Selasa, 24 Mac 2020

Arahan bertukar ke department baru

Salam...
Pejam celik, pejam celik... Dah seminggu dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan. Bermula dari 18 mac 2020 sehingga 31 mac 2020. Usaha kerajaan kita nak kekang penyebaran virus Covid-19. So, cik Lady harap makin ramai akan sedar dan patuh dengan arahan. Tolong lah, patuh lah... Duduk lah rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Bukan untuk orang lain, tapi demi keluarga kita jugak. 😢... Cik Lady terkilan sebab masih ada yg ambil mudah dengan arahan Kerajaan. Why? Kau mintak macam2 dengan Kerajaan, tapi bila Kerajaan minta patuh arahn ni... Kau tak boleh patuh. Why?

Sori... Cik Lady sedih. Terkenangkan anak2 para doktor dan nurse yang rindukan mak ayah mereka... Terkenangkan betapa letihnya front liner tu berjuang. Semoga Allah merahmati mereka, dan pelihara mereka sentiasa. Aamiin

Cik Lady sekarang dalam mode STANDBY. Dengan erti kata lainnya, WFH - work from home. Tapi tu la, Cik Lady ni baru lagi di department sekarang. Tak banyak cik Lady dapat bantu staff di tempat baru nih. 😅... Ye betul, Cik Lady masih dalam mode NEW... Hehehe... Cik Lady diarahkan bertugas di tempat baru minggu sebelum arahan PKP dikeluarkan. Baruuu sangat. Seminggu pertama di tempat baru, cik Lady macam layang2 terputus tali... 😅😅😅... Cik Lady ganti staff kat situ tapi disebabkan dia extend seminggu di situ, cik Lady takde tempat nak duduk. So, dengan izin bos baru... Separuh hari cik Lady di situ, separuh hari lagi Cik Lady ke opis lama. Opis baru dengan opis lama ni jauh ler jugak sebenarnya, tapi gigih jugak pi ke pejabat lama sebab ada kerja blom selesai.. 😁😁...

Tapi kesian partner cik Lady kat department lama tu. Dia paling terkesan bila Cik Lady dikeluarkan dari situ. Sedih betul dia... Selama bertahun ni, kitorg berdua je pi mana-mana. Tetiba kali ni, terpisah... Sedih kot... Daripada kawan sekerja je, dah jadi BFF... Sedih... Cik Lady sedih tapi tak dapat nak tunjuk depan dia. Cik Lady nangis sorang2 kat rumah sehari sebelum lapor diri di tempat baru😭😭😭... Banyak moment yg best dengan dia dan kawan2 di department tu. Dah macam keluarga dah... Dorang banyak tolong cik Lady sepanjang cik Lady bertugas kat situ. Terima kasih kawan2...

Owh... Dorang de buat jamuan perpisahan. Minta maaf, cik Lady tak nangis masa bagi ucapan😅... Sebab staff yg bagi ucapan seblum turn cik Lady dah nangis2. Masa tu cik Lady terdengar kawan merangkap BFF wannabe Cik Lady cakap "kejap lagi dia pon nangis la tu"... Lepas tu dia gelak gelak... Hahaha... Hampeih... Cik Lady baru je nak feeling...🤭🤭... Terus tak jadi sedih... Dah dah... Hishh...


Okey... Sekian dulu... Tu kisah seminggu pertama ditukarkan ke department. Tune kerja lari tapi mujur la pegawai2 kat situ faham. Dorang la yang guide tentang tugas2 Cik Lady nanti based on pengalaman Cik Lady sebelum ni. 

Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


Khamis, 6 Februari 2020

Susulan dari telinga Faiq yang berdarah tu

Salam 2020,

Dah sebulan kita kat tahun baru ni kan... teringat kat lagu zaman budak - budak dulu... Korang yang membesar era tahun 90-an mesti tau la lagu ni..

Wawasan 2020...
Satu pandangan jauh...
Bukan impian malah kenyataan...
Bersama kita jayakan...


Hah... lebih kurang camtu la yang cik Lady ingat. Heheh... malas nak google lirik sebenar... saje... nak test ingatan... korang xpe lah... korang rajin kan..google lah lirik sebenar lagu tu.. 😊

Hah.. hah... tahun 2020 ni, cik Lady nak sopankan sikit bahasa diri. Dulu cik Lady bahasakan diri as AKU je kan? De la beberapa entry tu cik Lady gelarkan diri as ACIK... tapi macam tak kena... perkataan aku macam agak kasar untuk korang... kalau sesama kawan yang cik Lady dah biasa, memang di AKU AKU kan je.. Tapi dengan korang, macam tak kena jek...

Ni pasal telinga si Faiq yang berdarah tu kan...

Alhamdulillah... sembuh dah...

Tapi lepas kejadian tu, ingatkan dah takde apa masalah dah.  Rupanya, ada... Susulan daripada kejadian tu, Faiq memang tak bagi sesiapa usik telinga dia. Trauma la tu... tak lama lepas sembuh tu, cik Lady perasan yang dia tak bagi langsung cik Lady usik telinga dia. Nak lap sekitar telinga tu lepas mandi, dia tak bagi... Menangis. 

Sakit katanya...

Bila bawak ke doktor, doktor suluh... Hmmm... ada darah beku plus taik telinga. Agaknya sebab dah keras dalam tu, sakit la bila tergeser. Doktor bagi ubat titis, untuk lembutkan isi perut dalam lobang telinga Faiq tu... memula tu, meraung - raung gak ler dia... trauma!

Puas pujuk, baru la dia bagi cik Lady titiskan ubat tu. 3 hari berturut, tekun cik Lady bersihkan telinga dia. Baru la dia ceria balik. Baru la dia bagi cik Lady lap2 tepi telinga dia. Kalau takkkk... masyaAllah!!