Sabtu, 10 Disember 2011

Cemas kerana Payel…Part 1

Ni kisah semalam.

Hari tu kan aku de kata yang dia demam. Pastu kan aku de kata yang aku tunggu panggilan dari pengasuh…
Haa… semalam, masa rehat tengahari, lebih kurang kul 1 lebih… pengasuh anak2 anta sms. Katanya, 1 badan Payel naik bintik2 merah… masa tu aku tengah order makan. Berderau gak hati ni.

Terus aku call akak tu… Payel tak demam ( lagipun aku masih bekalkan ubat demam yang doktor bagi ari tu sebab antibiotik tak habis makan lagik.. ) tapi dia cakap… Payel monyok jer… Takde mood sangat nak happy – happy cam selalu… Tangan dia, peha dia… dengan badan dia… yang lain takde plak.

Aku takde pikir lain… tapi… takkan Payel kena demam campak kot? rasanye awal – awal dia lahir dulu… dah de dah demam tu… Takkan kena lagi kot !?

Cepat2 aku balik pi beli air kelapa nak anta kat akak tu.. Memang de niat nak pi tengok Payel jap… Rupenye pastu akak tu de sms lagi skali mintak aku balik tengok Payel.

Masa aku sampai, PAyel baru nak lelap… Dengar je suara aku, dia terus bangun tak jadi tido.. Rasa nak nangis je bile tengok dia layu jer… memang de bintik2 kat badan dia….
cats
En. Aus takut Payel kena demam denggi jer… kan aku dah cakap… kawasan kuartes ni banyak aedes… memang BLACK – AREA  pon ! Dia pon balik gak tinggalkan keje dia jap. Bomba… mana leh suka – suka hati tinggalkan balai kalau takde urusan penting…

Since en.aus pon dah sampai, kitorang terus berkejar pi klinik Baiduri ( yang paling dekat ) tpai doktor takde. Masa tu dah kul 1.30… doktor gi makan. Kul 2 baru doktor masuk..

En.aus terus ajak gi doktor yang kitorang pi ari tu.. kena tunggu gak… doktor tengah sembahyang jumaat… en.aus dah serabut dah masa tu.. risaukan Payel… 15 minit tunggu… doktor sampai…

Mintak buat ujian darah… tapi doktor tu kata petang nanti baru tau keputusannya… eh… lambat ! kitorang nak tau keputusan cepat… doktor tu suggestkan kitorang gi Klinik Kesihatan kat situ…

Owh… doktor tu tengok gak bintik2 tu… dia cakap bukan demam campak… kalau demam campak… 1 badan naik bintik2 tu… ni tak… macam………………………………….???

Tiada ulasan: