Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


1 ulasan:

Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) berkata...

Assalamualaikum Sis Skuter Lady, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200



Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100



Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.