“ Kena tebalkan muka kalau nak ramai follower… ”
Yup..aku pon dah tengok cara dia dapatkan follower sampai melepasi paras 100 orang. Memang nak kena tebalkan muka… kalau dapat setebal kamus oxford tu lagi bagus…wah..confirm lepas ni lagi ramai yang join.
Aku memang de rasa nak buat macam tu lepas cuti raya hari tu. Time raya, memang aku kurang rajin. Masa pon agak terhad masa tu. Sibuk ngan agenda raya.
Tapi… sampai hari ni, aku lum sempat lagi nak panjangkan langkah pi melawat blog – blog yang ade. Lagi pulak, aku seorang yang selektif. Bile blogger tu buat entry yang menarik minat aku, baru la aku tinggalkan komen atau jejak.
Hmmm… mungkin sebab sikap aku yang memilih camtu la yang buatkan orang pon tak berapa nak singgah kat laman blog aku ni. Sebab diorang jugak memilih. Ye lah… aku paham. Sape yang nak baca entry yang membosankan. Tul tak?
Bukan tu jer. Bile aku dah memilih untuk menjadi follower bloggers tu, aku akan amik masa untuk baca keseluruhan entry bloggers tu dari mula diorang terbitkan entry diorang. Jenuh jugak tu… tapi aku kan nak jadi follower dia…dah tentu la aku nak tau kisah blogger tu dari dulu sampai yang terkini kan?
Aku rasa aku dah pernah buat entry macam ni dulu. Dan kali ni aku ulang lagi sekali. Bosankan? Takpelah, boleh stop sampai sini jer pada sesape yang dah bosan. Tinggalkan saje entry ni. Tapi jangan lupe jengah entry aku yang lain…he3..
Tengoklah, insyaALLAH aku akan BW semula minggu depan. Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan latihan kawad sempena sambutan Hari Kebangsaan esok. Pagi latihan kawad, petang pulak kena masuk opis. Memang memenatkan sampai aku tak sedar hari pertama latihan kawad hari tu… aku leh tertidur kat opis. Nasib baiklah Pengarah tak meronda time tu…ngeh3…
OK… cukup bebelan aku sampai sini…nanti aku sambung lagi…selamat membaca…he3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan