ha3... meloncat lah para cikgu bile baca tajuk entry aku ni nanti... muahahaa... Ni bukan kisah ustazah - ustazah Opal...
Tapi ni kisah yang aku dengar dari officemate yang gi uruskan anak2 diorang semalam... Kak Za.. anak no. 2 dia baru masuk darjah 1 semalam. Walaupun yang sulung dah de kat sekolah yang sama tapi Kak Za nak jugak perhatikan hero no. 2 dia tu...
Ni yang dia cakap...
Cikgu punyer la garang kat budak2 darjah 1 tu... termasuk anak2 dia. Mentang2 la budak2 tu baru masuk, cikgu nak tunjuk garang... (de sebab la tu cikgu kena garang )
Cikgu suruh bebudak tu nyanyi lagu : lagu NEGARAKU, lagu NEGERI dan lagu SEKOLAH... tapi dalam masa yang sama cikgu2 tu takde sorang pon menyanyi.. aiihh.. camtu ke cara cikgu mengajar? garang je lebih.. tapi macam mak ketam... suruh anak jalan betul tapi dia pon sama jalan senget... amende la..
Ni lagi 1, cikgu takut2kan anak murid. Gini citernya:
Cikgu cakap kat anak murid, dulu ade sorang murid masuk bilik air sorang2.. tiba2 de orang lelaki kurnug budak tu dalam bilik air tu... ok... full-stop
Kesannya, anak2 murid ramai yang terpaksa tahan kecing dari pagi sampai habis sekolah... balik rumah masing2 berkejar pi bilik air... mujur tak terkencing dalam seluar...
Tah hape2 la cikgu tu.. kalau ye pon de la pernah terjadi macam tu, tak payah la citer jujur sangat. Cube la cakap camni jer :
"Nak gi bilik air boleh tapi mesti ada kawan teman !"
Kalau la de anak murid yang cerdik bertanya kenapa, jawab jer la
" Kalau de kawan lagi bagus. "
Cukup... nak jawab lebih pon boleh tapi agak2 la... ni tak.. kan ke dah menyiksa murid2 bile citer camtu...
Tapi.. ye ke pernah jadi macam tu? Setahu aku sekolah tu sekarang ni dah lengkap dah dengan kamera keselamatan. Bukan 1 jer... tak tau la berapa bijik kamera tapi yang aku nampak kat luar sekolah tu je de 2 kamera keselamatan.
And takkan la keselamatan terlalu longgar sampai orang luar boleh duduk bersenang - lenang kat kawasan sekolah tanpa urusan ? Betul tak?
Haa... cikgu nak bagi alasan ape? kalau cakap camtu nanti diorang pi ramai2 plak ke toilet? Ala..had kan la... limit 2 orang je leh keluar kelas... nak ketat lagi... pakai pass... 2 pass je.. kuar amik pass, bile dah masuk semula kelas, bagi balik pass tu...
Tu yang sekolah aku praktik kan dulu la... tapi yang pass tu biasalah... kalau dah budak2, confirm la de yang hilang. Tapi part yang gi toilet berdua tu berkesan rasanya...
argghh.. sori, aku cume bagi pendapat aku jer... mintak maap kat cikgu2 kot ade yang terasa ke... tersinggung ke..
Note : sampai sekarang aku masih ingat kat cikgu aku masa darjah 1 dulu. Cikgu Zaleha nama dia. Putih gebu... Lembut jer orangnya... tak garang tapi tegas... Walaupun takde gambar, wajah dia tetap segar dalam ingatan....he3
9 ulasan:
budak2 sekranag dh bijak.cikgu pon kena lah bijak.jgn mcm ketam ajar anak bejalan.haih.besar sebenarnya tanggungjawap guru ni.
hehe.. saya hanya tersenyum membacanya... entri yang terbaik utk menyedarkan para guru terutamanya saya agar lebih peka dalam personaliti... kerana guru adalah insan yang menjadi perhatian masyarakat..
Insya Allah, saya sendiri pun akan sentiasa muhasabah diri dalam dari segi perlakuan, dan tatasusil dama mendidik anak2 bangsa..
dtg dr entri cikgu gen2merah..
bkn semua cikgu macam tu,ada sebilangan kecil.perkara ni normal,bukan saja profesion guru,kt mana saja kita boleh jumpa manusia yg spt ketam ini..ini kadang2 bkn kerana profesion tp kerana sikap,perlakuan dan tatasusila individu..
hehe bkn nak bela cikgu,sy bkn cikgu ok.hikhik..
apa pun entri ni bagus utk menyedarkan cikgu2 diluar sana..:)
rara : semakin berubah zaman, semakin berkembangnya teknologi, semakin besar dan mencabar la tugas guru... salute to all teachers.
Gen2Merah : Saya takde niat nak hentam guru, itu cuma luahan hati beberapa orang ibu di pejabat saya dan saya sekadar berkongsi di sini melalui luahan mereka. mungkin kalau saya di tempat mereka, luahannya juga sama.
Lagi pon, istilah ketam mengajar anak tu bukan dalam bidang perguruan jer, jabatan saya pon ape kurangnya...macam tu jugak jabatan... mesti ada kepincangan kecil semacam itu...
Puan Kutu : salam kenal. terima kasih kerana sudi tinggalkan komen puan di sini. macam yang saya katakan pada Gen2Merah tu, itu cuma luahan hati ibu2 dan saya ingin kongsikan di sini.
Betul, saya tak kata semua guru begitu. Mungkin hanya segelintir sahaja dikalangan guru yang begitu. Maaflah kalau ada guru - guru di luar sana terasa.
alahaiii siannya dkt ank2 sampai saggup tahan dr g tandas... hihii
Salam kak... alaalala.
Maaf ye. Sebenarnya ada salah faham di sini. Saya takda niat pun tulis entri tu sebab tak puas hati dengan ibu bapa. Entri yang saya hasilkan sekadar untuk menyedarkan semua guru termasuk saya agar lebih bersedia dengan cabaran alam persekolahan. kerana guru sentiasa jadi perhatian masyarakat.
Entri akak di atas ni saya cuma jadikan contoh je. Takda niat apa pun.
Maaf kan saya banyak2 ya kak kalau terasa.. Nanti saya ubah pasal entri saya tu.. sori dan mohon maaf banyak2 atas segala keterlanjuran. Maaf juga buat kawan2 yang secara x langsung datang ke sini dr blog saya... maaf sekali lagi..
Gen2Merah :he3... saya tak terasa pon.. tapi seronok sebab dapat bertukar - tukar pendapat kat sini.. tapi akak yang takut golongan cikgu terasa...he3..
Catat Ulasan