Isnin, 21 Januari 2013

Gegata... penawarnya?

Since Opal terkena GEGATA 9hb Januari hari tu,  pelbagai tips, kaedah dan petua aku dah cuba. Antaranya termasuklah :

1. Losyen K.K ( Klinik Kesihatan ) : Tapi gagal! Tiada perubahan, malahan semakin banyak gatalnya walaupun disertakan dengan ubat gatal ( minum )... Bak kata wak jawa, " hasilnya entek!"

2. Minyak But - but ( produk HPA ): Minyak ni sesuai dipakai kalau kena gigit nyamuk. Inshaallah, rasa gatal hilang cepat. Cuma tak menjadi untuk hilangkan bintat2 gegata.

3. Air penawar : Dah 2 kali  rawat dengan air penawar dari orang yang berbeza ( my FIL dan kawan 1 balai dengan suami ). Yang hilang cuma bisa dengan kesan kemerahan sekeliling bintat2 gegata tu...

4. Air kapur campur kunyit hidup : Pon tak menampakkan kesan. Siang elok tapi bila malam after 2 am - 4 am gegata tu mengganas balik! Lagi teruk gatal bisanya naik. Akibatnya, kami tak cukup tidur sebab sama2 berjaga malam.

5. Halia hidup : Tenyeh kat tempat gegata tu timbul... Pedih kot! Sebab Opal meraung - raung sakit... Kesian dia... Sekali tu je lah aku buat.. Peh tu aku pakai minyak but2 tu smula..........// serik!!

6. Garam bukit : Tenyeh2, gosok2 tapi jap je.... Masih tak berhasil. Bukan makin kurang tapi gegata tu 'berpindah2'. Jap penuh kat kaki... Jap penuh kat bahu... Jap kang bontot plak kena...

7. Air garam bukit : Buat mandi... Untuk makluman, semua tu usaha yang dibuat disertakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Rasul kita. Tapi masih belum menampakkan perubahan.

8. Daun pokok BONGLAI : Ikhtiar yang akhir kami cuba. Hasilnya ? Al - hamdulillah... Ada perubahan yang ketara. Opal semakin beransur sembuh. lepas ikhtiar cara ni, kesan2 gegata mendadak hilang!

Hari ni Opal dah mula sekolah balik lepas hampir seminggu terpaksa cuti disebabkan kesan serangan gegata tu.

Tapi dia macam trauma jap.

Semalam bila kena gigit nyamuk, dia dah cemas..... Dia ingat gegata tu serang balik... ngan aku skali naik cemas...hahaha...


Caranya : Salai / layurkan daun pokok BONGLAI tu atas api yg kecil dan kemudian tenyeh pada seluruh badan disertakan bacaan bismillah dan selawat. inshaallah... selebihnya berserah pada Allah...

pokok bonglai
[ sumber gambar ] http://adrydaud.blogspot.com : bonglai bukitl


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq share this ye

wantie berkata...

ooo ni namanya pokok bonglai.

skuterlady.blogspot.my berkata...

kesuma angsana : mudah - mudahan dapat membantu rakan2 yg lain...(",)

skuterlady.blogspot.my berkata...

wantie : sy pun mula2 confiused. igtkan namanya pokok jerangu, skali tu silap rupanya!

Warisan MAkmur management berkata...

Salam. Mcm mana nak dptkn pkok bonglai ni ye? Ank sy ni pun kn srg sgn gegata ni. Dah bebulan kena. pyh btul nak sembuh. Skjp ada skjp x de.

Warisan MAkmur management berkata...

Salam. Mcmmn nak dptkan pokok bongla ni. Rs mcm nak cuba cara ni jer. Ank sy ni dah lm kna serang dgn penyakit ni. Dah berbulan. Mcm2 usaha dah cuba. Skjp surut. Pastu timbul pulak.

skuterlady.blogspot.my berkata...

cik : salam, saya tak pasti tapi cuba tanya kat nursery atau tanya pada orang2 tua. pokok ni sejenis pokok herba. saya dapat pun dari orang2 yg lebih otai.

Ainul Mustafa berkata...

kt bandar ni mana nk cari? pasar ada? hehee..

skuterlady.blogspot.my berkata...

ainul mustafa : cuba survey di nursery. mungkin tokey tu boleh bantu... macam sy sebab de orang lama di kampung yg tanam pokok tu. pernah tanam kat rumah tapi bila nak pindah rumah, pokok tu terus mati. ni pun nak cari induk balik.

Unknown berkata...

xde daun bonglai cari daun cecengek yg serupa mcm daun sayur pucuk kayu manis...daun cecengek ni bau dia seakan2 mcm bau daun kari....salaikan pastu gosok2 pada seluruh badan..izin Allah x gatal...daun bonglai ni susah nk cari sbb jarang org tanam..daun cecengek ni kt kmpong2 banyak lg...kt belukar2 ade tumbuh

usryabdullah berkata...

Gegata atau istilah perubatan ialah allergic.
saya time kerja di klinik dulu saya selalu inject piriton atau hyrocort. Lepas tu bekalkan Calamine lotion untuk pesakit tu sapu 3x sehari. Kemudian ubat makan, juga piriton tablet 1 biji 3x sehari.
Insyaallah boleh clear.