Isnin, 27 Jun 2011

Tilik tapak tangan..vs kesihatan

Korang percaya? he3.. mesti korang fikir.. eh.. tilik nasib ke? Bukan.. aku bukan nak cerita tentang tu.
Yang aku nak citer ni.. tentang kesihatan.

Hmmm... Apa kaitannya antara tilik tapak tangan dengan kesihatan ?

Ok.. kita tukar la ye... Bukan tilik tapak tangan. Tapi melalui tapak tangan, boleh kesan penyakit yang ade dalam badan kita. So.. takde kena mengena la dengan tilik nasib segala bagai tu..


Semalam masa balik kampung, kitorang singgah ler rumah kak ipar aku yang tak jauh letaknye dari rumah mentua aku. Kembar kak ipar aku ni pon ada skali. Bila dah sekali jumpa, memang riuh la kuarga besar mentua aku nih... 

Memula sembang kat ruang tamu. bila dah budak - budak sibuk nak tengok movie Karak tu, diorang beralih ke dapur plak. Memula aku dok ngan budak - budak ni sebab Payel asyik memanjat - manjat. Tapi pastu aku blah pi dapur. Tu pun pas si kecik tu dah berlari cari air nak minum.

Masa ni aku tengok kak ipar aku tu tengah dok belek - belek tapak tangan kembar dia. Memang kecoh la citer diorang tu. Tengok macam best je.. aku pun ape lagi..'bertenggek' gak la kat dapur tu.. he3

Nak gak try kan.. so aku pun letak la kedua belah tangan aku depan kak ipar aku ni. Memula dia belek belakang tapak tangan. 

Pastu dia suh tunjuk tapak tangan plak. Aku ikut jer.. tak banyak soal.. ngehh... dalam hati ni debor jugak ler...

Kot la kuar plak sakit yang bukan - bukan.. hu3.. Tak sanggup nak dengar. Tapi demi kata nak tau sangat kan.. Tahan je la jiwa ni.. Kental beb..!! ( konon.. hehehh.. )

Nak tau ape kak ipar aku cakap ? 

" Tapak tangan kau ni sebolah merah, sebolah macam pucat kekuningan.."

Ye ke ? kenapa ek ?

Sorang cakap nogori, sorang lagi cakap Johor.....boleh?! ^_^

"kau ni ado masalah tokanan darah rondah ni.. yo tak? kau ponah check tak?"

Harr... aku pelik. 

Selama ni aku tak pernah bagi tau pon kat kuarga mentua aku tentang sakit aku yang tu. Yang tau cuma laki aku jerr.. jeng.. jeng.. jenggggg...

Betul la tu..

"ha... jago makan.. banyak makan makanan yang boleh tambah darah."

Kak ipar aku tengok lagi.

"Sakit lain yang berat - berat takde kau nih... sihat. Cuma badan kau banyak toksin, lepas tu kau ada masalah dari pinggang sampai ke kepala. Kadang - kadang kau poning sampai nak kena migrain... Betul tak?"

Ngee...betul lagi..

"Hormon kau tak stabil, period kau ok tak?"

Ok je kak...senggugut semua takde...

"Kalau macam tu 1 yo... kau ni ado 'angin' sikit la..."

Korang paham tak yang dia cakap tu? Maknanye.. aku mudah melenting... and again.. Memang pun... keh3... Diorang semua gelakkan aku.. he3.. kantoi..

Selama ni diorang tengok aku relaks je kot bila balik kampung jumpa diorang. Konon... cool la.. ha3..

Tu je la sakit yang ada kat aku selain kulit kering. Tu dia tak payah belek pun, dah leh nampak. Tapak tangan aku mengelupas, kering jer...

"kau ni kurang minum air tapi buang air banyak..kan? "

He3... Betul daa.... Rasa macam tak sempat pun nak simpan.. kah3..

Macam tak percaya je tapi. 

Tapi pas kak ipar aku tunjuk cara nak tengok tapak tangan tu camne... Owh... aku paham. Nak try ? tengok tapak tangan korang. Rapatkan jari.  

Kalau jari hantu tak tegak... Erti kata lainnya.. Membengkok sikit, jantung korang ada masalah. 

Kalau urat korang timbul kat sebelah bawah ibu jari ( yang kat bahagian padat dengan isi daging korang tu.. ), korang ada masalah resdung. 

Kalau tapak tangan korang merah kedua - dua belah.. Tu ada melibatkan paras kolestrol..

Tetapi.. apa pun.. adalah lebih baik sekiranya korang pegi check kat klinik ok... Tu cuma untuk panduan je. 


Sabtu, 25 Jun 2011

zila bakarin yang direbutkan...

Jujur la aku cakap ek..malam tadi selain daripada enjoy tengok peserta akhir maharaja lawak tu beraksi,ade gak yang buat aku rasa sweet sweet candy. 

First time aku rasa yang zila bakarin tu cute.ha3...pendapat orang tak tau la camne kan...tapi aku suka la tengok dia malam tadi.wahh.. 

Kalau la zila bakarin baca entry aku ni,lebar gaknye senyuman dia.he3..persoalannye, ade ke dia baca?keh3...kak zila,if really you read this entry...please say hi to me here, okey.

.( Mimpi la kau wahai skuterlady oi..ngee )

Jumaat, 24 Jun 2011

Jiran belakang rumah..


Sebenarnya aku tak kenal pun jiran belakang rumah yang ni. Tapi ade beberapa perkara yang kurang disenangi tentang jiran yang satu ni. Ni betul - betul kat belakang rumah jiran tu. Korang tengok pulak gambar bawah ni.. ape pendapat korang?


Rumah yang ade bertampal atap - atap zink tu la rumah yang aku nak ceritakan nih... dulu sebelum diorang buat bisnes cendawan nih, belakang rumah ni bersih je. Aku tau sebab aku selalu gunakan jalan ni untuk hantar dan amik anak - anak aku selang 1 rumah dari rumah pengotor ni..opss..kan dah terlepas.

Sekarang..ade la dalam setahun pas diorang start buat aktiviti tanam cendawan tu, mula la diorang longgokkan sampah tu ikut suka je kat laluan ni. Mula - mula sikit..lama - lama...jadi macam ni. korang tengok la sendiri. Baru - baru ni agaknye rumah diorang kena masuk ular, tau plak kelam kabut telefon bomba segala bagai...

Kalau korang tengok, rumah yang sebelah kanan ni rumah jiran pengotor tu yang dinding nampak putih je tu lum berpenghuni ( tapi tuan rumah dah datang tengok - tengok. katanya nak tinggal kat situ. )

Yang ade pokok pisang tu rumah pengasuh anak - anak aku. Hari - hari aku terpaksa menghadap suasana kotor ni. Tu lum dengan bunyi bising mesin kat umah diorang lagi tu... Dah la kawasan tempat tinggal kitorang ni black area..kes denggi tak pernahnye tak de..tiap - tiap tahun mesti ade kes denggi..

Kayu reput kat tepi tu berpacak - pacak paku karat kat situ. Huihh... dah la budak - budak suka main kat sini. Memang takde sivik langsung orang yang buat sampah ni.. pengotor !

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?

Tadi masa BW kat blog mr. Ben Ashaari ni, aku tengok dia buat segmen khas untuk para SUAMI..

aitss..aku pon berfikir, untuk para ISTERI takde ke? he...

Owh... ade rupenyer ...

SEGMEN KHAS : BILA SI ISTERI BERBLOG...SI SUAMI dan ANAK ?

cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..


Tu task yang dia bagi...hmmm...


Macam mana aku berblogging ni ek? he3... Ape - ape hal pun aku akan beri keutamaan kat anak  -anak dan suami dulu. Bile dah dapat selesaikan dengan cepat, aku akan cuba jengah blog sambil BW ke blog lain. 


Kalau tak sempat jengah untuk hari ni, aku cube la jengah lain kali tapi takdelah sampai tak sempat langsung jengah sampai berbulan - bulan..he3...blog baru nak hidup la katakan..kena la selalu up date.


Kalau tak dapat time kat rumah, aku blogging kat opis je.. idea untuk blogging lebih banyak datang masa aku kat opis. kat rumah payah sikit. Baru je idea nak datang, bile anak panggil...pupp..!! hilang terus. Lepas tu tak tau nak buat ape dah..keh3... Kat opis ni sambil tengok kerenah rakan - rakan sekerja, idea pun datang mencurah - curah.


Suami aku setakat ni belum cakap ape - ape lagi. cuma masa mula - mula dulu dia pesan, kalau ape yang aku buat ni mendatangkan kebaikan, just do it...tu je la..

Anak tekak bengkak....?

That day my kid yang sulung demam. Lama gak la.. Nak makan yang lembut - lembut jer. Bawak gi klinik.. lepas amik ubat antibiotik, ubat demam dengan ubat tekak, balik rumah aku terus bagi ubat.

Dah seminggu, ubat semua dah abih tapi demam dia tak elok - elok. Masa tu dah dekat sebulan berulang beli ubat kat klinik. macam2 cara aku dengan suami try. Pun tak jugak elok.

Malam tu ( pagi besok tu nak raya haji ).. suami aku try contact mak mentua aku. mak mentua aku suh suami aku contact kak ipar aku yang de kat Batu Cave. Dia suh tanyakan kat mak mertua kak ipar aku tu. Kira besan mentua aku la..

Besan pompuan mentua aku tu dulu  keje nurse. ( tak tau la tahun ni keje lagi ke dah pencen... ). Besan tu cakap.............

" ala... senang jer tu. ko pegi kedai, pas tu pi beli ais krim perisa vanilla. ko bagi anak ko makan. sok pagi elok la tu.."

Gitu katanya... suami aku tak pikir panjang dah. Besok nak raya, kesian plak kat anak kan...

Balik je dari kedai, suami aku terus bagi si sulung tu makan ais krim vanilla tu...

Baru le nampak dia berselera nak makan.... sebelum2 tu berpayah2 nau nak makan.. meragam je


Ni la ais krim yang dia makan malam tu... Sampai habis la dia makan...

Bangun je besok pagi.. 

Demam dah kebah... Air liur pun dah tak meleleh - leleh dah macam sebelum2 ni. Al-hamdulillah...

Pagi raya tu... Apa je aku bagi, dia makan je. Tak meragam merengek dah...

Dia senyum je memanjang... Me? Opkos la happy bila anak dah sihat, dah tak meragam merengek...

Kalau korang nak try ni boleh la.. tapi hanya untuk anak yang sakit tekak sebab bengkak dalam ok...

Dengan syarat, dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu. Tapi kalau anak de batuk2, bagi dia sikit cukup la... Takut plak kang batuk dia plak makin melarat... Ok?



Tragedi mesin punch card...

Isnin kelmarin aku gaduh lagi dengan mesin biometrik kat bawah tu. Ni bukan kali pertama aku gaduh dengan mesin chenekeh tu.. dah banyak kali dah.

aku cakap dah kat diorang, mesin tu tak suka cium jari aku nih.. tapi diorang tak caya. Diorang cakap mesin lama dulu je camtu. Mesin baru ni ok.. lagi canggih...

Tak puunnn... sama jerr.. T_T...

Asal aku letak jari aku je, lampu merah menyala.. asal sampai giliran aku je.. lampu merah menyala. Orang lain elok je kuar lampu hijau...

mesin tu siap cakap.. "sori..please try again.." Selagi tak kuar lampu hijau tu, selagi tu la 'dia' nyanyi ayat tu..


Haa... ni la dia mesin tu.asyik - asyik " sori..please try again ".nyampah...

Elok aku datang 10 minit awal, dah jadi 1 minit lewat.. Merah jugak rekod haku... grrr.... nak kena hempuk gaknye mesin tu..

Time - time ni terkenang plak masa dulu.... hmmm... ( mata pandang ke langit dengan penuh gaya... ;p )

Dulu sebelum aku keje gomen, aku pernah la buat keje part time kat 1 restoran makanan segera yang sama popular ngan Mc. D dan KFC tu...

Aku selalu masuk dalam around pukul 2 petang dan habis lepas pukul 10 malam. Kadang - kadang aku masuk kul 6 petang. Biasanye dalam around 6 petang ni, ramai staff sebelah pagi akan mula beratur untuk punch out. Hari tu aku sampai awal 10 minit dari selalunya. ( biasanya aku sampai ngam - ngam kul 6 petang..he3 )

Biasalah, dah tentu mesin punch card yang selalu 'dirindui' tu kita jengah dulu kan? So aku pun amik la kad aku yang terselit kat mane tah masa tu. Dengan gaya ala - ala brutalnye aku pon ape lagi, mulut mesin tu memang sentiasa ternganga..aku sumbat baeekkk punya..^_^

Dengan penuh gayanya aku tunggu. Masa tu ade sorang brader kat belakang aku dah tunggu. Dia pun baru sampai. Tunggu punya tunggu..senyap !..

hmm..?? Pelik... selalunya bile aku masukkan card akan ade la bunyi kat mesin tu. Yang kali ni takde.

Puas la aku try banyak kali. jap tarik..

jap sumbat..

jap tarik balik,

jap sumbat semula.

Brader tu try jugak macam tu..haishh... apesal plak ni kan? arr.. sudahh..

Lebih kurang macam tul la ghuper mesin punch card tu. Gambar kredit to cik  lyn rashid.

Sia - sia je aku datang awal tapi dah dekat 10 minit mesin tu tak nak rekod ape - ape kat kad aku. Marah la ni kann... 

dengan gaya awek brutal ( budak2... gitu lerr.... tak reti menyabo... temper je... ), aku hangkat tangan dan... 

kelepappp..!!

Hambik kau..!!!! kan dah kena.................

aku hempuk mesin tu..

Nak tau ape jadi lepas tu? Harr... jarum panjang jam mesin tu berputar langsung tak berhenti hampir dekat setengah jam !!..T_T.....................padan muka haku............

Ramai plak tu yang menyaksikan kejadian sadis tu... teruk aku kena kondem kat depa...

hu3.. sori kengkawan...!!!

Akibatnye, kitorang tulis dengan tangan je atas punch card tu..kah3....adehh.. ( bersalah non! )

Apex mabuk...?

Ha. .masa balik kerja hari tu aku terserempak dengan 1 kereta kancil yang baru keluar dari simpang. Aku tengok kereta tu slow je.

niat kat hati ni nak potong jer kereta kancil tu kann.. tapi belum sempat aku nak potong, aku tengok kereta tu jap ke tengah lorong, jap jap ke tepi lorong.haish...

Dalam erti kata lain, kereta tu bergerak macam ular kena palu. Bile dah tengok macam tu, aku rasa cuak gak la nak memotong. Bahaya nihh.. terpaksa ikut je la belakang keta tu.

Lambat pun..lambat lah. Tapi dalam hati pelikk jugak la.. nape kereta ni gerak macam tu? mabuk ke?

Aku perasan masa keta tu kuar dari simpang tadi, driver tu apek.. bukan apek tunangan cik jejari runcing atau pun saiful apek.. tapi apek betul punyer...he3 ( nawaitu gedik...nak tumpang glamer !!! werkkkkhhh )

Aku pun follow la keta tu dekat - dekat... dekat lagi.... lagi dekat...............padan la pon!!!

Rupe - rupenye apek tu drive sambil belek surat khabar..!!!!!

Kebetulan pulak jalan tu memang lurus je sebelum jumpe lampu isyarat. Maka sepanjang jalan tu la apek tu ngan selambe je belek - belek surat khabar tu dari mula sampai habis 1 paper tu.. sabar je la.

kredit to google search

Nasib baik takde kenderaan lain yang gunakan jalan tu masa tu. kalau tak, dah tentu aku akan jadi saksi segala - galanye.. hmmm..... sori arr cik elia. tajuk tu saje buat gempak..he3

takde kena mengena pun dengan si dia kesayangan kamu...he3...jangan marah arr...n_n

Rabu, 22 Jun 2011

Pemandu bingai part 2

sambungan dari Pemandu bingai :

Ni pengalaman kedua yang aku tak leh lupakan :

Masa kejadian tu sama gak dengan pengalaman pertama, otw balik kerja. Kat jalan yang sama.

Hari tu belakang aku ade 1 lori putih ( yang cam lori ais tu.. ). Aku tak tau la nape dari mula lagi dia main - main lampu. Mula - mula tu aku tak amik kisah sangat. aku bawak motor tu cam biasa je la. Tak laju, tak slow...

Lepas dah main - main lampu tu kan, dia main hon. Bertalu - talu. Tak tau la kenapa. kalau kata la nak cepat sangat kan, kot la aku slow sangat bawak skuter tu.. potong je la. ape masalahnye kan? amik ruang sikit pastu ko pecut je la....

Ni tak.. sibuk main hon. kuat plak tu. pastukan drebar tu tekan minyak... siap ikut aku dekat - dekat macam nak sondol sangat skuter aku tu.

Haa... kuang ajor le tuh.

Bile dah kena macam tu, panas la jugak hati ni. Tapi aku cuba dok tepi, konon nak bagi drebar tu potong. ehh. .tak jugak..!!!! dia hon lagi. Dia tak potong pun. Padahal dia boleh buat macam tu.

Maknanya dia sengaja cari pasal. Kalau nak kata skuter aku de masalah, sepanjang aku bawak tu.. takde plak rasa cam pelik - pelik. ok je aku rasa. Drebar tu masih tekan - tekan hon. Aku pun tak kenal langsung drebar tu.

Geram punye pasal, hati dah panas je. Malu la kan.. dah la hon tu kuat. orang pandang aku pelik je. ish..

Rasa macam kena buli je kan..!!! makanya....

Aku sengaja slow kan lagi skuter tu. Pastu aku dok tengah - tengah ( bukan la kat line tengah tu ) lorong.

Aku pekakkan telinga je sepanjang dia hon tu... Lantak kau la... rasakan.. tadi masa aku bagi kau 'chance' potong, kau tak nak. Nak main hon.. ha.. main la sangat...he3...

Sampai kat simpang, cepat - cepat lori masuk simpang. Aku sempat jugak la tengok muka drebar tu. Bengang je dia.. ek eleh..bengang ko je ko tau.. bengang aku ni kena hon, ko tak pikir plak.. nak tau brape km/j yang sengaja aku bawak tadi ? 30km/j je dari 60km/j.... keh3 ..tu kelajuan scoot - scoot kesayangan aku masa tu. Bayangkan la... ha3..

dasarrrr...!!!






Pemandu bingai...

Dok baca entry cik fitri senin pasal sikap pemandu kereta yang agak WTF tu, aku teringat plak kisah sendiri...........


Pengalaman pertama :

Otw balik dari keje masa tu... Lalu la kat kawasan kilang tu. Jalan kat kawasan - kawasan kilang ni memang kecik. So kalau kereta ke, lori ke nak potong motor yang ade kat depan diorang, kena la amik ruang jalan sebelah tu sikit.

Baru je pas lalu traffic light masa tu, tetibe aku rasa siku kanan aku sakit dan sengal sangat. Masa tu jugak aku perasan ada 1 kereta myvi hitam kat sebelah aku.

Rupa - rupanye, siku aku dah kena himpit kat side mirror myvi tu. Aku nak elak tak boleh.... sebab jalan kecik.

kalau aku elak, sah - sah la aku jatuh kat semak tepi tu nanti. Yang best tu, kelajuan kereta tu sama je dengan kelajuan motor aku masa tu. Tak laju.. tak perlahan......

Yang lagi best, pemilik myvi tu langsung tak perasan. Yang aku ingat drebar myvi tu pompuan okey... nurse lagi. Dia bawak menonong je tak tengok kiri kanan.

Aku tekan hon pun dia tak pandang. Asyik tengok depan je.. @#$%$#^ tul!

takleh jadi ni...

Tangan aku dari sengal dah mula rasa kebas. rasa nak luruh pon de ni...

Sampai je kat satu simpang ( agak luas jugak la ).. aku terus tekan brek. Biar nurse tu jalan dulu.


Pengalaman kedua :

baca kat pemandu bingai part. 2 ni nanti. aku nak rehat jap...




Isnin, 20 Jun 2011

gaji vs COLA...

3 perkara yang selalu jadi perhatian kakitangan awam :

      1. Kenaikan gaji.
      2. Bonus.
      3. Elaun ( segala macam elaun termasuk COLA )

Dalam pembentangan budget tahunan pun, yang kakitangan awam selalu tunggu dah tentu la kenaikan gaji dan bonus. Elaun tu kurang sikit la. Aku pun macam tu jugak sejak dah jadi penjawat awam ni.

Kenapa elaun kurang diambil kisah?
Sebab... elaun bukan gaji.

Ehh.. dah tentula kan..he3

Sebab lain... elaun boleh ditarik bila - bila masa je..
Tak macam gaji..

Tadi bila aku baca surat khabar pasal CEUPACS mintak naikkan COLA..
Aku rasa... alahai..watpe? daripada naikkan COLA tu, lebih baik naikkan gaji.
Sebagai penjawat awam diperingkat sokongan, walaupun sedikit je kenaikan gaji..
itu lebih baik daripada kenaikan elaun seperti COLA tu.

Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab..
Tak semua penjawat awam menerima elaun COLA penuh.
Hanya yang TIDAK tinggal di kuartes sahaja yang dapat menikmati COLA penuh.
Yang tinggal di kuarters ?
Kami hanya terima separuh sahaja daripada elaun tu..

ishh..mula la orang cakap kami tak bersyukur..
dapat separuh pun mengeluh...

Bukan... kami bukan mengeluh..
Tapi tu hakikat. Kami yang tinggal kat kuarters ni pun ade kehidupan masing - masing.
Yang tinggal di luar ni biasanya yang bujang, yang bergaji besar atau yang ade kerja sampingan lain.

Ataupun mereka yang dah ade rumah sendiri ( yang dah mampu buat potongan tinggi tiap - tiap bulan. )

Bagi kakitangan awam yang hanya bergantung sepenuhnya pada gaji sebagai penjawat awam dan ade keluarga yang perlu disara, kemudahan kuarters sangat kami hargai.

Mesti ade yang berkata, takpe la...
ade jugak kuarters.

Betul..

Ade jugak yang cakap, ok la tu dok kuarters.. kalau tinggal kat rumah sewa lagi banyak kos. harga sewa rumah bukannya murah..

Tu pun betul jugak..

Tapi..kalau nak bagi kenaikan tu biarlah adil untuk semua penjawat awam. Bukan melalui elaun tapi melalui gaji. Supaya semua anggota dapat rasa kenaikan tu. Potongan separuh dari COLA tu tetap banyak.

Katalah, dari RM 300, kalau tinggal di kuartes..dah tinggal RM 150 je.
Yang RM 200 tu, dah tinggal RM 100 jer..

Elaun rumah yang RM 180 tu dah tentu kena potong habis.
Takpe la, memandangkan kos sewa rumah sekarang pun lebih mahal dari tu.

Tapi kalau la CEUPACS mintak naikkan lagi elaun COLA...
Yang dapat nikmati sepenuhnya cuma penjawat awam yang TIDAK tinggal di kuartes.

Tu pendapat aku la... dan itulah dilemanya...
Tentang bonus 2 bulan gaji...hmmm...persoalannya, boleh ke? he3..
Ni bukan blog untuk menghasut..
Aku pon tak suka menghasut...
Tu cuma pendapat aku yang bukan sesape nih....
bye...

Sabtu, 18 Jun 2011

demam korea ku datang balik..

Last week  masa cuti emergency tu sambil jaga anak yang demam sempat la jugak aku tengok tv al-hijrah tu.
Masa tu diorang tengah tayang citer korea..

:: Cinderella man… ::

Tengok hero..hmmm macam pernah ku lihat. Tapi lupe..maklumla..

Sejak beranak pinak ni mane aku kisah sangat dah dengan citer2 camni… Lagi pun lama gak tv malaysia ni tak tayang sangat citer korea. Kalau tayang pun, hero and heroin tak cute / handsome… tu yang malas nak tengok..heheh..*gatal..*

Dulu masa zaman Winter Sonata dulu dasyat gak demam korea aku! Sampai terkenan la kat anak sulung….
*masa tu dari awal mengandung sampai sarat aku dok giler tengok filem korea *

Tu yang terkenan kot..ngeh.. See... cerrr tengok btul2...

DSC00680 DSC00681 DSC00682
Ade rupe cam hero korea tak ? he3..

* baru bangun tido dah kena paksa posing...he3... sib baik dia ok..*

Rabu, 15 Jun 2011

bile anak minta demam..

adehh..ni masalah ni.he3..
semalam kan si adik demam.
Si abang beria - ia cek dahi si adik.
Pastu cek pulak leher si adik.
Dah tu kaki adik pun dia pegang gak.
Kononnye nak cek la adik tu tul demam ke tak.

Bile badan si adik naik panas
Aku gi amik air sejuk and towel
Cam biasa, aku lekapkan kain basah tu kat kepala

Tah ape agaknye, dia tengok si adik
pastu
dia pandang aku.

" mak, opal nak gak demam.."
Haduihh... aku ingatkan dia nak minta ape la..
Mintak demam pulak..
" ish.. ape la opal ni.orang nak sihat, opal nak demam pulak"
Dia sengeh je..

Aku ingat takde ape - ape dah..
Petang semalam si abah cakap
"eh..badan opal ni panas ni. demam ke?"
Hah..?? biar betul..dengan rasa tak puas hati
aku raba dahi ngan leher.
Sah panas...

La...betul - betul demam rupenyer..

Nasib baik pagi tadi dah elok..
Sabau je la...he3
sayaangg adik...




Selasa, 14 Jun 2011

Bile si kecik demam

Semalam lagi masa amik anak – anak dari rumah pengasuh, aku dah rasa badan si kecik ni bahang semacam.
Petang tu ok lagi. masuk jer tengah malam badan dia dah naik panas.

Si abang plak bile aku cakap adik demam, cepat je dia raba dahi adik ehh.. pastu rasa leher adik ehh.. kononnye nak rasa suhu badan si adik panas ke tak.. he3.. pandai..

Pas 4 jam bagi ubat minum, suhu camtu gak tak turun. Aku terus basahkan badan dia, tukar lampin and masukkan ubat ikut punggung plak.

Biasanya cepat je suhu badan turun pas pakai ubat tu, tapi ni tak. Bangun pagi tadi badan si kecik masih bahang lagi. Mata layu je.. kesian pulak aku tengok.

Tengok jam dah pukul 7, hmmm…tak sempat la aku nak bersiap gi keje camni. Tengok plak muka si kecik yang ‘lemau’ jer tu..alahai..

Aku mandikan dia and sekali lagi aku masukkan ubat punggung yang memang selalu ada dalam peti ais tu untuk kes emergency camni..heh..

Lum gak turun suhu, jam dah dekat 8 pagi baru turun sikit. ahh..masa ni dia dah lincah semula cam orang sihat.

So aku decided hari ni emergency jer la. tengok kan si kecik ni yang dari semalam asyik nak menempel je. Ni dia dah tido balik. ngantuk agaknye sebab dah bangun awal. malam tadi plak asyik merengek je. Sian dia, tido siap mengigau plak tu..adehh..





Isnin, 13 Jun 2011

Ape la mak ni..

Alkisah ni malam tadi punye ceriter. Kebiasaannye bile nak tidur, aku akan sediakan tempat tidur untuk anak - anak. Tapi malam tadi memandangkan aku ade keje, aku suruh la si abang ( anak sulungku.. ) kemas tempat tidur. Agaknye sebab dah letih sangat, bile aku mintak buat camtu..dia hangin..

Si abang : ape la mak ni..opal nak tido...
Aku : ala, kemas la dulu sikit. Tadi opal dah sepahkan bantal tu. Opal kan dah besar.

Satu bantal je dia kemas. Yang lain dia biarkan.

Aku : La.. opal punye je ke ? adik punye pun tolong la buat kan. Dia pun nak tido gak.
Si abang : ish.. mak ni. Opal nak tido la.
Aku : ala..buat je la.kang tido la. tadi mak dah bagi opal tengok otoman ( ultraman ), memon ( doremon ), tolong la mak jap..

Muka bengis je si abang..tapi dia buat gak. Bile time nak tido, si adik menempel plak kat tempat tido dia. Lagi la dia hangin..

Si abang : mak..tengok bibi ( baby ) ni..buk jer.( sibuk je ). pi arr..  ( tepi la.. )

Si abah yang dari tadi dok perhati mula bersuara..

Si abah : ala...meh sini kat abah..payel..meh sini.

Si adik dah merajuk kena tolak kat si abang. Mula - mula tak nak datang. Makin jauh dia mengesot. Sian pulak aku tengok. Dah la kecik, bile dia merajuk tu makin kecik aku tengok..hehee..

Si abah : takpe meh sini baby.

Si abah amik si kecik yang dah cebik - cebik menangis.

Si abah : sok kita gi jalan ek..tak payah ajak opal. abah bawak payel je..
Aku : a'ah..mak pun ikut. kita tinggalkan opal. Jangan bawak dia..

Sambil tu kitorang pulaukan si abang la kononnye. Si kecik dah mula cari susu cap ' gantung'..he3..
Tak lama pas aku cakap camtu terdengar..

Si abang : ala..opal ikut nenek..na nak mak ( tak nak mak ). opal nak nenek..

Haiii... sejak semenjak dia dah pandai cakap ni, ade je la jawab eh.. tak padan dengan pelat, laju je menjawab..

Sabau je ler...bertuah betul dak sorang ni...hmm..

Si adik

Si abang yang suka bergambar

Sabtu, 11 Jun 2011

Sengeh

DSC00390  DSC00394


Koleksi sengehan paling mengancam..he3..


fail menyeringai  DSC00388


Agaknye yang mana satu paling mengancam ek??


a nite b4 raya  DSC00402


Bukan si adik je yang suka tersengeh, abang pun sama jugak..ngee


opal tunjuk gigi


Senyumm..!!!






Khamis, 9 Jun 2011

Chatting mIRC vs FB

Dulu takde Facebook..facebook ni..
Dulu orang pasal chatting kat mIRC..
Korang pernah chatting macam tu tak?
aku pernah chatting..
Ape..? kampung.net la..
Tokeykedai.net la..
Aku tak tau sama ada semua tu ade lagi ke tak.
Yang aku tau laman sosial ni sangat popular dulu masa zaman aku belajar.
Sana sini orang dok sibuk chatting..
Seronok chatting nih..katanyer...
Siap buat blind date bagai...
Yang kena tipu, tak payah cakap la..
Dah chatting pun tak nampak muka, ramai la yang menyamar..
Katanye dia hensem, 
Katanye pulak dia cun..
Skali jumpe..alamak..spoil..!!
he3..
Sekarang FB..popular gitu..
Dalam Fb pun leh chatting jugak.
Bezanya dalam FB ade gambar.
( walaupun lum tentu betul..he3 )
 ni ade sikit kenangan masa chatting dulu :

b ( ntah sape..) : hi..tinggal mane?
a ( aku ler tu ) : hi..kat bumi.
b : bumi tu kat mane?
a : kat tempat kita pijak ni la..
b : owh..kita dari bulan..
a: iye?..buat ape kat bulan?
b: tengok bumi..he3..
a : cantik ke?
b: cantik..tak tengok bulan ke?
a : tak nak la..
b : kenape?..
a : bulan banyak jerawat..

kah..kah..kah...
tah ape - ape la kan?
hmm....


 Sebenarnya pada aku chatting ni takde la best sangat..tak tau la kenapa..
Tapi sebab ikut member punye pasal,
 nanti dikatakan katak bawah tempurung plak tak amik tak isu semasa.

Rabu, 8 Jun 2011

lupa lah..

baru jap tadi aku terfikir nak buat sesuatu dengan pen drive aku..

tapi tak sampai 10 minit, aku dah lupe..

aku nak buat ape ekk dengan pendrive tu tadi..?

adoiyai..ni la yang aku tak suka..

memory short - term aku jadi lagi..haishh..

Wordless wednesday

Selasa, 7 Jun 2011

Hantu bulu lebat..mata merah

Ok..kita sambung dari entry TAK BOLEH..TIDUR tu ek..

Biar aku explain dulu keadaan bilik aku macam mana ek. Bilik yang aku duduk masa belajar dulu dekat dengan laut. Sebelah kiri kanan bilik aku ada la bilik - bilik lain.

Dalam bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil double decker. Katil single ni letak tul - tul kat tepi tingkap. Katil yang double decker tu plak kat dengan pintu masuk.

Kat tepi tingkap tu plak ada pokok besar. Kalau malam - malam tenung pokok tu lama - lama, seram oooo.

Walaupun hostel tu tepi laut, tapi memalamnya... ya ampun... panas! rimas.. ada kipas pun tak sejuk gak..

jadi, memalam selagi blum tul2 nak tido, memang jarang sangat aku tutup tingkap tu. saje... biar angin luar masuk bagi bilik tu sejuk sikit.

Kebetukan meja study aku memang membelakangkan katil and tingkap tu. Jadi takde la aku nak kena mengadap pemandangan malam kat luar yang agak menyeramkan tu, kan?

Awal2 tinggal kat bilik tu, aku nak study sampai pagi pon tak jadi hal. tak rasa ape pon walaupun terpaksa berjaga sengsorang... huhuhu

bukan le aku ni rajin beno nak stay - up tetengah malam tu. terpaksa weih... terpaksa !!

masalah tak boleh nak tido aku masa tu kronik gila... skali terjaga, payah dah nak tido balik. tu yg terpaksa berjaga sampai subuh tu.

sambil stay - up, sambil tu aku buka tingkap. panas lah... mano tahan! bahang!

Tapi start dah tahun akhir blaja tu, tetiba aku rasa macam 'ada' yang masuk ke bilik tu 'menjengah' setiap kali aku terpaksa stay-up.

Bulu roma toksah cakap la.. Tegak semacam je rasanya. Banyak kali aku usap dengan tangan kat pangkal tengkuk aku ni tapi tak mao gak hilang. Aku rasa cam 'dia' tul - tul kat belakang aku tengah tengok ape yang aku buat..

Dalam rasa lain macam tu, aku jengah gak kat belakang aku. Eh..takde ape - ape pun...!

rasa lepas 'dia' jengah apa aku buat, ' dia ' pi bertenggek kat katil double decker tu sambil dok tenung aku lagi.. ishh.. betul weihh..

sampai 1 tahap aku tak tahan dah. cepat2 tutup tingkap, paksa le jugak mata ni lelap. lampu? hihiii... memang tak tutup dah ler... se
serrrrram !!!

HU3...nasib baik la mata ni nak lelap. Berselubung aku tidor sampai pagi pas aku tutup tingkap. Sejak tu bile aku stay - up or terjaga macam tu sorang2, aku tak buka tingkap. Tapi kan..
walaupun tutup tingkap, aku sentiasa rasa 'dia' ada kat situ.

selalu macam tu...

sampai lah aku keluar dari bilik tu dan duduk menyewa kat luar.

Budak junior masuk.

Time tu la baru ' dia ' tunjuk rupa paras dia. perghhh.... Budak tu nampak dia bersidai tul - tul kat katil double decker tu ( tempat yang sama masa aku rasa 'dia' ada dulu ).

Kata budak tu, 'dia' tinggi,besar dan badan dia penuh dengan bulu macam mawas tu..mata merah.. euhh.. seram siuuttt...

Kata 'dia', budak tu buat bising masa maghrib sampai ke tengah malam. Sebab tu dia tunjuk muka 'dia'...

Macam tu la yang makhluk tu cakap kat ustaz yang ubatkan budak tu..

Hu3....maknanye selama ni ape yang aku rasa tu memang betul. 'dia' memang ada..!!eeeeeee....




sangap..

Hadoihh..gara - gara tidur lambat malam tadi, aku rasa sangap tul...

Mata berat jer ni..

Tengok la..sejam dua nanti mungkin aku tertido kot..he3

atau..

Mungkin lagi setengah jam aku dah tertelungkup atas meja ni..ha3...

Isnin, 6 Jun 2011

Terkucil jer..

Tak tau lah nape hari ni ekk..

Dari tadi asyik nak terkucil jer..

Nak kata air-cond sejuk sangat..xde pulak.

Nak kata minum kafein.. pun tak jugak..

Agaknye banyak nau minum air kot...

Haduihh..asyik kuar masuk toilet je..

Letih dibuat ehh..

Mehh..layan clip ni jap..


Sabtu, 4 Jun 2011

Classic looked…

Chakkk.................!

DSC00669

Diambil oleh suami tercinta... hew3

cantik le pulak ....


i like...!!! he3



DSC00671

Taaa daaa........... 1 lagi

Tapi 2 je la. gambar yang lain kat my hubby.
Katanya gambar yang lain tu tak berapa cantik.



Boleh la…
Yang penting..
Aku SUKA..!!!
he3…




Plus 1 more hero

aidil

Tahniah la aku ucapkan kat mak buyong nih.Open-mouthed smile

28hb lepas ( sabtu petang ) dia dah selamat melahirkan seorang lagi hero…he3…Maknanye dah 3 la hero kecik dalam rumah mak buyong nih..ehh..ehh.. Silap.. ex-mak buyong la..

Sekarang dalam proses berpantang demi nak kuruskan and nak kuatkan semula tubuh badan after melahirkan.
Tahniah la ye..walaupun niat nak anak pompuan tak tercapai..

Yang penting mak and anak sama – sama selamat dan sihat walfiat..
Tu yang penting..

Kalau ade call tentang keje..jangan layann..!!

Sebab beberapa hari lepas after dia bersalin, ade manusia sengal yang tak paham – paham makcik ni dah bersalin tapi dok telefon jugak sebab nak tanye hal keje.( dari tempat keje lama dia tu la, tempat keje baru makcik ni ok jer.. that’s mean dari pejabat aku kat sini la ). 

Nasib baik time tu pun aku cuti…kalau tak harus orang tu kena sound ngan aku…
Selamat berpantang.. ( cuti 90 hari tu..hu3 )

Milo pancut..

Yang bertepek kat dahi dan tangan si kecik ni bukan darah ekk..
Tapi air milo.

Ni la gara – gara dah haus sangat, pastu tangan tak reti diam, dia cabut straw dari air kotak tu, tah camne..

Agaknye picit kuat sangat.. haaa… memancut air milo tu kek muko dio..he3…
Jadi la gambar sedemikian rupe… ngeh.. ngeh.. ngeh..


hensem tak??




Trolley tumbang

DSC00499                  DSC00500

Gambar ni dah lama aku snap..

Tompat eh… mall kat rumah aku.
Time ni aku nak beli topup..

Betul – betul kat tempat kejadian ni..
Tah sape la punye angkara buat trolley ni sampai tumbang macam tu..

Yang malang, dah tentu la kereta tu.
Lebih malang, tuan punya kereta la..

Sobab ehh.. aku tengok ade calar besar kat atas penutup bonet kereta tu…

Hish…nasib la..
Mungkin sekarang tuan ehh dah repair kot…

Jumaat, 3 Jun 2011

Oi..Jarakkan la sikit..

Aku kan kalau pi balik keje bawak skuter.
Tadi pas rehat, macam biasalah..
Skuter nouvo tu jadi transport aku.
Sampai kat 1 simpang, aku bagi signal nak masuk simpang kanan..

Ade la 1 lori ni kat blakang aku..
Dia nak jalan terus..

Aku plak sebelum dapat melintas masuk simpang tu..
Aku kena tunggu de satu kereta ni lalu dulu..
Tengah dok tunggu 'turn' nak jalan tu..
Lori yang kat blakang aku ni main straight je jalan terus..
Takdela nak ke tengah sikit ke ape sebelum melintas sebelah aku..

Aiyy.. nasib baik la motor aku tak kena sagat kat bontot lori tu.
Kalau takk.
.
Dah tentu aku tergolek kat jalan sebelah lagi tu. 
Nasib baik pas keta tadi lalu takde dah keta lain..
Buat naya aku jer..

Kalau nak ye pun nak cepat,
Jarakkan la lori tu dari kenderaan yang ade kat sebelah korang tu..





'Balak hanyut'

Pepagi lagi cleaner kat tingkat 1 dah mengamuk..'
Maunye tak..
Dia masuk jamban nak cuci..
Eh... ada 'balak hanyut' dalam mangkuk jamban..
Haa..yooo..

aku ingatkan zaman asrama aku dulu je ade citer nih..
Zaman dah kerja macam ni pun ada jugak..?!

Euhh...
Apa la diorang nih..
Dah berak..opss..dah membuang tu, pam la..


Katanya pam rosak..
Baldi kan ade..?!
Jirus la..

Hayya..
Lu punya otak, lu letak mana arr?
Lutut ka?

Dah besar, umur pun bukan budak - budak lagi..
Aku marah betul perkara - perkara macam ni.


Dah 'buang', pandai - pandai la cuci..
Kucing tu pun tau nak sorokkan najis sendiri.
Ni kan pulak manusia yang ade akal..


Tak senonoh betul...

Khamis, 2 Jun 2011

leha world restoran

Lunch tadi ingatkan tak nak makan.
diet? hmm..takde maknanye..
Pagi tadi aku dah bedal nasi kerabu..
Macam kenyang je lagi...

Tengah dok buat report bulanan, hubby call.
Ajak makan la.. ape lagi..
Lupakan perut yang masih rasa kenyang..
jommm....!! 
( jarang sangat hubby aku ajak makan sama..cepat jer nak bile dipelawa..he3 )

hubby : nak makan kat mane?
me : entah..ikut jer la...
hubby : kat mane?
me : gerai yang banyak lauk tu pun ok gak..

Vroommmm...!!!

Mak oi...!!
Ramainyer orang kat restoran ni..
Nasib baik ade tempar kosong.

Aku ingat cume 100 je lauk diorang..
Ghupe - ghupenyer 200 lebih ngko..!!
Aku baru tau daa..
Tu pun pas baca kat LINK NI..

Banyak sangat sampai tak tau nak pilih yang mane..

Last2 aku amik lauk 
ayam goreng rempah, rebung masak lemak cili api, budu and sambal ketuk..
termasuk nasi = RM 5.00 jerr..

Air...FREE...!!
Siap boleh refill lagi tu...
Hanya bayar untuk yang kita makan je ok..!!
Makanan diorang pun..ok..
Secukup rasa...
Walla weihh...

leha world restoran
gambar crecdit to Utusan.com.my
Tu gambo lama..
Skarang diorang dah renovated..
Lagi cun la...
Yang paling aku suka..
Meja, kerusi and lauk - lauknye..
banyak kaler KUNING..!!!!
Ngeeeehh....