Memaparkan catatan dengan label rawatan gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rawatan gigi. Papar semua catatan

Rabu, 12 September 2018

Root canal treatment yang tak dapat diteruskan

Ya... Rawatan tu tak dapat diteruskan lagi. Puncanya?

Gini ya ceritanya...

Lepas 1st treatment tu, doc dah pesan. Gigi tu akan jadi mudah rapuh sebab doc dah matikan saraf. So anything happen kat gusi tu, aku takkan sakit dah cumanya... Gigi tu tak tahan lasak. So... Jangan gunakan untuk gigit makanan yang keras sepanjang treatment ni. Ok lah.. Akur lah tu... So... Lepas 1st treatment yang makan masa tu.. Tak ingat la.. Tapi memang lama doc tu 'uruskan' gigi aku ni. Aku memang tak gunakan gigi tu. Patient yang baik kan? 😂 😂 😂

2nd n 3rd treatment... Tampalan kat gigi tu doc buka balik. Cuci akar ( proses yang makan masa agak lama jugak) dan letak antibiotik. Settled.

4th treatment plak? Doc just cuci karang gigi kat gigi yang tu lah. Masa ni doc tanya, 'tak gunakan gigi tu untuk makan eh?'... Ehh.. Aku tak gitau pon... Acaner doc boleh tau?

Doc cakap, ' gigi yang jarang digunakan akan tumbuh karang!'. Dan betul... 😂. Memang aku tak berani gunakan gigi tu lagi. Then, doc cakap... 'boleh makan gunakan gigi tu. Takpe...'

Masa ni dah puasa. Doc tu gitau, next appointment lepas 2 bulan dari last appointment ni. Sebab, doc tu kena bertugas di HTJ.

So... Raya! 

Malang masa ni...

Ni la puncanya rawatan tu gagal... 😢

Tengah sedap mengunyah rendang daging yang bapak liat... Tetiba... Tanpa disengajakan aku tergigit kuat daging liat tu gunakan gigi nan satu ni... 😫😫😫

Gugur la serpihan putih dari gigi yang sedang dalam treatment ni... Arghhh...!!!!

Terkedu jap... Tampalan tu dah terbuka.


Degup degap jugak hati ni. Risau la... 

Ada rasa tak selesa kat tempat tampalan yang dah gugur tu... Rasa lompong.. ada rasa ngilu - ngilu... rasa sakit macam digigit - gigit je kat gigi nan satu tu...

Memandangkan raya... seminggu jugak aku tahan rasa tak best tu. Lepas tuuu... aku terpaksa serah diri jugak akhirnya kat klinik gigi. Untuk tampalan sementara semula.

Masa ni doc yang tampal tu tak ler cek detail keadaan gigi aku. Dia cuma proceed tampalan sahaja ikut permintaan aku.

Nak tunggu next appointment dengan doc Amirul... ya... my dentist! Nama dia dr. Amirul. Haa... nak tunggu dia cek, appointment lambat lagi. Redho je ler. Tampalan sementera yang kali ni pon, sekejap je tahannya... lepas tu berderai balik... alalah...


Yang ni... aku malas nak pi klinik lah... tunggu appointment je... 

Means... sebulan lebih lagi... ( masa tu la... )



Hari appointment... macam biasa, doc akan tanya keadaan aku dulu. sihat ke x? dah makan ke belum? dannn... gigi ada rasa sakit tak?

Lepas aku cerita apa yang jadi kat gigi aku masa raya tu, doc Amirul cek... tau apa dia cakap?

" Alaaaaaa... gigi tu dah pecah!"

Bukan tampalan tau... gigi! 


Kan doc cakap gigi tu rapuh... huhuhu... Bukan doc je frust...

" 2 bulan tau saya tunggu... Nak betulkan gigi awak... "

Alaaaa... Klau doc frust... aku yang tuan gigi ni lagiiiii la frust.... Huwaaaaaa!!!!!

So camne?

" Tak boleh nak buat apa. Saya terpaksa cabut je gigi tu... Sayangnya... tinggal nak tukar antibiotik dalam gigi tu and then dah boleh pasang crown... "

Bila dengar doc cakap macam tu... sedihnya!!!!!

Sedih la...

Sebab akhirnya... lepas bersungguh nak selamatkan gigi tu... at last... terpaksa cabut jugak akhirnya!

Frust... 

Sooo.... The end...

Sebab tu aku cakap... root canal treatment tu tak dapat diteruskan...


Well... what to do?



' Sesuatu tu... biar kita pertahankan seteguh mana pun... biar kita simpan sebaik mana pun... biar kita jaga sepenuh jiwa sekalipun... kalau dah bukan yang terbaik buat kita... Allah akan ambil jua dari genggaman tangan kita... '


Sabtu, 1 September 2018

Pengalaman buat rawatan root canal

Salam merdeka ke-61...

Berkisar tentang rawatan akar yang doc cadangkan tu. Doc yang berikan cadangan tu minta aku datang hari esoknya untuk buat rawatan root canal. Sebab apa doc tak buat pada hari yang sama? Entah... Mungkin masa tu dah tengah hari. Rawatan pertama untuk root canal ni ambil masa yang agak lama. So? Maybe la... Sebab masa tu dah 11 lebih dah.

Pagi tu aku datang awal. Takut seram sejuk semua tu... Ada! Tapi aku buat tak layan je... Huhuhu... I have too la... Nak buat camno?!

Soalan 1st doc... Kenapa dengan gigi?

Aku dapat doc lain. Bukan doc yang cadangkan aku buat rawatan tu. So... Kena explain plak kat doc yang ni. Muda belia lagi... Doc yang bagi cadangan tu rasanya lebih senior. So... Explain la kat doc ni. Terus dia pulak explain kat aku tentang rawatan akar gigi tu macam mana. Apa yang perlu... Apa yang dia akan buat... Apa yang akan jadi kat gigi aku... Dan temujanji rawatan yang memerlukan komitmen dari aku sebagai pesakit.

Demi nak selamatkan gigi nan sebatang ni daripada terus sakit... Gigi eh yang sakit? 🙊 Yang sakit tu gusi la... 😂... K fine, aku setuju je. Stakat nak attend appointment tu... Apa de hal... Che wahh!

So... Bermula la treatment root canal tu. Sakit ke idak?

Sakit weih...

Sakit masa kena cucuk bius kat gusi di lelangit tu. Bukan sekali! De la 4 ke 5 kali. Memang doc bagi gusi tu kebas betul - betul. Lepas tuuuu... Siap! Digodeknya gigi aku ni... Tah hape doc tu letak kat gigi aku lepas dia gerudi tah... Gigi aku ni sebelah taring... Yang berlubang tu plak, bukan kat permukaan atas gigi tu tau. Tapi kat permukaan celah antara gigi ni dengan gigi taring. Sikit je plak tu. Tu hasil ujian x-ray yang doc tu tunjuk. Ye... Sebelum buat rawatan lanjut, kena x-ray dulu gigi tu... No wonder la doc yang sebelum ni cakap, 'sayangnya nak cabut!'😁

Tapi takkan doc nak gerudi tepi, haruslah dari atas. Bla bla bla... Selesai appointment pertama punua treatment. Orang kata xsakit eh? Kau tau malam tu jadi apa kat aku? Hahaha... Telan ubat tahan sakit... Tido! Anak2? Mujur suami tak kerja. Tolong la tengok kan ye... Aku tak larat tahan sakit... Masa ni ubat bius dah berkurangan. Ada lega, ada tak...

Lega sebab, sepanjang ubat bius tu ada... Sampai ke hidung ni aku rasa macam lumpuh. Hidung rasa tak selesa macam ko tengah selsema tapi nak bernafas tu susah... Haa.. Camtu la!

Yang tak lega? Haa... Tu la... Yang sampai telan pil tahan sakit, baring dalam bilik gelap gelap then Zzzzzzzzzzz...

Tapi tu la... Rawatan ni akhirnya tak dapat diteruskan lagi... Sebab?

K next!

Selasa, 28 Ogos 2018

Bila gusi dah tak bengkak lagi

Sambung kisah sakit gigi lagi tu...

After a week ehh...

Lepas seminggu bedal pil antibiotik tu, sakit kat gigi ni memang totally hilang lah. Mula lah kan rasa takmo cabut dah. Tapi dah member office cakap bagi amaran... Seram la!

Paksa rela lagi sekali pi klinik gigi. Yes.. Alone! Dengan hati yang berat, ku gagahkan jua. Sebab iols xmo menderita sakit gigi masa sibuk beraya. Iols serik! Cukup la sekali...

Di klinik tu, nak hilangkan rasa gementar... Iols ngadap la phone sampai muak. Gementar tu tetap tak hilang. 😂 😂 😂

Owh... Why time sakit gigi, the doctor refused nak cabut gigi kita? Sebab masa tu, gusi kita dah bengkak ye. Doktor tak nak ambil risiko sebab boleh memudaratkan keadaan kita yang dah sedia sakit. Boleh berlaku jangkitan dengan mudah ya!

So... Sampai giliran aku masuk ke bilik doktor. Hati dah degup degap nih... Last2 doktor cakap, 'sayangnya nak cabut gigi tu...'

La...

Ya... Bukan doktor je sayang, me too... Sayangnya nak cabut, tapi iols xnak menderita sakit gigi lagi tatkala orang lain gembira beraya sakan makan macam2. Tak mo! Tak mo!

So? Kena cabut x?

Nope!

Sebaliknya, doktor mencadangkan agar aku buat rawatan akar gigi. Haa?! Teringat kat anak sulung. Opal pon pernah buat rawatan akar ni dulu. Meraung dia masa buat treatment tu. Aloloh... Sakit sangat ke? Tapi iols sayang gigi tu. Xpelah, kita patient yang baik, so... Kita ikut saranan doktor.

Tapi bukan dengan doktor ni... Doktor ni suruh aku datang balik the next weeknya lagi... Check n buat appointment.

Again..  Next week nya!

Kali ni doktor lain pulak. Aku kalo boleh nak doktor yang sama tapi bukan rezeki lah. Sebelum buat appointment untuk treatment, doktor ni bagi penerangan dulu. Wow... perasaan masa tu kan... degup degap lagi tau... tapi teringin nak selamatkan gigi tu.. yang lubangnya tak la besar mana... iols nekad je nak buat rawatan akar. Anak aku boleh ngadap... takkan aku tak leh kan!

1st rawatan katanya agak sakit!

Ha.... jeng jeng jeng!

Lagi la seram aku dibuatnya...


 sumber gambar : pengalaman buat rawatan root canal

Jumaat, 17 Ogos 2018

Sakit gigi lagi

Salam Jumaat!
Hi...

Tak lama lagi Raya Haji kan?

Cerita raya aku tahun ni tak up lagi sini. Kata nak buat kenangan tapi sampai la ni tak publish. Tak tau la kenapa. Takde mood la nak up cerita raya tahun ni... Padahal ada je kisah. Terutamanya hari raya kedua tu. Kisah aku dengan Fa'el... Kecoh rumah mentua dek kerana aku dengan Fa'el... Yang melihat kekecohan tu cuma mampu gelak je... Hehe... Tapi memang lawak ler... Nanti lah ehh aku cerita...

Kali ni iols nak simpan kenangan pasal gigi iols ni. Punya lah sayang... tapi terpaksa cabut jugak akhirnya selepas cuba ku pertahankan... Aloloh... Tetap kena cabut jua... Sedih noks!

Gigi atas sebelah taring ni dah lama berlubang. Tapi jaaaaarang la sakit... Tah camne, bulan 3 hari tu... Mula dah sakit. Berlubang la... Tapi bukan atas tau... tepi gigi... tak besar pon... Tapi mengenangkan sakit tu dah mula kerap... Terpaksa la menyerah kat klinik gigi. Pergi sorang. Merempit cam biasa. Tapi hati berat sangat nak cabut tau... Berat sangat!

Masa ni gusi kat gigi yang berlubang tu dah bengkak dah. Lama jugak aku menahan sakit. Takut nak cabut punya pasal, rela aku bergantung kat ubat sakit gigi brand Hurix's tu... Tapi tu la... Elok kejap je. Lepas tuuu... berdenyut balik sampai tahap tak leh tido!

Nak pi klinik, masa tu tengah holiday! Huhuhu... Takkan tengah holiday, ko nak pi cabut gigi! kan??

Balik tu la, aku pi sendiri. Sakit i... i tanggung sendiri la... Bukan husband or sesiapa... So.. Pi la sendiri ke klinik... Melawan ketakutan demi sebuah kesakitan... Iols berani berani kan jugak la diri nihh... What to do? Ada orang tak suka iols ni yang pada dia, iols ni manja. Cannot independant! Pii rah... Pandai kata orang...

So...? Aku rempit sorang2. Bertenggek la berjam - jam kat klinik tu sambil menahan debar di hati. Tapi rupanya, doktor kata tak boleh cabut lagi sebab gusi tengah bengkak. Inilah klinik gigi gomen! Gusi tengah bengkak... cannot cabut la! Why? Nanti sakit... Ayyooo... Kalau tak cabut pun sakit maaa... Tapi tetap doc tu tak mo cabut. Dia bagi antibiotik. Makan for a week, then datang balik untuk cabutan bertuah... ye... bertuah sangat! Cabut gigi la...


After a week :

Ya... iols datang balik. Gusi dah ok. Dah mula rasa tak nak cabut... kihkihkih... Tapi abang kat opis ni kata, "ye tak sakit dah sekarang... kau tau, kalau datang balik sakit tu.. lagi sakit tau! Baik kau cabut je... "

Alaaa... takutnya... nak puasa dah tu! Nak raya! takmo la sakit time raya....!!! alaaa....

Rabu, 23 Ogos 2017

Opal dah pakai pendakap gigi

Masih lagi tak habis cerita Opal dengan pakar gigi dia...


Masih lagi berulang - alik ke klinik pakar HTJ. Temujanji masih lagi berterusan. Dekat 2 tahun dah doktor - doktor tu follow up kes Opal. Terbaru untuk tahun ni, doktor tu cadangkan Opal pakai pendakap gigi.


Sebelum ni pun doktor tu dah cadangkan tapi sebab masa tu nak bagi gigi depan Opal tu sembuh sepenuhnya, cadangan tu bertangguh. Sampai la ke awal tahun ni, doktor tu bangkitkan semula cadangan tu. Kitorang ikutkan aje cadangan tu.


Sebenarnya, sebelum doktor tu beri cadangan tu... Aku sendiri pernah cakap in person ngan Opal... Bila ada duit nanti, aku bawak dia pi klinik pasang pendakap gigi. Sebab Opal pernah mengadu, kengkawan dia ejek dia... jongang!


Kesian anak mak! Memang de niat nak cantikkan gigi Opal tu dengan pendakap gigi. Dengan harapan, tahap keyakinan diri Opal bertambah. Tak la dia selalu monyok je bila diajak ber- wefie bagai...


Aku perasan banyak kali dah, tiap kali nak ber-wefie ngan dia, mesti air muka dia berubah. Mengelak - ngelak selagi boleh. Padahal masa kecik - kecik dulu, dia la yang paling suka bergambar. Memang aku terasa sangat bila Opal mengelak - ngelak camtu. Sedih mak!


Kos nak pasang pendakap gigi tu bukannya murah! Aku dah berkira - kira dah nak ngumpul duit untuk pendakap tu. Tetiba, Allah mudahkan pulak jalan dan niat aku tu.... Doktor pakar tu offer nak pasangkan pendakap gigi Opal. Ya Allah.... syukur sangat! Bila suami bagitau pasal cadangan doktor tu, aku senyum je... tapi kat hati ni ya Allah... happy sangat! Kalau nak tunggu aku ngumpul sampai cukup, lambat lagi la kot baru dapat pasang pendakap tu.


Patutnya awal tahun ni dah pasang dah pendakap gigi, tapi disebabkan gusi Opal bengkak.. bertangguh - tangguh la pulak. Doktor tak mo amik risiko sebab masa tu gusi Opal bengkak. Tiap kali jumpa pakar untuk rawatan, tiap kali tu la gusi dia bengkak. Haiiihhh... Opal ni memang liat sikit bila disuruh berus gigi selalu. Nak kena selalu pesan, nak kena selalu diingat - ingatkan.


Owhh... pemasang pendakap gigi tak boleh dibuat ye kalau gusi sedang bengkak. Gigih ler aku ingatkan Opal. Meleter - leter kadang... haha... Nasib la nak! Nak gigi cantik kan? kena la rajin - rajinkan diri jaga gigi tu. Yang lawa pon nanti, gigi ngko gak! kannn?!


Aku ingatkan pendakap gigi tu yang macam ni haaa... kan budak2 perempuan sekarang banyak pakai ni. Nak cantikkan gigi... Bila senyum nampak la macam2 rupa pendakap gigi. Hehehe... Mahal ni kalau nak buat kat swasta ni ooiii... aku dah survey dah. Rezeki ko la nak! Tapi kena gak bayar RM 15.00. Untuk apa tah... Lupa plak... Teeeheeee...



Tu haaa pendakap gigi Opal. Sebelum terbentuk macam tu, doktor kena letak apa tah kat mulut Opal. Tujuannya untuk dapatkan acuan bentuk lelangit Opal. Masa ni drama sangat! Opal nangis2 takmo buka mulut. Puas la doktor pujuk, nurse pujuk... Tak jalan... Terpaksa lah abah dia mainkan peranan... Kelepappppp!!... setepek abah dia bagi... huhuhu.... baru la Opal buka mulut. 😭


Tak sakit la nak oiii... Tapi sebab dia takut, tu yang jadi haru biru jap... padahal doktor nak dapatkan acuan je... tu yang dapat pengakap gigi macam tu... huhuhu.... Opal...! Opal...! Sabar je lah mak ngko ni dengar.  


Seminggu lepas tu datang balik ke pakar gigi HTJ tu untuk pasang pendakap gigi tu. Owhh... dia tak pakai yang jenis biasa kita tengok tu. Sebab yang tu agak menyakitkan. Lagipun mulut Opal senang sangat kena ulser... kalau pakai yang besi tu, lagi senang ler dia mendapat ulser!


So doktor bagi pendakap gigi mudah tanggal ni. Yang ni tak menyakitkan langsung tapi kurang selesa gak la. Nak bercakap payah! Kadang tak paham dia cakap apa.. hahaha... Tu memula je, lepas 2 - 3 hari tu dah ok dah sikit. Time makan pun alahaiii.... terkial - kial dia nak mengunyah, nak menelan. Tapi bila dah biasa tu, ok dah.


Yang ni pun doktor dah ajar dia cara nak bersihkan pendakap gigi tu. Ni tak leh cuci pakai ubat gigi!


Kena gunakan sabun mandian biasa tu je... berus pastu bilas ngan air biasa. lepas tu dah leh pasang balik kat gigi. Tu semua dia buat sendiri.


adoiiyaiii... gambar tak clear sangat... aku nak tunjuk pendakap gigi dia tu... huhuuuu... takpelah! asalkan ada je lah... hahaha... tak tau laberapa lama dia kena pakai pendakap ni. Yang ni takde kena cabut gigi ke hape... Tu nak tarik gigi taring Opal. Supaya de ruang untuk gigi depan Opal bergerak ke belakang sikit. Memang doktor tu syorkan buat gigi atas je dulu. Yang bawah tu doktor cakap takde masalah.


De sorang lagi doktor pakar yang cadangkan untuk putihkan gigi Opal tu. Tapi doktor senior yang pasangkan pendakap gigi ni suruh biarkan dulu. Yang penting kedudukan gigi Opal teratur dulu. Itu lebih penting untuk kesan jangka masa panjang. Yang memutihkan gigi tu boleh buat kemudian. Lepas kedudukan gigi Opal dah cantik nanti... Haiiihhh.... untung ler ko nak!


Jeles mak...! hahaha... dulu masa nak kawin, aku nak sangat putihkan gigi... nak cantik atas pelamin la konon... tapi sampai kesudah, takde buat pun.. heheee... Rezeki Opal la kalau doktor tu jadi buatkan gigi dia jadi putih... Tuah badan!


Dan... doktor pesan, gigi belakang dia dah de yang berlubang. Yang ni dorang tak cover. Doktor pakar tu suruh bawak pi klinik gigi biasa je. Hmmm... Tah bila la tu nak bawak... 1 lagi.... doktor pesan lagi nih... ada masa nanti, bawak Opal pi jumpa pakar mata, telinga dan hidung! Sebab mulut dia selalu berbau walaupun kerap berus gigi... Inshaallah... kena la bawa dia nanti....



Note : Nak tergelak gak tengok masa memula dia cabut pendakap gigi ni.... dah macam tapak gigi palsu plak rupa dia... hahaha

Rabu, 1 Februari 2017

Tandas Klinik Pakar HTJ yang macam...

Hi...

Salam semua...

Well, aku emergency leave hari ni sebab tengah hari kang nak pergi Hospital Pilah. Dengar result Tumor Marker Test mak aku... doktor yang called Cik Guyu hari tu kata... in short result test tu tinggi!

Tu je... yang lebih detail, hari ni baru doktor nak explain face to face ngan kitorang. Ni nanti aku cerita... dalam entry lain.. khas untuk mak...

Bulan 12 hari tu sekali lagi Opal kena datang ke Klinik Pakar HTJ ni untuk follow up kes gigi dia tu... doktor nak pantau urat saraf kat gigi yang diorang hidupkan balik sebelum ni. Untungnya Opal bila selalu check up ni, doktor tengok skali gigi yang lain... bersihkan gigi dia... tapi budak sorang ni asalkan nak jumpa doktor je, mulut dia mesti kena ulser... besar2 plak tu... selalu je doktor bising sebab katanya tak jaga mulut... tapi last tu doktor just tanya je...

'Dia selalu tidur kunyah gigi ke?'

Hoho... memang!

Kerap sangat dia tidur kunyah gigi... tah apa yang sedap sangat tah... husband aku kata, Opal ikut gen aku.. suka kunyah gigi masa tidur... well... helllllloooooo... takde ekk.... aku jaaaaarang tau kunyah gigi... sesekali tu ada la.. heeee.... tapi biasanya bila terjadi macam tu, aku cepat2 bangun.... ngilu woooo... tapi lately takde plak aku tidur kunyah gigi dah... hahaaa...


Opal...

Bila dah kerap jumpa doktor gigi ni, dah tak takut dah... lagi rajin nak jumpa doktor gigi ada la... aku duluuuu... takut giler nak jumpa doktor gigi weihh... oiiihhh... takut wooo.... takut nak cabut gigi masa tu... korang pun sama kannnnn? hehe

ehh... last sebelum ni aku datang temankan Opal, diorang tengah naiktaraf tandas Klinik Pakar HTJ ni... masa check up bulan 12 hari tu aku tengok dah siap dah...

Tu Opal kat tandas yang baru upgrade lah tu... tandas lelaki... tandas perempuan kat sebelah tu belum boleh guna lagi. So aku kena turun tingkat bawah. Tengok dari luar macam cantik...

Bila tengok dalam....


waaaaa.....!!!

haw lengggg arrr.... cantik lorrr... aisehh... bila la boleh buat tandas secantik tu kat umah aku yer... kih3... tapi cun giler la.. jauh beza ngan view tandas yang asal....

haha... demi tandas Klinik Pakar HTJ ni punya pasal, maka wujud entry ni...

next appoinment? bulan 3 nanti... pemantaun perkembangan pertumbuhan sel saraf hidup kat gigi Opal tu memang kena pantau selama 2 tahun... kena kerap bertamu kat Klinik Pakar HTJ ni sampai selesai... harap2 perkembangannya baguslah...

till next.... chawwww!



Rabu, 21 September 2016

Melepak di Klinik Pakar HTJ, Seremban



Tak tau mana sumber gambo ni... aku amik kat group wassap je ni... sempena Raya Haji hari tu lah...

Terliur agaknya si tedung dengan aroma rendang dalam kawah tu... langsung terus tegak berdiri kat situ... nak tolong gaul ke???

Image result for tempat makan ulu bendul tempat makan ulu bendul tempat makan ulu bendul

Rabu, hari yang Opal de temujanji kat Klinik Pakar HTJ Seremban tu kan, kitorang singgah Kat tempat makan Ulu Bendul tu dulu... kebetulan dah masuk tengahari dah masa tu... kena la isi perut dulu... kang lapar!

Cik Guyu pon ada... tapi masa ni dia tak makan sangat. konyang lae! katanya lah... dia order roti bakar je 2 set... fine... bebudak ni gelisah je tengok air kolam kat bawah tu.... hahaha...

sori anak - anak, takdo nak mandi mando doo... kang nak pi servis gigi Opal kang... takdo maso... laen kali lah yo!

Lepas lunch tu terus berdesup anto kan Cik Guyu ke tempat dia repair kereta. Owh... 2 bulan lepas, dia eksiden... kereta ehh terbaas... ado lah 2 - 3 kali berpusing... otw balik dari kerja malam kejadian tu... penat ye dik? 

nasib baik kereta je yang 'cedera'... tuan punya kereta ok... tapi malam tu masa dia tengah gelabah call aku, dia siap cakap... jangan banyak tanye dulu, adik nak cepat ni....

hahaha... ko ingat akak kau ni nak dongar cakap kau ye dik?

lagi dia cakap jangan tanye, lagi aku rasa nak tau... hamik!! macam macam aku tanya... 



Ni katanya, air-cond tak sejuk... blow je lebih... kena refer kat bengkel yang repair kereta tu semula sebab dah claim insurans... masih under waranty lagi tu...

temankan je boleh dik.. sebab masa tu dah 1setengah... doktor tu dah pesan awal2... jangan datang lambat sangat... sebab proses nak rawat gigi Opal tu makan masa yang lama....


hmmm... memang lama pun! sampai situ kul 2 setengah... dalam 10 - 15 minit tu, doktor dah panggil masuk... hari tu doktor dah pesan jugak, proses merawat kali ni agak menyakit... macam biasa, hasben yang masuk... apa apa keputusan pun, dia yang buat... Opal nampak abah dia yang masuk, kuat lah sikit semangat tu....

kalau aku yang masuk dalam bilik rawatan tu... hmmm... alahaii.... baik abahnye je yang temankan kat dalam tu... tu pon kojap yo! kojap kang dia dok luar tu je...

Kali ni aku ikut jugak ngan Faiq n Fa'el...

Tapi idak ler dok menangok je kat situ... sebelah tu de tempat budak2 main2... situ ler aku duduk... pantau Fa'el n Faiq bergumbira di situ... Aku je yang tak berapa gumbira... maunye tak... ngadap Faiq yang tak padan ngan kecik... lasaknya Ya Rabbi!

Mengucap ngucap aku tengok dia main kat gelungsur tu... ade skali tu dia nak tumbuk sorang budak pompuan ni... usia lebih kurang je tu... hahaha... alah... tumbuk budak kecik... tomei sangat... tak macam tumbuk langsung... hahaha... marah ler konon sebab gegirl tu ngikut je mana Faiq pi...

'angan la wat kiter...!'

hehehe... budak2...



dah penat temankan diorang main kat situ, turun plak pi kafe... masing2 dah kehausan.. naik atas tu, sambung lagi main... tapi kejap je... lepas tu aku join hasben kat ruang menunggu... punya lama doktor tu servis gigi Opal...

Masa tu dah kul 5 dah... Faiq pon dah lelap dah... Fa'el tu ha... ngandap filem Dinasour kat tv... kejap tu, diorang off tv... masing2 dah nak beransur balik... doktor2 pon dah de yang balik dah time tu...

Dekat kul 5 setengah baru selesai... mak oiiih... lama nya...



Hasben kata doktor buat rawatan nak hidupkan saraf gigi yang diorang matikan hari tu... de rawatan lanjutan lagi lepas ni... lepas rawatan lanjutan tu nanti, doktor takde buat apa2 dah kat gigi tu... just pantau selama 2 tahun... nak pastikan gigi Opal tu pulih spenuhnya...


Harap sangat gigi Opal tu dapat berfungsi semula... kesian dia... setiap rawatan tu agak menyakitkan kat Opal... tak terbayang kat aku ni, camne dia hadap semua tu... Moga moga gigi Opal sembuh sepenuhnya... Aminnnn...


Selasa, 20 September 2016

Raya haji, macam macam yang sakit...

Dah lama cuti... bila start keje tu... ramai je yang tanya...

'raya hari tu pi mana?'


'camne raya?'



'waaaa... untung la cuti raya lama lama...'



'syoik la... cuti hari tu raya sakan...'



Walhal... hakikatnya... huhuhu.... ni dia aku nak cerita...

Memang ler aku cuti lama... asal ehh nak cuti sampai rabu minggu raya korban tu gak... khamis tu rasa meronta ronta nak kerja tau... hahaha... poyo! padahal dalam hati tu sebenornya berbolak balik tu.. betul ke nak keje ni? malas pon hade nih... nak keje ke tak? nak kojo ko tak? kannnnn.... gitu ler kekdahnya...

hari mantai

masa ni tengah tengok tengok kan Faiq... kalau tak, dia masuk tengah tengah tu... mengacau abang3 ehh main badminton... takut je kena tepek kat reket tu sedasss... ado plak yang lobam kang! haaa. naya!

riuh rendah budak2 ni main badminton... macam nak gaduh pon ada gak... aku layan ler gak sekejap... sebelum Faiq datang, peluk sebelah kaki aku kuat2.... ish... ish... ish... sebelum mak dan anak ni tergolek berdua kat tepi tu, baik aku berenti....

semalamnya, beg susu Faiq tertinggal kat pejabat... hari mantai ni... gigi pulak laaaaaaa yang sakit!

tergigit daging liat... dah tu, tau gigi sakit... makan lagi! lagi la menjadi jadi sakit tu... oihhh... ngilu... berdenyut2 gigi ni... biasanya sakit kejap je... kali ni.... buat la ape pon... tak hilang pon sakit tu... berus gigi dah.... floss gigi pon dah... taaaak hilang ngko! saaakit!

sampai rumah mak, mak pulak tak sihat... 😓


demam... muntah muntah...kepala rasa berputar - putar... kata mak... pagi tu mak dah pi klinik... kena cucuk katanya... tak tau la sakit sebab apa... tekanan darah ok... tu kata doktor kat mak... mak plak cakap kat aku... alahai... sian mak.

tapi pagi raya haji tu, mak ok dah... aku je yang tak ok lagi... telan actifast pon tak selosai masalah... sakitnya ya Allah!!

oiiihhh... lama dah tak sakit cenggini.... kali ni lagi teruk rasanya.... bengkak pipi aku!


nampak... gambo pon sipi sipi je... yang bengkak tu sorok tepi... bahahaaa... ni baru pas tengok hasben berlalu menuju ke balai Pilah... bagi tujuanmembantu mereka di sana melapah lembu... hahaha...

mak suruh pi klinik je... cabut je long! dari ko simpan gigi tu... ko je yang menderita!

perghh... ayat mak!... tapi memang sakit giler lah kali ni.... naik ke kepala sakit ehh... tu yang tersembam je sepanjang hari... time hilang sakit, aku jengah gak mak buat keje kat dapur.. tolong2 mak... mak pun baru nak elok tu... time sakit.... tersemban balik kat ruang tamu... tenyeh2 je pipi tu dengan bantal... kononnya nak ilangkan sakit le gitu... haghammmm....

nak pi klinik time cuti umum ni... alahai... ado ko klinik yang buka time2 ni? terkenang pulak, poket pon tengah 'sakit' nih.... huhuhu... nangis!!

cerghh.... semuo ehhh serbo sakit niiiihhh....


gambo ehsan dari hasben... tu dah siap melapah dah tu... ingat nak minta dia balik cepat, beli kan panadol actifast lagi... rupanya, ado lagi tempat yang mintak tolong dia lapahkan lembu korban. redha je lah tunggu dia balik...

tu pon dia cakap... 'tak elok makan panadol actifast ni bebanyak...'

nak buek camno.... sakit uiikk... bukan sikit2... tak leh lolap tau... last2 tanye kat cik Jijah pasal ubat susut bengkak... menonjol benar bengkak ehh...

dah malam baru hasben balik, bawak skali ubat susut bengkak papain tu dengan pain killer... beli kat Alpro Bahau tu...


macam macam ada kan? tapi semua tu aku mampu tengok je... time hilang sakit, baru dapat makan... seco'et... ketupat segera dengan sup tulang mak je... daging kat tulang tu... mashaallah... lembut giler!

sesuai sangat kat aku yang tengah sakit gigi tahap gaban ni... memang lembut! mudah hadam gitu! hehehe... tu je lah.

petang raya korban tu, cadangan asal nak pi rumah ayah pulak. tido sana... tapi sebab gigi dah cedera tu kan... aku stay kat rumah mak. nekad, esok ( selasa - hari kerja dah tu ) nak pi cabut gigi ni... sakit dah sampai ke urat kepala... tak tahan oiii...

kebetulan klinik Gan tu dekat sikit dengan rumah mak, tu yang tak jadi balik rumah ayah malam tu...


selasa tu... aku telan ubat tahan sakit dengan susut bengkak 2-3 jam sebelum pi cabut... 2 hari dah menahan azab... cabut je lah... bak kata mak aku...


sakit tak cabut gigi?

perghh... tak cabut lagi sakit! baik cabut je... doktor otai tu memang terer.... 2 kali dah aku datang klinik ni... stakat cucuk bius tu... alah... cam kena gigi semut je... sebab dia just cucuk kat kulit gugi tu je... tak kena pon gusi... tu yang tak sakit sangat... time cabut lagi la tak sakit. tapi sebab gigi aku dah 2 hari sakit, doktor tu gitau awal2 sebelum cabut...

'sebab gigi you dah 2 hari sakit, ni bila kita cabut... you akan rasa sakit sikit... kalau sakit nanti, you angkat tangan... so saya stop...'

tak sakit, tapi lebih pada rasa ngiluuuuuu sangat! gusi yang bengkak tu.... makan masa nak susut...

balik rumah ayah malam tu lepas cabut gigi, mampu masak ala kadar je... nak makan pon tertelan telan darah lagi... lambat plak kering darah tu... terpaksa gak ler telan ubat yang doktor tu bagi... owhh... kos cabut gigi  dengan ubat 2 jenis... RM 40.00.

memang aku tak masak rendang kali ni.... langsung tak... biasa kalau balik kampung, aku masak ler jugak rendang... tapi kali ni sebabkan gigi punya hal... aku banyak melepet je... makan pon tak berapa nak hadam...



rabu pagi dah balik Seremban, sebab petang tu Opal ada temujanji kat Klinik Pakar Gigi HTJ Seremban...

Khamis tu... aku EL... bengkak tak susut lagi... gusi pon sakit lagi...


hahhh... kali ni aku tak lupa sekodeng koko ayah... kot de yang dah masak, boleh ler bawak balik... lamaaaaa orang tu mintak... tapi sori la wie.... koko ehh ado... tapi bolum masak.... mudo mudo lae semuo ehh... lum ado joki kau lagi Wie.... sabar je lah ekk...


itu la kisahnya yang aku cuti lelama tu... takdenye nak berjalan makan angin ke ape... banyak melepet kat rumah je... menahan rasa 'best'nya sakit gigi... huhuhuuuu....




Rabu, 7 September 2016

pagi KKIA, petang Klinik Pakar

Ini cerita semalam ye... nak taip semalam, nak publish semalam... alahaii... keletihan yang amat ler pulak... sempat upload gambo je dulu... dah tu je yang terlarat... hahaha...

Pagi semalam memang check up rutin Faiq... tak cucuk, just timbang n bla bla bla... Kebetulan semalam Opal dicutikan, ermm... yang se-darjah ngan dia yang dicutikan sebetulnya... hehe... 

bukan dia sorang ye... tak tak... katanya nak tumpukan lebih ke budak2 UPSR... gitu lah... 


jadinya aku angkut je dia skali temankan aku pi KKIA tu... sekurang - kurangnya Faiq ada kawan... selain maknya nih kan...

owhh... Fa'el kena sekolah macam biasa sebab warga pra tak terlibat langsung ngan bebudak UPSR ni... atas permintaan Fa'el, aku hantar dia betul2 sampai depan pintu kelas...

hmmm... layan kan je.. kang kalau dia tak nak pi sekolah, lagi ler aku pening... nampak je kawan ehh... berdesup dia lari masuk kelas.... ishh.. ishh... ishh... bebudak ni!


lepas tu pi cari sarapan jap sambil cecuba cari Pokestop... ehh... hehe... main jugak? iye... aku main jugak sesekali.

kali ni sempat mandikan dulu Faiq... siap sarapan skali semuanya... dah kenyang baru pi klinik... dulu2 appoinment awal pagi... la ni aku amik lambat sikit timing tu... sempat le kenyang kan perut dulu...

tak larat dah nak menunggu sampai kebulur macam dedulu... sebab aku jenis kalau dah duduk menunggu tu memang alamatnya tak bangun ler selagi no giliran tak dipanggil... melainkan utk kes kecemasan.... tandas!

biasa lepas daftar, diorg suruh mak2 ni bawak anak pi timbang n ukur tinggi dulu... lepas tu haaa... menunggu ler ngko selama berjam - jam di situ sampai no giliran ngko muncul kat papan matrik tu...

yupp... berjam - jam... nasib lah...


elok pulak semalam tak ramai orang... bangku menunggu banyak yang kosong... but still..... lammmmbat!

dalam dok tengok2 orang tu, ehh... ado pulak cik jijah kita nih... ngan shiraz nya! mengeluh2 ler cik jijah... pasal dia dah tiba sejam awal dari aku... and by the time aku kat situ masih tak dipanggil2nya...

gitu ler klinik gomen, ngah!

tapi dia cakap ok sikit dari klinik lama dia dulu... tempat menunggunya panas!air-cond nan hado je... lagi lah siksa dibuatnya... dengan orang ramainya....


hohoho.... menganga je mulut dak tenit tu... happy kot diagah dek Opal... untung dak tenit tu tak banyak ragam... dapat menyusu je...terus lenaaaa...

sementara dia tido, aku suruh je cik jijah pi tapau apa2 buat isi perut... dah menyusukan baby, confirm la kebulur perut tu... dah ler tak sarapan pagi!

dak tenit tu... aku tolong tengok2kan... i tahan geram je nak gomol dak tenit ni.... batuk dengan selsema aku ni belum elok sangat. takut menjangkit plak kang kat dia... sian Shiraz... dah ler jap tu dia kena cucuk...

suntikan ape tah... lupo lak aku... hei hey... anak2 aku semua amik je suntikan vaksin tu... FOC je pun... apa de hal... janji anak2 sihat...



lepas cik jijah balik, aku still menunggu... lama ler jugak. mata ni tak lepas2 pandang jam dinding kat situ... kul 11 setengah baru diorang panggil... bising plak nurse dalam tu... sebab? dah 3 kali datang check up, berat Faiq tak naik langsung... statik je 10.5kg... terus diorang suruh refer doktor... alahai... bape lama pulak tu nak tunggu kang?

anak aku lasak lerr.... makan sesuap dua, dia dah cabut lari... boleh je paksa dia makan tapi kalau dia dah tak mau... suap pon tak berbaloi... sebab... kejap tu kang dia ludahkan balik makanan tu... cerghh

tunggu lagi.... dari 10 minit lagi nak ke pukul 12... sampai ler tinggal 5 minit lagi nak kul 12... oiihh... Fa'el balik sekolah kul 12... kalau lambat kang takde sape tunggu dia kat tempat menunggu tu kang.... doktor tak panggil2 lagi tu... gelisah oiii... 

aku tinjau... doktor tengah buat apa tah [ aku tau doktor tengah buat apa sebenarnya... tapi takpelah... aku coverkan line je la kat sini ye... ]

ngam pukul 12, aku tak tunggu terus serbu je bilik doktor... " doktor, lambat lagi ke? anak saya balik sekolah kul 12 ni... saya nak balik ni... "

kelam kabut doktor tu suruh aku masuk... haaa...ngko!


gedebak gedebuk.... doktor bagi transkipsi ubat... haha... nak kena tunggu plak giliran amik ubat?! memang tak ler...  ubat vitamin tu... nanti lah amik...

hahh... doktor tu cakap check up akan datang kalau berat masih statik,  dia nak refer Faiq ke pakar pemakanan... pakar lagiiii....



ehhh... cukup lah Opal sorang je yang de pakar... ye pakar gigi nya!

petang tu aku bawak Opal pulak pi Spital Pakar HTJ tu... pasal gigi dia lah... sejak kes gigi dia terbelah tu, pantang sakit sikit terus refer sana je... risau ooo...

selalu ehh... abah dia yang bawak pi Specialist tu.. tapi sebab hari ni dia bertugas dan ada kerja luar plak tu... tak dapat la dia bawak... 

hooo... otw balik amik Fa'el tu, lampu enjin menyala lagi.... dah 2 kali dah macam tu... ni nanti aku cerita...



sampai Specialist... amboi... pokemon! banyak spesis rare yg muncul... tak dapek acik nak layan... parking dah ler jauh kemain... siap mendaki anak tangga lagi tu nak ke bangunan Specialist tu... aiiigooooo.... hongeh!

mencungap mak ngko ni, Opal oii... nasib baik ler Faiq dengan Fa'el tak ikut, aku hantar rumah pengasuh...,

sampai dalam, kurang 20 minit, diorang dah panggil Opal masuk... semalamnya abah dia dah maklum kat diorang, tu yang doktor suruh datang petang semalam... nak tau nape aku cemas sampai nak refer pakar tu? 

sebab ahad dan isnin tu dia nangis2 cakap giginya tu sakit... tergigit roti katanya.... aduihhh... pehtu gigi taring ehh atas bwah pon sakit jugak... gigi belakang pon sama sakit... ehhh... banyaknye tempat yang sakit!

risau le pulak... tu yang minta hasben call dan buat appoinment ngan pakar gigi tu...



sementara diorang cek Opal tu, aku tunggu luar je... tak sampai 10 minit... nurse panggil suh masuk dalam bilik rawatan...

masa tu nurse dan doktor pakar yang de dalam dah gelak gelak je nampak aku... dah kenapa diorang ni?

" puan, gigi dia yang kita operate tu ok je... takde masalah... "

dah tu? Opal yang cakap sakit... aku mane tau...

"yang gigi taring ni bukan la sakit sebenarnya... agaknye dia tak tau nak cakap camne, tu yang dia cakap sakit je... sebenarnya dia tak selesa sebab kedua - dua gigi tu dah goyang... tunggu masa nak tanggal je"

laaaaaaa................. padan ler doktor tu gelak2 je... sudahnye, ngan aku skali gelak... bukan ler kes serius pon.... Opaaaaal.... Opalll....



" so macam mana maknya? terpulang kat mak lah, nak biar gigi2 tu tanggal sendiri ke? atau saya tolong cabutkan? "

aku pandang Opal... apa aku nak buat?

" tapi kalau saya tolong, dia sakit sikit la sebab kita nak cucuk ubat bius..."

o..m..g.. sakit tu! well.... acaner Opal? aku saje biar Opal buat pilihan dia sendiri... dann...

dia pilih untuk biarkan gigi tu luruh sendiri secara semulajadi... tak mau doktor cabutkan... hehehe... takut la tu kena cucuk.... eiiihhh... aku pulak yang ngilu kat gusi ni... ehh...ehhh...ehhh...



kojap yo pun...kul 3 selesai... aku hantar dulu Opal ke rumah pengasuh... biar dia tolong Mak Roha dia jaga adik2 ehh kat situ... lepas hantar kereta, aku amik motor, terus berdesup ke KKIA semula... amik ubat Faiq yang tak sempat nak amik tengahahri tu...

ikutkan hati nak bawak je kereta tapi sebab lampu enjin tu asyik menyala je sepanjang balik dari Pakar HTJ tu... takut la pulak... redha la bawak skuter tersayang tu... waaaalaupunnn masa tu aku rasa letih dan mengantuk giler...

nak amik ubat pon kena tunggu lagi... terlelap jugak ler kejap kat situ.... balik dari klinik tu... badan dah rasa ringan je... aiihhh... tabah je hati masuk opis... ada kerja nak kena settle kan.. kalau tak, aku dah amik cuti dah tu... huhuhu...



dah malam tu.... aku lelap awal... pagi ni baru dapat wish birthday kat hasben... aloloh...

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you... 
Happy Birthday.... Happy Birthday...
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........................





Selasa, 2 Februari 2016

2nd treatment gigi di Klinik Pakar HTJ

Tengggggok dulu gigi Opal ni yek!


Lepas tuuuuuu.............................!!!


Senyummmmmm...!

Nammmmpak...!!

itu selepas giginya dibaiki... senyumnya dah back to normal... cantik hasil kerja tangan dr. hidayah ni... ^_^

tq tq tq vm doctor...!



macam tak pernah jadi apa - apa... padahallll............! so aku sisip kisah ni dalam blog.... buat kenangan! hikss....

ni hari kedua... pukul 10.30pagi ngam aku terpacak kat Klinik Pakar bahagian pergigian tu...

siap kena sound kat brader yang jaga kaunter pendaftaran tu.

sebab?



aku datang cuma bawak kad appoinment... DAN... tak bawak surat sokongan dari sekolah o-pal!

ruang pendaftaran tu dah la kecik je! bergema suara brader tu! cerghh...! menyirap darah! malu pon ade... terkedu pon ye jugak! bengang pon ye! malu kena sound! giler punya brader!

macam buat kesalahan besar sangat!

aku wassap kat hasben, hasben suh sound balik brader tu. tak boleh cakap elok2 ke?

aku wassap lagi... nanti, tunggu rasa menyirap ni down dulu! sebab masa tu aku tengah speechless habis! pasal tengah marah gegiler! gigil aku 1 badan!


so masa doktor tengah rawat o-pal, aku tanya kat nurse yang baikhati tu...

brader tu sound saya tadi sebab tak bawak surat sokongan sekolah! saya dah cakap, sekarang cuti sekolah...( masa ni tengah cuti sekolah ) macam mana?

dengan sinis brader tu cakap, sebenarnya boleh je!!

acaner tu nurse?

time tu jugak nurse tu mintak maaf... sebab semalamnya tu memang diorang lupa nak remind aku. so ni nurse pesan, setiap kali ada appointment mesti bawak sekali surat sokongan sekolah atau paling senang... GL ( guarantee letter ) !



sakitlah hati saya,nurse! kena sound camtu... saya bukannya selalu datang.

hishh... dia memang macam tu! ngan kitorang kat sini pon dia layan macam tu!...

oooooook!!!!

macam tu ek? ok... nurse, saya maafkan! brader tu? hmmm... tunggu... ujung entry ni aku gitau. +_+



selesai treatment, o-pal dapat hadiah set ubat gigi COLGATE dari nurse tu... thank you nurse!

plus... aku beli 1 berus gigi spiderman untuk pa-el... beli kat nurse tu jugak... murah sikit dari kedai.. hehe!

nurse kata, COLGATE purple tu sesuai untuk rawat mulut berbau... oooooo...... baaaru tau! >_<



next appointment? 3rd treatment.... o-pal pi ngan abah dia. aku malas nak pi tapi aku dah siap prepare awal2.... the GL!



owhh... keluar dari treatment room tu, aku lalu depan brader tu.... rasa menyinga tu ada lagi tapi....
( well, i'm cool enough! yupp.... i'm cool at that time! )

aku jeling je brader tu... ye! nampak macam tengah sibuk dan.... lepas beberapa langkah, aku patah balik DAN...

encik! kalau surat sokongan takde, boleh bagi GL? 

sengaja tanya... padahal kat dalam tadi aku dah tau. nurse dah bagitau! tapi hati sakit maaa!

sengeh2 brader tu angguk... boleh puan!

haaa... boleh pon jawab elok2!.... tadi kemain garang!



oo... tadi tu saya tak tau! diorang tak cakap! bukan selalu pun datang sini... minta mangap la ye!!!

lepas geram namanya tu!... hahhhh.!!! ( puashati aku!... brader tu? sengeh sengeh sampai ke sudah! )

ok.... cukup.... daaa!!



Isnin, 18 Januari 2016

Opal nyaris pakai pendakap gigi!


Printscreen yang aku sempat snapout dari bilik rawatan tu... [ sebenarnya dilarang keras ye untuk ambil gambar di dalam bilik rawatan tu. tapi aku lambat perasan nota amaran tu... maaf ye doktor ]

Dr. Hidayah and her team bak kata aku hari tu memang terbaekk... sehabis boleh diorang berusaha supaya Opal rasa selesa... supaya dia tak rasa takut... dan supaya dia dengan mudahnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosedur dilakukan.

Hasilnya... walaupun terpaksa dibius gusinya sampai 8 kali cucuk, Opal tak meraung kuat kuat.... oh my! aku dulu baru sekali cucuk ubat bius dah macam nak histeria...

Opal just mengerang kuat... tapi tu pun kejap je... takde la nak meronta ke hape! lega mak ngko... huhu... nurse siap pakaikan spek mata hitam lagi... 3 kali dia tertidur sepanjang prosedur dijalankan. amboiii...

actually... lepas doktor ada cakap, kemungkinan Opal kena pakai pendakap gigi sebab keadaan gigi dia yang goyah masa tu... bergantung kepada keputusan x-ray!

masa ni aku pandang hasben... pendakap gigi? seawal 9 tahun? alamakkk....!!!!

FYI... gigi yang patah dah terbelah tu adalah gigi kekal... yang mana kalau tak rosak, maka tiada ganti lagi! dan untuk kanak2 semuda Opal ni, gigi depan tu amat amat penting... memandangkan kanak2 masih dalam proses membesar, gigi depan itu amat penting dalam menyokong pembentukan wajah kanak2 tersebut....

itu yg doktor pakar tu bagitau lah... selain tu... gigi depan yang cantik membantu kanak2 dalam membina tahap keyakinan diri yang tinggi... dan gigi depan yang sempurna amat penting dalam membantu pertuturan kanak2...

so... doctor, please lah do something! kembalikan semula senyuman manis lemak berkrim anak saya ni semula....



workstation yang menarik perhatian aku! di sudut yang 3 kaki je lebarnya ni, masih mampu diwujudkan ruang kerja yang kemas dan ringkas macam ni!

lepas tengok keputusan x-ray, alhamdulillah... Opal tak perlu pakai pendakap gigi, taaapi... untuk selamatkan giginya yang dah goyah tu, doktor perlu buat prosedur untuk rawatan saraf.

prosedurnya...

gigi pesakit dibersihkan terlebih dahulu... then, gusinya perlu dibius... gigi yang goyah dicabut dan lubang sarafnya dibersihkan [ mujur lah gigi Opal patah sendeng... bukan menegak! ]... proses ni memang lamaaaaaa.... sempat Opal tertidur tidur... hehe

leeeepas tu, doktor gam semula gigi yang dicabut tadi ke lubang saraf yang telah dibersihkan tadi.

oiiihhh.... ngam 4.45 petang, gigi Opal berjaya 'dibaiki'...

doktor dah bagi tau awal2 akan ada rawatan susulan selepas ni... aku redha je doktor! janji gigi Opal selamat! huhu...

petang tu doktor cuma sempat 'baiki' gigi yang terbelah tu je... gigi 1 lagi yang patah separuh tu, doktor buat kemudian.

esoknya doktor tetapkan temujanji untuk buang kapas yang ada kat gigi Opal dan repair pulak gigi yang patah tu...

dan doktor pesan, ' jangan gunakan gigi baru repair ni untuk gigit makanan yang keras! selagi saya tak benarkan, jangan pakai gigi tu...'

baik doktor! dengor tu Opal?!


perut lapar balik lepas sekian lama bertapa kat klinik pakar tu... otw balik dari klinik pakar tu, hasben bawak makan kat sini dulu.

pekena mee goreng mamak yang top kat Rasah ni... aku bedal rojak je... opal terkial - kial makan kuey teow goreng.... takut gigi 'baru'nya tu tercabut plak...

nanti aku tunjuk gambar terkini Opal selepas berjaya dibaiki tu ya! tungguuuuuu.....





Ahad, 17 Januari 2016

Dirujuk ke Klinik Pakar HTJ

Lepas eksiden petang tu, esoknya baru aku bawak Opal ke klinik gigi. seawal 8 pagi kitorang berdua dah ada kat situ dengan harapan... cepat datang, cepat lah selesai!

hmm... ramai jugak rupanya orang pepagi tu yang datang nak dapatkan rawatan. and ade sorang pakcik ( he tak ler tua sangat... about 50's ade kot ) sangat lah kurang manners..! potong Q ikut suka. aku dah 10 minit kot terpacak kat meja pendaftaran tu, elok je pesakit depan aku tu selesai isi borang... si hamlau tu terus je potong Q! cerghh... berkerak je aku pandang...


so aku pesan pada Opal... jangan tiru manners pakcik tu! respect orang yang dah beratur lama or yang lebih awal dari kita... bukan susah pon!


aku duduk hujung ruang menunggu. jauh dari 'pakcik' tu. ehh... ada ruang pameran mini kat tepi tu. nak hilang rasa sakit hati mengenangkan hal 'pakcik' tu, aku ajak Opal tengok pameran mini tu. gambar pertama tu flawless sangat hoiii...

haha... rupanya lensa handphone aku kotor ler... berminyak! lepas lap baru la clear!


dia pandang tanpa perasaan. hairan pun tak... so aku pesan ngan dia, masuk dalam jumpa doktor kang jangan nangis tau!

pandai mak ko! hehe... zaman aku dulu, nampak je kerusi camni... sekuat hati aku jerit. bahaha... takut macam nampak hantu!


last aku jumpa kerusi ni... 2009. masa tu pregnantkan Fa'el. kat klinik swasta... sekarang kat klinik gomen semua dah putih. takdo hijau camni dah...

lepas daftar tu, kena tunggu jap. sampai nurse panggil. lepas masuk bilik rawatan... nurse tu terkejut besar tengok gigi Opal yang dah terbelah tu...

'puan, kes ni kita kena refer ke doktor ye. sebab kecederaan ni nampak serius. mungkin gigi dia terbelah ke akar gigi.'

ok... tunggu lagi sampai doktor panggil. lama jugak... dah jumpa doktor, dia pun sama terkejut. susah hati pun ada. ok... ok... aku paham... cederanya serius! tengok muka doktor pun aku tau. so... doktor mintak buat x-ray sebelum dia boleh decide nak buat apa.

2 kali x-ray! pun tak dapat tengok tahap kecederaan gigi Opal... so... last choice! doktor terpaksa refer kes kitorang ni ke Klinik Pakar di HTJ Seremban...!

ooohaiii... seriusnya kes ngko ni Opal! 


Opal dah ketiduran! kesian dia... pepagi dah terpacak kat situ dengan tak sarapannya... dengan air-condnya yang sejuk tak tertahan... aku ingatkan kejap je boleh settled! rupanya hampir setengah hari.

Yang paling lama, masa nak tunggu surat rekemen dari doktor untuk bawak kes Opal ke Klinik Pakar di HTJ Seremban.

Otw nak ke klinik pakar tu, aku minta hasben temankan aku. tak tahan la menunggu sengsorang sebab masa amik x-ray 2 kali tu... Opal dah start menangis! sebab takut!

so aku rasa Opal perlukan sedikit motivasi dari abahnya. temujanji sepatutnya pukul 11.30pg tapi since pukul 11.30 pagi tu jugak baru aku dapat surat rekemen. maka doktor suruh pi lepas lunch hour...

apalagi... berdesup aku bawak Opal ke tempat keje hasben. pagi tu sebenarnya dia ada training tarik tali. petang tu pon sepatutnya dia kena pi jugakk... tapi sorry la ye! saya terpaksa 'pinjam' dia sekejap.

lepas makan, kitorang terus pi Klinik pakar. risau makcik yang jaga kaunter tu tengok kitorang. takpe cik! kitorang saje datang awal..


10 minit sebelum pukul 2, makcik tu panggil kitorang. mintak surat rekemen tu. baru ler tau, sebelum masuk ke kaunter pendaftaran tu, kitorang patutnya kena amik nombor giliran dulu kat kaunter luar. 

Memang ada 1 kaunter kat tepi tangga sebelum ke klinik pakar gigi tu tapi sebab tak tau, takde lah kitorang ke situ. 

Pukul 2suku ke 2setengah, Opal dipanggil masuk. kita makpak ni ikut belakang. prosedur sama mcam kat klinik gigi tadi. check dulu. well, sama macam doktor pagi nya tu... diorang ( 1 doktor, 2 nurse ) terkejut tengok gigi Opal yang terbelah tu. same reaction... same question... and... the same answer!


same procedure... x-ray!

prosedur yang telah menyebabkan Opal menangis ketakutan masa kat klinik gigi pagi tadi. tapi kali ni berbeza... Opal tak perlu duduk dalam bilik yang besar sorang sorang... Opal tak perlu pegang x-ray film tu dengan jarinya sendiri sampai tercekik cekik macam paginya tu. [ di klinik Pakar, mereka ada alat khas untuk hold x-ray film tu... ehh.. apesal kat klinik gigi tu tak pakai alat tu tadi? ]

kesian Opal... sebab tu dia menangis!

aku plak tak dibenarkan tunggu dalam bilik x-ray tu... walaupun kat hati ni nak je aku stay... nak je aku yang tolong Opal hold that x-ray film tu with my finger!

nurse cakap, 'sinar radiasi tu tak baik untuk ibu mengandung puan!' sebab at that time, Opal sahaja yang dibekalkan baju keselamatan khas.

di Klinik Pakar tu... bilik x-ray nya kecil... lebih kecil dari klinik gigi tu. sekali masuk dengan Opal... 5 orang! perghh... bilik tu kecik je kot! 5 orang berkumpul dalam tu rasanya dah cukup sesak dah!

aku nak ikut masuk... tapi diorang tak bagi... 'tak bagus untuk orang mengandung puan! kitorang takpe... '

ngko tau... masa ni aku terpandang perut sendiri... then terpikir... apesal la dari pagi tadi nurse dok cakap macam tu? melampau sangat ke tahap kebuncitan aku ni? weiii.... tu lemak aku ler!! i'm not pregnant lahhh....!!! cerghhh... [ sape de tips untuk cairkan lemak tepu kat perut ni secara selamat? anyone..??? tips pleaseee...!!]

anyway... the doktor... her name, dr.hidayah... and her team on that day memang best lah! memang terbaekkk....


tempoh rawatan Opal petang tu berlangsung sangat lama. dari 2setengah sampai 4.45 petang! dari aku ngan hasben tunggu kat dalam bilik rawatan... sampai lah kitorang terpaksa tunggu pulak kat luar... huhu....

hasben akhirnya tak dapat la join his team untuk sambung semula his training tarik tali petang tu!
Opal needs you more! hehe...

cont next.... Opal nyaris pakai pendakap gigi!