Isnin, 30 April 2012

Faraid... baru aku faham!

Ni nak share sikit. Hari tu kan aku de mention yg aku pi dengar ceramah Ustaz Don...

Tarikh : 26 April 2012
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban N. Sembilan

Tapi bukan Ustaz Don jer.. Korang kenal Ustaz Ghazali bin Ibrahim? Tak...? Pernah tengok citer " Tanyalah Ustaz " kat TV9? tak jugak? Hmm... he3.. 

Korang kenal arwah Ustaz Asri bin Ibrahim? tak? Penyanyi utama Kumpulan Rabbani dulu tu...haa... dah kenal? Nak tau ape kaitannya Ustaz Ghazali ni dengan arwah tu? Haa.. ni nak citer nih...

Nampak gambar tu? haa... tau ape persamaan diorang berdua? Tau dah kan? Diorang tu adik beradik, yg arwah tu abang... anak no. 8 dan yg Ustaz Ghazali tu adik, anak no 7 dari 13orang beradik...haa... raamaiii kan?

Ustaz Ghazali tu de cakap.. nasib baik arwah Ustaz Asri tu lahir dulu, kalau dia yg lahir dulu.... kompom dia yg jadi penyanyi Rabbani..he3.. don't take serious ok... tu melawak jer... Tapi serius... cara dia sampaikan ceramah ( Ustaz Don sesi selepas beliau... ) memang terbaik! Jelas, terang dan yg paling penting... santai! Memang lawak tapi berisi... bukan lawak kosong ehh... nama pon Ustaz...! 

Antara yg aku paham & yang aku nak share:

1. Memang sepatutnya masa arwah meninggal ( cth : suami ), masa orang dok kata kubur masih merah tu la masa yg paling sesuai utk buat pembahagian harta pusaka... sebab... masa ni syaitan belum sempat nak menghasut waris2 arwah utk jadi tamak. Syaitan zaman sekarang bukan macam dulu... syaitan zaman sekarang, muka manusia..tapi hati..nauzubillah..

2. Bagi isteri yg kehilangan suami, perkara pertama yg perlu... rujuk pada pakar yg betul2 faham tentang pembahagian faraid. Dah tentu lah Ustaz2 yg bertauliah. Jgn rujuk sembarangan... bahaya...

3. Penama pada wasiat tu sebenarnya adalah orang yang di-AMANAHkan utk menguruskan harta pusaka dan wasiat dengan adil mengikut hukum Islam... bukan penerima harta arwah..tu kena paham!

4. Sebelum pembahagian mengikut faraid dilakukan, isteri boleh tuntut terlebih dahulu harta sepencarian setengah dari harta arwah ( suami ) & separuh lagi barulah dibahagi - bahagi mengikut Faraid : 1/6 - bapa arwah, 1/6 ibu arwah, 1/8 isteri ( bahagian isteri masih ada, tak boleh dinafikan ), 2 bahagian utk anak lelaki & 1 bahagian utk anak perempuan.

5. Sekiranya arwah(suami ) tiada anak lelaki, saudara ( adik beradik arwah ) layak dapat mengikut pembahagian faraid. Tapi jiika arwah mempunyai anak lelaki, automatik saudara ( adik beradik arwah ) tidak layak menuntut. Betapa pentingnya ada zuriat lelaki dalam keluarga kan?

6. Yg paling penting, sebelum buat pembahagian faraid, lunaskan dulu hutang2 lama arwah yg masih belum langsai. Kalau arwah masih ada kenderaan / rumah yg masih belum habis bayar, siapa yg pakai / yg duduk, dialah yang perlu bayar. ( bermakna : hutang semasa perlu dilunaskan oleh pengguna baru. )

7. Paling penting, pewaris mestilah : Berakal, Tahu & Faham berkenaan bahagian yg patut diterima supaya tiada pergaduhan/perselisihan faham.

8. Sangat2 penting : Penama mestilah AMANAH dalam menguruskan pembahagian harta pusaka arwah sebab........ orang yg TAK amanah... ALLAH telah menjanjikan hukuman yg berat utk mereka dunia & akhirat... Orang yg TAK AMANAH... kalau ambil bahagian yg bukan utknya... hasil yg dia makan tu... HARAM hukumnya..!!

Ha... tu la antara ilmu yg aku paham. Ade lagi kot yg mungkin aku terlepas tapi... rasanya cukup kot setakat ni dulu. Kalau ade yg tak paham...korang leh contact sendiri ngan Ustaz Ghazali. ALamatnya... errmm... he3...korang carilah sendiri kat facebook..

oppss...lupe pasal Ustaz Don.. takpelah... nanti - nantilah ye aku citer... Ilmu lagi penting kan? betul tak?hahaa...

2 ulasan:

Unknown berkata...

pembahagian harta ek?

skuterlady.blogspot.my berkata...

Tia : yupp...kita semua should know about this...;-)