Rabu, 22 Jun 2011

Pemandu bingai part 2

sambungan dari Pemandu bingai :

Ni pengalaman kedua yang aku tak leh lupakan :

Masa kejadian tu sama gak dengan pengalaman pertama, otw balik kerja. Kat jalan yang sama.

Hari tu belakang aku ade 1 lori putih ( yang cam lori ais tu.. ). Aku tak tau la nape dari mula lagi dia main - main lampu. Mula - mula tu aku tak amik kisah sangat. aku bawak motor tu cam biasa je la. Tak laju, tak slow...

Lepas dah main - main lampu tu kan, dia main hon. Bertalu - talu. Tak tau la kenapa. kalau kata la nak cepat sangat kan, kot la aku slow sangat bawak skuter tu.. potong je la. ape masalahnye kan? amik ruang sikit pastu ko pecut je la....

Ni tak.. sibuk main hon. kuat plak tu. pastukan drebar tu tekan minyak... siap ikut aku dekat - dekat macam nak sondol sangat skuter aku tu.

Haa... kuang ajor le tuh.

Bile dah kena macam tu, panas la jugak hati ni. Tapi aku cuba dok tepi, konon nak bagi drebar tu potong. ehh. .tak jugak..!!!! dia hon lagi. Dia tak potong pun. Padahal dia boleh buat macam tu.

Maknanya dia sengaja cari pasal. Kalau nak kata skuter aku de masalah, sepanjang aku bawak tu.. takde plak rasa cam pelik - pelik. ok je aku rasa. Drebar tu masih tekan - tekan hon. Aku pun tak kenal langsung drebar tu.

Geram punye pasal, hati dah panas je. Malu la kan.. dah la hon tu kuat. orang pandang aku pelik je. ish..

Rasa macam kena buli je kan..!!! makanya....

Aku sengaja slow kan lagi skuter tu. Pastu aku dok tengah - tengah ( bukan la kat line tengah tu ) lorong.

Aku pekakkan telinga je sepanjang dia hon tu... Lantak kau la... rasakan.. tadi masa aku bagi kau 'chance' potong, kau tak nak. Nak main hon.. ha.. main la sangat...he3...

Sampai kat simpang, cepat - cepat lori masuk simpang. Aku sempat jugak la tengok muka drebar tu. Bengang je dia.. ek eleh..bengang ko je ko tau.. bengang aku ni kena hon, ko tak pikir plak.. nak tau brape km/j yang sengaja aku bawak tadi ? 30km/j je dari 60km/j.... keh3 ..tu kelajuan scoot - scoot kesayangan aku masa tu. Bayangkan la... ha3..

dasarrrr...!!!






Tiada ulasan: