Khamis, 22 September 2011

Rumah Peninggalan Arwah Tok Ayah

Dulu rumah Tok Ayah ni cantik jer… Ye la… Walaupun takde la pure cantik tapi tetap aku anggap cantik.

Dulu masa arwah Tok Ayah dengan arwah Tok Mak hidup lagi, rumah ni molek jer. Dengan anjung nyar… dengan lamannya yang kemas bersih…

Ohh… ingat lagi… tepi rumah tu ada 1 pokok rambutan. Besar dan tinggi. Tempat teduh motor kapok dan kekadang bila kitorang balik, kat situ la kitorang bermain.

Sebelah dengan Tok Ayah, mak ngah buat rumah dia. Memang rapat la ngan rumah Tok Ayah. Belakang pulak, ada jamban curah.

Dulu mana ada jamban pam cam sekarang ni. Tu pon kan, seram woo… Jamban tu kat luar ko! Memalam memang seram la kalau nak berak. Ngan jauh terasing, gelap pulak tu… Hu3… Seram... Korang bayangkan jer la jamban yang Johan Rajalawak gunakan dalam citer ‘Hantu Kak Limah’ tu… Ha... macam tu la. Sebijik!

Bilik mandi pon kat luar. Asing. Bukan letak dalam rumah cam sekarang. Divided 2 bahagian. 1 tandas lelaki, 1 tandas pompuan…he3…ada jantina ko tandas tu.. Limit guna cuma sampai 10 malam je. Lebih dari tu bukan tak boleh tapi bimbang kalau ada ‘makhluk’ lain muncul bertenggek… hu3…sadis… Keras sampai ke pagi ler jawabnyer… Takut punyer pasal !

Memang rumah tu a bit scary tapi masih tetap cantik dalam hati aku. Kat rumah Tok Ayah tu la aku dilahirkan. Bau rokok Dunhill tu dah jadi ‘pewangi’ wajib bila time adik – beradik mak aku balik berkumpul. Lupa nak gitau, Tok Ayah and Tok Mak tu mak ayah pada mak aku.

Tapi, since Tok Ayah and Tok Mak dah takde… Baru sekali jer aku ke sana. Tu pon sebab nak pi lapor diri kat JB. Ye lah… Kulai kan dah dekat dah ngan JB. Aku singgah tido rumah mak ngah masa tu. Dah malam kan… penat plak tu, takde masa la aku nak merayap keliling rumah tu. Siang tu je aku dapat tengok jap. Masa tu laman depan masih clear lagi. Tak semak samun.

Tapi sekarang…korang tengok la…memandangkan gambar lama rumah tu takde ( dulu tak terpikir pon nak amik gambor rumah tu untuk buat kenangan.. ), aku cuma tunjukkan gambar sekarang jer la ye…hmmm

rumah

Tak tau la nape sampai macam ni jadinya rumah ni… Elok – elok rumah tu warna putih, dah jadi macam apa tah…macam – macam kaler ada…

rumah1

Yang ni pulak gambar sekitar jalan depan rumah Tok Ayah. Rumah Tok Ayah ni lebih rendah dari jalan. Sebab tu kalau korang tengok, rumah tu macam kat bawah bukit jer.. Jalan kuar masuk ke laman rumah tu memang a bit curam.

rumah2

Entah la… tetiba masa aku edit gambar ni, hati aku jadi sebak… kenapa ek? Emo pulak tetiba…haihh… ni aku amik masa raya hari tu. Lepas ni tah bile pulak la nak ke sini lagi. Nak datang selalu pon tak leh jer. Jauh woo… Kulai.

Korang tau kan kampung Mawi kat ner? ha… Felda Taib Andak nuuu, kampung aku depan lagi dari kampung tu… Bukit Ramun.

Raya pon dah tak kumpul kat sana dah. Kitorang dah ada ‘port’ baru dah lepas Tok Mak ‘ikut’ arwah Tok Ayah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun dulu… Muor…eh…Muar… terikut plak slanga orang sana..he3… Muor…errr… Muo… ke…Muwo?

Pssttt… orang nogori sebut Muar tu jadi Muwa….kih3….

Tiada ulasan: