Khamis, 15 September 2011

Postmoterm raptai semalam

Nampaknye ketua pasukan kawad kitorang tak berpuashati ngan prestasi kitorang masa raptai semalam.

Seyes…aku pon mengaku, lepas tengok video yang jurulatih tunjukkan tadi… memang kontijen kitorang hancuss… tu yang diorang buat postmoterm hari ni sebelum start latihan kawad yang penghabisan sebelum hari bertanding esok.

Sebelum tu nak nak puji sikit jer, barisan depan ( termasuk aku ler tuu…) jer yang cantik semalam, seragam jer pergerakan kitorang…he3… tapi tak guna gak kalau yang lain tak dapat buat camtu.

Kawad ni berkaitan ngan 1 pasukan. Kerjasama dan keseragaman pergerakan 1 pasukan amat…amatlah penting. Penilaian pon berdasarkan 2 perkara tu. Kalau takde 2 perkara tu, jangan mimpi la nak dapat kedudukan pasukan terbaik. Tak menangpon, sekurang – kurangnye dapat la gelaran antara yang terbaik kan?

So… ketua pasukan nak kitorang berlatih ‘kaw – kaw’ hari ni.

Memang ‘masak’ kitorang hari ni. he3… matahari dah hampir terpacak kat kepala baru la stop latihan. Tu pon ade yang dah mengeluh. Tak larat katanyer…panas!

Ayyooo… kawad memang macam tu.

ok…cukup. Besok hari kejadian. Sama macam semalam… harap – harap semuanye berjalan ngan lancar. Dan aku harap, aku tak ‘flop’ atau tumbang…he3…malu sehhh… !

Meh layan gambar yang sempat dirakam semalam…

2

3

Tiada ulasan: