Khamis, 22 September 2011

Rumah aku diterjah pencuri

Pagi tadi dalam around pukul 6.30, aku dengar ada bunyi motor kat luar rumah. Makin lama makin kuat bunyi motor tu. Tapi lepas tu sayup semula dan terus senyap.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi pintu pagar bergoncang kuat. Aku ingatkan jiran sebelah, tapi pelik jugak... awal lagi kalau laki akak tu nak pi keje. Lepas tu bunyi pagar tu kuat sangat la pulak.

Aku memang suka tidor kat ruang tamu ngan anak - anak. Tadi masa kejadian tu aku baring membelakangkan pintu. Hasben aku plak baring menghadap pintu. Bila dia dengar bunyi macam benda jatuh, terus dia pandang pintu.

Lampu luar rumah tu memang selalu kitorang pasang. So kalau tengok dari lantai bawah pintu tu, patutnye kitorang nampak cahaya lampu jer. Tapi tadi, hasben nampak de bayang orang. Dia tak tunggu dah. Dia tau ada orang dah masuk. Cepat - cepat dia buka pintu. then aku dengar dia jerit

" woi..!!'

Aku dengar bunyi pintu pagar berbunyi lagi skali. Tapi aku tak nampak apa - apa. Hasben dah niat nak kejar tapi disebabkan kunci pintu tak leh cabut lak dari penyangkut kunci time tu, tak dapat la nak kejar. adoiyaii....

Kurang ajar tul ! Memang kurang ajar budak tu... Dah la lengkap ngan uniform sekolah, sandang beg skolah lagi tu...! Sempat lagik tu mencuri..!! Memang aku tak nampak, tapi hasben nampak uniform skolah pencuri tu masa pencurik tu tengah panjat pagar nak larikan diri.

Depan rumah aku tu ada lorong laluan kereta. Ada lampu jalan tapi masih gelap. Budak tu sempat lari ngan motor dia yang dia dah parking siap - siap kat situ tadi. Tak dapat la kitorang nk tengok no. plate motor tu... Kalau tak... sampai ke lobang cacing la ko kitorang carik..!

Berani betul dia..! Sebab dia sorang jer yang buat keje tu. Berani tak kena tempat... Kurang ajar ko ye budak !

Nasib baik sepasang sandle jer yang sempat dia rembat.





Tiada ulasan: