Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


Khamis, 3 Mei 2018

Apa kau pandang brader?

Salam pagi khamis,

Sarapan apa pagi ni uolls?

Aku sarapan bihun sup. Sesekali tukar la menu. Asyik menu yang sama je.. kalau tak nasi lemak... nasi goreng... muak makan nasi goreng... bihun goreng pulak... kadang bedal mee goreng. Tu pon bila dah bosan makan yang lelain tu lah. Di kedai yang sama, yang dekat je dengan pejabat. Nak pi jejauh, malas!

Tapi tu dulu la... La ni rajin sikit explore jejauh dari opis. Yes, kadang berkereta... tapi almost all the time... merempit je! Lagi mudah nak parking! Lagipun, motor itulah harta aku... That's why, aku lebih suka merempit tanpa rasa bersalah... hahaha... 


Tapi tadi masa tapau bihun tu, ada la brader ni bungkuskan bihun aku. Tapi yang pelik tu, dia asyik dok pandang - pandang aku. Ko apahal brader ? Pandang orang macam tu plak?! Tapi takde la sound kan. Cakap kat hati je. Kang jadi kecoh plak kat situ. Pepagi buat hal plak kat kedai makan. Ehh... malu lah!


3 - 4 kali gak brader tu pandang semacam. Last2 aku buat - buat tanya, 'bayar bukan kat sini kan?'

Terangguk - angguk brader tu. Padahal aku memang tau kena bayar kat mana. Tapi dah sebab dia pandang aku macam tu, berkali - kali plak pandang... Apa? Ada apa kat muka aku ni yang kau tertengok tengok macam tu? Putih melepak sangat ke muka aku? 


Owh... masa tu aku lupa nak tanggalkan helmet n tinggalkan kat motor. Pakai plak tudung yang ada awning... bila sarung helmet, kemik awning aku. Pelik kot kat mata brader tu? hmmm...


Lepas amik bihun kat tangan brader tu, cepat2 aku pi bayar n blah!


Ni gambar lama. Meraikan orang pencen... Tapi bukan nak cerita pasal orang pencen tu. Pasal kipas tu. Tak tau la suis dia memang on ke hape... Tapi tokey kedai ni cakap kipas tu dah rosak tak boleh pakai dah... Sedang menunggu orang yang nak diraikan datang, tiba tiba....!!


Dia berpusing sendiri, selaju - lajunya plak tu. Bergegar - gegar macam nak tercabut. Masing - masing yang ada kat situ feeling semacam je... hahaha... apakah ada entiti di situ? jeng... jeng... jeng...

Sabtu, 21 April 2018

Dating dengan Shida!

Salam blog... blogger... reader!

Yes... sesekali, sarapan pagi... aku berdua dengan Shida... Partner aku kat pejabat. Kan cawangan aku tak ramai perempuan. 5 orang dari berbelas staff dalam cawangan yang sama. Yang lain semua... lelaki!

Kadang sarapan je kat pejabat. Kadang bila rasa nak makan something yang lain baru join ngan Shida. Ye... dating berdua je ngan Shida. hah hah...

Kali ni yang bestnya, ada orang belanja makan. Well ni cerita back dated ehh... Orang yang belanja makan tu belum khawin lagi masa tu. Sekarang, masa post ni aku keluarkan... Dia dah jadi laki orang... Bukan belanja je... upah sekali... upah apa? Adalah... bukan kitorang je, ada lagi 2- 3 orang yang tolong. Tapi dorang tak nak makan sekali ngan kitorang. Kitorang pun tak nak makan ikut tekak diorang.. hahaha.... So, depa ikut haluan lain, aku dengan Shida ikut haluan lain.

Tu yang jadi berdua je tu... Makan je pon, lepas makan... masuk opis balik.

Sarapan pun dah nak tengah hari. Brunch lah kan? Tu yang betulnya...


Here we are!

Tak ramai orang pon... Lengnang habis tapi masa nak cari parking tadi, berpusing sampai 2 kali gak. Siap aku bacakan doa makan kat Shida. Supaya senang jumpa parking. Hahaha...


Aloloh... Che dapnya!!

Beef Prosperity Burger 2 set!

Air? Kitorang tukar... Nampak tu...

Sesekali dapat makan cenggini... orang belanja plak tu... ya ampunnn... rezeki sangat!  

Biasa pergi ngan anak2... Tau je lah kalau ada budak2. Tak menang tangan kan nak melayan. Kita nak makan pun, tak berapa nak feel... hahaha... sebab fokus tu more pada anak2. Tambah lak ngan gigi belakang yang dah banyak kena cabut ni, nak makan tu punya la lambat... arghhh... fed-up... Memang tak feel... hahaha...

Well, nak buat camne... Nama pon ada anak... Hadap je la... Asalkan diorang enjoy makan, seronok... ok lah tu...


Ya Allah... che dap!!!!!

Aku tengah puasa lak sekarang ni... huhuhu.... 

Memang feel lah! Thumbs up!

Tak mampu nak bersembang masa makan. hahaha... No wonder la orang suka makan fast food. Sedap perghh...!

Rezeki... 

Tapi aku tak dapat hadir ke kenduri member yang belanja makan ni. Iols pun ada jemputan kenduri kat kampung mentua. Shida? Entah la, aku ada tanya gak hari tu tapi seriously... aku tak ingat dia jawab apa. Either dia pi or tak pi...


Hah... tu yang kitorang makan dan minum. Alhamdulillah...

Isnin, 5 Mac 2018

Lunch Di Black Canyon Coffee

 Assalamualaikum...

Update lagi... Harap - harap kali ni rajin makin rajin lah update blog... erm... jap!


You know what? Since anak2 de yang dah bersekolah ni, susaaaah sangat aku nak keluar pi lunch kat memana. Aku kena rushing balik masak untuk anak2. Lepas masak, anta pulak bekal kat diorang dengan beg kafa. Super terkejar - kejar... Super duper keletihan meredah panas terik matahari. Tau je lah kan waktu budak2 balik sekolah tu pukul berapa. 'masak' kulit tangan n muka dibuatnya... hew hew...

Setiap hari gitu lah... kadang adalah assistant.. kadang sorang... dulu teruk gak terkejar - kejar. Tahun ni kalau aku sorang je kena handle, aku bungkus je lauk kedai. Ngam untuk Opal ngan Fa'el makan. Untuk aku? Kadang aku bungkus je pisang goreng... kadang roti je. Petang baru dapat makan nasi. Tu pun sekadar jamah sebab dah kenyang makan roti or pisang goreng. Tu pon kalau mood nak makan nasi tu ada... hmmm



Hari tu dapat ler lunch kat luar dengan Shida. Selalunya kalau de kerja luar pun, aku still rushing balik tenghari. Tapi dah la... Letih la... Sesekali kena gak treat diri sendiri sesuatu yang special. Kena belajar lebih menghargai diri sendiri lepas ni. Dulu aku jenis tak kisah. Yang penting family didahulukan. Now a day arrr... Diri sendiri pon kena didahulukan jugak! Ingat tu... Dulu de orang ajar aku, apa keadaan pon kena hargai diri sendiri. Jangan abaikan diri sendiri... Tapi aku buat tak reti je... Takpe... La ni kena berubah... Must treat yourself well...


So? Here we are... Di Restoran Black Canyon Coffee... Kat ner tu? Haa... nak tau? Sila PM tepi!

Ni takda dalam plan asal... Last minit kata orang! haha... Happy? Ofcourse la happy! Kalau boleh nak selalu treat diri sendiri. Kira macam balas dendam lah sebab selama ni tak pernah terfikir nak treat diri sendiri kat tempat camni. Setakat treat diri beli junk food kat 7e tu ja... Tu pon lama dah tak buat! 

Hati sedih ni... semuanya lupa! Pikiaq pasai sedih kita ja memanjang... Meratap... teriaq... melalak... tu je lah yang dok ada dalam kepala! Lupa diri tu Allah jadikan untuk apa... Uishh... Ujian ni banyak gak buat aku beringat n belajaq! Banyak!

Yang selama ni pada aku... aihh... takde menda lah! Kisah tak kisah je... Semuanya... TAK APA!

Dah kena uji gini, baru nak sedaq diri... Tak palah... Tu tanda Allah sayang kita kan? Kalau tak diuji cenggini, kang makin teruk pulak hanyut... Dunia dah akhir zaman nokss... Owh... time ni aku tengah mood ok... Hati tengah sihat ni. Kalau korang baca next entry tu macam meroyan je... Paham2 la ehh... Tu maknanya, hati aku 'demam' balik. Biasalah... Badan kita pun tak selalunya sihat. kan?!


Tu dia... Shida punya soft drink... Kod 161 : Chocolate Frappe! Mabelessss... Memang cedapp! Tapi aku tak order tu. Konon tekak tengah haus gila... Nak la minum jus. Tengok menu, berkenan ngan jus kuning ni... Tau ka jus apa ni?

Haa... Jus nenas!

Cantik kan kaler dia? Tu dia! Kuning! Meletop! Skali dah tegukkkk...! Mak aiihh... MASAM!

Berkerut - kerut muka. Awat la masam sangat ayaq hang pa ni weih...! Masam weih! Aku punya la bayangkan jus nenas tu manis... Sedap meletop! Tapi pasai dah haus, teguk je la... Shida pon cakap jus nenas tu masam. 

Nak order camne? Takpe, korang duduk je dulu, nanti staff situ akan datang dengan menu and borang order... Korang order je ikut selera tekak korang, tulis dalam borang order tu. Dah selesai memilih, barulah korang panggil staff dorang untuk proceed order... senang sangat! Lepas tu? Tunggu je la sampai dorang serve menu yang korang order tu.


Dua - dua pilih kod yang sama, no.22 tapi Shida pilih Fusilli Noodle with Chickn Tomyam. Aku lebih suka pilih Thai Rice Noodle with Chicken Tomyam. Rasa sama je... Tapi untuk Thai Rice Noodle ni special sikit. Aku bayangkan rasa dia macam makan bihun biasa tu. Tapi... Ya Allah... sedapnya! Lain dari bihun yang biasa tu. Ni tekstur bihun dia agak kembang sikit dari bihun biasa tu. Tapi memang sedap. Kena dengan selera aku... Tak tau la sebab apa.. Lapar ke? atau sebab tak pernah treat diri sendiri... hah hah... Tapi memang sedap...

Kecuali jus nenas... Yang tu je failed! Masam!




Rabu, 31 Januari 2018

Bila alu lesung patah! Petanda apakah itu?


Nah... patah dua dah alu lesung aku! Hari ahad hari tu la jadinya... Patah ngko! Huhuhu... Mujur ler aku dah siap masak sayur. Bahan kan nak kena tumbuk, bila alu dah patah ni memang tak dapat nak menumbuk lagi dah. Geng ngan sayur tu, aku buat rendang nogori tanpa kerisik. Lupa kat rumah dah takde stok kerisik. Jadi la rendang ayam tanpa kerisik... Boleh je makan. Sedap je... hahaaa...

Nak masak rendang tak payah lumatkan bahan pakai lesung. Yang ni blend je ngan blander tu... Settled!

Yang tak dapat nak dibuat, sambal belacan je la... alu dah patah!!! 😩


Aku cerita kat shida, dia bantai gelakkan aku kuat - kuat. Apa ganas sangat ngko?! Tu Niena, kawan skolah aku dulu. Lama lost contact, ni contact balik. Rindu lah zaman anak dara dulu. Time bujang dulu... Rinnnduu sangat! 😞 (Zaman solo molo dulu, zaman hati takde sape - sape pon nak toreh toreh luka... )


Kisahnya gini, aku nak siang siakap tu. Laki bawak balik lengkap dengan sisik ngan isi perut segala. Biasanya dia beli dah siap siang. Tapi kali ni dia beli full-spec betul... Makanya kenalah siang sendiri. Lepas dah selesai trim ikan tu cecantik bersih suci lagi murni, aku nak ler kerat 3 ikan tu. Jimat ruang simpanan dalam peti ais tu pun ye, senang nak masak pon ye... Mudah nak balik - balik ikan tu kalau dah kerat kecik - kecik. Kalau tak kerat kang, penuh 1 kuali plak. Jimat penggunaan minyak pon ye gak sebab tak payah tuang minyak banyak - banyak demi nak tenggelamkan seekor ikan. 


Disebabkan pisau tu baru lagi dibeli, berat lak tu... Tak berani ler aku nak hayun kuat - kuat masa tetak ikan tu. Aku hentak sikit, pisau terpacak kat ikan. Alamak!


Nak tarik tak leh, 1 cara je la... Hentak je blakang pisau tu dengan alu... Dah kerat 2 kali, masuk kali ke - 3 tu yang melantung separuh daripada lesung tu... 😆

Tergamam kejap... hahaha... Lesung aku!!!

Patah! 

Hadoiiihh... 

Tu bukan retak menanti belah dah tu... Patah tak bercantum dah... Huhuhu... 

Terpaksa la cari alu baru cepat - cepat. Malas nak pe jejauh. Aku singgah beli kat pasaraya yang ada otw balik dari keje. 


Tu dia... 

Alu baru aku. Panjangnya hampir 2 kali ganda dari saiz alu lama aku tu. Takde pilihan. Ni je yg paling pendek kat situ. Alu je la... Lesung aku elok lagi tu. Beli alu je, harga RM 5.40. Jimat. Tapi dia punya berat, maak aaiihh... Baru 2 - 3 kali tumbuk dah lenguh tangan... Sabar je lah... Satu - satunya alu yang ada tanda harga. Huhuuuu... Disebabkan nak cepat balik pick - up bebudak, grab je la nak oiii! Asalkan ada... Kang tak bersambal belacan plak rumah aku.





Ahad, 7 Januari 2018

Durian oh durian

Durian oh durian... 

Ni kan musim durian. Tapi tak macam dulu. Kali ni hal durian jadi isu wooo... Bukan la disebabkan betapa sedap dan lazatnya durian tu... Bukan la disebabkan betapa nikmatnya rasa durian tu... Tapi disebabkan oleh harganya yang melampau... Pergh... Dulu dulu idak ler mahal bebeno harga derian ni (masa dengar menteri bersidang, ada menteri sebut derian... Makan masa aku nak fahamkan apa yg menteri tu cakap.. Haha... Derian! Derian! Durian laaa...) Sampai masuk la dalam sidang parlimen pasal durian ni... Punyalah kecoh! 

Pasal apa? Pasal harga lah... Mahal sangat! Ko bayangkan la... Ayah aku, Acik Lah... aka Atok Lah... Beli sebiji durian tu dengan harga RM 35 sebijik! Mahal tuuu... Sebijik tau... Ayah beli 2 je, kira la sendiri dah jadi bape. Mujurlah banyak ulas dalam sebiji tu. Jadi ler.. Buat rasa rasa... Alhamdulillah... Thank uuu ayah! Masa tu rasa macam... Owh... Ni last la kot aku merasa durian untuk tahun ni (2017)... Owhh... Masa tu aku lumsum cuti sampai seminggu... 

Pokok durian kat umah ayah tu pernah berbuah sekali je seumur idup dia. Tak tau la knape jadi macam tu. Owhh... Kat office tu ada gak pokok durian. Tapi duluuuu je la dapat merasa hasilnya. Tu pon brader2 kat opis ni pi gegar. Kalau tak, asyik dengar jaga tu cerita je. Katanya, 'malam tadi dengar buah durian gugur!'... Hmmm... Stakat tu je la. Duriannya? Diorang dah bedal dulu! Pastu agih kat kengkawan diorang tanpa rasa bersalah kat orang yang dengar cerita ni... Cerghh...

Lepas kena gegar... Pokok tu merajuk jap. Nyaris mati la... Apa taknye... Kena peluk, kena gegar... Tanjat dia! Ko bayang, pokok tu leh nampak dari tempat aku buat keje. Masa tengah pandang ke tingkap... Aku nampak driver kitorang tengah peluk pokok tu. Jap gi aku nampak dia goyang2kan pokok durian tu... 😂 

Tu duluuuu la... Tahun berikutnya, pokok durian tu mungkin dah pulih semula semangatnya... Maka berbuah la balik elok elok. Tapi cam biasa lah... Mampu  dengar cerita dari Jaga je. Bayang durian? Harammmmm..! 
Lagi sekali, senior kat office ni buat hal lagi... Kali ni xtau la dia gegar ke apa... Katanya, kalau xbuat camtu... Alamatnya, sampai licin buah kat pokok tu kitorang tak merasa... Haha... Tapi masa tu aku e.l... Maka dorang je la makan berjemaah. Aku mampu tengok gambar je la kat status whatsapp shida... Huhuhu... Takpe la... Takde rezeki kan... Hari tu dah jamah kat umah ayah dah. Idak ler kempunan sangat...

Sekali tu, 1 pagi tu... Otw pi kerja, shida whatsapp aku... Katanya, 'pas ko thumbprint kang, kau datang stor aku'. Nak watpe? Haha... Jeng jeng jeng!
Haaa... Kalau dah rezeki kan... Kuning ngko!!! Masuk je stor shida, dia punya bau!!!! Mak oii... Tu pon de brader ni nama dia, pejai... Ada hati nak pau durian tu... Ehh ehh... Syiohhh... Tak leh! Durian tu khas untuk kami berdua je bang oiii... Sila minggir... Hihihi

Maka pagi tu, aku ngan shida sama2 sarapan durian. Durian peram pon peram lah! Tapi dalam 1 biji tu, 5 - 6 ulas je yang betul2 sedap dan lembut isinya. Yang lain tu... Kuning je lebih tapi tak masak... Keras dan tawar. Jadi lahh... De gak office mate yang ingat kat kitorang. Thank you cif yahya! Buah je yang ado... last untuk kitorang, yang lain... Dia dah bedal dulu ngan brader brader kat office tu. 

Dan ni... Dapat lagi merasa durian. Laki sey plak beli otw balik dari kluang. Tak ingat la, RM 10 sekilo ke sebiji... Skang jual semuanya nak pakai kilo... Payah dah nak dengar dorang jual pakai longgok. Dulu senang je nak cari durian jual ikut harga selonggok... Tu zaman aku bebudak dulu la... Awal awal tahun 90an... Ayah aku rajin je beli. Masa tu memang puas la makan. Kau sendawa tu, boleh keluar la bau durian. ( teringat kat shida.. Tahun bila tah, makan durian sorok2... Pastu naik kereta nak kemana tah. Dia sendawa... Berbau durian... Hahaha... Ada orang tegur masa tu.' pergh... Sendawa bau duyan!' ) 

Owh... Aku dengar de orang jual durian kat Yong Peng dengan harga RM 5.00 sebiji....



Update:

Meh nak kabo, dah sedap balun duyan sampai sendawa tu kan... Jangan lupa sejukkan badan. Petua paling mudah, amik kulit durian tu... Tuang air masak di pangsa kulit durian tu. Selawat 3 kali. Minum! Inshaallah... 

Selasa, 19 Disember 2017

Mana entry baru?!

Mana entry baru kau ni makcik?! 😅

Assalamualaikum warahmatullah... Ya habibi ya maulana... Apa khabar enta enta semua... Ada sihat ka? ( terbayang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cakap slang arab! Al-Fatihah untuk allahyarham...)


Itu... Bukan majlis hari jadi anak aku... Majlis hari jadi anak orang. Takde kena mengena dengan aku... Tapi nenek pada birthday boy ni kenal mak ayah aku... Apak pada birthday boy ni sekampung ngan aku. Tapi... Aku tak kenal... No no no... bukan neneknya yang jemput aku datang makan ni... Apak pada birthday's boy tu yang ajak... Bukan kat aku tapi kat husband aku... Hmmm... confiused?

Apak birthday boy tu kawan husband aku...

Petang kelmarin husband cakap nak pi ronda2... Ending nya kat majlis ni... Ish ish ish... Jalan2 nak pi cari rumah birthday boy ni rupanya...

Ok... Selingan je tu...

Gian nak update blog tapi aku busy lah... Hari tu seminggu aku balun cuti rehat tahunan. Barang stor baru amik, belum sempat agih lagi tapi aku dah cuti. Nak amik stok awal2, kenderaan pulok tak dok... Nak dekat cuti baru dapat driver... Jadi, segalanya tak sempat.

Dah balik cuti seminggu, Faiq lak demam... 3 hari je aku keje, 2 hari lagi e.l... Pon sama gak... Tak sempat selesaikan agihan stok. Aku kena cuti... Hati tak tenang nak buat kerja bila anak tak sihat ni kan?  Faiq demam dekat seminggu. 3 hari tu aku kentalkan hati nak siapkan kerja... Dah cek darah hari ke 3 tu. Alhamdulillah... Bukan denggi. Elok je demam, husband trimmed rambut Faiq... Dah makin nampak cam gegirl... Masa amik darah kat klinik, nurse tu panggil dia kakak... Hehehe...

Ni Opal pulak yang demam. Jangan sebab jangkitan kuman udah ler! Mulut dia kan de pakai pendakap gigi... Cuti seminggu tu de tragedi terjadi kat gigi dia... Tu entry lain la story moly ehh...

k... bye!





Selasa, 31 Januari 2017

Makan di Seoul Garden, Palm Mall S2

Stressss......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

giler punya stress nih... even cuti... aku tetap stress... grrrrrrr.................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


fine... calm down... sabarrr bebanyak... ini dugaan kecik je ni... Faiq meragam... kejap kejap panggil aku nak ini... kejap2 panggil aku nak itu... baru nak datang tiun menaip, dia panggil lagi... aduhaiiii... 

nak marah pon tak boleh... sebab mulut dia de ulser... tu yang meragam je kerja dia... semuanya tak kena kat dia... kesian ngko dik... dengan batuk lagi... makin kesian aku tengok.... 


Ni program hujung tahun hari tu... requested by Cik Jijah... Girl's Day Out katanya... lama dah sebenarnya Cik Jijah request tapi masa tu tak kena... time dia free, Cik Guyu plak ada hal... aku pun tak free... ishhh... ada je lah tak kena...

Akhirnya 16hb Dis hari tu dapat la juga celebet... ehh... celebrate... Girl's Day Out... hari tu actually aku betul2 frust... sangat sangat sedih... sebab aku sangka aku dah kuat hadap ujian Allah ni... tapi belum rupanya... worst day... tapi aku turutkan juga permintaan Cik Jijah... untuk tenangkan hati.... tenangkan jiwa... 1 lagi sebab ada orang mungkir janji dengan aku... sebab sebelum tu aku de minta sesuatu dan dia gagal penuhi... so aku sangat sangat marah!!!!


Sampai dalam kul 3 kat Palm Mall tu... Girl's day Out kan? Husband? sorry... not allowed to join! 

Sampai kat kaunter Seoul Garden tu, Cik Jijah ler yang order... makan kat sini ni pun idea Cik Jijah jugak sebenarnya... selalu sangat makan ngan husband dia... kali ni dia teringin nak makan ngan kitorang plak... kalau Cik Jijah tak beria ajak ni, aku pun tak tau mende apa Seoul Garden ni... hehe

Cik Guyu pernah juga makan... aku? owhh.. ni 1st time lorrr...

Kitorang amik lunch hour treat... murah sikit dari dinner treat... budak cashier tu beria speaking dengan Cik Jijah... tiba kat Cik Guyu, selamba je Cik Guyu cakap melayu ngan budak cashier tu... kih3... kita sama Melayu... kan bagus cakap Melayu je...

Masa kitorang pilih lunch hour treat, budak tu cakap mesti kena habiskan all the food yang kitorang amik tu sebelum 4 setengah petang... sebab lepas dari tu dah masuk dinner hour treat... eleh.... kerja senang je tu... haha... dah macam Running Man plak... mentang la makan kat Seoul Garden... siap ada cabaran camtu plak... cerghh...


Kami... 3 sisters... kitorang sebenarnya ada 4 beradik... yang sorang lagi lelaki... again... Girl's Day Out kan... so no man allowed pleaseeeeeeeeeee................!

Dah besar cenggini baru ngam... dulu masa kecik kecik tu asyik bergaduh je kerjanya... hehe... ngam and try to support each other... inshallah... Siapa lagi nak support kita kalau bukan adik beradik sendiri kan? Bila dah kumpul, soal lain tolak tepi lah... 

Chit chat kitorang tak hengat dunia... sambil makan2 daging bakar tu... pergh... aku banyak makan daging dengan ayam bakar... sayur tu semua skali je aku makan... tapi daging dan ayam berulang - ulang sampai kenyang!

sedap! daging pun lembut giler! pergghhh... meleleh air liur!

tapi Cik Jijah cakap kat sini tak banyak pilihan macam kat tempat lain yang dia selalu makan. aku lupa kat mana, dia ada sebut hari tu...


Jangan lupa dessert!

Syida kata ais krim manggo sedap! jangan tak try... katanya!

Pasal sebelum tu dia dah makan dulu kat sini. Aku yang lambat sampai.. sebab aku kena balik masak dulu untuk anak2 dan suami kat rumah... apa - apahal, aku kena utamakan perut diorang dulu... once diorang dah makan, baru lega hati aku nak buat apa pun..

Selalu pun macam tu la... aku kalau tak sempat makan or rehat pun takpe, asalkan makanan untuk keluarga... aku dah siapkan. 


Happy? sekejap... lepas tu mood sedih aku datang balik... otw balik tu macam2 yang aku fikir kat dalam kepala ni... terlampau banyak andaian dalam kepala ni... sedih tu Ya Allah.... tak terkata... ni la 1st time aku makan kekenyang sejak di landa ujian Allah... dalam sedih tu... senak pun ye jugak... ishh.. ishh... ishh... senak melampau plak tu...

agak tengah geram... semua aku sumbat je dalam mulut... pehtu bau daging bakar tu plak sedap giler kan... haaa ngkauuu... sendat perut!


thanks Cik Jijah... sponsor kitorang hari tu... best! skali 3 beradik perempuan berkumpul ni, banyak la rahsia yang keluar kan... tapi... shhh... hal perempuan, rahsia 3 beradik... jangan cuba cuba nak korek rahsia... haha...





Jumaat, 27 Januari 2017

Januari 2017

1st... tahniah kat member sepejabat yang dah selamat bersalin minggu lepas... dapat baby boy ye Wie?

Selamat berpantang... 

Aku bila lagi ni? haha... lagi 2 bulan k... sabarrrr la hati... dengar member dah bersalin, hati ni mengelintin nak lekas lekas bersalin... time time dah boyot ni nak bergerak buat apa pun rasa payah... tak selesa... 

k... cukup!

Susah betul aku nak start entry untuk tahun ni... 1st... tima kasih kat yang prihatin dengan aku... yang beri kata semangat kat aku selama ni... terima kasih sangat... walaupun mereka tu tak ler tau sangat pun kisah pedih aku hujung tahun lepas... tapi memadai lah kata2 semangat tu...

pada yang jadi punca... terima kasih jugak sebab perbuatan korang dah berjaya tinggalkan kesan yang paling dalam kat hati aku... mudahnya melukakan... lepas tu mudahnya minta maaf kononnya gentleman lah sangat... lepas tu nak mengharap aku memaafkan... Ya Allah... baik sangatlah aku ni kan nak free free maafkan... macam...

'owh... korang dah terlukakan hati aku... ni korang minta maaf... okay... aku maafkan.... ye aku maafkan... chill laa... aku dah maafkan... korang tak sengaja... takpe! aku ok je....'

phuiiiii!!!!!

korang tak tau siksanya aku nak hadam perbuatan korang 1 per 1 dalam keadaan aku paling perlukan sokongan sekarang ni... ye... saat aku berbadan 2 ni... mengendong 1 lagi jasad dan nyawa dalam tubuh ni... Ya Allah...... sakitnya sampai hari ni tau... 

takpelah... kalau dah ini ujian untuk aku... sakit pun aku terpaksa telan, terpaksa hadap... luka ni tah tak tau la bila nak sembuh... aku manusia... tak sempurna mana... aku tau tempat aku kat mana... aku sedar layaknya aku ni kat mana...


Nampak haiwan kat kabel letrik tu... rare! ni 1st time aku nampak haiwan tu ada kat situ... Faiq yang nampak dulu pagi tu sebelum aku hantar dia pi rumah pengasuh... sekali tu je haiwan tu muncul...


Keria ke donut? 0.60sen seketul... kebetulan de officemate baru balik dari Melaka... yesss... Klebang mariii katanya... viral giler kan kuih ni sekarang... thanks bro! sedap! orang blanje... lagi ler sedap.. hehe...

hati saya yang kelat ni manis sekejap dapat kuih meletopsss ni.... chia! chia! chia!...

fine... demi kandungan yang juga nyawa dan raga aku ni... aku kena ubat sendiri luka kat hati ni... dengan mengharapkan bantuan dan kasih sayang Allah pada aku... ujian ni pon tanda Allah sayang kan aku kan... Tangisan ni sebab Allah rindu untuk mendengar rintihan aku pada Dia kan? Ya Allah... kuatkan aku... 


Cerghh... hanyut lagi aku dalam emosi... cerghh...!!! nasib baik aku tak pandai karang novel... hahaha... kalau tak, hehehe.... ehh.. aku pernah ada cita2 nak tulis novel tapi lepas tu tinggal angan2 je...

memadai lah jadi blogger part time camni... hehe... ni pon nak taip entry pun payah... ada hati nak buat novel... woaahhh... komitmen tinggi tu.... idea pon kena mantop! 


anak2 cuti lama kan sempena Tahun Baru Cina ni? sian anak2 aku... tak dapat nak pi memana la cuti ni sayang sayang mak semua... kita lepak kat rumah je la ehh... tunggu mak slim... nanti mak bawak uolls jenjalan... jimba between mak and anak2 je pon boleh... kita enjoy nanti ye sayang2 mak semua... 

la ni kat opis tengah demam limau mandarin... Pengarah belanja sekotak sorang... manis weiihh... terbaekk.. tapi kat rumah tu, aku sorang je yang rajin makan...


Mendung kelmarin... sama mendung dengan hati aku... sama mendung dengan jiwa aku... cerghh... ni pengaruh Sepahtu pun ye gak ni...

korang layan ke Sepahtu live tu?

anyway... since esok cuti... Selamat Bercuti...



Jumaat, 6 Januari 2017

Roti Sosej Gulung Simple


Salam 2017 semua...

Nak seminggu dah masuk tahun baru ni ek? nak seminggu gak aku terkial - kial nak update blog...

Thanks pada yang masih sudi baca blog ni... thanks pada yang bagi sokongan masa aku dalam kesedihan kebelakangan ni...

Alhamdulillah... hari ni ada sikit perubahan... dah 2 bulan sejak aku diuji... dan hari ni, hati agak tenang... takde lagi rasa down melampau... alhamdulillah... takde rasa tertekan dah... perasaan tu macam ringan dari bebanan... alhamdulillah...

now aku cuma tunggu jawapan dari Allah... mudah mudahan tak ler lama sangat nak tunggu petunjuk tu... hmmm... sabarrrrrr...


fine, meh kongsi resepi...

aku ni tak ler pandai sangat memasak... tapi rajin lah juga skodeng resepi kat blog2 yang ada tu... lagi simple resepi tu... lagi mudah bahan dan cara masakannya, lagi aku suka!

ni aku buat lama dah...



Bahan - bahan :

Roti 

Sosej ( ikut bilangan roti yang nak dimasak )

Telur ( dipukul bersama garam dan *serbuk perisa )

Minyak / mentega ( untuk digoreng )


*optional, kalau tak letak pun boleh


Cara - cara :

Panaskan kuali dengan mentega / minyak. Untuk kali ni aku pakai mentega, tu pun tak banyak. setakat untuk basahkan kuali. Dan aku gunakan kuali leper tu...

Goreng sosej hingga separa masak.

Leperkan roti dengan penggelek. kalau takde penggiling, gunakan je gelas tak bertangkai tu...

( tujuan leperkan roti tu supaya roti tak menyerap minyak masa menggoreng. )

Gulung sosej separa masak tadi dengan roti yang dah dileperkan tu dan gamkan dengan menggunakan telur yang telah dipukul.

Celupkan gulungan roti sosej tu ke dalam telur yang telah dipukul.

Panaskan mentega. Ini pun aku gunakan mentega sikit je. setakat basahkan kuali. sebab aku tak nak roti sosej aku tu terlampau berminyak...

Goreng gulungan roti tadi sehingga kekuningan dan angkat. Siap untuk dimakan dengan sos dan mayonis.



Stok mayonis aku dah lama habis. Anak2 makan dengan sos cili je... Anak2 request nak lagi lain kali... Sedap katanya... alhamdulillah...




Note :


Jangan bergantung harap pada sesama manusia, sebaliknya bergantung haraplah pada Allah... Kerana bergantung harap pada manusia selalu akan mengecewakan...





Khamis, 20 Oktober 2016

mee pedas samyang

Aku tengah panas hati jap ni tadi... Topup prepaid, tapi tak masuk2... Cek baki, cuma nampak balance sebelum aku topup tu jugak... Yang RM 30 aku topup tengahari tadi tak masuk lagi... 

Tapi ni dah lega dah... Pasal topup yang pending tu dah masuk pon... Cerghh... Sabar je lah... 😅


Dah pernah makan Mee Pedas Samyang tak? Aku? Pasal dah pernah makan ni la aku nak cerita kat sini ni... Hari tu masa mee Korea ni tengah viral, takde lak aku nak heboh kan? hahaha...

Pasal time viral tu lum de rezeki nak merasa... hehe

Wahh... gigih ngko kak beli mee Korea ni... sepeket RM 8.00 tuuuuuu...

Gaknye gitu ler bebudak opis kalau dengar aku makan mee Korea ni gak ehh... haha... Ngko ingat, akak ko ni rajin sangat ke nak beli mee yang sepeket harganya lam RM 8.00 cenggitu?

Memang tak lerrr.... Aku makan pon pasal Shida ni lah... Dia sebenarnya yang rajin membeli... Teringin katanya.. Sebab dah viral sangat... Nak tau la gak pedas tahap mana...

Bila dah tak mampu makan sampai habis... Aku ler mangsa dia! Tukang penyudahnya... hahaha...

Mee Pedas Samyang ni de 2 jenis... 1 yang berkuah... 1 lagi yang jenis goreng... Dua - dua Shida dah sua kat aku... Takde lah dia bagi time dah tak mampu makan nak habis tu... Memang dia ajak share dari mula merendam mee tu lagi... Katanya, dah alang - alang nak makan pedas, Biar kita sama - sama rasa pedasnya... Takkan aku nak biar aku kepedasan sengsorang...

Cergghhh... camtu plak... fine!

Memang pedau bibir kitorang makan... Memula tu yang berkuah... Yang tu pedas tapi aku rasa takde pedas melampau... Stakat gigit gigit macam makan cili api tu je pedasnya... alahh... Mampu le tak teguk air.... hehe


Tu gambar Mee Pedas Samyang Goreng... Yang berkuah tu lupa nak amik gambar... Yang goreng ni.. huhh... Pedau bibir aku... Meleleh gak ler air hingus... Punya lah pedas! 2 suap je... Pehtu aku wat bodo je... ko makan sorang la Shida... Terbakar rasanya bibir aku! 😂

Siksa aku tengok Shida nak ngabihkan... last2 dia surrender... ko habis kan syuuuuuuu!!!!

Hahaha.... Mau tak mau, aku gak ler ngadap... Sampai habis taaaaapi.... Ya rabbiiii... Siksa hoiihh... Lagi laju aku suap, lagi pedau bibir... Last2, aku slow down... Lepas 1 suap, aku relax dulu... Hembus hembus bibir dulu... Agak agak bibir dah ok, baru suap balik... Tu pon suapan terakhir, air hidung dah berlumba lumba keluar... Bahahah!!!

Jangan tanya lah sedap ke tak... Nama pon mee segera kan... Confirm lah sedap... Tapi mee dia lain sikit dari mee segera kita... Mee Korea tu tebal dan lagi kenyal dari mee segera kita... 

Bau pedas dia... Memang menyengat kat hidung... pergh!! Sedap...



Ahad, 16 Oktober 2016

Cempedak goreng

Gigih buat entry sambil tengok Gegar Vaganza ni haaa... Intan Sarafina tengah nynayi.... lagu hit dia dedulu tu... masa tu heboh orang dok kata suara dia sama macam Dato' Siti... Tapi malam ni takde pulak keluar suara ala ala Dato' Siti tu... ok la tu... 


Hah... meh cerita pasal cempedak ni...

semalam ayah datang semata - mata nak hantarkan cempedak ni... 3 ketul.... sorang seketul... untuk Cik Jijah ngan Cik Guyu skali...

so semalam semuo ehh berkumpul kat rumah aku... semalam jugak aku dah goreng separuh untuk ayah... dah alang - alang ayah de tu... masak ler terus... makan sama sama cempedak goreng tu ngan ayah... meriah sikit...

cik Jijah n hasben dia pon dapat gak makan... samo lah ngan cik Guyu... makan ramai2... panas2... syiokk ooo...


kualiti gambo... hancusss.... lantak lah... hari ni goreng lagi... hasben request... semalam dia jamah sikit je... tu yang laju je ke dapur tu... hehe... sementara aku 'kerja' kan cempedak ni, hasben bawak anak2 jalan potang... 


yang kat tangan aku tu aku panggil jerami... fav aku ni... isi cempedak tu kadang aku tak usik pon... leka korek jerami ni je... pehtu ngap masuk mulut... sedap!


dah selesai korek dah... cempedak yang separuh tu, aku potong lagi separuh... tetap dapat penuh semangkuk camni... 4 orang makan lepas ni... banyak!!

separuh yang tinggal tu... esok lah pulak... dah le makan berdua je... anak2 tak pandai makan lagi cempedak goreng ni... diajak makan, diorang pandang lalu je... cerghhh...


tu dah standby nak menggoreng... tunggu minyak dalam kuali tu betul betul panas dulu... bancuhan tepung tu... simple je...

tepung gandum...

dengan 

garam - secubit...


bancuh je ngan air sejuk... aku tak letak tepung beras... tepung jagung pun tak letak... pasal takdo stok kek ghumah...


rangup ke? ehhh... ape tak rangup plak? rangup je... makan panas panas memang sedap... meletopsss gitu....


gambo memang tak fotogenik langsung.... asal boleh je lah... sekian cerita cempedak goreng aku ni...

daaaa....


Rabu, 8 Jun 2016

Before Ramadhan

Nak update entry yang satu ni punye lah payah... banyak bebenor dugaan ehh..


Pokok Bunga kertas mentua aku... yang satu masa dulu pernah jadi mangsa aku... hehehe

Masa mentua buatt majlis terima menantu, aku senyap2 petik bunganya untuk buat bunga rampai... tu pon dengan dibantu oleh biras aku jugak... kak rosnah... agagagagaaaaa....

line clear! petik cepat2.... teeeehehe...


maaf ya... bulan pose dah kan tapi since citer aku ni kisah back dated... so gambo ni aku tepek jugak. 

mana tau lepas ni boleh mendatangkan ilham nak masak apa balik nanti... kan? ayam kicap tu biasanya orang goreng dulu kan?

aku tak... yang ni lepas aku tumis bahan2 kisar ( bawang putih, bawang merah, halia, serbuk kunyit n lada putih + bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga )... aku masukkan ayam n kicap.... skali masak ngan kicap tu...

tak payah letak garam or serbuk perasa... once dah masak, letak ler sikit daun limau purut biar harum masakan tu.... 

simple je! 


tu lauk minggu lepas... masak macam lipas kudung tu... tapi in the end... aku teringin nak makan lauk telur kicap...

lauk2 yang lain tu biar anak2 n abahnyaa yang makan... 😄


dannnn... secawan air limau kasturi + madu... untuk melancarkan proses penghadaman yang tak berapa nak lancar ni...