Memaparkan catatan dengan label berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berpantang. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Julai 2017

Bentan masa pantang sendiri.


Ni aku nampak masa check up perut. Masa tengah tunggu hari nak bersalin. Tak tau la apa masalah yang tuan kereta ni tengah ngadap masa ni kan. Sampai jemur pakaian pun kat kereta je. Ni betul2 kat kawasan tempat kereta klinik tu la...


Hohh... bentan?

Ye... bukan sekali... tapi 2 kali. Ni masa pantang sendiri hari tu la... Memula kena tu masa hari kedua aku berurut. Lepas je akak tu balik, tengah hari tu tetiba je badan ni menggigil - gigil. Puas lah berselimut... pakai sweater tebal tu lagi... tapi tetap menggigil. Aduihh... siksa! Sambil tu aku dah siap2 panaskan batu sungai tu. Bila dah panas, aku letak dalam selimut. Lama gak baru lega... Bila dah lega tu, aku minum air panas. Tambah lega.

Pastu lagi sekali... kali ni lebih teruk sebab aku kena selsema. Sendi rasa bisaaaa sangat! Sakit weihh... Dalam dok menggigil tu, sendi semuanya terasa sakit. ya Allah... Azab rasanya sepanjang 3 hari tu... Nak nangis pun ada... Stress sangat. Untuk sembuhkan selsema tu, aku makan buah oren sunkis tu setiap hari. Buang air besar pun senang... Selsema pun kurang. Alhamdulillah.


Peneman aku... Faiq...

Tu yang dah hancur berkecai tu... bola stress aku. Asalnya bentuk hati. Tapi malam tu sambil teman aku, dia 'kerja'kan cukup2 bola stress aku tu. Hancusss terusss...

Husband bawak balik bola stress tu. Time stress je, aku genggam bola tu kuat2. Bila anak2 tanya, aku cakap bola tu lambang hati aku... Bila dah berkecai... camtu la hati aku.. 'berkecai' sama... heeee!!!

Sampai hari ni tak sembuh lagi hati yang dah berkecai ni. Bola tu? aku dah humban lam tong sampah... ekekekee....

Hahh... yang aku bentan tu kan... lepas je aku elok dari demam sendi tu, husband plak kena. Berhari2 dia kena. Aku lega dah. Badan tak gigil lagi dah. Buat cara yang sama la. Berselimut, letak batu sungai yang dah dipanaskan tu dalam selimut. Kalau dapat minum air panas masa tu lagi bagus. 


Faiq merajuk masa ni. Bukan sebab rasa tak dipedulikan tapi sebab aku tak bagi dia cium baby lelama... haha...


Punca bentan? pemakanan aku ler... aterrr... pantang sendiri, mana ada orang nak larang bagai. Pepandai ngko la kan try and error makan pe yang terhidang. Masa ni aku makan nasi impit tu.

Yg memula tu pon aku makan nasi impit. Siap ngan sambal kacang. Haa... sambal kacang tu pun sebab gak tu! Bentan!

Dah sakit2 baru tau. Mak mentua aku la yang cakap. Kacang tanah tu tak leh makan masa pantang. Angin! Tu yang sakit2 badan aku tu...  2 kali kena, 2 kali gak aku makan makanan tu. Nasi impit segera dengan kuah kacang... 


Serik sangat! Lepas2 tu tak berani dah nak try and error. Tak sanggup nak ngadap bentan tu lagi dah... Makan je lah lauk pantang tu dendiam. Tu pun seco'et seco'et je mampu makan. Gigi sakit! Kalau tengah kunyah tetiba tergigit yang keras tu kan aduuuumakkk...! Nangis! 





Jumaat, 21 Julai 2017

Pengalaman berpantang sendiri

Bukan senang nak berpantang sendiri ni ye! Kena banyak persediaan termasuk persediaan mental. haha... Sebelum bersalin tu, baca bebanyak pengalaman orang lain berpantang sendiri. Boleh jadi panduan untuk korang kalau terasa nak berpantang sendiri satu hari nanti.


Oleh sebab berpantang sendiri, aku sedaya yang boleh cuba pastikan semua keperluan berpantang aku ni mencukupi. Alhamdulillah la... semua dipermudahkan.

Asalnya janji dengan orang lain, kesudahnya berurut dengan orang lain. Tukang urut yang asal tak jadi mengurut sebab masih bersedih ngan kehilangan anak perempuan dia. Satu - satunya plak tu. Sabar lah kak. 

Ngan tukang urut baru ni, aku kena tunggu sampai hari kelima berpantang baru dapat berurut ngan dia. Jadual penuh, katanya. Ye lah, nurse yang datang rumah tu pun cakap... bulan tu ramai nau yang bersalin. Termasuk aku je, 10 rumah dia kena melawat. 😯

Berurut 3 hari berturut. Aku amik pakej berurut sekali ngan berparam dan berpilis. Barang2 semua akak tu yang sediakan. Aku sediakan bengkung je. 3 hari tu dia tolong ler ikatkan bengkung. Lepas tuuu... aku ler terkial - kial ikat sendiri.

Bengkung... aku pakai bengkung moden tu... Yang zigzag tu. Pinjam Cik Jijah punya. Bengkung moden aku ada tapi pendek. Kain ehh kasar plak tu... Gatal2 bila pakai lelama.. adeihh... Yang Cik Jijah punya labuh. Sedap sikit bila pakai. Kain pun lembut je. 


Hahh... losyen ni aku order online je kat Shopee MY. Ni aku pakai lepas habis 3 hari berurut untuk gantikan param. Losyen ni lebih senang digunakan berbanding param biasa tu. Ngko kan nak berpantang sendiri... kena la cari param yang mudah macam ni.

Satu lagi, losyen param ni memang hangat kaw kaww punya! Sebelum pakai bengkung, sapu rata kat perut ngan peha. Lepas tuuuu.... haaaa.... meleleh - leleh peluh! Tu kesan losyen ni kat aku la. Memang best gilerrr... tapi siksa gak lerr menahan panas...😂 Losyen ni aku pakai sampai habis. Tahan sebulan.


Pilis? aku pakai hari ke2 ngan ke3 berurut tu je. Tu pun sekejap. Rimas lerrr.. Jejaka jejaka Malaya kat rumah tu semua hairan tengok aku berpilis tu. Ye la, dedulu mana penah pakai... haha... Kesudahnya, bila pilis tu dah kering... terus aku bilas.

Bertungku? Ni lepas berurut, aku teruskan gak. Kan dah de batu sungai. Berat pun berat la... gigih tu pakai. Hangatkan badan. Lagi berpeluh la badan... Berguna sangat batu sungai tu. Terutama sekali masa aku kena bentan... ohoooo hoiii... 2 kali tau aku kena.... kali kedua tu agak teruk sebab pekej ngan selsema... menangkap seluruh sendi2 badan... nangis wooo!


Jamu? aku tak amik jamu. Takut anak jaundis masa nih. Tapi aku amalkan minum air Jus Mawar ni. Beli 2 dapat 1 free gift. Ni pun beli online jugak. Agak mahal, tapi berbaloi. Rasa pun sedap. Melampuh susu badan aku lepas minum jus ni. Sampai tahap bengkak susu la... terus aku stop kejap minum. Bila doktor dah sahkan baby takde jaundis, baru la aku start minum balik.


Bengkak susu? Jangan pandang remeh ye! Boleh demam tau... dan ibu - ibu dalam pantang kena jaga kesihatan betul2 jangan sampai demam.

Urut je la tetek tu kalau dah bengkak!

a big NOOOOOOOOOOOOOO....!!!

Bukan makin kurang, tapi makin menyakitkan tau tak! Rasa cam dada tu nak meletup pun ye gak. Aku kena pun, menangis tau! Ngan anak meragam... Lagi la nangis! huhu...

Kalau nak legakan sakit tu... Korang tuam la buah dada tu ngan tuala yang direndam dalam air suam. Pastu, ngko pam la setakat yang termampu. Biar lega sikit. Kalau masih de terasa cam susu tersekat je tak mo keluar, korang urut je payudara ngan sikat sambil selawat. Inshaallah... nanti lega la tu. Aku siap sapu minyak yuyi sekali.


Herba mandian? Ni je yang tak dapat seperti yang dihajatkan. Tapi aku try pakai sabun panas Vasia.


Hok ni pown... bapok la panas! Jangan tenyeh mata kalau pegang sabun ni. Pedau weiihhh...! Tapi best... aku suka sabun ni. Pakai sampai habis gitu... [ gambar kredit kpd. : produk sabun panas Vasia ]. Ehh... mandi pakai air suam la. Tengah pantang camtu, badan ni tak mampu kena air sejuk. Sakit wooo...


Stokin? WAJIB dipakai sampai tamat tempoh berpantang. Hari - hari tukar... Mentang la baru dapat stokin free... 5 pasang plak tu kan.. haha... stokin kerja noksss... pakai je la. Jimat!


Baju sejuk pon... gigih aku pakai! Takleh kena angin. Rasa semacam je... Bila berpeluh2 tu rasa cam best sangat...


Lauk berpantang? Husband yang tolong masakkan. Opkos aku kena guide dia masa memula tu. Tiap kali dia masak, selagi boleh la aku akan dok dapur. Perhatikan dia masak... more to guide him lorrr... apa nak masak? apa nak buat? lepas ni nak letak apa? nak tambah apa? gitu la. Bekalan lada hitam tu wajib ada... Apa dia masak, tu je la aku bedal. No demand haaa... Lagi pun masa ni gigi aku tengah sakit. Makan pun setakat yang mampu je. Sebab dak kecik tu pantang ler kena tinggal jap! Pandai tul dia meraung kekuat... macam kena dera je... padahal kena tinggal jap je pon.. bukan jauh pon... leh nampak la sambil aku makan kat dapur tu... haaaiiiyyoo... apa lah!





Rabu, 19 Julai 2017

Discaj dari wad bersalin HTJ

Meh sambung sikit dari part 2 : pengalaman bersalinkan my gegirl hari tu.


Lamaaaa aku menunggu nurse tu tolak aku ngan baby ke wad. Sebelum tu husband dah iqamat kan dah si kecik tu. Lepastu nurse suruh husband tunggu kat luar. Doktor nak check aku sekali lagi. Nak pastikan darah semua dah abis keluar.

Kul 3 pagi dah tercongok kat wad. Impian nak rehat ngan selesa tak kesampaian. Haha... Husband dah gitau awal2, katil wad dah penuh. Aku dapat katil extra, kat tengah lorong antara katil2 yang hado tu... 


Nampak tak? Katil wad penuh dah tu... Yang berbidai tu la katil yang sedia ada. Ni aku landing kat katil extra, ngam depan toilet. Nak buat camne, ramai pesakit masa ni. Nurse tu cakap memang kali ni ramaiii

Agak tak selesa bila nak menyusukan baby. Asalkan nurse lalu ke, pesakit lalu ke... mesti nak toleh kat aku... huhu... Lebih tak selesa bila tiba waktu melawat. Ye la... bidai takdo! Tak selesa langsung nak bagi baby nenen! Sabar je lah. 

Doktor dah bagi beri kebenaran untuk discaj pukul 1 hari yang sama sebab baby dah berak, dah kencing. ( anak dah berak lam perut, kira dah berak gak la tu kat doktor... ) Ngan aku pon takde masalah. Lagi pun siang tu bertambah lagi katil extra... haha... ni semua sama kes ngan aku gaknya, masuk spital terus bersalin.. 

Tapi idak ler kul 1 tu aku terus balik. Aku kena sabar menunggu sebab suami kena uruskan anak2 dulu. Opal ngan Fa'el kan sekolah, nak urus makan diorang tu dulu. Pastu tengah panas terik tu gak ler husband gali tanah nak tanam uri. Dah settled urus apa yang patut, baaaaru la dia datang jemput aku ngan baby. Tu pun masa tu aku kat tandas. Nak pergi  tandas pon takut takut je nak tinggalkan baby kat situ.. huhu... Dalam kul 3 lebih camtu la dia muncul.

Nak keluar tu, bukan leh terus keluar je. Nak kena sain dokumen bagai, lepas tu nanti de lagi nak kena sain kat luar wad tu. Dah sampai lobi, sebelum leh keluar, kena sain lagi. Tag kat tangan kita ngan baby tu selagi tak sampai rumah, jangan buka!


Kat jaga tu bape kali dorang cek... jangan memain! straight ye! tapi bagus camtu. Demi keselamatan kan... 


Kali ni aku berpantang sendiri. Memang dari bersalinkan Faiq lagi aku dah niat gitu. Nekad nak berpantang sendiri. Dah anak 4 kan?? 

Husband memang dah pernah mandikan baby, so takde masalah. Lauk berpantang? Aku kena guide dia. Nak masak camne? lepas ni nak masuk apa? nak letak apa? Sesekali aku duduk gak temankan suami kat dapur bila dia memasak... ngeee

Hari pertama balik rumah tu takde buat apa2 sangat. Lauk berpantang, biras aku dah siapkan. Tapi lepas tu semua ( mak mentua, biras dgn anak2 . adir ipar aku ) balik kampung. Anyway, tq kak wanie. Masa pantang anak no3 dulu, dia la yang tolong masakkan lauk pantang untuk aku. Ni pun sempat dia tolong masakkan jap sebelum balik kampung.

Hari kedua, disebabkan husband aku kena uruskan hal abang ipar dia... nyaris2 aku nak keluar drive sendiri pi jemput anak balik dari sekolah kafa. Haha... Aku lupa masa tu baru 2 hari pantang. Perasan badan ni dah kuat ler kononnya... 

Pantang sendiri kan... baaaaaaanyak cabarannya!

Nanti aku up kat entry lain... ni teaser je! hehe... masak, mandikan baby tu semua husband buat sepenuhnya sampai 14 hari. Aku mengurut hari ke-5. Hal mengurut ni pun ada dugaannya... bab makan pun sama. Dooooogaan sunggoh la....!😅Macam - macam dugaan weih...

Reaksi abang2? excited terlebih! Aku letak je baby kat tilam, semua kerumun! Kepoh mulut memasing nak mengagah si kecik tu... Opal, Fa'el and Faiq ( O.P.A ).... ngadap macam tak puas... hehe...

Sampaikan aku lak yang rimas bila dorang asyik ngadap baby je... hehe... Balik je dari sekolah, terus ngadap. Tak mandi dulu, tak makan dulu ke hape... ngadap je. Kalau tak pon, tengok tv sambil dok keliling gegirl.... 😂

Tu hari pertama dan kedua... lum hari ketiga... ke-4... ke-5 dan seterusnya.... next!


Jumaat, 14 Julai 2017

pengalaman bersalin anak ke-4 : part 2

Haha... panjang cerita aku pasal bersalin ni. Siap de part 1 & part 2.

Harap2 part 2 ni abih la kisahnya yerr... 😁. Part 1 takde gambar, entry panjang berjela. Part 2 ni, inshaallah ada... hehe

Lepas duduk je atas kerusi roda tu... sila baca episod 1 dulu ye, baru paham nape ayat aku dimulakan dengan duduk atas kerusi roda tu.


Hahh... lepas ditolak  masuk ke dalam, masa ni takde pikir suami ke mana, anak kemana dah. Dok menahan sakit je dah. Yang aku ingat masa ni, jaga tu tolak sampai kaunter dalam. Kaunter tu sebelah kiri. De la 2-3 orang doktor duduk kat situ. Sebelah kanan aku de katil2, ngan nurse. 3 - 4 orang de kot nurse kat situ. Dah la situ gelap. Nampak samar2 je la katil2 yang ada. 

Nurse bagi baju pink, suruh tuka. Ya Allah... tengah sakit contraction dah makin kerap, gigih la aku berdiri sendiri. Gigil gigil kaki aku. Suami masa ni pi parking kereta kot. Ntah... Tak memikir nak tunggu dia dah.

Yg kat sini aku tak ingat sangat. Tapi rasanya doktor de cek jalan. katanya baru buka 4! Tapi dia punya contraction... ya rabbiiiiii....... aktif! Masa nak cek bp tu, aku mintak nak duduk je kat kerusi roda tu. Contraction masa ni kuat sangat dan berterusan. Sebab tu aku tak nak baring. Nasib baik nurse tu ok. 

owhh... masa ni baju semua dorang dah bagi kat suami ( berpalit darah pakaian aku masa ni.). Suami aku lak jengah jap je. Lepas amik pakaian aku semua, dia hilang tah ke mana masa tu ( actually masa ni dia berkejar pi daftar wad.. ).



Masa nak tolak aku ke labour room pon jadi drama kat situ. Nurse dah nak tolak aku ke bilik bersalin dah tapiiiii... doktor yang sorang lagi tu suruh patah balik. Terpaksa la berpatah balik nurse tu tolak aku ngan kerusi roda tu. Masa tu dia nak suruh apa tah. Haduiihhh... contraction aku masa tu bertalu - talu. Weiii.... aku dah sakit dah ni!!!... Haha... jerit lam hati je, nak kuar ikut mulut dah tak daya. Sakkkit weiihh...

De sorang nurse tu tanya, " puan, sijil nikah de bawak tak?"

Punya la tengah menahan sakit, aku jeling je kat nurse tu. Hahaha... sorry la nurse! masa tu memang tengah menahan sakit... muka rupa tu je mampu aku tunjuk. Nurse tu, " ok ok takpe, saya paham..." Haaa... nasib baik la dia paham.

Nurse yang tolak kerusi roda aku tu tolak balik aku nak ke bilik bersalin, ehh... doktor tu suh patah baaaalikkkkk! Nak scan dulu katanya.... woiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!! ( jerit kat hati je ni... tak mampu nak bersuara dah actually sebab terlampau menahan sakit nak meneran! )


Kali ni nurse tu yang bising kat doktor. Bagi pihak aku ler tu... kih3... " Doktor! dia dah sakit sangat dah ni. Tengok muka dia tu dah teruk sangat sakit dah ni... tak payah la scan... "

Pot pet pot pet... nurse tu ngan doktor... Haduiiihhh laaa... Drama nau kat situ. Last2 doktor mengalah, laju je nurse tu tolak aku masuk ke bilik bersalin tu. Dorang nak buat CTG dulu. kononnya nak cek jantung baby. Gasak engkorang la... aku tau masa tu dah sakit sangat dah, nak bangun ke katil pun tak mampu. Nurse tu jugak yang tolong. Siap buat kiraan lagi. Once dah hilang sakit, 1 2 3 terus naik atas katil. Nurse tu tolong ler tu... huhuhu... Sebelum tu dia ngan doktor yang memula cek jalan tu dah pesan, kalau rasa nak berak... cakap! Fine....


Masa dah baring atas katil tu, nurse baaaaru nak pasang CTG ( untuk imbas degup jantung baby )... Baaaru ye! Lum sempat nak lilit, aku dah tak tahan nak meneran! Doktor pesan, kalau nak teran... teran je la puan...


So... pasal dah rasa nak yakkkkkk sangaaaaatttt.... aku cakap nak teran... push pertama... doktor hairan, nak bersalin sangat ke aku ni kan? sekali cek jalan, aiiyyyoooo... kepala dah enggage kat pintu... Teran je la puan... Push kedua... terussss.... lega!!! Apa pon tak sempat masa tu... Baby dah keluar... Ya Allah... sakit rasa cam cirit birit tu hiiiiilangggg!!!.... Tapi lenguh tak hilang la sebab lama kot aku tahan sakit.... hoiiihhhh... dia punya lega tu cam korang selesai berak sembelit tu la... 

Kali ni aku ingatkan diorang akan baringkan baby sebaik sahaja dilahirkan ke dada aku. Masa Faiq dengan Fa'el dulu camtu la. Opal je tak, sebab diorang terus bawak dia pi bilas dulu 1 badan. Kali ni sama cam kes Opal jugak. Rupanya, doktor cakap baby dah terberak dalam perut. Badan dia semua dah hijau!

So doktor terus amik baby, bilas dia dulu semua. Tapi alhamdulillah, lepas lahir tu, baby nangis. Doktor kata tu maksudnya baby ok. Tapi mak kena pantau. Takut baby tertelan berak sendiri. tu bahaya untuk baby tau... Doktor pesan, kalau baby muntah hijau, pernafasan dia tetiba jadi cepat... kena cepat2 maklum kat doktor. Korang google la sendiri kesan bila baby tertelan berak sendiri masa dalam perut ibu. Nanti korang tau la nape doktor pesan camtu kat aku. 


Owhh... aku bersalin normal. Alhamdulillah... kali ni doktor tak sempat gunting kat tempat baby keluar tu... hu3... kali ni memang doktor tak sempat nak buat pape. Baby laju je meluncur keluar lepas push kali ke-2. Legaa yang amat bila doktor kata tak perlukan apa2 jahitan... weeeheeee... alhamdulillah.... syukur sangat. Lagi buat aku tambah bersyukur... Yeaaa... akhirnya, Allah beri aku rezeki... anak perempuan!

Ya Allah... bukan aku je teruja... nurse2 dengan para doktor muda yang de tu pon semua teruja bila tau aku akhirnya dapat anak perempuan. ☺


Memang... memang... rasa bersyukur sangat! Aku memang tak berharap sangat, kot anak lelaki gak yang keluar kali aku terima je. Tapi bila Allah dah beri tu, kira 1 rahmat la untuk aku. Merasa gak de baby girl... hehe...


Tapi kesian gegirl... Pasal cepat sangat dia nak keluar... tak sompek nak amik baju dari suami aku. Kesudahnya, doktor balut ngan kain spital yang hijau tu je... Huhuhu... sian ngko dik!

Suami lagi la terkejut. Katanya dia pi daftar wad, bila turun balik ke kaunter dewan bersalin ni... masa dia nak hulurkan sijil nikah ngan dokumen duduk wad semua.... nurse tu cakap kat dia, "tak payah la encik, orang rumah dah selesai bersalin dah pun. Pi la tengok..." Haha... tercengang - cengang suami aku kat situ. Sempat la dia dengar nurse2 lain yang kat tepi tu gossip pasal aku... buka gossip apa sangat pun. Sokseksoksek pasal anak2 aku yang lelain semua lelaki, ni 1st time dapat baby girl... giiiiiitu!


Sengeh je la kan bila tau2 je baby dah keluar. Ngan baju pon tak sempat hantar kat aku bagai... Kul 12 lebih masuk, kul 1.07 pagi aku dah bersalin... Lagi cepat dari masa abang2 dia dulu. Heee... Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar dan selamat... syukur!

K... lum abih citer.... sambung lagi nanti. bye!




Hoho... gambar teaser je... jangan mare eh... 




Khamis, 13 Julai 2017

Pengalaman bersalin anak ke-4 : part 1

Aku ni kan... dari anak pertama sampai la anak ke-4 ni, tiap kali kenangkan sakit nak bersalin tu kan... aduuiiiyaaiii... takut oiii! Cam trauma pun ada gak. Nyampah je baca kan? Acah - acah trauma tapi anak dah 4... apa cerrr..???! Hehehe


Ye lah... ngko ingat bersalin tu tak sakit ke? Sakit oiii... Bila dah dekat2 nak bersalin tu kan, dia punya debar tu.... ya Allah! macam2 sebab... Debar sebab takut nak ngadap sakit saat bersalin tu pun ada... Debar sebab teruja nak tengok baby yang dikandung 9 bulan lebih tu pun ye jugak! Haaa... masalah tu... 😟


Satu lagi masalah... masa nak bersalin nanti, anak2 yang 3 orang tu camne? Sape plak nak jaga diorang sepanjang aku ngan suami kat spital nanti? 😟. Buatnya tetiba aku nak terberanak, kat sape pulak aku nak minta tolong jaga bebudak tu kang.


Tapi kan... Alhamdulillah... semua tu dah dipermudahkan Allah untuk aku. Terubat sikit rasa sedih kat hati masa tu. Sedih sebab apa? Takpelah, malas la aku nak cerita kat sini. Tapi memang amik masa aku nak hilangkan rasa sedih tu. Sampai senior kat pejabat ni pesan, jangan terlampau bersedih... jangan terlampau layan rasa kat hati tu, takut nanti ngko meroyan masa pantang... Hoooiiiihhh.... seram! Meroyan ni bukan boleh dibuat memain. Dah la nanti aku pantang kat rumah sendiri... Jadi, aku memang beringat sangat pasal ni.


K... ada dah aku cerita episod serah diri yang gagal tu kat blog ni. Serah diri tu pasal dah lama sangat menahan sengal dan lenguh, dengan tanda darah asyik turun. Tapi yang pelik tu, tiap kali bangun tido je de tanda darah tu. Masa lain takde. Elok je kering. 


Lepas dah balik rumah tu kan, abang ipar aku plak masuk spital sebab kemalangan... Pastukan mak mentua ( mother in law a.k.a MIL ), biras dengan anak2 dia sekali ngan adik ipar aku bermalam kat rumah aku. Hah... perancangan Allah... Dalam pada memudahkan urusan diorang, Allah permudah urusan aku dalam hal anak2. Alhamdulillah...


Abang ipar aku kemalangan @ 1 April, aku pulak bersalin @ 5 April... Sepanjang tempoh 1 hingga 4 April tu, suami kerap ulang alik ke hospital sebab nak uruskan hal abang ipar aku tu. Dalam pada dok uruskan abang dia, kerap gak dia tanya keadaan aku. Sakit tak? ok tak? de darah keluar lagi tak?


Aku ni, bila sakit tu datang masa suami ada urusan... Aku selagi boleh tahan. Takde nya nak citer kat suami sebab aku takut, kang dengar aku dah sakit... dia kelam kabut nak balik. Padahal sakit tu boleh tahan lagi... Hati pon confident je rasa belum masa nak bersalin lagi... 


Harapan nak bersalin 1 April dah tak jadi, lagi sekali... 4 April! Aku haaaaarap sangat dapat bersalin tarikh tu... Tapi tak dapat jugak. Sebab tak sakit. Petang tu lepas ikut suami pi melawat abang dia kat spital, suami de cakap, "bila lah budak kecik ni nak keluar?"


Sebab dia risau... sakit dah berhari - hari tapi lum nak bersalin lagi. spontan aku cakap, "apelagi? pujuk la baby ni... suh dia keluar cepat... tak payah tunggu due..." Hehehe... Betul2 suami aku pujuk. " Dik, bila nak keluar ni? Keluar la dik cepat cepat..."

Haaa... ngko! Memang dah sampai masa gaknya, kebetulan malam 4 April tu aku rasa cam nak cirit! Memulas2 sangat perut ni macam orang sakit cerry berry tu.... Bukan sakit bersalin, tapi sakit nak cirit... Tak senang duduk dibuatnya... Suami pi ngeteh jap dekat2 dengan rumah tu. Katanya malam tu nak standby kat spital, jagakan abang dia. Dia tu tangan ehh semua dah patah. Kalau takde orang tolong, camne plak dia nak cebok berak, makan, minum semua... Kenalah de orang teman. 


Aku ni plak, malam tu dah mula tak senang duduk... Jap ngiring ke kanan, jap kang baring ngiring ke kiri. Puas la memikir, apehal la perut ni sakit nak cirit tu lain macam. Padahal sebelum baring tu, aku dah membuang 2 kali... lepas kali kedua tu, nak membuang tapi takde apa yang nak keluar. Gelisahnya aku masa tu, ya Allah...  Masa tu dah kul 11 lebih dah. Sakit cerry berry aku ni dah makin kerap lak memulas. Kat hati ni dah rasa nak jerit je nih... oiii kalau nak berak lagi, keluar je lah!!!

Bayangkan la bila korang nak buang tapi terpaksa tahan dulu sebab takde toilet... pastu bayangkan korang dah takde apa nak buang tapi perut tu masih de rasa nak membuang... pastu bayangkan korang rasa cam nak kentut, tapi TAKkkkk BOLEH!

Haaaa.... gitu la yang aku rasa. Subhanallah... sakit uiikkk... Faiq plak meragam masa nak menyusu... Alolohh... banyak plak cengkadak dak kecik tu... Dah kena marah ngan aku malam tu.

Masa suami masuk bilik nak solat, aku ikut dia ngan Faiq. Oooiiihhh... sakit rasa cam nak menonggeng je tapi dalam kepala ni sikit pun tak terfikir tu sakit nak bersalin. Aku baring atas katil tu sampai bercakap lerrr sengsorang... Ya Allah, nape la susah sangat nak kentut ni... nak kentut je pun... 😅


Suami lepas solat tu gaknya kesian tengok aku, gigih la dia sapukan minyak. Aku dah tak larat nak sapu sendiri dah masa tu...


Makin dia sapu, makin sakit... 🤣... haduiihh... dah kenapa kan? last2 suami cakap, " ini bukan sakit cirit ni.. tah2 awak nak bersalin tak? jom la pi spita..." Haaa... ngko! masa tu baru terpikir... gigih ler nak bangun... ingatkan nak berjalan, tapi makkkk oiiiii... 1st time aku rasa tak daya nak berjalan. Menggigil - gigil kaki aku. Kuat giler aku peluk tepi almari tu. Suami blur jap. Bila aku cakap tak larat nak jalan... baru dia kelam kabut tolong papah. Masa tu, aku dah menggigil 1 badan. Kejung kaki nak jalan pi kat kereta. 


Masa duduk dalam kereta tu, aku rasa tak boleh duduk. Rasa cam tersengkak je kat bawah tu... hu3. Terpaksa la duduk senget... Terasa darah cam meluncur - luncur keluar dah. Makin kelam kabut la suami aku masa tu. Haha... dah macam drama pon ye gak. " awak, cepat la... sakit sangat dah ni...!"


Masa tu dah kul 12 lebih... kurang 15 minit dah sampai kawasan spital HTJ Seremban tu. Otw nak ke spital tu, suami aku pujuk lagi baby, " dik, sabar dik... jangan keluar dulu....!" 🤣 Memang rasa nak gelak je bila ingat balik. Huru hara weiiyy...! Selaju yang boleh la dia pecut kereta... siap on lampu kecemasan tu... Lampu merah semua langgar je! Kecemasan sangat dah... Aku dah tolak2 pintu dah menahan sakit. Sebelah tangan tolak pintu, sebelah tangan suami yang pegang. Macam2 dia suh zikir... aku mampu ngikut je la masa tu... Bontot memang senget je duduk. Kaki dah macam orang parkinson... Gigil tak sudah.. Terlampau menahan sakit. Mulut pon sama... gigil jugak!


Sampai spital, salah masuk jalan plak. Patutnya terus drive ke depan pintu masuk dewan bersalin kat HTJ tu, tapi suami aku leh pi masuk ke simpang nak parking tu. Ya Ampun... jauuuuhhhh nak jalan! Aku tak daya nak jalan dah weiiihhh... " Awak, bukan kat sini... Terus pi kat depan pintu dewan bersalin tu je..."

" Hah, ada ke? kat mana? " 
"Adaaaa.... hari tu saya tengok ada.... "

Hahaha... kelam kabut gilaaaa... Dah nak sampai depan pintu dewan bersalin tu, de pulak Alparhd tu terhegeh - hegeh nak keluar.... Woiiii, aku nak bersalin sangat dah ni... ngko plak terhegeh2 nak keluar... cepat laaaa.............. langsung kena HON! 

Sampai depan pintu, de jaga 2 orang. Muka cuak je tengok suami aku parking ngam depan tu. Ehh... nasib baik, parking depan tu je tau.. Kalau ikut aku, nak sampai dalam tu ha... jumpa katil terus landing! Push terus!... hahahaaaa....

" Boleh jalan ka adik? "

"Eh... dia tak boleh jalan dah... tu.... kerusi tolak bagi dia... "

Tu dialog suami ngan jaga. Jaga tu plak kelam kabut tu cari kerusi roda. Aku perasan memang dah de kerusi roda tu standby kat tepi pintu masuk tu...

Lepas tuuuu.................................

Hehe... Nanti sambung... bye!



Jumaat, 10 Februari 2017

Batu sungai

Hahhh... batu sungai aku!


Tapi aku tak amik kat sungai... aku 'paw' brader kat opis... dia cakap arwah mak dia bidan dulu. so batu tu memang dah de kat rumah.

'apa susah, kau cari lah kat sungai... tu Ulu Bendul tu kan banyak batu...'

Bukan tak nak bang! tapi aku ni takut... kang ada yang mengikut... ehhh... seram ler! serik wooo... dulu Opal kecik lagi, gemar sangat 'mende' kacau tengah2 malam...

Time aku tengah period plak tu... hadoiiihh... pehtu, time husband kerja malam plak tu... memang perfect time ler kata orang! 

Pasal brader ni suka memancing, bajet leh ler mintak dia tolong carikan sekali...

' ko ingat, keje aku ni nak cari kan batu kau je ke?'

kih3... tapi last2 dapat gak... haha... TQ bang!

'alah... arwah mak aku dulu bidan... ada batu tu kat rumah akak aku tu... nanti aku bawak... dah buat penyendal pintu je skarang..'

Takpe... takde hal... asalkan takde 'mende' yang nak mengikut balik... hahaha... al-hamdulillah... dapat dah... tapi beratnya Ya Rabb...!

Besar tapak tangan aku je, tapi beratnya..!!!!

Selesai 1 keperluan untuk berpantang aku nanti... Kali ni memang nekad nak berpantang sendiri... so kena pastikan semua tersedia... dulu pinjam kat biras... la ni mau ada sendiri...

Tinggal nak buat sarung batu tu je... tunggu... DIY je tu nanti sarungnya... mesin jahit lama mak pun dah de kat rumah tu dah... tunggu kain je belum ada... 

ada lagi persiapan lain nak kena DIY gak awal2 ni... less 2 month je lagi nak due date...




Jumaat, 9 Januari 2015

Mak ngan kisah eksidennya.........

Yupp..... eksiden....

3 kali pulak tu.... tapi dalam keadaan yang berbeza.... 2 kejadian berlaku masa aku tengah tunggu hari nak bersalin hari tu.... 1 lagi terjadi baru2 ni.... masa aku dalam pantang ( erti kata lain.... masih dalam hari )

semua tu jadi hujung tahun lepas.... tahun 2014..............




kejadian pertama :

bila adik aku wasap........ katanya, ' long.... mak patah kaki....... jatuh bilik air! '

tu pun jadi masa aku tengah tunggu hari... tengah sakit tang sana... sakit tang sini... ngan laki aku asyik dihantar bertugas ke luar daerah...

ngko syam!!! maklumat tak tepat langsung... boleh tak sampaikan maklumat tu betul2.....???

mak retak tulang ibu jari kaki tu....... bukan le patah kaki.... jauh betul bunyi nye.....!

dan...

bukan le mak jatuh bilik air............. tapi sebab mak panjat kerusi... masa nak amik barang..... see.!!!

beza tak maklumat tu?

aku dah le tengah tunggu hari... ngko sampaikan maklumat cenggitu... cerr la bayangkan pe perasaan aku masa tu.......

al-hamdulillah.... mak tak ape2......




kejadian kedua :

mak eksiden kereta..... jamah bontot keta orang... terjadi kat Jalan Tampin - Bahau tu..... teruk jugak ler kereta... tapi al-hamdulillah... mak tak ape2.... kereta je lah.... terpaksa tahan kat bengkel..........

itu ler mak.... mane boleh duduk diam.... sihat sikit je, dia dah keluar rumah.. ade je kejenye....



kejadian ke-3........

'long.... tangan mak terpotong dengan parang..!!'

wassap yang aku dapat masa tengah tunggu hari... minggu lepas... hari ni pun aku belum lepas hari lagi.. masih berpantang lagi..... ( masih berbaki 3 hari lagi.... )

terbayang le jugak... terpotong tu camne kan? camne leh kena? masa tengah berkebun ke?

tu adik aku le yg wassap tu.... angah plak wassap........ ' seinci lagi nak kena nadi long...!! '

hahh...??

'mak kena pisau... masa rewang kat rumah kawan mak... tengah sembang2... mak siang le ayam... tak perasan mata pisau tu menghala ke atas.... mak pun ketuk le ngan tangan cam biasa.... tau2 darah dah memancut je..............'

astaghfirullah..... tak pasal2 je..... betul kata angah... seinci dari nadi..... 6 jahitan.....

lepas kena tu kawan mak le yang anta ke hospital.....

' diorang cucuk bius 4 jarum kat tempat yang dah terbelah tu... meleleh - leleh je darah tu long..... sakitnya.... diorang jirus plak ngan ubat kuning tu camtu je kat tangan mak.... pedihnya..! '

gitu citer mak.............

lepas dah kebas tu baru diorang jahit.....................

ngeri dengor citer mak... terbayang - bayang camne tangan mak diorang 'kerjakan' dalam keadaan camtu....................... aduhaii.................... iskkk.....


Cerghhh...tgh pantang, cenggini pun nmpak sedap...



Rabu, 7 Januari 2015

anak genap sebulan

rasanya ramai yang tau... once anak dah masuk umur sebulan... nurse tak datang rumah dah.... 10 hari pertama tu ye... diorang datang rumah... then skip sampai hari ke - 15..... then..... hari ke - 20...

oohh..... serba kelam kabut... bayangkan... aku datang kul 8 lebih.... lagi 15 mnit nak pukul 1.00 baru dapat jumpa nurse....

kebas bontot aku dok lelama kat kerusi tu.... udah le pagi tu tak sempat sarapan.. ingatkan abih awal....



kalau tak kenangkan anak nak kena cucuk dos ke-2 hep B tu.... dah lama aku amik buku tu n blik terus... sib jugak la si kecik tu tak meragam..... netek pun aku buat kat kerusi menunggu tu jugak.... tak kuasa nak masuk bilik menyusu tu.. sib lah... pandai2 le cover.... brader2 yg temankan bini memasing tu.... tok sah le nak jeling2 sgt ehh... tu klinik ibu n anak.... paham2 je lah ye...



owhh... check-up sebulan ni.. usah le pegi sengsorang..... kang sape plak nak pegangkan baby tu... sebab mak pun diorang nak check.. bukan baby je ye..... mak jugak... tu... urine test ngan darah tu....mak pun nak kena timbang... bukan stakat baby je.... tahap kecut rahim pun diorang nak check...

tapi kalo ngko dtg pakai bengkung... gitau je kat diorng... diorang pham... takkan nak paksa ngko buka bengkung tu plak........

kalao bengkung moden tu tkpe... watnye ngko pakai bengkong yg 10 meter tu.... tak jenuh diorang nak tunggu? memang tak ler.......... he3


dulu masa anak sulung, aku sengsorang je, hasben keje... ayah tolong anta tapi sebab xtau pape... ayah anto je.. then tinggalkan aku sengsorang kat klinik tu... agak2 aku dah selesai baru dia datang jemput...hu3.... sabo je la.... terpaksa le tebalkan muka mintak tolong nurse yg de kat situ pegangkan si sulung tu........



zaman tu tak macam sekarang... klik je internet.. macam2 info de.... ramai blogger yg rajin kongsi pengalaman n ilmu.... tak le blur sangat.. bila rasa cam tak tau tu... klik je mane2 blog mak2 orang yg de tu.... senang2 je....


hahh... tu tadi.... lagi 15 minit lagi nak kul 1 baru dapat jumpe nurse... mencarut - carut sungguh rasa masa menunggu...................... letih hooiihh..... rasa nak hamuk je kat nurse tu... tapi... takut le mroyan plak kan... saaaaaboooooo sangant sangaaaaat......

skali check... tak sampai 10 minit dah selesai.... doktor xcheck sangat........tanye ala kadar.... superb express sangat....... ha'ahh.... kena jumpe doktor skali... bukan stakat jupe nurse.... kena see the doctor jugak.....



nurse tu je de check baby..... baru le tau.... dia sengsorang je bertugas kat bilik tu.... bilik lain kemain ramai nurse... bilik tu.... dia sorang jek.... patient plak diorang bagi dia reramaii.............. sian pulak kat nurse tu..... sebab diorang yg masih menunggu tu kejap2 jengah tanye..... kelam kabut betul...........

sori le nurse... kat luar tu tadi rasa cam dah tercarut2 dah.... abih pahala aku... adeiihhh...


so... gitu lah.... letih... blik tu tapau je makan... sib le malam tu tak bentan ke hape.......






Selasa, 6 Januari 2015

hari ke 36 berpantang...

yeayyy..... pejam celik... pejam celik.... dah 36 hari dah heiihh..... wouhouuuu..... ehh... kejap... aku confiused jap.... tempoh berpantang berapa hari sebenornye?

40 hari ke? 44 hari ?


kalau ikut 40 hari... maknanya.... lagi 4 hari ler..... lepas tu... yeaaa.... woouuu...... 'merdeka'...!!!!!


ngam2 birthday aku..... 12 Jan nanti aku 'merdeka'.... weaaheeeeeeee......................... erm... al-hamdulillah..... hiksss..... lupe diri le pulak... astaghfirullah ( x2 )......




owhh... sebut pasal birthday..... lupe nak wish... to my dear son... khalifah genit ku yg no,2 tu.....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU................................................. at 2 Jan yg lepas.....

genap 5 tahun.... >_<




3 Jan pulak... to my little one.... the younger khalifah.............. genap sebulan dah usianya... al-hamdulillah............. sepanjang dalam hari ni dia sihat sentiasa................................. syukur....



si no.2 tu je masa aku dalam pantang hari tu dia tercirit birit..... seminggu le jugak........ leh kata selang sehari berak ceroi...... sehari 2 - 3 kali..... aduhaii...... risau betul tengok dia masa tu... badan dah le kurus keding.... kena plak cirit ceroi tu... lagi lah kesian aku tengok.....







Isnin, 5 Januari 2015

cuti sekolah : lembu vs kerbau

Masih kisah 2 beradik tu di rumah nenek masa tunggu hari nak bersalin hari tu.....

FYI.... tepi rumah nenek Pilah diorang nih.... de reban2 ayam... tepi sebelah lagi de kandang lembu.... belakang rumah........ de kandang kambing................. pendek kata keliling rumah le de hewan ternakan..............

that day.... aku dengar dialog diorang berdua............ cenggini.......

' wahh.... lembuuuu.........!!! banyaaaak nyaaa....!!! '

Si sulung yang over - excited.....

then............. si no. 2 tu punya ayat...........

' a'ah.... diorang tu kan kecik2 jadi lembu..................... nanti bila dah besar...... diorang jadi kerbau kann........??!!!!! '


hahahahaaaaaaaaaaaa...................................................................

Jumaat, 2 Januari 2015

Cuti Sekolah : 2 beradik dengan kambing Pak Jai...

Sape Pak Jai tu?

Haaa..... Pak Jai tu... abang pada hasben aku.... a.k.a pak sedara bebudak bertuah tu lerr..... boleh kata tokey kambing.... kat belakang rumah mentua tu je kandang dia... tinggiiii.............!!!


lebih tinggi dari rumah nenek... he3.... sebab kawasan belakang rumah tu berbukit sikit..... rumah nenek bebudak ni leh kata macam kat kaki bukit la.... lebih kurang camtu lah...


1 petang tu... tengah mengulit si kecik tu ( tengah awal2 bersalin ni, memang memerap je lah dalam rumah..... ), tetibe dengar Pak Jai diorang dok jerit2....


'hahh... kejar kambing tu.... kejar...!!!!'

aku sekodeng le ikut tingkap... nampak le si no. 2 tu dok berlari2.... aiihh.... dia ke kejar kambing... berani le pulak?



hari tu kemain takut sangat dengan kambing... hu3... bukan dia je... ngan aku skali takut kambing....

malam tu aku tanye dia

'kejar kambing ke siang tadi...?'

'a'ah.... dengan Opal.............'


hmmmmmmmmmmmmmm..... iiiye la sangat tu......... muka dia? biasa......... toyer gitu je lah.... slambe sungguh dia menjawab.....


taaapi... takkan pulak dia nak menipu.... nak tak nak... kena lah percaya jugak.... mungkin betul dia kejar kambing tu tadi.........


then........................



'iye..... sekor! berani lah diorang kejar......'


see.... i told u.... i told u......

' skali datang kambing2 yg lain..... mak tengok budak berdua ni yg lari.... tu... menyorok kat belakang reban ayam tu haa...........................'


agagagagaaaaaaaaaa....................................... skali tu nenek 'pecah lobang' daaaa...... ha3.....

kantoi..................!!!!








Rabu, 31 Disember 2014

Cuti sekolah : kisah 2 beradik dengan ayam nenek

Kebtulan.... aku tunggu hari masa budak2 dah start cuti sekolah... so... takde masalah le kalau aku berpantang kat kampung..... kann???



bila cakap kat budak2 berdua tu.... wahh.... melonjak - lonjak diorang... suka! excited..... hmmm..... heran tul aku..! ape sebabnye tu?

ayam....!!!!



tu jawapan diorang........ sebab rumah nenek Pilah ade banyak ayam...!



giitu jawab 2 beradik tu.... dah kenapa dengan ayam?

sebaaaaabb......... senang nak buli.... sebab ayam tu kecik kan??


 buktinya....................



hari pertama datang umah mentua, si no.2 dah buat 'keje'... ayam mengeram tu jangan buat main hoiihh..... kalo ngko nak tau, time tu la 'dia' paling garang plus ganas...... aku tau sebab masa kecik2 dulu penah kena patuk ngan mak ayam tengah mengeram camtu..... sakit oooooo................... sobb...sobb....

katanya

' mak, ayam tu la yang Fa'el tendang hari tu.... '


astaga...!!!!!!!!!!!! tu keje ngko rupanya....???



beberapa hari lepas aku bersalin tu.... ada aku bagi dia roti.... then aku tinggal la dia kejap.... lepas tu bila tengok balik kat dia.... orang dah ke mana.... roti dah ke mana... bekas je yg tinggal.... bila tengok kat anjung tepi umah nenek tu........ lahaulawalaaaa........


bertabur kat tempat mak ayam tu..... banyak...!!!


Fa'el....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


'kenapa de roti kat ayam tu?!'

'Fa'el la yg bagi......'


pengakuan yang superb selamba......

'kenapa bagi kat ayam tu? kan dah bersepah dah tu.....!'

'sebab ayam tu suka... dia nak makan, Fa'el bagilah....'


wahhh...... betul toyer je muka dia masa tu....

'tak makan pun ayam tu....'

'memanglah.... kawan dia yang makan..... Fa'el tengok tadi.... kawan dia yang suka'



patut ke tak patut aku marah tu? tu akal budak bakal genap 5 tahun awal tahun ni nanti.... patut ke? patut ke?.... aduhaiiii......................

tu yg no.2.... yg sulung? ehh... ade keje jugak.... ada.... pepagi lagi dia dah main sergah2 ayam.... macam mana arwah Pak Aziz Satar sergah orang kat tepi perigi buta dalam filem Pendekar Bujang Lapok tu... macam tu lah gaya dia masa sergah ayam2 tu awal2 pagi..... sebijikkk.....!!








Isnin, 29 Disember 2014

JPN Senawang... dah kenapa?

3 minggu lepas masa daftar nama si kecik ni.... takde pulak orang JPN tu bagi tau... kalau nak dapatkan kad My-Kid kena isi borang lain.....


pegawai kaunter tu cuma cakap... lagi 3 minggu nanti dah boleh datang amik My-Kid kat situ...


Tupp... tupp... petang tadi, hasben aku pi..... tetibe pegawai kaunter tu cakap.... kena isi borang khas untuk kad My - Kid dulu... baru boleh dapat My-kid tu....


tak ke sia2 je kitorang tunggu selama 3 minggu? tak ke sia2 hasben aku menunggu punye lah lama sebelum tiba no. giliran dia dilayan hari ni? hanya semata - mata nak dengar ayat tu..... ' kena isi borang dan tunggu lagi....'


dah kenapa? 


ada hasben cakap macam tu kat pegawai kaunter tu... ye.... macam biasa... tergagap2 nak menjawab.... tak tau la aku sama ada yg tergagap - gagap tu orang yg sama hasben aku berurusan 3 minggu yg lepas....


dulu.... takde pulak kerenah semacam ni.... 

dulu... senang... daftar je kelahiran kat JPN... automatik dah boleh dapat kad My-Kid tu... takde pulak kena isi borang khas... kenapa sekarang macam ni?

fine.... mungkin pegawai tu terlupa.... tapi... perkara macam ni agak menyusahkan sebenarnya... 

cekap? maaaa....las nak cakap..... malas nak hukum2... tapi tu lah.... duduk di kaunter... suka tak suka kena cekap... kena pastikan maklumat yang betul disampaikan kepada pelanggan...


Nasib baik lah... kebetulan hasben nak amik ic baru kat situ..... kalau tak.... memang buang masa gitu je lah.....





Ahad, 28 Disember 2014

Gas....ohh....gas.....

Aduhai..... apesal la laptop ni kejap2 'hang'... kejap2 'hang'..... ooohaiii..........................!!!!



Hahh... memang aku lum habih pntang lagi... masih dalam hari lagi.... hari ni baru 26 hari... cerita kisah berpantang? nanti lah..... kalau aku rajin, aku tepek sini jugak nanti.... ^_^



ni tengah menunggu budak kedai hantar gas.... rasanya 2 - 3 bulan lepas harga gas plus penghantaran baru RM 28.00...... baru jap ni tadi aku tanya... diorang cakap RM 28.50... aikk..... dah naik lagi?


nak buat camne hasben keje hari ni..... terpaksalah mintak diorang hantarkan ke rumah... cepatlah dik oii... akak ko nak masak ni... sebelum si kecik tu merengek.....

dah de baby ni kena lebih bijak gunakan masa untuk memasak... time dia tido cenggini lerrr aku senang nak masak....

tapi tu la... tak menjadi perancangan aku nih.... boleh habis pulak gas tu.... tengah goreng ikan plak tu... tau2 api padam.... aduhaiii.... sabarrrr je lah..