Isnin, 30 Januari 2012

Doa buat my FIL... buang batu karang secara pembedahan

Semoga pembedahan itu berjaya..

Hari ni beliau akan menjalani 1 pembedahan agak serius... untuk membuang sisa saki baki batu karang dalam buah pinggang beliau..

2 tahun lepas beliau sebenarnya dah pun menjalani 1 rawatan menggunakan lazer tapi lepas beberapa lama, sakit tu datang balik... ( Masa tu pembedahan dibuat di hospital melaka. )

Nak kencing terasa sakit... kencing tak puas.... dan berdarah... Siksa tengok keadaan beliau...

Bila diperiksa semula, rupanya masih ada sisa batu2 karang yang tertinggal dicelah2 daging... yang itu la tak dapat dikeluarkan melalui kaedah lazer... 

Malam tadi, hasben dapat call dari Kak Cik, kak ipar aku... dia mintak hasben tunggu di hospital temankan pak mentua. Sebenarnya, Kak Cik dah sedia nak tunggu abah kat spital tu. Siap amik cuti 3 hari lagi tapi....

Doktor tak mahu waris perempuan.... Diorang nak waris lelaki yang tunggu... hmmm... 

Jadi, pagi ni hasben bangun seawal 4.30 pagi sebab nak kena rush balik pilah amik mak dia dan terus pi ke KL...

Doktor cakap, pembedahan ni ambil masa yg lama utk abah sedar semula. Harap2 semuanya berjalan lancar... Semoga abah kuat supaya cepat sedar dan boleh sembuh semula.... insya-allah.

( pembedahan kali dibuat di Hospital Selayang... )

2 ulasan:

Kamalia berkata...

semoga semuanya berjalan lancar ye kak..semoga FIL akak cepat sembuh..

skuterlady.blogspot.my berkata...

kamalia : insya-allah