Rabu, 4 Januari 2012

Follow up citer Opal tadi...

Hasben telefon aku tadi.. minta aku telefon dia semula... ehh?? Dia tanya...

"Balik tak tengahari ni?"

Of course lah... jadual aku la ni harus ditukar... kalau dulu, beli lauk pas balik keje tapi now tak leh... takut lambat masa nak amik Opal nanti... kalau lambat, ustazah tu dah inform awal2 yang diorang akan caj kitorang extra money...

Haa.. tak dapek tu doo..! asyik nak kena keruk duit jer... mano leh tahan.. gaji dah la payah na nak naik!

Bila ditanya kenapa? hasben kata..

" Ni haa... ustazah tu tipon tadi..."

Gulp..!! de masalah ker? otak dah imagine macam2.. amende la aku nih...

" Dia cakap, dia bawak Opal balik..."

Pada asalnya bukan dia yang patut bawak Opal balik tapi ada sorang lagi ustazah.. B namanya ( bukan nama sebenar ! he3 )..

Tapi sebab dah ramai sangat yang ikut ustazah B ni balik rumah ( yang selang 1 rumah jer dari tadika PASTI tu... ), so ustazah yang call hasben ni amik dia.. ustazah miza nama dia.

Ustazah Miza tu kata, kesian tengok Opal. Itu yang dia amik bawak balik dengan sorang lagi budak. Maknanya, dia asuh 2 orang jer... ok la tu kan?

Dan lagi... Ustazah Miza tu cakap.. .Opal ok jer... takde masalah, Opal ikut jer ustazah tu. Dia called tu sebab nak suh kitorang hantar baju t-shirt ngan track-suit untuk dia mengaji petang ni... tu jer...

Fiuuhh... lega ! ingatkan de masalah tadi... hu3... terharunya ! Opal berjaya hadapi hari pertamanya ditempat baru setakat ni dengan mudah... alhamdulillah... Hope petang ni pon dia berjaya jugak... insya-Allah...

And thanks a lot pada ustazah miza sebab sudi amik and jaga Opal...



Tiada ulasan: