Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2018

Kenangan balik raya 2018

Maaf lah ye... Aku ni memang lambat sikit nak update entry. Contohnya macam sekarang ni. Raya dah habis, baru nak up ceeita pasal raya. Apa daaa... Well. . Nama pon kenangan... Kan tajuk tu... Saje aku letak tajuk : kenangan raya 2018. Just untuk ingatan tulus ikhlas diriku di masa depan... 😂

Ye... Kenangan... Ada yang manis, ada yang pahit. Raya aku tahun ni... Ibarat teh tarik kurang manis. Nak kata tak sedap... Ok dah... Nak kata tak sedap, idak ler gitu sangat... Yang penting, episod sedih... Tiada. Aku belajar untuk move on... Raya is for my kids... Selfie... Wefie sebanyak yang boleh.


Macam tahun lepas, aku drive balik kampung dengan anak2. Laki den balik ngan motor. 

Dari sebelum raya, aku kerja halfday je. Kononnya nak elak jem la. Bukit Putus tu kan... Orang Nogori tau lah... Jalan tu time2 macam ni memang sokmo jammed! 

Tapi aku tak lalu jalan baru kat Bukit Putus tu. Iols ikut jalan lama. Slow n steady. Layan view yang tantik kat situ. Paksa anak2 layan sekali.. Hew heww... Otw nak ke jalan tu, ada kereta main lampu. Tak tau la sebab apa. Nak bagitau jalan baru tu jammed kot. Hehh...

Tapi dah jauh ikut jalan lama, berselisih dengan bas. Bas tu pon main lampu. Kau dah kenapa? Jammed gak ke jalan lama tu. Rasanya aku ngan 2 - 3 ketul kereta je yg lalu situ nak mendaki ikut jalan lama.

Half way... Iye... Jammed dah!

Ramai rupanya yg gunakan jalan lama tu. Idak ler takut sangat. Tapi memang jammed la. Puncanya, ada pokok tumbang kat tebing tu melintang ke jalan. Stucked n amik masa baru boleh lalu. Thanks JPAM. Dorang tolong clearkan jalan. So iols n the rest boleh lalu dengan senang hati. Half lagi dah ada yang patah balik. Kitorang yang half ni lagi, jalan terus sebab sabar menunggu.. Haha. .

Masuk ke jalan utama, dah tak jammed sangat. Perjalanan lancar tapi still banyak kereta. Aku memula tu memang ler niat nak cepat je. Lelama bila dah banyak kereta, demi keselamatan anak2 lagi... Aku layan je la. Prinsip kata, biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Gitewww...

Alhamdulillah.. Sampai ke umah mentua dengan selamat. Rehat jap, tolong apa yang patut, iols keluar pi jemput laki kat bengkel. Sorang, anak2 tinggal jap kat umah mentua. Kali ni malas nak bawak.

Amik n terus balik umah sebab nak siap untuk berbuka puasa pulak. 

Jumaat, 13 Julai 2018

Nyaris pitam semasa shopping raya!

K... Sambung ehh...

Yang perut tetiba je memulas tu.. Lepas tu sakit tu naik ke kepala... lepas tu 1 badan dah mula rasa kebas. Terustama kat bahu... Tangan ni rasa nak luruh... Mata dah nampak kelam je semua.😖😵 Opal yang memula tu jalan kat depan ngan adik - adik dia n apak dia, bila tengok aku semacam, dia terus datang kat aku.

Lambatnya mak jalan...

Tu dia yang cakap. Aku larat tak larat je cakap ngan dia, yang aku sakit perut.. Tak larat nak jalan. Laki den? Aku rasa dia jauuuuuuh sangat masa nih... Perut memulas balik. Kebas seluruh badan tu tak tau nak describe acaner... Sakit sangat!😖😵

Opal dah eskot aku je sepanjang masa. Last, aku dah tak tahan sangat... Takut rebah kat situ... AKu paksa kaki ni jalan cepat2 ngan mata pon dah mula jap kelam, kejap terang. Nafas dah mula sesak semacam.😖😵🤢 Tak tau mana datang kekuatan tu, aku kejar hasben. Tapi bukan nak minta bantuan dia. Just untuk pass baki duit untuk beli kain sampin anak2.

Aku just cakak, sakit perut and nak ke tandas. Itu je yang dapat aku cakap masa tu. Lepas tu selagi mampu angkat kaki ni berjalan, aku paksa. Opal nak temankan, aku tak bagi. Aku suruh dia stay  dengan apak dia tengokkan adik2 yang lain. 

Masa cari tandas tu, aku tak larat nak jalan. Perut memulas teruks, nafas dah makin sesak... Aku paut kat besi yang ada kat situ.😖😵🤢 Masa ni ada sorang teenager berdiri situ. Bila dia nampak aku semacam je, terus dia cabut lari... Takut gak eh...

Lama aku berdiri paut kat besi penghadang tu. Mata dah tak nampak apa. Gelap!😖😵🤢

Nafas pun dah sangkut2... Oiihhh... Tak tau la apa orang2 kat situ fikir masa tengok aku camtu. Berdiri, paut tiang tapi tunduk n pejam mata. Nak bagi nafas tu ok balik... Ada la dalam 5 minit ke 10 minit. Sakit...😖

Bila mata dah boleh nampak, baru aku jalan lagi. Masa ni boleh plak tak nampak tandas yang terdekat. Aku nampak tandas yang jauh tuuu.... yang macam tersorok tu haaa... Ya Allah... Nasib...

Tu pon aku perasan masa duduk sekejap kat kerusi yang ada kat situ. Masa ni dah dekat dah dengan tandas ceruk alam tu. Tapi sebab pandangan tu kelam balik, aku terpaksa duduk. 😖

5 minit... aku tenangkan diri jap... bila pandangan mata dah boleh nampak semula, aku cepat2 masuk toilet ceruk alam tu. Masa ni, Mydin dah announce dah, lagi berapa minit nak tutup premis... Lantak lah... Dapat duduk jamban duduk tu... Allah... lega... 

Tak pernah seumur hidup aku kena sakit perut sampai tahap macam ni... Sakitnya sampai tahap nak pitam lah! Bukan la membuang sangat pon, tapi angin bertalu - talu keluar... Lepas dah semua, baruuuu lega... Masa ni, berpeluh - peluh!😖

Dah ok balik, dah lega sikit... baru aku keluar. Masa ni baru la tok laki sedar keadaan aku. Baru la dapat gitau. Tapi tu la... cerita ngan mengalami sendiri tak sama. Paling sweet pon, dia just cakap... ermm... angin tu!

Opal tanya gak... nape muka mak nampak macam tak larat je?

Huhh... Sakit! Muka pon jadi monyok layu je...

Tapi, takde pon sampinnya... sampai ke raya, pakai je sampin yang lama. Alter kat bahagian pinggang je sikit...

The End...😥


Kenangan shopping baju raya 2018

Ada kenangan?

Well well well... Ada!

Tak pernah jadi tau. 

Asalnya nak pi cari tali pinggang 3 putera aku. Tali pinggang yang sedia ada dah lusuh la teramat. Anak2 asyik mengadu je, seluar longgar! Tempat 1st yang dituju... Terminal One! 

Owhh... Kat sini masa memula sampai... aduyaii... sedih hati! Rasa nak maki pon ada jugak. Mood nak menyopping tu ke laut dalam terus. Menyampah... meluat semua ada. Tapi tak dapat aku nak share kat sini. Kalau aku tulis buku diari, confirm aku tuliskan siapa musibat yang menyakitkan hati aku masa tu. Yes... Iols jadi sangat tak mood nak menyopping... MENYAMPAHHHH!

Aku tau tu bulan puasa. Takpe... sabar! Moga si musibat tu dapat bahagian dia nanti... 

Aku amik masa tau nak pujuk diri. Nak up balik mood yang dah jahanam tu... Lamaaa... 

Ni la padahnya melayan orang sentap... Hati kena banyak sabar! Tapi misi mencari tali pinggang tetap diteruskan. Tapi tu la... lain yang dicari, lain yang dibeli... Nak tali pinggang, tapi dapatnya kasut.. Kasut siapa? Si princess la... Kasut yang ada tu asyik tercabut je... Rimas tengok! 


Kasut tu dah comel sangat dah ngan dia. Tapiiii... asyik tercabut je... sebelah je plak tu! So... fed-up mak!... Kebetulan ada 1 kedai tu ramainya pelanggan. Hot sangat ke? Iols pun nak jugak ler tengok... 


Tu yang terjebak tu... Jatuh cinta ngan kasut putih tu. Pasang kat kaki Najwa... Aloloh...😍 

Terus sambar 1 pasang! 

Pakai terus ehh... Takde tunggu tunggu lagi dah... Suka dia! Dapat kasut baru... Memula takde saiz yang kitorang nak. Seller tu keluarkan kasut yang sama tapi warna pink. Cantik! Saiz dah ngam... Ada la cela sikit... Buatan agak tak kemas, so seller tu cari lagi saiz yang sama. Same colour! Tapi... takde! Ada pulak saiz untuk yang warna putih tu... Amik je lah... 

Masa testing kasut tu... mulut kena rajin tanya... Dah less tak? Seller tu cakap boleh less... Nanti cakap kat tokey... Less pada sekian harga. Sori... aku lupa harga kasut ni n berapa less yang seller tu bagi. 😅

Masa nak bayar tu, kalau aku tak cakap pasal harga less tu... Tokey tu key in jek harga jual yang dorang tepek kat kasut tu. Hehe...

Lepas tu pi cari tempat berbuka. Selesai berbuka, sambung balik misi mencari tali pinggang. Malangnya, tak jumpa jugak... Apa cerewet sangat nih? hehe...

Mende lain yang dibelinya... Seluar jalan untuk Faiq n Najwa... And also kasut untuk Faiq, Fa'el dan Opal! Dah selesai ke? 

Ehh... belom... Entry ni panjang lagi... Aku rajin nak buat panjang2... Aku malas nak buat entry pendek2... Nanti ke laut sudahnya! Terpadam kang semua cerita dalam otak ni... Dah ler memory short term... Unless perkara tu sangat menyakitkan hati, then... Till die i will remember... I will!!

Malam masih muda kononnya... Teringat lak kat baju sendiri. Baju anak2 kau bersantak membeli - belah.. Untuk diri sendiri? Camne pulak? Ye... malam tu gak pi cari. Teringat opis mate cakap Mydin Seremban 2 ada sales melampau masa tu... So... ke mana kita ni?! ( #jihanmusatagjalanjalankeJepun )

Ya!

Mydin Seremban 2. Kat sini la kisah aku terjadi.

Masa ni misi mencari baju raya aku pon dah selesai. Kat sini pon sama, mulut kena rajin tanya. Muka kena selamba... Ada less tak?? Bisik ngan salesgirl. Salegirl cakap, cuba akak tanya kat bos! Hmmm... Dapat ke tak less? 🤫😉

Lepas tu masa yang ada tu, budak2 nak cari kain samping. Baju raya aku, beli kat kedai lain dalam Mydin tu. Ni kain sampin plak...

Masa nak masuk dalam Mydin tu, tetiba je perut memulas- mulas... Uiihhh... Aku dah terberenti jap.. Budak2 ngan apak diorang dah jalan kat depan. Aku pegang perut jap. Tapi masa ni ingatkan tak pape. Memang kentut je la... hehehe...

Bila dah masuk dalam Mydin... Tengah merayap cari sampin, Perut memulas lagi. Allah! Sakitnya!... Memulas - mulas. Mula2 memang membuang angin je. Terpaksa la menjauh dari orang... hahaha... Takut de bau! Cehh...

Tapi makin sakit lah... Terberenti lagi aku. Tak leh nak jalan. Perut memulas sangat... Aku paksa gak berjalan. Tapi tertinggal jauh ler. Masa ni 1 badan dah rasa kebas kau!!!!... Sakitnya... tak tau la kenapa... Sampai ke kepala woii... Sakit sangat... Tetiba je. Tak tau kenapa... Makin aku jalan, makin kabur plak mata ni. Wahh... Tak leh jadi ni... Aku dah berpeluh semacam... Aku paksa gak kaki ni berjalan. Laki aku kat depan. Tak perasan langsung keadaan aku masa tu. Opal je yang perasan...

Lepas tu.... [ next entry ]

Selasa, 5 September 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017

Sorry lah... 

Patutnya aku cerita pasal kisah aku beraya haji sebab 1 hb Sept kan Raya Haji... Tapi kisah raya puasa lum tepek lagi kat sini. Kang takde plak kenangan kang. So aku dulukan cerita pasal raya puasa aku dulu lah ek.

Thanks pada yang masih sudi singgah baca ke blog ni...

Raya puasa tahun ni aku di rumah mentua. Seronok Opal n Fa'el. Dapat jumpa Adam dgn Aliff... suka sangat diorang. 

Aku kan tahun ni memang cuti raya. Syiok maaa... Member lain kena mohon cuti. Ada yang dapat cuti, ada yang tak. Aku? Sah sah la tengah cuti... 😝... Yess... masa ni cuti bersalin aku masih de baki lagi...ngam seminggu raya. Minggu ke-2 raya baru aku start keje.

Enjoy raya? Tak lah... Mood raya aku tahap sederhana je. Stakat niat nak bawak anak2 berjalan je... Sambil2 jadi money collectorrrrr anak2... hehe... Gitu je lah!


Acu...

Adik ipar aku... 

Selain kak Wani sekeluarga, Acu ni pon ada gak. Kak Rosnah ( biras aku jugak, tinggal dekat je ngan rumah mentua ) ngan anak2 dia de la jugak datang. Sambil tolong mana yang patut, diorang jengah kambing diorang kat belakang rumah mentua aku ni.

Dear anak2, kalau nak tau... Tu Acu tengah tolong nenek bakar kuih bahulu. Sambil bakar bahulu sambil buat live video kat fb dia.🙂

De yang terhangus.. tapi yang tu kitorang suka... haha... yang cun cun letak dalam bekas... untuk tetamu. Yang hangus sesikit tu kitorang bedal sendiri. Heee... Hangit hangit manis... Garing pulak tu... Sedap!

Aku tak dapat nak tolong sangat diorang memasak masa ni. Jannah asyik nak mengempeng je... dapat tolong pon sekejap - sekejap... lepas tu berkejar plak menyusukan Jannah. Si kecik ni tak leh la dengar bunyi sikit... kejap je tidonya... kat rumah macam tu la... Lelah rasanya bila terkejar - kejar buat keje. Tahan je la sabar kat hati ni...😔


Yang belakang tu, Aliff... pusar di kepala dia de 4!😲😲😲😲😲

Suka gambar ni... 😁

Pagi sabtu tu last puasa, dapat ler aku tolong sediakan bahan masakan. Racik bahan - bahan masakan. Dapat la buat sebab pepagi camtu Jannah lena lagi. Masuk tenghari sampai ke malam, memang tak dapat dah nak tolong sesangat. Tu masa Jannah meragam je tu. Nak ngempeng sokmo!


Masa ni langit cerah lagi. Sempat la siapkan masak bahulu tu. Ni episod hari mantai la ni. Tapi yang ada kat rumah semua orang perempuan. Keluh kesah mak abah bila nak memasak. Ada kerja yang perlukan anak lelaki uruskan tapi, masa ni memasing takde. Memasing de urusan. Husband aku keje lagi. Dia tak leh cuti awal. Penyelia dia rejek... 

Alasannya... penyelia pon cuti time raya. Bukan sebelum raya, so anak2 buah pon kena ikut cam dia. Bengang tak dengar camtu? 


Acu masih dengan live video dia. Haha...

Owhh... abah keluh kesah sebab takde pembantu nak jaga lemang dia... baru aku ingat! Biasanya orang lelaki yang tunggu... Tapi kali ni memang takde... Masing2 ada keje... 

Pastu... baru je nak masak, hujan la pulak.

Lebat ngko!


Budak sorang ni asyik kena buli je ngan Fa'el. Asyik menangis je keje dia. Atok ngko sampai risau la dengor ngko asyik nangis je, Faiq!

Lemang tu akhirnya masak jugak. tu pon lepas ujan berhenti. Opal mintak kebenaran aku. Katanya nak tolong atuk masak lemang... Ofkos ler aku bagi... Sukanya dia dapat tolong atuk. Bukannya dia nak makan sangat pun. Saje...

So... adalah peneman atuk kat tempat bakar lemang tu. Once dah masak, atuk terus cari dia. Nak ajak makan lemang. Haha... Sebab dah hujung2 tu, Opal dah berlari ke dalam. Pi tengok Jannah.

Lemang masak ngam2 masa kitorang dah berbuka. Al-hamdulillah...


Tu rambut tak berapa nak curly... Disebabkan rambut panjang dia ni, ramai yang sangka Faiq ni gegurl... 😅


Banjir kilat!

Tepi kanan tu kandang lembu. Air melimpah sampai situ. Tapi sekejap je. Aku dengar kat Giant Pilah tu pon banjir kilat jugak masa ni.

Mood raya aku kali ni saaaaaaangat biasa - biasa je. Hati aku dalam proses recover untuk sembuh dari luka... Kalau ditanya tahap mana luka tu... Parah! Amat parah! Sedih sangat...

Teringat de ustaz cakap, Allah uji sebab sayang kita. Makin kita sedih dilanda musibah, makin tinggi pahala yang Allah akan bagi kat kita... Subhanallah... 


Nampak tu... All purple!

Tu bukan se-mak... se-bapa tu... Tu sepupu sepapat anak2 aku tu... Dari 3 keluarga asalnya tu. Tapi bila dah memasing semuanya pakai purple... dah nampak cam 1 keluarga je dah... ofkos la... keluarga besar Saedin... Haji Saedin ( inshaallah... abah di Tanah Suci Mekah sekarang... )


Saat paling sendu... masa bermaafan!


Cam ada yang tak kena je... tah la... Semoga hatinya tu ikhlas minta maaf kat aku sebab hati aku tak rasa ke-ikhlasannya... Seakan ada rasa terpaksa di situ. Sad.. but true!

Well... raya mehh... Harus cerita. Cerita sedih? Letak tepi dulu... 


Raya pertama, pagi tu ronda dulu kat area rumah mentua. Jalan kaki je noksss... Panas terik, tapi redah je la...


Tahun ni tetiba rajin nak baju raya sedondon. Bersungguh sikit la dari tahun2 sebelum ni. Saje, aku nak hiburkan hati. Sebelum2 ni aku jenis tak kisah. Kali ni macam demand... nak kaler tu jugak... Gasak lerr... Alhamdulillah... tercapai!

Ngan capal untuk budak2 ni... semua dapat la beli. Walaupun terpaksa alter baju2 melayu budak2 ni, tak kisah ler... asalkan all purple!


Untuk Jannah pun, aku mix and match kan gaun ngan seluar panjang dia. Baju gaun dia aku order via Lazada... Light purple!

Seluar panjang tu sebenarnya sepasang ngan baju tido. Tapi tak tebal pon. Sedang elok dipadankan dengan gaun tu. cuaca pagi tu sejuk oii... Kesian Jannah kesejukan, tu yang aku sarungkan seluar tu. Tak payah berstokin bagai... Seluar tu dah ngam tutup seluruh kaki. Just nice!


Ok... up sikit gambo kat sini. Asal ehh tak mo show off... hahaha

Tudung tu tah tahun bila punya tah... Pink belacan! Ada aku beli tudung purple tapi macam tak sesuai je nak dipadankan dengan baju tu. Nasib ler ada tudung ni. Tudung raya tuuu.. aku pakai time lain. Ngan baju lain.

Haaa... takat ni je la aku ingat... Yang lelain tu aktiviti biasa je... bawak anak2 jenjalan... melawat sedara mara... makan2... rendang... nasi impit... ketupat... ehhh... ada buat perjumpaan dengan waris keturunan sebelah ayah kat Sawah Ring nuu...

Gitu je lah... Sekian... bye!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Mesin jahit lama mak

Mesin jahit lama mak ni lama dah tersadai kat rumah ayah. Takde siapa usik pon. Berkarat... berhabuk... semua ada. 

Aku takde la minat sangat menjahit ni tapi pernah la belajar kendalikan mesin jahit ni. Mak aku yang ajarkan. Tu pon paksa-rela... hahaha... zaman 'tanam anggur' dulu la, mak aku paksa aku tolong mak menjahit kat kedai. Sebelum ada kedai, mak suh aku tolong mak jahit kelim baju. Time raya je, aku ler jadi pembantu mak. Tukang jahit kelim. De gak belajar jahit tulang belut...


Susah ngko! 


Mana taknya... mak aku jahit tangan kanan... aku lak jahit tangan kiri... haluan jarum tu, sorang ke kanan, sorang ke kiri.. kesudahnya... tak jadi apa! Berbelit - belit aku jahit... hahaha... Fed-up mak... tu yang jahit kelim je tu... Ehh... tapi kan, tak rugi pon sebenarnya kalau kita pandai jahit tulang belut tu.. Dulu kalau tak silap, mak amik upah jahit tulang belut tu RM 6.00 untuk sehelai baju. Sekarang tak tau la berapa dah... 


Bila mak dah de kedai... mak try ajar aku cantum baju... ok la... walaupun herot berot aku jahit ngan mesin tu. Mesin masa tu dah tak pakai kayuh kaki tu dah... hahaha... pakai pedal cam pedal kereta tu. Pijak plak selamba je tekan habis... haaa... jahanam baju! 😝


Bising mak aku! kihkihkih... pehtu dah ok... mak suruh aku belajar jahit kain. Jahit susun lipat kat kain baju kurung tu. Yang tu ok lagi. Leh la catch-up lagi. Tiba tang nak jahit getah kat pinggang... adoooiiiyaiiii...! Hangin aku! Mak aku buat cantik je... Elok je kedut2 kat pinggang tu.... sekata je semua. Aku? ke laut! Jap2 terrr rata tu lebih... jap2 kedut tu yang lebih... last2 aku fed-up sendiri! 


Tu dulu laaa... Bulan puasa hari tu, berjaya jugak aku jahit kedut pinggang tu memolek... hahaha... tak sangka uolls... Tapi terkial - kial gak ler nak tarik getah tu sampai tegang... huhuhu... nak control kaki lagi jangan over sangat pijak pedal tu... kang jahanam lagi...


Puncanya seluar baju melayu anak aku, Si Fa'el tu besar giler! Sebab nak jimat kos alter... seluar tu dah hantar alter sebenarnya, tapi masih besar lagi... sekali alter 8 hinggit. Rugi je anta 2 kali... Masa tu plak dah dekat2 nak raya, tailor tengah sibuk nak siapkan tempahan. Tak dapat ler diorang nak melayan permintaan aku nak alter seluar tu.


Gigih aku alter sendiri seluar Fa'el... berjaya la jugak... walaupun tak pro... haha... boleh la... dapat la dia pakai seluar tu pagi raya.😆


Owhh... aku mintak bantuan Cik Jijah angkut mesin jahit ni dari umah ayah. Kebetulan masa tu dia de sewa lori sebab nak amik katil and almari pakaian dia kat sana. Tu barang2 kahwin dia la tu dulu. 


Ayah suh amik sebab masa tu ayah nak runtuhkan rumah depan. Takde ruang dah nak simpan katil2 kahwin kitorang... haha... tapi aku tak angkut katil tu semua... cabut je, pehtu susun tepi elok2. Aku just tumpang mesin jahit tu je.


Tq to Cik Jijah... pehtu terperam jap kat bilik stor umah tu... sampai jadi cam dalam gambo tu la... anak2 punya keje... semua beg2 tu diorang yang susun.. dah jadi cam kedai dah..😅


Hajat nak de mesin jahit dah tercapai.... yeayy... alhamdulillah... dapat dah... kira harta warisan ler mesin ni... dan aku siap panggil sifu suh ajar camne nak handle mesin ni... jarum apa yang sesuai, kenapa jarak benang tak cantik... bla bla bla...


Sifu tu siapa? 


Mak aku lerrr... hehehe



Selasa, 7 Februari 2017

Jalan2 ke Kenanga Wholesale City

Finally, Januari yang lepas tercapai gak niat nak pi shopping kat Kenanga Wholesale City ( KWC ). Lama dah merancang..  tunggu pulus come in je baru la dapat pi... hehe

Sementara baby ni masih dok lam perut, jom la pi beli pakaian raya bebudak ni... Just standby... raya nanti takde lah pening sangat dah nak shopping bagai.

Tapi just untuk baju jalan je. Baju melayu tu tunggu la bazar malam Ramadhan nanti baru cari... tu takpe... leh cari last minit je nanti...


A'ah... beria sangat Faiq menolak dinding tu... 'tu bukan pintu la dik!'

Ni tengah tunggu husband... dia parking kereta time ni... sebelum tu dia drop dulu kitorang kat pintu masuk ni.

Payah je rupanya nak cari parking kat KWC ni kan? 2- 3 kali pusing tu baru dapat parking...


Sambil menunggu abah budak2 ni selesai parking, diorang leka tengok tu... perghh... bertingkek - tingkek kata orang negeri.

Kasut abang2 tu pun dah nak kena beli dah tu... yang ada tu dah lusuh sangat... pun standby untuk raya gak tu... Malas nak pening2 pale memikir... time ni kasi settle mana yang boleh...


Banyak rupanya lot kedai kat dalam KWC ni.. rambang mata jap nak memilih kedai mana... haha... sambil2 shopping baju anak, aku pon nak nyelit gak... upah untuk diri sendiri lepas penat berlelah kerja... kat rumah, kat pejabat... reward la diri sendiri sikit kan...


Ni kat kedai mane tah... tapi rasanya tengah tunggu rundingan pembelian selipar kulit... rundingan untuk dapat less tapi.... nan hado jekk... kedek lah!

nak tak nak, beli gak ler.. pasal dah berkenan kat selipar kulit tu... husband punya... lepas semua dah settle membeli baru aku beli kasut... sebab kasut pon dah lamaaaaaa tak beli baru... aku amik kasut sarung.. merah menyala!

tu baju budak2 dah settle membeli ngan baju2 aku... baru pi cari kasut husband plak...


Me... sesekali interframe jugak kat blog sendiri... hehe... owhh... si abg long dah pandai sekarang... kasut lain tak mo! dia nak kasut sukan camni untuk raya nanti...

Mata aku berkenan kat adidas yang stripe gold tu... tapi macam dah biasa sangat nampak orang pakai kaler camtu...

aku tak beli kasut sukan... sebab kasut yang ada tu pon tak sempat nak pakai lagi... baru je beli hujung tahun lepas... ingat nak pakai untuk exercise... tau2 dah pegnant.. terperam je lah dalam kotak kasut tu sampai sekarang...


Opal pilih kasut hitam gak... tapi tak ingat brand apa.. dah selamat simpan dalam kotak semuanya... termasuk la baju jalan raya diorang tu... tunggu raya nanti la ekk baru buka kotak tu...

tu kasut ikan siakap... 

kasut Fa'el camtu la... siap ada lampu lagi kat tapak... hehe... marah sangat Fa'el bila aku panggil kasut ni kasut ikan siakap... hahaha... tak betul ke? cer korang yengok ikan siakap yang dah buang sisik tu.. tak sama ke cam kasut tu? kih3...


Yang lonjong hitam tu sengaja aku letak... sorok muka husband tu sikit... muka aku takpe... tuan tanah... ikut suka hati aku la kan... ni tengah membayar la ni...

sebelum kitorang masuk, kedai ni punye la lengang... tapi lepas tu... ehh... ramai la pulak yang masuk... dah ler jurujual tu sorang je... kelam kabut amoi tu nak melayan... 


dah selesai menyopping... makan time!

lapar giler! sebab menahan dari memula sampai.. masa ni dah kul 2 lebih kot... Opal minta laksa... Fa'el minta nasi goreng kangkung... aku pilih nasi ayam... share ngan Faiq... dengan harapan biar Faiq tu makan banyak... tapi takde maknanya!

Aku gak yang kena makan semua tu... Faiq? Lebih banyak teguk air... Macam haus sangat... padahal mendukung je dia dalam KWC tu... ish... ish.. ish... aku sesekali je mampu dukung dak sorang ni... perut mak ngko ni dah ke depan dah, Faiq!




Note : 

Dalam senyum ketawa...
hati aku masih terasa sakitnya...





Selasa, 20 September 2016

Raya haji, macam macam yang sakit...

Dah lama cuti... bila start keje tu... ramai je yang tanya...

'raya hari tu pi mana?'


'camne raya?'



'waaaa... untung la cuti raya lama lama...'



'syoik la... cuti hari tu raya sakan...'



Walhal... hakikatnya... huhuhu.... ni dia aku nak cerita...

Memang ler aku cuti lama... asal ehh nak cuti sampai rabu minggu raya korban tu gak... khamis tu rasa meronta ronta nak kerja tau... hahaha... poyo! padahal dalam hati tu sebenornya berbolak balik tu.. betul ke nak keje ni? malas pon hade nih... nak keje ke tak? nak kojo ko tak? kannnnn.... gitu ler kekdahnya...

hari mantai

masa ni tengah tengok tengok kan Faiq... kalau tak, dia masuk tengah tengah tu... mengacau abang3 ehh main badminton... takut je kena tepek kat reket tu sedasss... ado plak yang lobam kang! haaa. naya!

riuh rendah budak2 ni main badminton... macam nak gaduh pon ada gak... aku layan ler gak sekejap... sebelum Faiq datang, peluk sebelah kaki aku kuat2.... ish... ish... ish... sebelum mak dan anak ni tergolek berdua kat tepi tu, baik aku berenti....

semalamnya, beg susu Faiq tertinggal kat pejabat... hari mantai ni... gigi pulak laaaaaaa yang sakit!

tergigit daging liat... dah tu, tau gigi sakit... makan lagi! lagi la menjadi jadi sakit tu... oihhh... ngilu... berdenyut2 gigi ni... biasanya sakit kejap je... kali ni.... buat la ape pon... tak hilang pon sakit tu... berus gigi dah.... floss gigi pon dah... taaaak hilang ngko! saaakit!

sampai rumah mak, mak pulak tak sihat... 😓


demam... muntah muntah...kepala rasa berputar - putar... kata mak... pagi tu mak dah pi klinik... kena cucuk katanya... tak tau la sakit sebab apa... tekanan darah ok... tu kata doktor kat mak... mak plak cakap kat aku... alahai... sian mak.

tapi pagi raya haji tu, mak ok dah... aku je yang tak ok lagi... telan actifast pon tak selosai masalah... sakitnya ya Allah!!

oiiihhh... lama dah tak sakit cenggini.... kali ni lagi teruk rasanya.... bengkak pipi aku!


nampak... gambo pon sipi sipi je... yang bengkak tu sorok tepi... bahahaaa... ni baru pas tengok hasben berlalu menuju ke balai Pilah... bagi tujuanmembantu mereka di sana melapah lembu... hahaha...

mak suruh pi klinik je... cabut je long! dari ko simpan gigi tu... ko je yang menderita!

perghh... ayat mak!... tapi memang sakit giler lah kali ni.... naik ke kepala sakit ehh... tu yang tersembam je sepanjang hari... time hilang sakit, aku jengah gak mak buat keje kat dapur.. tolong2 mak... mak pun baru nak elok tu... time sakit.... tersemban balik kat ruang tamu... tenyeh2 je pipi tu dengan bantal... kononnya nak ilangkan sakit le gitu... haghammmm....

nak pi klinik time cuti umum ni... alahai... ado ko klinik yang buka time2 ni? terkenang pulak, poket pon tengah 'sakit' nih.... huhuhu... nangis!!

cerghh.... semuo ehhh serbo sakit niiiihhh....


gambo ehsan dari hasben... tu dah siap melapah dah tu... ingat nak minta dia balik cepat, beli kan panadol actifast lagi... rupanya, ado lagi tempat yang mintak tolong dia lapahkan lembu korban. redha je lah tunggu dia balik...

tu pon dia cakap... 'tak elok makan panadol actifast ni bebanyak...'

nak buek camno.... sakit uiikk... bukan sikit2... tak leh lolap tau... last2 tanye kat cik Jijah pasal ubat susut bengkak... menonjol benar bengkak ehh...

dah malam baru hasben balik, bawak skali ubat susut bengkak papain tu dengan pain killer... beli kat Alpro Bahau tu...


macam macam ada kan? tapi semua tu aku mampu tengok je... time hilang sakit, baru dapat makan... seco'et... ketupat segera dengan sup tulang mak je... daging kat tulang tu... mashaallah... lembut giler!

sesuai sangat kat aku yang tengah sakit gigi tahap gaban ni... memang lembut! mudah hadam gitu! hehehe... tu je lah.

petang raya korban tu, cadangan asal nak pi rumah ayah pulak. tido sana... tapi sebab gigi dah cedera tu kan... aku stay kat rumah mak. nekad, esok ( selasa - hari kerja dah tu ) nak pi cabut gigi ni... sakit dah sampai ke urat kepala... tak tahan oiii...

kebetulan klinik Gan tu dekat sikit dengan rumah mak, tu yang tak jadi balik rumah ayah malam tu...


selasa tu... aku telan ubat tahan sakit dengan susut bengkak 2-3 jam sebelum pi cabut... 2 hari dah menahan azab... cabut je lah... bak kata mak aku...


sakit tak cabut gigi?

perghh... tak cabut lagi sakit! baik cabut je... doktor otai tu memang terer.... 2 kali dah aku datang klinik ni... stakat cucuk bius tu... alah... cam kena gigi semut je... sebab dia just cucuk kat kulit gugi tu je... tak kena pon gusi... tu yang tak sakit sangat... time cabut lagi la tak sakit. tapi sebab gigi aku dah 2 hari sakit, doktor tu gitau awal2 sebelum cabut...

'sebab gigi you dah 2 hari sakit, ni bila kita cabut... you akan rasa sakit sikit... kalau sakit nanti, you angkat tangan... so saya stop...'

tak sakit, tapi lebih pada rasa ngiluuuuuu sangat! gusi yang bengkak tu.... makan masa nak susut...

balik rumah ayah malam tu lepas cabut gigi, mampu masak ala kadar je... nak makan pon tertelan telan darah lagi... lambat plak kering darah tu... terpaksa gak ler telan ubat yang doktor tu bagi... owhh... kos cabut gigi  dengan ubat 2 jenis... RM 40.00.

memang aku tak masak rendang kali ni.... langsung tak... biasa kalau balik kampung, aku masak ler jugak rendang... tapi kali ni sebabkan gigi punya hal... aku banyak melepet je... makan pon tak berapa nak hadam...



rabu pagi dah balik Seremban, sebab petang tu Opal ada temujanji kat Klinik Pakar Gigi HTJ Seremban...

Khamis tu... aku EL... bengkak tak susut lagi... gusi pon sakit lagi...


hahhh... kali ni aku tak lupa sekodeng koko ayah... kot de yang dah masak, boleh ler bawak balik... lamaaaaa orang tu mintak... tapi sori la wie.... koko ehh ado... tapi bolum masak.... mudo mudo lae semuo ehh... lum ado joki kau lagi Wie.... sabar je lah ekk...


itu la kisahnya yang aku cuti lelama tu... takdenye nak berjalan makan angin ke ape... banyak melepet kat rumah je... menahan rasa 'best'nya sakit gigi... huhuhuuuu....




Ahad, 11 September 2016

Cuti Raya Aidiladha


Cakkk.... Aaaa... Cuti tak raya haji ni? Balik kampung tak? Lancar ke perjalanan semalam?

Aku kat rumah mentua lagi... Tengah tunggu biras aku, kak Wani tu balik dari beli lauk. Jap lagi nak masak lauk tengah hari... Aku tolong ler mana yang patut kang...

Gambar atas tu salah fokus sebenarnye... Yang betul, gambar kedua ni...

Pangkin mentua aku. Ada macam kon tu kan... Dari mula aku dok perati... Apa lah yang ada kat dalam tu... Asyik bergerak je... Lurus ke depan je plak tu... Nampak rare... Harus aku abadikan dalam kamera phone... Banyak mende rare kat rumah mentua ni... Hehe


Sambil tu sekodeng diorang tu... Nak angkut lembu masuk dalam lori... Yang badan merah tu jinak... Lepuk lepuk sikit punggung dia,terus je lembu tu lompat atas lori...

Tapi yang putih tu payah sikit... Nampak macam degil pulak...haha

Kena lepuk lepuk pon melawan lagi tu... Hasben kata lembu tak bertanduk camtu payah sikit nak tarik atas lori... Kalau kuat sangat takut lembu tu mati terjerut... Tak pon lembu boleh lolos... Sebab tali tu boleh senang senang je tu tercabut...

Haha... Betul la.... 1st time tak berjaya... Tali tu lolos... Lembu tu lari turun balik... Siap bagi penendang lagi kat orang yang dok lepuk lepuk bontot dia tadi... Hamik kau!!!

Katanya... Kot! Hahaha....


Kali ketiga baru dapat tolak naik... Pon payah je tu... Kih3... Kecoh je kan, pasal lembu pon nak buat entry... Lari betul dari tajuk entry... Tapi.. Eh... De gak kena mengena tu... Kalau tak sebab cuti raya aidiladha, takdo lah esey dapat nengok aktiviti camtu...

Tengok sama2 ngan Faiq... Dia yang paling teruja... Uihh... Suka betul dia... Eeeii... Uiii... Eiii... Mak, Buuuu.... Boooo....

Pak mentua dah bising kat belakang tu.... Kelapo takdo orang nak perah... Hmmm.... Ngko rasa? 

De orang order lemang kat pak mentua aku... Jangan nak order kat aku pulak... Sori, aku tak layan haaa...

Cauwww dulu.... 



Jumaat, 22 Julai 2016

Raya 2016 : mak kau hijau!

Laaaaamaaaaaa aku cuti dari kerja jawab survey... dah berderet2 dah mesej utk survey dalam email... OMG!!!

tak tau bile nak start balik... aduihh...

Raya tahun ni rasanya biasaaaaaa je... cuma malam raya tu meriah sikit... meriah sebab melayankan cucu wak sebelah rumah ayah tu... ye, cucunya Wak Tamam. Riuh!!!!

Sebaya je ngan Fa'el... tapi dia punya petahnya bercakap.. mak oiiii.... kagum jap! hahaha...


Tuuu yang baju merah tu... malam raya tu dia datang rumah... tu pun lepas kitorang dok panggil2 dia.... dia datang ngan atok dia... 

tapi bila dia baru nak cecah kaki naik ke beranda rumah ayah, atok dia bantai pi lari tinggalkan dia sorang2 kat situ.... hahahaaaaa...

terus dia cabut lari gak! 😁


aku memang suka gambo candid macam ni... neutral sangat... heee

masa tengah bergambo ni, wak Tamam datang. de la gambo kami dengan berlatar belakang wak Tamam... hehe

so lepas je bergambo... ayah beraya ngan wak Tamam... snampak sedih je air muka Wak ni... 



well... Wak Tamam ni dah makin mudah terlupa... lebih2 lagi pada perkara2 baru... mau diulang - ulangnya dia bertanya... tu kata hasben aku yang gemar bersembang ngan Wak Tamam ni.

gemar sebab Wak ni rajin bergurau... no heart feeling la kata orang!


Raya kali ni, kitorang je yang hado pon...  mak ngah bebudak ni ngan wife pak lang depa tengah sakan berpantang... tak dapek nak berayo sakan tahun nih... hihi

huduhnya gaya berdiri aku tu... selipar tuuu... raya pertama je aku dapat pakai! lepas tuuu..... huhuhu.... sedih makcik nengok!

esok pagi tu aku tengok talinya dah hampir nak tercabut! tah sape la punya angkara.... 


lepas ayah beraya bersalam dan maafan dengan Wak Tamam, kitorang pulak bermaafan dengan Wak Tamam.


lepas tu kitorang gerak pi Batu Nam... masa ni ler kitorang dengar si petah tu jerit kat Fa'el,

mak kau hijau...

mak kau hijau...

mak kau hijau...!

hahahaaaaa... budak bertuah tu memang! sempat lagi tu dia jerit camtu... mentang2 la aku pakai baju hijau...


untung jadi budak2 ni... agak2 rasa nak landing... tak kira rumah sape.... landing je! siap guling2 bagai...

tu Fa'el... pantang de kartun... ngadap!


baju kurung kuning tu... makcik aku.... Acik Faezah namo ehh... tiap2 tahun memang rumah dia ni la tempat adik beradik ayah tak kira yang kandung or yang tiri... sini lah diorang berkumpul...

masa tu arwah Opah ada... sihat lagi masa tu...

yang serba hitam tu, Acik Fadzilah... tu anak tiri arwah Opah... walaupun takde hubungan darah ngan acik Faezah dan ayah.... tapi tetap rapat... macam adik beradik betul...

dan tahun ni... walaupun arwah Opah dah takde... kitorang tetap pi jengah Acik Faezah ngan anak2 dia... dah biasa gitu...

aku pernah dengar, bila mak abah dah takde... hubungan adik beradik pon sama renggang! kadang ada yang tak jumpa langsung... ada plak, bila raya macam ni tak mo dah balik kampung...

nak buat apa? katanya...

mak dengan ayah bukannya ada lagi...!?

padahal tak salah pon, keep on going datang menjengah... berhimpun ngan adik beradik kat situ... kan?


tu perjalanan pergi... otw balik tu kitorang ikut jalan lain... ayah and adik balik Serting... kitorang sekeluarga terus gerak rumah Pilah...

sempat lah raya rumah kak ipar ( kak ngah ) aku...

malam tu aku ngan anak2 tido rumah mentua... hasben terus pi kerja... malam tu ramai gak yang datang beraya kat rumah mentua... aku tolong2 je mana yang termampu... ngan melayankan ragam anak lagi...


opal leka dengan lori mainan... Faiq plak manjanya ngan akak sepupu dia... Fa'el je tak termasuk dalam gambar ni... dia de kat tepi...

yang lelain tu semua sebahagian dari anak2 Kak Long hasben... maya, amar, yayah, piya, uppa... yang sorang lagi tu lupa plak... hehe... maaf ya... nanti mak uda try ingat semula ye...

sekian sudah episod raya pertama tahun ni...

tak banyak kisah... tempat beraya pon tak banyak kali ni... sebab adik beradik hasben dah beraya sakan reramai pagi raya tu ke rumah sedara mara sekitar rumah mentua tu... rugi gak tak dapat join... huhu...

takpolah... lain tahun boleh join kot... inshaallah... selamat hari raya semua... maaf zahir dan batin!








Rabu, 13 Julai 2016

Tak dapat cuti raya tahun ni

' Tak dapat cuti raya tahun ni...'

tu la whatsapp hasben pepagi lepas masuk kerja hari tu... apa diaaaa?? 😱😱😱

tak cuti?

hahaha... drama dah tu kan? tak payah drama sangat lah... sebab awal2 lagi memang dah tau dah... bukan tak biasa, laki kena kerja time2 raya... 


2 hari sebelum raya tu, lepas je hasben habis kerja... kitorang terus gerak balik kampung. tahun ni nak tak nak, kena jugak ler hasben bawak RXZ nya tu balik kampung.

kena lah aku drive sendiri... ngan anak2 lerr... dan segala macam beg dalam keta tu...

tahun lepas tak jadi nak bawak RXZ tu... tapi tahun ni tak leh nak elak... lebih2 lagi minyak naik ngam sebelum raya... hebat betul!


motor tu hasben parked kat rumah mak abah dia... nanti nak pi kerja, baru ler bawak motor tu... kereta plak parked kat situ....

jimat masa... jimat minyak.. jalan Pilah ke Seremban tu kan ke selalu jammed time2 cuti camni... kalau pakai kereta kang, kena kluar awal... kalau tak kang, sangkut!

kalau tak sangkut pon, mengesot ngesot... jap jap brek... jap jap brek.... kalau dah macam tu, kan ker lagi cepat minyak susut... camno nak jimat kalau dah camtu?


kipas besi tu... best wooo!

de duit lebih nanti nanti, ingat nak sambar satu... tengok kat kedai hari tu de la dalam RM 200 plus plus... tapi hasben lak berkenan ngan kipar air tu... 

hari mantai tu kan... ya ampun! panasnyaaaaa... lain macam lah!

hasben keje siang tu... so aku ler ngadap anak2 layan kerenah diorang... adeiihh... dah rasa macam budak2 plak... tengok Faiq teguk air tu... ya rabbi... tekak ni macam terjerit2 je nak minum sama... puasa oiiii...............

yang abang2 Faiq lagi lah... kejap2 kang masuk bilik air... mandi... jap lagi kang... mandi lagi... ehh... ehh... bebudak ni...

mandi ke apa tu?!! asyik kluar masuk bilik air je dari tadi.....

mandi mak!!!!

batal pose korang kang!

dah hujung2 nak berbuka tu plak kisahnya... puas ler kitorang tunggu azan... ni semua dah ngadap makanan dah ni...

Fa'el dah merengek tak tahan... mak, lambat lagi ke nak berbuka ni?

aloloh... tak sampai 10 minit lagi nak berbuka masa tu baru dia merengek camtu... selama hari ni takde plak dia macam tu... hehe

tunggu punya tunggu, tah bila nak azan ni? kalau ikut jam memang dah boleh buka tapi nape tak azan lagi orang surau ni?

nasib ler cik Guyu jengah kat pintu dapur tu... sayup2 dengar azan masjid... dah nak habih azan dah.... cerghhh... sian Fa'el... selalunya azan surau ni ado dilaungkan. terang dan jelas sebab dekat je ngan rumah... masjid tu jauh gak ler.... haduiihhh... sabar je lah!


lepas berbuka tu, pak ngah dan pak lang bebudak datang rumah... nak main mercun ngan bunga api... suka lah Opal ngan Fa'el... diorang memang tunggu je orang pelawa.. nak harap kat aku, tak dapat der... baik aku beli makanan je... lagi bagus!

tu wife masing2 tengah sakan berpantang ler tu... nasib ler jugak rumah mak tak jauh dari rumah ayah ni... nak main mercun kat rumah mak kang... melalak plak dak2 kecik tu, kan?!

tu yang masing2 lari balik rumah ayah... hah... main ler mercun ngan bunga api tu pepuas... aku tengok kan je... perati kan yang kecik tu.... sama sibuk nak tengok abang2nya main....


cakkk...!!

tu air tangan aku semua tu.... sambal kacang.... rendang ayam... redang daging pedas! dua2 rendang tu rendang nogori.... 

cik Guyu buat gak rendang... rendang Johor!

tiap2 tahun gitu ler... mesti nak kena ada 2 jenis rendang ni.... sambal kacang tu akhirnya mendapat pujian dari hasben... yeeehaaaa! hew hew... kembang idong! kih3

tahun2 lepas asyik kena kritik, tahun ni akhirnya dapat gak pujian... hahaha.... licin kuah kacang aku!


ketupat ni untuk kitorang je... sebab ayah sorang je anyam... agak ehh malas nak tunggu kitorang... sampai je umah ayah, dah siap dah selonggok dalam bakul tu... tu yang tak banyak tu... untuk balas juadah jiran, ayah masak ketupat segera...


juadah dari jiran tetangga... paling aku suka bila diorang hantar kuah lodeh... makan ngan ketupat... tuang sambal kacang... perghh... dappp! cuma takde telur rebus je... takpe.. boleh je tu kan?

macam2 ado tu haa... kari ayam... sayur lodeh kering, gulai lodeh.. sambal kacang.... tak terusik roti john kat tepi meja tu... hehehe


budak sorang ni, time2 malam raya ni dok cari maggiiii jugak... maggi tomyam royale plak tu... ehh.. ehh.. ehh... ngadap ler dia dua beradik ngan Fa'el kat dapur tu... Faiq je tak join.. leka dok main2 je...


dapat gak aku siapkan juadah tu awal.... tapi tetap tak dapat tidur awal... leka dok menggosok baju sampai 3 pagi... sambil2 tunggu kan cik Guyu... daging rendangnya lum empuk!