Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


Sabtu, 30 Disember 2017

Istirehat di Tune Hotel Klia2



Pernah dengar tak nama hotel ni? Tune Hotel Klia2… Pernah tak? Aku dengar hotel tu dekat je dengan KLIA2. Sangat dekat...! Jalan kaki je dari Klia2 tu, tau – tau… dah sampai hotel ( 8 minit sahaja berjalan kaki ). Laluan pejalan kaki antara hotel ke Klia2 tu berbumbung okey! Tak payah risau kalau hari hujan ke, panas ke… Sah – sah ler korang terlindung dek bumbung. Bestkan? Itu satu kelebihan hotel ni lah! Save kat kos pengangkutan dah.

Ehh… ada yang kata kalau flight delay ke… mana la tau kan… Lepas tu kena lak tunggu sampai esok pagi. Ngko plak ada anak kecil, boleh je berehat di Tune Hotel ni untuk kadar semalam. Hmmm… menarik tu! Sebab aku pon ada anak kecik… Sekarang dah nak masuk 9 bulan dah. Lasak kemain oiii… ehemmm… hehe… Selingan kejap... heh heh...

Nak tengok jugak apa kemudahan yang ada kat Tune Hotel ni kan? Meh aku share sikit lah…

Antara kemudahan yang tersedia jika kita menginap di Tune Hotel ni kan, pertama sekali dah tentulah pilihan bilik. Selain daripada itu, katil yang bertaraf 5 bintang disediakan untuk pengunjung sekelian. Ditambah lagi dengan adanya televisyen untuk hiburan, khidmat wifi percuma, pancuran air panas untuk menyegarkan badan. Bilik dah tentulah ada penghawa dingin. Mineral water juga ada disediakan di dalam bilik hotel untuk menghilangkan dahaga.

Breakfast? Haaa… yang ni bergantung pada pakej. Ada pakej bilik yang menyediakan sarapan pagi. Ada pakej bilik yang tiada khidmat menyediakan sarapan. Tapi tak payah ler risau sebab kalau perut terasa lapar… di lobby Tune Hotel ni ada restoran yang menyediakan sajian enak untuk kita. Pilih saja mana yang berkenan dihati, yang teringin di tekak.Tak kisah la kita ni suka sajian asia ke... atau western ke... Pilih saja. Restoran ini dibuka selama 24 jam setiap hari. So kalau ada yang transit di Klia2 tengah malam tu, ada la makanan untuk dijamah buat alas perut.

Hmm… sedang elok dah tu kan? Boleh la booking! Ni haa… korang kalau berminat nak booking, boleh ler booking di Tune Hotel Klia2 on Traveloka. Dengar kata Traveloka ada bagi diskaun kalau kita jadi ahli. Login je... dah boleh dapat 25% OFF!

Hahh… Lupa nak kenalkan tentang Traveloka. Traveloka ni adalah salah satu syarikat yang menyediakan khidmat tempahan tiket kapal terbang dan hotel di atas talian ( booking online service ) yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh Traveloka, adalah sangat mudah untuk kita mencari hotel dengan harga yang berbaloi. Antaranya termasuklah tempahan untuk berehat di Tune Hotel Klia2 ni.

Mudah dan menarik kan? Semua di hujung jari. Tak boleh booking gunakan laptop atau pc, boleh je booking bilik di Tune Hotel Klia2 ni melalui aplikasi Traveloka di telefon bimbit. Pssstt... nak rasa cuti setahun, boleh je... Hari ni booking, check-in pada 31 Dis 2017... check-out pada 1 Jan 2018... haha...

Apa pun, sebelum terlupa... Selamat Tinggal 2017... Selamat Datang Tahun 2018. Semoga azam tahun 2017 korang tercapai. Tahun depan boleh mulakan dengan azam baru. Wish untuk diri sendiri jugak sambil – sambil sekodeng Traveloka. Boleh buat hebahan dekat kawan – kawan pasal Tune Hotel Klia2 ni. Diorang pon rajin travel melalui Klia2 tu. Kadang – kadang lewat waktu ketibaan kan. Sesuai sangat aku rekomenkan kat diorang.. haha

Hmm... Teringat kat Cik Guyu. Dia pergi bercuti ke Jepun awal tahun hari tu. Masa ketibaan di Malaysia dah lewat malam. Kalau takde sape dapat jemput dia di Klia2 masa tu, aku suruh je dia bermalam kat Tune Hotel ni dulu. Tapi mujur lah Cik Jijah ada masa tu. Aku memang tak dapat amik dia masa tu sebab aku tengah berpantang selepas melahirkan my the only one princess.. hehe…

Ok bye!

Selasa, 19 Disember 2017

Mana entry baru?!

Mana entry baru kau ni makcik?! 😅

Assalamualaikum warahmatullah... Ya habibi ya maulana... Apa khabar enta enta semua... Ada sihat ka? ( terbayang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cakap slang arab! Al-Fatihah untuk allahyarham...)


Itu... Bukan majlis hari jadi anak aku... Majlis hari jadi anak orang. Takde kena mengena dengan aku... Tapi nenek pada birthday boy ni kenal mak ayah aku... Apak pada birthday boy ni sekampung ngan aku. Tapi... Aku tak kenal... No no no... bukan neneknya yang jemput aku datang makan ni... Apak pada birthday's boy tu yang ajak... Bukan kat aku tapi kat husband aku... Hmmm... confiused?

Apak birthday boy tu kawan husband aku...

Petang kelmarin husband cakap nak pi ronda2... Ending nya kat majlis ni... Ish ish ish... Jalan2 nak pi cari rumah birthday boy ni rupanya...

Ok... Selingan je tu...

Gian nak update blog tapi aku busy lah... Hari tu seminggu aku balun cuti rehat tahunan. Barang stor baru amik, belum sempat agih lagi tapi aku dah cuti. Nak amik stok awal2, kenderaan pulok tak dok... Nak dekat cuti baru dapat driver... Jadi, segalanya tak sempat.

Dah balik cuti seminggu, Faiq lak demam... 3 hari je aku keje, 2 hari lagi e.l... Pon sama gak... Tak sempat selesaikan agihan stok. Aku kena cuti... Hati tak tenang nak buat kerja bila anak tak sihat ni kan?  Faiq demam dekat seminggu. 3 hari tu aku kentalkan hati nak siapkan kerja... Dah cek darah hari ke 3 tu. Alhamdulillah... Bukan denggi. Elok je demam, husband trimmed rambut Faiq... Dah makin nampak cam gegirl... Masa amik darah kat klinik, nurse tu panggil dia kakak... Hehehe...

Ni Opal pulak yang demam. Jangan sebab jangkitan kuman udah ler! Mulut dia kan de pakai pendakap gigi... Cuti seminggu tu de tragedi terjadi kat gigi dia... Tu entry lain la story moly ehh...

k... bye!





Isnin, 24 Julai 2017

Gambar Trip Cik Guyu ke Jepun

Baru kejap ni, husbnad bagi tau... masa nak pi keje pagi ni, dia terjumpa kulit ular kat bawah seat motor RXZ dia... OMG!!!!

Dah la motor tu parked kat dalam rumah. Kat dapur aku tu... aloloh... seram nyaaaa!!! Tak kan la de ular dalam rumah aku?? Dah 1 keje plak aku nak kena kemas 1 rumah tu kang... banyak barang tuuuuu... 😰

K... nanti aku update...


Ni gegambo dah lama up kat entry... Hari ni baru sempat karang ayat2 cinta... bunga2 lesu... hehe...

Aku ni cita2 tak tinggi... Kalau ditanya bab jalan2 makan angin sampai oversea ni... haghammmm... Bukannya aku kisah sangat pon. Rasa nak pi oversea pon takdak... haha... Nampak tak... betapa tak kisahnya aku ngan makan angin ke seberang laut ni.

Ni aku saje nak share gambo2 yang Cik Guyu share kat group WhatsApp kitorang. Nak delete cenggitu je, rasa sesia plak. Rugi data, dah bebanyak download dalam phone... pehtu nak sesenang buang.. haha... 


Dari kaca mata Cik Guyu... Time orang syok membuteeee tengah2 malam tu, dia nak flight...


Taraaa... sampai dah... Untung le ngko,dik! Dapat gak ngko jejakkan kaki ngko tu ke Jepun ni haa. Bak kata orang sekali seumur hidup... Jadik ler dik! hehe

Spicy ramen
Ni gambo makan Cik Guyu. Spicy Ramen katanya... Tapi aku nampak macam kuah lontong je tu... Sedap ke dik? Cik Guyu kabor.... kureng! yup... kurang menepati selera, katanya...


Tu ramen jepun kan? Sekali tu Cik Jijah up 'ramen' Malaysia... perghh... yang ni baru betul membangkitkan selera aku... haha... jahat betul ngko, ngah! Kecur air liur aku tengok mee segera tu... huhh!


Ni kata Cik Guyu. dekat ngan area kediaman diorang. Tu je pokok Sakura yang ada. Sebab masa Cik Guyu melancong kat sini, musim sakura dah sampai ke penghujung. Ingatkan tengah musim sakura, rupanya dah hujung2... haha


Ini kalau reramai gini, kalau bawak anak2 kecik... mesti kena alert betul2. Tak leh leka ngan gadjet... Dah la kat negara orang. Tapi bukan setakat kat negara orang... kat negara sendiri pun kena alert ngan anak2... jangan leka ngan handphone tu... Handphone kalau hilang, ngko boleh ganti baru... anak? Lu pikir la sendiri... 


Sebut pasal anak ni, kelmarin de 1 kejadian. Terjadi kat pegawai aku. Anak dia hampir - hampir diculik. Masa tu baru balik sekolah. Hari Jumaatkan budak2 balik sekolah awal sikit dari biasa. Dia bukan kena masa otw balik ke rumah tau... tapi hampir kena culik depan pintu rumah. Bermakna dalam kawasan berpagar...

Gila!

Penculik tu tak tau la naik apa, yang budak tu nampak... penculik tu pakai helmet... full-face plak tu! 

Tapi budak ni cerdik... dia jerit kuat2... Ramai la yang berhenti kat situ cuba nak tangkap... tapi penculik dapat loloskan diri... 


Padahal rumah dia tu betul2 kat jalan utama... Orang dok lalu lalang lalu depan umah dia amik - anto anak pi sekolah.Waktu kejadian tu, waktu puncak plak tu... 

Mak budak tu balik lambat sikit je... Yang aku tau, pegawai aku ni memang selalu balik tengah hari. Jengah anak. Samo la den pon! 

Harap2 polis meronda kerap sikit la. Dulu pun pernah jadi gak. Tapi sekolah lain. Area situ gak. budak tu dah kena tarik masuk lam keta, tapi al-hamdulillah... budak tu dapat loloskan diri. 

Match green tea
Aku tak kirim pape pon kat Cik Guyu... Time tu aku tengah layan tempoh berpantang yang serba mencabarrrrr... 


De yang kirim pedang samurai ni kat Cik Guyu. Gila apa! Ngko takde benda lain ke nak kirim? 


Owhh... pedang tiruan rupanya. Aku ingatkan betul2 punya... Fake pun tetap tak leh bawak sekali dalam plane ehh...


Haha... kantoi kat penyelia aku... Dia baru tau aku de blog.... miaaahaha... Dia tanya, best ke jadi blogger? Walaupun tak famous tapi tetap seronok. Dah minat kann... bila kita buat apa yang kita minat, memang best la... Nape tak viralkan kat fb? Hurmmm... aku memang kureng la nak ber-fb bagai ni. Tak viral, takpe... Tak famous takpe... aku ok jek...

Nak jadi blogger, kena betul2 minat. Kalau tak, setakat hangat2 taik ayam. Lepas tu... jadi sepi je la blog tu... Aku ni pun ikut kesempatan masa. Dannn... kekadang ikut mood gak... haha...


Kalau mood ke laut... bersawang la blog aku ni. Sendu berlagu rindu... perghhh... hakkk thuiii... haha...


Wahh... coklat....!


Cenderahati... inshaallah... de rezeki, mungkin menjejak gak kaki aku ke Jepun ni. Tunggu lah... Anak2 tengah nak membesar ni... baaaaanyak nak pakai duit... upah pengasuh je dah sekian.. huhu... tu belum lampin pakai buangnya... susu tepungnya... bla bla bla...


hah... tengok gambo purse tu... teringat kat andbag aku yang tak bleh simpan purse panjang cam lam gambo tu. Tak muat... terjojol keluar nanti... so aku aim purse sontot... nantilah... 


" Brand Lotte dan Meiji... ingredient nya bebas dari animal source "




Harga strawberry.... 199 yen ehh? berapa tu kalau RM ?


" Pokok daun merah..."


" Street performance... muziknya ala2 arab bercampur jepun "


Klasik view....





" Ramen Honolu... Kedai ramen HALAL "


" @ Osaka"


" Kat Arashiyama. Dalam area Bamboo Forest... Tempat orang tulis dan beli tangkal cinta "




Dah... cukup ler tu... banyak dah gambo tapi takde cerita apa... yang last tu... gula2. Antara cenderahati dari Jepun dari Cik Guyu... Hampir seminggu dia kat sana. Syoik ler tu dapat jenjalan... Selain gula2... de lagi 2 barang cik Guyu bagi. Tah mana tah aku simpan... haha...

Pehni bleh la tanam angan - angan nak pi Jepun! 😜




Rabu, 8 Februari 2017

Singgah ke Berjaya Times Square

Lepas habis round 1 Kenanga Wholesale City ( KWC ) tu, kitorang singgah jap kat Berjaya Times Square...

Saje je... bukan nak shopping lagi dah... Cuci mata jer... Asalnya nak pi tempat lain, skali nampak plak cam de event kat Berjaya Times Square ni kan... jom ler tengok!


Tu dia... padahal raya cina lambat lagi masa ni... tapi dia punya dalam tu... semuanya nampak MERAH!

Ada selfie kat gerbang ni tapi malas la nak tepek sini... cam tak cun je... haha... gambo tu... bukan aku! aku cun je... kih3... masuk bakul angkat sendiri... boleh? whatever!


hohh... moment paling tak suka bila nak ngambik gambo... cenggini ler... tak hagak hagak orang yang lalu ni... cerr tengok sikit orang tengah posing ke hape... menonong je dia lalu... langsung gini jadinya... ish.. ish.. ish...


Sejak semenjak ni jangan marah aku sebab rajin ber-selfie... aku tengah up tahap confident level diri ngan ber-selfie...

Sebab sebelum2 ni aku amat la penyegan nak berselfie ni... haha... rasa rendah diri tu ketebalan teramat... sebab pada aku, mereka yang suka berselfie punyai keyakinan diri yang tinggi tau!

Diorang tak peduli sekeliling, malahan selesa dengan kondisi diri sendiri... haha... tu pendapat aku! kadang boleh berubah ubah... depends!

 

Again!... tak leh ke dorang ni kasi chance kat aku jap bergambo tanpa lintasan cenggitu? anak sapa la tu kan? anak2 melekap kat bapaknya... mak nya ni tengah galak ber-selfie... hakkk... gasak!


ok... nice! takde gangguan dah.. haha... nama patung tu pucca kalo tak silap... pernah tengok sesekali kat astro ceria tu...

hohhh... layan gak ler Astro Ceria tu... ngan anak2... cantik la semua hiasan kat sini. macam kat China betul... 


hahhh... blur! masa ni dah terdengar dengar suara Aiman Tino menyanyi live kat luaq tu... tu yang gambo tak semenggah cenggini... Mak yong! ada persembahan live kat luaq tu... jom lekaih tengok! jom... jom...


Tu dia... Elizabeth Tan tengah nyanyi live... ada part dia lupa lirik! tapi minah ni memang cun ler...

Sufian Suhaimi pon ada gak... Awie Rafa'el... penonton? ramai ngkooooo... aku terpaksa melintas ke sebelah tepi ni haa... dapat tengok dari kejauhan cenggini jekk... tapi ok gak la... nampak je... yang paling excited tengok diorang perform ni... Fa'el!

Nak tak nak, abahnya terpaksa dukung gak Fa'el... nak bagi dia puas hati... time ni plak Faiq pun sama nak bergayut kat abahnya.. hahaha... gasak le ngko! Opal je steady... dia tak berapa layan mende camni...

Meloncat - loncat Faiq nak abahnya dukung... teruk abah korang kerja kan ye!? haha... aku mampu dukung Faiq kejap je... sebab lepas tu dia mengelintin nak abahnya gak yang dukung... phieeww... selamat aku!

Balik tu... berhari gak ler abahnya sakit sakit badan! kih3... aku nak tolong urutkan, dia tak mau... ok... takpe! tabah je lah ye menahan sakit! bukan selalu layan anak2 cenggitu kan? hehe

Sebelum balik tu, round jap sedasss kat lam Berjaya Times Square... konon nak cari port yang paling senang nak tengok event show tu... owhh... event ni sebab TV3 tengah promosi untuk  Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31)...


Tapi takde plak... huhu... otw nak balik tu singgah balik depan stage ni... sebab terdengar geng Khalifah perform... tapi dah hujung2 lagu dah... aisehh...


Anugerah Juara Lagu 31 tu? aku tak tengok pon... tah apa tah... tak macam dulu la feeling nak nonton! kali ni rasa cam boring je! soooorry! tak havoc dah cam dedulu... makin ke-tua-an dah ke aku? hihihi..........................

Selasa, 7 Februari 2017

Jalan2 ke Kenanga Wholesale City

Finally, Januari yang lepas tercapai gak niat nak pi shopping kat Kenanga Wholesale City ( KWC ). Lama dah merancang..  tunggu pulus come in je baru la dapat pi... hehe

Sementara baby ni masih dok lam perut, jom la pi beli pakaian raya bebudak ni... Just standby... raya nanti takde lah pening sangat dah nak shopping bagai.

Tapi just untuk baju jalan je. Baju melayu tu tunggu la bazar malam Ramadhan nanti baru cari... tu takpe... leh cari last minit je nanti...


A'ah... beria sangat Faiq menolak dinding tu... 'tu bukan pintu la dik!'

Ni tengah tunggu husband... dia parking kereta time ni... sebelum tu dia drop dulu kitorang kat pintu masuk ni.

Payah je rupanya nak cari parking kat KWC ni kan? 2- 3 kali pusing tu baru dapat parking...


Sambil menunggu abah budak2 ni selesai parking, diorang leka tengok tu... perghh... bertingkek - tingkek kata orang negeri.

Kasut abang2 tu pun dah nak kena beli dah tu... yang ada tu dah lusuh sangat... pun standby untuk raya gak tu... Malas nak pening2 pale memikir... time ni kasi settle mana yang boleh...


Banyak rupanya lot kedai kat dalam KWC ni.. rambang mata jap nak memilih kedai mana... haha... sambil2 shopping baju anak, aku pon nak nyelit gak... upah untuk diri sendiri lepas penat berlelah kerja... kat rumah, kat pejabat... reward la diri sendiri sikit kan...


Ni kat kedai mane tah... tapi rasanya tengah tunggu rundingan pembelian selipar kulit... rundingan untuk dapat less tapi.... nan hado jekk... kedek lah!

nak tak nak, beli gak ler.. pasal dah berkenan kat selipar kulit tu... husband punya... lepas semua dah settle membeli baru aku beli kasut... sebab kasut pon dah lamaaaaaa tak beli baru... aku amik kasut sarung.. merah menyala!

tu baju budak2 dah settle membeli ngan baju2 aku... baru pi cari kasut husband plak...


Me... sesekali interframe jugak kat blog sendiri... hehe... owhh... si abg long dah pandai sekarang... kasut lain tak mo! dia nak kasut sukan camni untuk raya nanti...

Mata aku berkenan kat adidas yang stripe gold tu... tapi macam dah biasa sangat nampak orang pakai kaler camtu...

aku tak beli kasut sukan... sebab kasut yang ada tu pon tak sempat nak pakai lagi... baru je beli hujung tahun lepas... ingat nak pakai untuk exercise... tau2 dah pegnant.. terperam je lah dalam kotak kasut tu sampai sekarang...


Opal pilih kasut hitam gak... tapi tak ingat brand apa.. dah selamat simpan dalam kotak semuanya... termasuk la baju jalan raya diorang tu... tunggu raya nanti la ekk baru buka kotak tu...

tu kasut ikan siakap... 

kasut Fa'el camtu la... siap ada lampu lagi kat tapak... hehe... marah sangat Fa'el bila aku panggil kasut ni kasut ikan siakap... hahaha... tak betul ke? cer korang yengok ikan siakap yang dah buang sisik tu.. tak sama ke cam kasut tu? kih3...


Yang lonjong hitam tu sengaja aku letak... sorok muka husband tu sikit... muka aku takpe... tuan tanah... ikut suka hati aku la kan... ni tengah membayar la ni...

sebelum kitorang masuk, kedai ni punye la lengang... tapi lepas tu... ehh... ramai la pulak yang masuk... dah ler jurujual tu sorang je... kelam kabut amoi tu nak melayan... 


dah selesai menyopping... makan time!

lapar giler! sebab menahan dari memula sampai.. masa ni dah kul 2 lebih kot... Opal minta laksa... Fa'el minta nasi goreng kangkung... aku pilih nasi ayam... share ngan Faiq... dengan harapan biar Faiq tu makan banyak... tapi takde maknanya!

Aku gak yang kena makan semua tu... Faiq? Lebih banyak teguk air... Macam haus sangat... padahal mendukung je dia dalam KWC tu... ish... ish.. ish... aku sesekali je mampu dukung dak sorang ni... perut mak ngko ni dah ke depan dah, Faiq!




Note : 

Dalam senyum ketawa...
hati aku masih terasa sakitnya...