Khamis, 19 April 2012

Ini mak aku!

Ni kisah Fa'el... lupakan kisah yg menyakitkan hati tu... letih & menyampah nak memanjangkan citer...

Lebih baik aku citer pasal Fa''el masa mula dia pandai bercakap. Opal rajin betul menyakat dia sejak dah pi skolah nih. Caranya, dia datang kat aku lepas tu dengan air muka nakalnya dia pandang kat Fa'el,

"Ni mak aku!"

Diulang2 sampaikan Fa'el naik jeles. Bila dah jeles, Fa'el pon tak nak kalah... sambil peluk aku, dia cakap

" bukan... mak awak!"

Camtu la dia cakap tiap kali disakat dek Opal. Memula tu memang aku tak paham. Nape mak awak? Nape bukan mak aku ? Lepas dah banyak kali dengar camtu... hmmm... last2 aku paham... Bila dia cakap

" Mak awak...!"

Tu maksudnya

" Mak aku!"

Sampai 1 hari bila abah dia balik keje, dia cakap

" Mak, abah awak!"

Maka aku paham dah..he3... so aku jawab

" Ye lah...abah mu!"

Kesimpulannya, nak kata apa ehh?ha3.............


2 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

hahaha..begitulah bila budak pandai bercakap...

lady scooter berkata...

kancil : he3...