Isnin, 6 Mei 2019

Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan semua!

Salam Ramadhan untuk blogger Perdu Cinta dan Warisan Petani...

Dah baca niat malam tadi? Biasanya untuk 1st puasa ni jarang orang lupa nak baca niat puasa. Kann? Sebaliknya selain membaca niat harian puasa, baca la sekali niat puasa untuk sebulan. Bukan apa, takut ler bila dah masuk tengah 2 bulan Ramadhan nanti, terlupa pulak nak baca. Tak pon, dek kerana terlampau kenyang... Terus terlelap sampai ke esoknya... Haaa... Kalau dah lupa or tak baca niat, macam mana nak puasa? Tak pasal kena ganti... Lain la kalau period a.k.a datang bulan...

Niat puasa harian tu memang hari2 kena baca. Kalau dah baca doa sebulan pon, tak salah kita baca jugak niat harian. Macam aku bila buat camtu, bila dah de anak ni... Boleh ajar kat anak. Sebab dah hafal kn? Untuk niat sebulan tu je kena refer internet.. Heh heh... Iolls lupa la... Sekali je bacanya... Mana nak ingat.

So kalau dah baca sebulan, kalau terlepas sahur..  Atleast boleh je terus berpuasa. Tapi xdapat la keberkatan sahur tu... Haaa... Sahur pon ada faedah ya tau... Jadinya, usaha la supaya dapat bangun untuk sahur. 

OK... Tak mo cakap baca.. Puasa kan... Hahaha... Takde kena mengena kan? Yang puasa, tekak! Blog ni kau taip pakai jari... So??

Fine... Kita sambung lain kali... Selamat berpuasa...

Ni ada bacaan niat puasa. Pakej... Niat harian dengan niat sebulan... Baca tau... 

Credit to : my-sumber

Sabtu, 4 Mei 2019

Mantai di Pilah

Bersiaran di Pilah... 

Butang bijik mata ni ha lepas teguk nescafe kaw tadi. Air tangan anak dara, anak kepada kak ipar. Kalau nak diikutkan, manis kremernya dah sedap tapi dek sebab kan nescafenya terlebih... Tegang kelopak mata nih... Ramai nih.. Riuh rendah adik beradik ipar aku bersembang dengan mak mentua. Pak mentua dah tak nampak batang hidung. Dari tadi dah tersandar letih. Dah tidur agak ah. Aku? Ada ni... Bersandar letih jugak... Ot setengah hari. Lepas tu blik sangkut plak kat traffic. Ya Allah... Sejam kat jalan. Ada kerja potong pokok. Patutnya tutup la 1 Lane... Ni tak... Dua2 Lane dorg tutup... Hadoiii... Sesak!

Sampaikan Opal ckap, kenapa la dorang tak buat kerja ni waktu malam... Kann!!!
Tu diorang terbang pokok rhu. Sebelum hempap orang, dorang terbang. Hmmm... Boleh je dorang potong pokok tu waktu malam. 😒

Owh... Live di Pilah ni sebab mentua nak buat majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat bagi menyambut kedatangan Ramadan tahun ni.

Tahun ni mentua pilih kerbau untuk ditumbangkan. Dah selalu sangat tumbangkan lembu, kali ni kerbau pulak. Boleh gitu? 😉

Lemang wajib ada... Cecah dengan rendang kerbau.. Walla weiii... Sendawa tak sudah!

Dalam reramai berhimpun ni, ada abg ipar yg masih belum sampai... Dan ada jugak yg dah sampai dr siang td skali dengan aku, tapi sekarang dalam adik beradik dia yg lain berkumpul bersembang, dia boleh lesap! Hah... Panjang umur abg ipar aku. Baru smpai ni ha... Haha.. Yes... Siaran live secara bertulis dari aku di Pilah right now! Hah hah... Tapi mahkluk yg satu ni tak muncul... 😡😡😡

Orait... Sekian dulu siaran langsung bertulis dari Pilah...

Tentang orang yg lesap tu... Lantakkan! In the end, dia akan dapat pengajaran.

Bukan nak menyibuk... Memang ler boleh lantakkan kau nak pi mana. Tapi sendiri mau ingat la...

Anyway... Selamat datang Ramadhan! Semoga yg lebih baik dan yg terbaik akan datang dalam hidup kita di bulan penuh keberkatan tu nanti... Aamiin... Inshaallah!