Lepas demam si adik dah beransur kebah semalam, petang tu si abang pulak mengadu demam. Mula – mula aku ingat dia saje cakap camtu sebab nak tarik perhatian.
Ye la... since si adik demam, aku lebih banyak tumpu kat si kecik tu. Lepas 2 kali dia mengadu, aku check la jugak..
A’ah… dia betul – betul demam la… panas badan dia. Tapi malam tadi masa nak bawak si adik pi klinik, suhu badan dia ok pulak… so aku takde la nak bawak dia pi jumpe doktor. Just bawak si adik jer. Tu pon, doktor kata si adik dah kebah demam. Doktor bekalkan jugak ubat incase kalau demam dia datang balik.
Tengah malam tadi, si abang menggigil masa nak tidor. Pelik tengok. Bila aku raba kepala dia, mak oii… panas naik mendadak ! Lepas makan ubat, aku lap – lap badan dia…lagi la dia menggigil 1 badan.
Aii… kesian tengok. Aku letak selimut tebal – tebal sampai dia berpeluh. Lepas tu aku lap2 badan dia lagi sampai hilang panas badan. Dekat kul 1 pagi baru aku tido. Malam sebelum tu pon aku dah berjaga sebab si adik. Malam tadi, sebab jaga si abang plak.
Kul 4 pagi aku terjaga balik sebab si abang mengadu nak ke bilik air. Panas badan dia naik lagi tapi tak la teruk macam tengah malam tadi. Tengah dok lap2kan dia lagi skali, si kecik tu pon sama gak berjaga. Panas sikit la kepala dia. Aku try lap dahi dia ngan air sejuk…uiih…punya la dia marah… sabau jer le…
Kesudahnya… aku, si abang dengan si adik berjaga sampai 5 pagi… Padahal nanti aku nak kena bangun lagi. Hari ni kan Isnin… keje ke tak ? nanti aku citer.
2 ulasan:
Kalo ko keje gagah ko! Salute
aku pernah la terpaksa buat camtu dulu masa kat kaunter. menangis dalam hati dibuatnyer. memang sia2 sebab pegawai penilai aku tak tengok semua tu. So sekarang aku tak nak dah buat camtu. Anak2 comes first...
Catat Ulasan