Lepas raya di Pilah, petang tu kitorang balik ke rumah ayah aku sebab nak ikut ayah pi raya kat Palong 8. Rumah Tok Long aku… Nak pi sendiri, aku lupa jalan. takut sesat jer…
Aku fikir, ayah aku tul2 ingat la kat ner rumah Tok Long aku. Jalan nak ke Palong 8 tu dah ok. Alih2..sampai je lorong nak ke rumah Tok Long, ayah aku lupa plak. Aku penah pi skali dulu and masih cam lagi laman rumah Tok Long..
Kesudahnya, aku yang tunjukkan jalan. Dah terbalik plak..ngeh3…
Relax – relax dulu sementara tunggu giliran untuk makan sebab masa ni ramai plak yang datang serbu ke rumah Tok Long. Oleh kerana kapasiti ruang makan adalah terhad, kami haruslah menunggu giliran... harap maklum! Termasuk famili aku jer, de 5 kereta yang datang serbu..
Perasan tak baju Fa'el dah bertukar ? Kalau pagi tu dia pakai serba kebiruan, petang dah tukar jadi coklat lak… owh… bukan magik. Tapi, dia dah berjaya mencomotkan baju sesi pagi tu. Sib baik aku dah stand by siap – siap baju extra untuk dia.
Tapi…he3… aku tersilap bawak ler… seluar cokelat tu rupenyer longgar. Pinggang dia slim sangat plak tu…ayyoyo… sampai rumah ayah aku lewat petang tu, seluar dia dah terlucut habish…tinggal pampers ngan baju jer…ha3.. bayangkan ler…keh3…cian dia !
Nota kaki : psssttt... laman belakang rumah Tok Long kita cantik tau! macam taman ala2 puteri raja... kemas je...
Nota kaki : psssttt... laman belakang rumah Tok Long kita cantik tau! macam taman ala2 puteri raja... kemas je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan