Jumaat, 23 September 2011

Patut la budak tu rembat sandal laki aku..!!!

Malam tadi lepas hasben balik keje, aku ingatkan kes pasal budak mencurik tu dah senyap. Rupanya hasben masih rasa tak puas hati. Bukan sebab sandal dia yang dah kena rembat tu... tapi sebab budak tu berani sangat panjat - panjat rumah orang !

Kalau korang nak tau pasal insiden tu, korang baca kat sini.

Kat depan rumah aku kan ada lorong yang gelap sikit tu. Tempat budak tu parked motor dia sebelum cabut lari. Sebenarnya hampir tiap - tiap malam ada budak2 dari sekitar perumahan tu suka dok berkumpul kat situ. Tak tau le diorang buat apa tapi memang diorang gemar dok kat situ. Memekak jer plak  tu...

So malam tadi, nak dijadikan citer... hasben pi la jumpa diorang. Bayangkan ler... baru balik kerja ngan masih beruniform lagi, dia terus gi kat budak - budak tu. Dalam hati aku ni cuak la gak. So aku 'pasang mata' dari jauh.

Dari yang hasben citer kat aku, budak - budak tu kata bukan salah sorang dari diorang. Pastu diorang offer nak tolong hasben carikan sandal tu.

" Takpe bang, abang gitau kitorang warna kasut abang... sok kitorang cari. Sebab sok sekolah kitorang nak buat jamuan raya... semua dak laki kena pakai sandal..."

Patut ler pon..!! Baru la aku paham kenapa budak tu rembat sandal jer... nak pakai masa jamuan raya punya pasal... ceh..!!

Hasben takde la sampai nak balik kasut tu. Dah takde rezeki kan, nak wat camne. Cuma hasben cakap kat diorang, nak buat apa pun buat la tapi jangan la pi panjat - panjat rumah orang. Bla..bla..bla..

Tau tak ? Lepas jer kena 'skolah' kat hasben tu, bebudak tu semuanya terus bersurai. Takde dah dok berkumpul lagi. he3...

Tapi...tak tau la 2 - 3 hari lepas nih. Harap - harap tak kumpul kat sini lagi dah terus... aman sikit. Kalau tak diorang suka buat bising ikut suka diorang jer... Memekik tengah malam, gelak terbahak - bahk... Mengganggu jugak ler!


Tiada ulasan: