Rabu, 22 Jun 2011

Pemandu bingai...

Dok baca entry cik fitri senin pasal sikap pemandu kereta yang agak WTF tu, aku teringat plak kisah sendiri...........


Pengalaman pertama :

Otw balik dari keje masa tu... Lalu la kat kawasan kilang tu. Jalan kat kawasan - kawasan kilang ni memang kecik. So kalau kereta ke, lori ke nak potong motor yang ade kat depan diorang, kena la amik ruang jalan sebelah tu sikit.

Baru je pas lalu traffic light masa tu, tetibe aku rasa siku kanan aku sakit dan sengal sangat. Masa tu jugak aku perasan ada 1 kereta myvi hitam kat sebelah aku.

Rupa - rupanye, siku aku dah kena himpit kat side mirror myvi tu. Aku nak elak tak boleh.... sebab jalan kecik.

kalau aku elak, sah - sah la aku jatuh kat semak tepi tu nanti. Yang best tu, kelajuan kereta tu sama je dengan kelajuan motor aku masa tu. Tak laju.. tak perlahan......

Yang lagi best, pemilik myvi tu langsung tak perasan. Yang aku ingat drebar myvi tu pompuan okey... nurse lagi. Dia bawak menonong je tak tengok kiri kanan.

Aku tekan hon pun dia tak pandang. Asyik tengok depan je.. @#$%$#^ tul!

takleh jadi ni...

Tangan aku dari sengal dah mula rasa kebas. rasa nak luruh pon de ni...

Sampai je kat satu simpang ( agak luas jugak la ).. aku terus tekan brek. Biar nurse tu jalan dulu.


Pengalaman kedua :

baca kat pemandu bingai part. 2 ni nanti. aku nak rehat jap...




Tiada ulasan: