Ni kisah semalam.
Hari tu kan aku ada kata yang dia demam. Pastu kan aku ada kata yang aku tunggu panggilan dari pengasuh…
Haa… semalam, masa rehat tengahari, lebih kurang kul 1 lebih… pengasuh anak2 anta sms. Katanya, badan Fa'el naik bintik2 merah. Masa tu aku tengah order makan. Berderau gak hati ni.
Terus aku call akak tu.
Fa'el tak demam ( lagipun aku masih bekalkan ubat demam yang doktor bagi ari tu sebab antibiotik tak habis makan lagik.. ) tapi dia cakap Fa'el monyok jer. Takde mood sangat nak happy – happy cam selalu. Tangan dia, peha dia… dengan badan dia… semua naik bintik - bintik merah.
Fa'el tak demam ( lagipun aku masih bekalkan ubat demam yang doktor bagi ari tu sebab antibiotik tak habis makan lagik.. ) tapi dia cakap Fa'el monyok jer. Takde mood sangat nak happy – happy cam selalu. Tangan dia, peha dia… dengan badan dia… semua naik bintik - bintik merah.
Takkan Fa'el kena demam campak? rasanye awal – awal dia lahir dulu… dah kena dah demam tu… Takkan kena lagi kot !?
Cepat2 aku balik pi beli air kelapa nak anta kat akak tu. Memang ada niat nak pi tengok Fa'el jap… Tak lama lepas tu akak Roha sms lagi skali mintak aku balik tengok Fa'el.
Masa aku sampai, Fa'el baru nak lelap… Dengar je suara aku, dia terus bangun tak jadi tido.. Rasa nak nangis bila tengok dia layu jer… memang ada bintik2 kat badan dia….
Hasben takut Fa'el kena demam denggi jer. Kawasan kuartes ni banyak aedes. Memang BLACK – AREA pon ! Dia pon balik gak tinggalkan kerja dia jap. Bomba… mana boleh suka – suka hati tinggalkan balai kalau takde urusan penting…
Since hasben pon dah sampai, kitorang terus berkejar pi klinik Baiduri ( yang paling dekat ) tai doktor takde. Masa tu dah kul 1.30… doktor gi makan. Kul 2 baru doktor masuk..
Hasben terus ajak gi jumpa doktor yang kitorang pi hari tu. Kena tunggu gak. doktor tengah sembahyang. Hasben dah serabut dah masa tu risaukan Fa'el… 15 minit tunggu… doktor sampai…
Mintak buat ujian darah… tapi doktor tu kata petang nanti baru tau keputusannya… eh… lambat ! kitorang nak tau keputusan cepat… doktor cadangkan kitorang gi Klinik Kesihatan kat situ…
Owh… doktor tu tengok gak bintik2 tu… dia cakap bukan demam campak… kalau demam campak… 1 badan naik bintik2 tu… ni tak… macam………………………………….???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan