Memaparkan catatan dengan label blog job. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog job. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade - I truly need a Holiday lah!


Sebelum ni memang ada terlintas dalam kepala nak pergi bercuti. Kebetulan dalam sebulan ni aku asyik tertekan,  mood swing. So... it's truly.. i need a holiday lah... Manalah tau,  boleh naikkan semula semangat yang makin menghilang ni kan? Tau tau je Traveloka de buat contest...  Tak salah cuba nasib kan?hehe...  Tak mengidam nak pi jauh2... Dapat pi Langkawi je pon dah syiok tu... Jalan - jalan kat mana?


1. Dataran Lang...


Bergambar sampai lebam... Yeahahaaa...  Selfie... Wefie puas2...


2. Underwater World Langkawi...


Tang ni anak2 mesti suka dan teruja...  Dapat tengok ikan laut dalam dekat2...


3. Pekan Kuah...


Yang ni mak depa yang suka.. Aku ler tu...๐Ÿ˜‚Berangan nak memborong... Shopping puas2... Perghh... Paling heaven dapat borong coklat... Wahh... Tapau... Tapau...


4. Muzium 5D...


Oihh... Mungkin histeria anak2 aku tak mau balik lepas datang situ... Takpe...  It's holiday....  Layan je sampai depa puashati..


5. Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park...


Masih untuk anak2... Takpe takpe... Kalau anak2 suka.. Mak pon tumpang suka... Mak tumpang enjoy gak lah... Takkan nak tengok je kan.... Being mak memang meletihkan tapi bila tengok gelak tawa anak... Walaweii... Bahagia tak terhingga tau... Masalah? Tolak tepi... Hehe

Harap harap impian tercapai melalui #MyTravelokaEscapade... Hewhew...



Selasa, 14 Jun 2016

Terpaksa tukar telefon baru bila...

handphone lama aku tu kan, aku memang sayang giler! 

adalah dalam 2 tahun lebih dah aku pakai... saiz tak besar tak kecik... sedang elok je ngan tangan aku ni... lentik sikit body nya... ๐Ÿ˜



tapiiii.... sejak semenjak kebelakangan ni... handphone tu meragam!

asal letak dalam poket.... 'dia' shutdown sendiri....

tak pon kadang letak dalam beg pon... 'dia' bantai off sendiri....

kadang kadanggggg tuuu... letak atas meja je.... aku tak usik tak cuit pon.... 'dia' padam sendiri... 

aloloh.... petanda apa kalau dah macam tu gayanya?



tu 1 hal.... 1 hal lagi bila nak amik gambo... hasben de syorkan beli kamera... DSLR.... mungkin... krikkk.. krrrikkk... krikkk....

hmmmm... aku maleh... leceh! mane nak kendong anak lagi... mana nak kendong kamera lagi... so... handphone ler alternatif paaaaaling terbaik!

gambo dah cun ni depan mata ni... once picit button snap.... hanggggg!!!!!

Arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................!!!!!! STRESS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



kesudahnya... moment yang indah cun lagi menarik tu tak dapat dirakam langsung.... hati sakit tak terkata.... rasa sayang  tu dah bertukar... rasa nak hempuk aje phone tu.... hishhhhhh...... grrrrrr!!!


paling sedih... time nak gunakan wifi.......... on je wi-fi......... maka.... hangggggg dan padam sendiri... gitu lah yang terjadi berulang - ulang kali.... lepas tu, asyik nak kena delete.. pasal takde space dah... alolohhh... takkan tiap kali nak kena delete... kadang sampai takde ape nak delete dah... disuruhnya clearkan ruang storage.... woarrghhhhhhh...... 

tapi hebatnya...  aku mampu bersabar lagi dengan dugaan semua tu.... .Saaaaaabar sangat!


sampai lah.... hasben bising... apo lah lambat bonar balas whatsapp.... apo lah asyik tutup phone je!?

korang? pernah kena macam tu tak? pernah tak?





sekarang masalah tu dah tak mengganggu akal dan fikiran aku... dan aku dah pon berjaya mendapat phone idaman... hewww...hewww... suka sangat! ๐Ÿ˜†


Rabu, 2 Mac 2016

Fesyen Hijab Terkini

Ehh... ehh... ehh.. hijab?? Oooo... hijab tu tudung lah... dannn...

Tudung ni adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Sebab... menutup aurat adalah waaaaajib bagi Muslimah dan

Memakai tudung juga memberikan ruang bagi mereka sebagai Muslimah untuk mempraktikkan serta menerapkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.


Namun...

bagi wanita di Malaysia hari ini, pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai secara tidak langsung ianya dapat menambahkan seri kepada si pemakai.

Contohnya macam wanita di dalam gambar kat bawah ni. Manis kan?


Bagi wanita Muslim di Malaysia, pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama.

Pendek kata,

Sambil mengamalkan ajaran agama, mereka tetap dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Tudung atau scarf ini dipakai untuk menutup rambut, telinga dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai.

Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar 'plain'.

Namun kini terdapat variasi rekaan fesyen hijab terkini yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam - macam lagi.


Selain itu, tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila - bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malahan untuk dipakai ke pejabat pun sesuai sangat... ^_^

Pada masa yang sama, tudung yang ada hari ini sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai.

Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik.

Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt lauh agar nampak lebih santai namun elegan.

Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi hijab terkini online yang pastinya disukai hijabista.

Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden, cuba tips ini - cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda.




Rabu, 6 Januari 2016

Alat Solek Wajib Ada Bagi Semua Wanita

Alat solek? Hahaha... ada kena bahan aku ni kang kat officemate... minah scooter tiba – tiba bercakap pasal alat solek. Ekekeke...

Macam ni je lah, nak bagitau ni... walaupun aku ni hari – hari pergi balik kerja tunggang scooter tu, ia tak bermaksud yang aku ni tak pernah amik tau langsung perihal alat solek ni. Idak ye kengkawan... Jangan sangka aku tak pernah belajar cara – cara bersolek...


Sebab aku pun wanita ye! Makanya, memang tidak dinafikan..


memang menjadi impian setiap wanita untuk kelihatan cantik dan tampil menawan sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya ( maaacam aku.. hehe ) yang ingin sentiasa menjaga penampilan mereka di tempat kerja.

Selain pemilihan pakaian yang tepat, rupa paras merupakan aspek kedua yang menentukan penampilan seseorang wanita itu tampak menarik. Oleh itu, solekan yang menarik dan bersesuaian adalah penyelamat bagi ramai wanita untuk menyembunyikan wajah kusam mereka. [ Wahh... gitu! ^_^ ]

Jom kita lihat apakah alat solek wanita atau make up tools yang wajib ada bagi semua wanita!



1.    Foundation

Barangan make up yang pertama dan paling penting adalah foundation. Anda harus tahu jenis foundation yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Misalnya, pilih foundation yang berasaskan air bagi jenis kulit muka yang berminyak agar penampilan anda kelihatan fresh sepanjang hari. [ Ini sangat penting, sebab aku pun jenis kulit berminyak. Kalau silap pilih foundation yang sesuai, muka aku mula la rasa tak selesa. Rasa berat dan tambah berkilat.. ohh no no no!! ]

2.    Compact Powder

Apa selanjutnya? Pastinya pemakaian compact powder atau bedak muka yang memberikan anda tona kulit muka yang lebih cerah. [ Ok... yang ni antara yang wajib ada dan wajib aku angkut ke sana sini. Waaajib! Buat touch up muka ni bila dah nampak berkilat sangat... ngee! ]



3.    Eye liner
Ketiga adalah eye liner. Terdapat beberapa jenis eye liner yang boleh anda pilih seperti pencil eye liner dan liquid eye liner. Pilihan aku pastinya pencil eye liner! Yupp... walaupun lamaaaaa dah aku tak pakai. ^_^



4.    Mascara
This one is optional. Tetapi, bagi anda yang menginginkan bulu mata yang lebih lentik dan panjang, pastikan anda tidak keluar rumah tanpa mascara. 



5.    Blusher
Untuk tulang pipi yang lebih menyerlah, anda wajib memakai blusher atau pemerah pipi! 


6.    Gincu Bibir
Dan alatan solek yang terakhir adalah pemerah bibir atau gincu atau juga dikenali sebagai lipstick. Bijaklah memilih warna lipstick yang bersesuaian dengan tona kulit anda. [ ohh... aku perlukan lipstick baru... memang perlu! Ohh my.... ]








Jumaat, 23 Oktober 2015

Google Ads Tak Approve lah

T_T

nak nangis dulu boleh tak? huhuhu...

2 hari lepas permohonan Google Ads untuk blog ni diluluskan...

tetibe hari ni dapat email dari Google Ads...

Katanya

'DISAPPROVE !'




Huwaaa...!!!!!

panjang pulak tu senarai punca blog ni kena reject...

Tu yg blank je ruang kat tepi blog tu...


Apa silap saya wahai pihak Google Ads??



Bila dikenang - kenangkan balik...

semalam masa tengah tengok blog kat handphone, aku ter-klik google ads tu...

iye... TERRRRRR-klik google ads di blog sendiri...

nak buat camner... appearance masa tu cenonet... aku nak klik mende lain sebenarnya tapi sebab paparan skrin tu kecik sangat... tu yang ter- accident TERRRR-klik kat situ...

tu antara kesalahan yang aku ingatlah... yang dalam email tu de la 4-5 perkara pihak google ads dah mention.


kena la apply balik... huhuhu....




Isnin, 14 September 2015

Perkara Ekstrem Yang Kita Buat Untuk Dapat Lebih Petrol

Perkara Ekstrem Yang Kita Buat Untuk Dapat Lebih Petrol. Macam – macam cara orang dok buat sejak semenjak harga minyak kerap naik. Tambah plak zaman G.S.T ni… amboi!!

2898

Nak kena jimat selalu. Tak mampu dah nak berbelanja lebih. Beli . Kata harga barang turun lepas G.S.T. Tang mana tah yg turun? tak nampak pun… sedangkan telur yang takde kena – mengena G.S.T tu pun naik harga jugak. ape hal?!


Yang mana 1 agaknya korang biasa or pernah ‘terbuat’? Open-mouthed smile

Haha… admit… yang 1st tu aku banyak kali gak buat. Setitik minyak tu rugi woooo… jangan membazir…! hahaha… tapi tu lum havoc lagi. tak se’havoc’ video yg jadi viral baru2 ni.

Mungkin demi nak jimat, pemandu tu siap henjut2 kereta tu… nak bagi ruang lebih kot. alah… boleh pe kalau kita mintak balik duit baki lepas tank minyak keta tu penuh. I biasa tengok hasben buat camtu... hehe… staff pam minyak tu bagi je.

Khamis, 10 September 2015

10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!

Ye… ye… akak tau, korang tak sabar nak tunggu akak update citer nan satu tu… sabar haaa… nanti ahkak story mory kat sini… but la ni, ahkak mau kongsi citer ni dulu.

Aku dulu pernah ler pegang title ‘budak hostel’. 2 minggu sekali baru dapat balik kampung. baru ler dapat makan sedap2. ikan tu rasa lah ikan.. ayam tu de la rasa ayam. sayur tu semenggah ler jugak. tak ler bercampur ngan ulat sayur cam kat hostel tu… lebih2 lagi sayur kacang.. perghh! ‘protein’ tambahan… bahahahahaaa…

Ikan pon kejung je… cubit2 dengan jari macam tak lepas je sebab kejung melampau…Crying face

Rasanya kalau aku baling ikan goreng tu ke tray, kompom de bunyi ‘ ktinggg..!’.. ngeee. tapi tak baik lah. aku tak ler sampai buat camtu… letak tepi elok2, sampai tepi tong sisa makanan tu, aku campak tepi. kot le de kucing yg sudi makan ikan goreng kejung tu kann…

Sambal dakwat sotong ke sambal sotong berdakwat? mana satu yang betul ek?

1st time aku makan masa dok hostel tu lah. isi sikit, kuah melambak. redha je lah makan. asalkan konyang! haa… 1 lagi, time tu diorang gemar tul supply buah pisang MONTEL. cerghh.. memang sesuai dengan nama. leh kata tiap2 hari buah tu je.

Makan plak mesti nak ngan member, kalau sengsorang, aku lebih rela naik dorm.. pehtu krohhh…krohhh..krohh…Smile with tongue out kadang member2 habis makan dulu, kadang aku yg abih cepat. depands pada lauk. kot lauk tu kena ngan tekak, lambat lah aku selesai makan. kalau lauk tu tak kena ngan tekak, jamah selagi mampu je. haaa tu yg cepat je selesai tu. hehe…

Masa dok tunggu member tu la, tercetusnya idea makan pisang cicah sambal sotong tu… haiisshh… tak sangka! boleh tahan jugak rasanya.

Tak caya, try ler rasa gabungan pisang ngan sambal sotong… atau sambal tumis ke… terbaekkk wokkk!

0bb3

Haaa… ni de lagi 10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!!. korang boleh baca kat situ.

Aku dah baca dah. yang no. 6 tu biasa sangat dah aku makan. maklum ler.. kiterrr orang Johorrrr… stakat makan pisang goreng cicah sambal kicap tu… biasaaaa… Winking smile

Tu memang trend orang Johor dari dulu…

Pun best wokkkk…!!


Jumaat, 4 September 2015

Kekalkan Gaya Anggun Dengan ALEENA Tudung

Perghh… lain macam betul tajuk entry kali ni… Formal habis… Ha3… okey… okey… meh nak cerita sikit nih.

image

Kalau disebut sahaja nama jenama tudung Aleena pasti semua orang tahu. Apatah lagi jika ianya ditanya kepada para pencinta fesyen Muslimah tempatan. Aleena merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah yang semakin dikenali ramai dewasa ini. Jenama ini telah melangkah dengan lebih pantas jauh meninggalkan para pesaing mereka dihadapan. Jelas membuktikan bahawa Aleena begitu komited dan bersungguh – sungguh dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jenama mereka dalam pasaran fesyen Muslimah tempatan.

Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat perubahan dan perkembangan yang begitu mendadak namun penuh bermakna dalam industri fesyen tempatan. Fesyen Muslimah terkini telah muncul sebagai antara stail fesyen yang paling trending dalam kalangan pencinta fesyen.

Kemunculan hijabista, iaitu golongan fashionista yang lebih gemar akan gaya fesyen Muslimah telah membantu menaikkan imej fesyen Muslimah tidak kira sama ada di peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. ini sekaligus telah menaikkan nilai pakaian Muslimah dalam pasaran.

Antara langkah awal Aleena yang tepat ialah mereka menyedari akan hakikat bahawa fesyen Muslimah akan menguasai pasaran Malaysia. Dengan itu telah banyak promosi dan kempen tudung wanita terkini yang diusahakan sebelum ini.
image
Koleksi Aleena Tudung Terkini sangat versatile dan boleh dipadankan dengan apa sahaja persalinan kegemaran anda. Bagi yang lebih suka imej sopan dan feminine, cuba anda padankannya dengan pakaian tradisional terkini seperti baju kurung moden.

image

Mudah je kan?

Padankan sahaja Aleena tudung terbaru dengan apa jua persalinan kegemaran anda yang selesa untuk dipakai.

Pastinya penampilan anda tampak lebih menarik dan meyakinkan. Pastinya teman – teman disekeliling anda tertanya – tanya tatkala melihat penampilan anda.

Amacam ? Menarik? Tertarik?Open-mouthed smile

Jangan risau… tudung Aleena ni boleh je pakai dengan baju kurung… baju kurung peplum… baju kurung moden… kaftan pun sesuai… jubah moden… jubah dress dan termasuk ler blouse Muslimah…

Anda suka? Apa lagi nak tunggu… jom terjah reramai ke Zalora.com. Cari je mana2 tudung yang berkenan dihati…

Klik lelaju…Open-mouthed smileWinking smile