal yang seat panjang tu. Budak2 lelaki zaman aku membesar dulu suka la basikal fesyen lagu tu!


Nampak tak radio antik sebelah serombong besar tu? Cantik tak? Aku berkenan tul tengok... Bukan yang hitam tapi yang ceklat tu... sangat - sangat cantik... macam elvis presley... ehh... ? he3...


Again... another view of the radio... aiikk... ada air plak kat belakang radio tu... Haa... sebut pasal air... kat roadwalk ni tak banyak tempat jual air... kalau nak gak kena pi yang sbelah luar. Situ macam2 ada... Cendoi 3 layer pon adaa... perghh...

Mai sini kalau pandai tawar - menawar... memang berbaloi... tapi kena tengok tul2 sampai dah puas hati baru la korang beli...

Again, temat ni dibuka pada sabtu dan ahad pagi sahaja. Setengah hari. Terletak di belakang Stadium Penang. Dekat je dengan rumah orang tua Tan Sri P. Ramlee.

*Picture snap via my handphone SE Hazel J20

Tiada ulasan: