Jumaat, 24 Jun 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?

Tadi masa BW kat blog mr. Ben Ashaari ni, aku tengok dia buat segmen khas untuk para SUAMI..

aitss..aku pon berfikir, untuk para ISTERI takde ke? he...

Owh... ada rupanya ...


cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..

Tu task yang dia bagi...hmmm...

Macam mana aku berblogging ni ek? he3... Apa - apa hal pun aku akan beri keutamaan kat anak  -anak dan suami dulu. Bila dah dapat selesaikan dengan cepat, aku akan cuba jengah blog sambil BW ke blog lain. 

Kalau tak sempat jengah untuk hari ni, aku cuba la jengah lain kali tapi takdelah sampai tak sempat langsung jengah sampai berbulan - bulan. Blog baru nak hidup la katakan kena la selalu up date.

Kalau tak dapat time kat rumah, aku blogging kat opis je.. Idea untuk blogging lebih banyak datang masa aku kat opis. Kat rumah payah sikit. Baru je idea nak datang, bila anak panggil... Tapp..!! hilang terus. Lepas tu tak tau nak buat apa dah. Kat opis ni sambil tengok kerenah rakan - rakan sekerja, idea pun datang mencurah - curah.

Suami aku setakat ni belum cakap apa - apa lagi. Cuma masa mula - mula dulu dia pesan, kalau apa yang aku buat ni mendatangkan kebaikan, just do it...tu je la..

Tiada ulasan: