Sabtu, 10 Disember 2011

Cemas kerana Fa'el… part 2


Doktor dah kata bukan demam campak… jadi…kalau bukan demam campak… apa dia? Doktor said, macam demam denggi tapi dalam proses nak sembuh dah… hu3… kecut tali perut aku !

Masa tu dah kul 2.10 petang… kitorang gi Klinik kesihatan tu… ( ala… yang baru kat Senawang tu.. ) Nasib baik la masa tu tak ramai orang… Lepas register… terus masuk gi jumpa doktor… aku ingat nak kena tunggu sampai kul 2.45 ( time gomen rehat ari jumaat 12.15 petang sampai 2.45 petang.. ) petang… masa tu jam baru 2.15 petang… alamak…! Lama tu….

Lupa nak mention, Opal takde... kitorang tinggalkan kat akak pengasuh tu… Back to the story… rupanya ada doktor yang standby, lega…! Lepas cerita kat doktor, request check darah… hu3… bab ni aku tak tahan.

Aku ingat diorang cucuk pakai picagari. Cucuk, tarik omboh picagari tu pastu cabut.. Cam selalu tu kan…

Ni Taaaaaakkkk! Nurse tu cucuk pakai muncung picagari tu jer, just muncung tu semata – mata. Takde body tau… pastu… tau camne nurse tu amik darah tu? HU3… macam tadah air dalam cawan. ha… camtu la… nurse tu tadah darah Fa'el dalam tabung kecik… harrrgghhhh…!

Fa'el dah meraung dah masa tu. Mesti sakit… nurse tu cucuk kat belakang tangan kiri dia.. tempat yang tak berapa nak ada daging tu… harus la sakit…!! Masa amik darah tu, hasben yang hold tangan dia. Aku just tengok dari tepi jer…

Keputusannya……………………………………..

Lepas doktor tengok keputusan ujian makmal, doktor senyum… Katanya… takde demam… result darah pon takde tanda – tanda demam denggi… erti kata lain… dia sihat. Takde demam denggi pon… keputusan ujian darah dia pon cantik jer…

Alhamdulillah… lega sangat !! Eh.. tapi kalau bukan, habis tu nape kuar bintik2 merah tu? Doktor tu pon pelik… Dia kat kalau demam campak, mesti 1 badan kena. Ni tak…

Doktor kata mungkin alahan makanan laut… macam ketam… KETAM?… hu3… me…memang ade alahan tu… Takpelah…yang penting bukan demam denggi… takut ler… demam denggi kalau tak betul2 jaga leh bawa MAUT… sebab tu kalau demam, aku sangat – sangat risau..

Tengok jam dah kul 2.45 petang, kitorang anta balik gi umah akak pengasuh tu… rupanya dia dok risau tunggu keputusan darah since aku takde sms or call dia masa gi klinik tadi… lama dia tunggu…

Mintak maaf la kak, kitorang pon dah risau sampai lupa nak contact.. masa tu cume pikir pasal keadaan Fa'el jer… Pas story semuanya… akak tu cakap minggu ni memang dia bagi budak2 tu makan lauk seafood jer… hurmm… mungkin sebab tu la kot..

Takpe lah… yang penting Fa'el takde sakit teruk… sampai opis kul 3 setengah… tak dan makan, tak dan rehat… demi Fa'el...

Tiada ulasan: