Sebenarnya aku tak kenal pun jiran belakang rumah yang ni. Tapi ade beberapa perkara yang kurang disenangi tentang jiran yang satu ni. Ni betul - betul kat belakang rumah jiran tu. Korang tengok pulak gambar bawah ni.. ape pendapat korang?
Rumah yang ade bertampal atap - atap zink tu la rumah yang aku nak ceritakan nih... dulu sebelum diorang buat bisnes cendawan nih, belakang rumah ni bersih je. Aku tau sebab aku selalu gunakan jalan ni untuk hantar dan amik anak - anak aku selang 1 rumah dari rumah pengotor ni..opss..kan dah terlepas.
Sekarang..ade la dalam setahun pas diorang start buat aktiviti tanam cendawan tu, mula la diorang longgokkan sampah tu ikut suka je kat laluan ni. Mula - mula sikit..lama - lama...jadi macam ni. korang tengok la sendiri. Baru - baru ni agaknye rumah diorang kena masuk ular, tau plak kelam kabut telefon bomba segala bagai...
Kalau korang tengok, rumah yang sebelah kanan ni rumah jiran pengotor tu yang dinding nampak putih je tu lum berpenghuni ( tapi tuan rumah dah datang tengok - tengok. katanya nak tinggal kat situ. )
Yang ade pokok pisang tu rumah pengasuh anak - anak aku. Hari - hari aku terpaksa menghadap suasana kotor ni. Tu lum dengan bunyi bising mesin kat umah diorang lagi tu... Dah la kawasan tempat tinggal kitorang ni black area..kes denggi tak pernahnye tak de..tiap - tiap tahun mesti ade kes denggi..
Kayu reput kat tepi tu berpacak - pacak paku karat kat situ. Huihh... dah la budak - budak suka main kat sini. Memang takde sivik langsung orang yang buat sampah ni.. pengotor !
1 ulasan:
iuhhhh bahaya tu kalo dibiarkan lama2, lapor kat majlis daerah kat situ boleh kot
Catat Ulasan