Korang percaya? he3.. mesti korang fikir.. eh.. tilik nasib ke? Bukan.. aku bukan nak cerita tentang tu.
Yang aku nak citer ni.. tentang kesihatan.
Hmmm... Apa kaitannya antara tilik tapak tangan dengan kesihatan ?
Ok.. kita tukar la ye... Bukan tilik tapak tangan. Tapi melalui tapak tangan, boleh kesan penyakit yang ade dalam badan kita. So.. takde kena mengena la dengan tilik nasib segala bagai tu..
Semalam masa balik kampung, kitorang singgah ler rumah kak ipar aku yang tak jauh letaknye dari rumah mentua aku. Kembar kak ipar aku ni pon ada skali. Bila dah sekali jumpa, memang riuh la kuarga besar mentua aku nih...
Memula sembang kat ruang tamu. bila dah budak - budak sibuk nak tengok movie Karak tu, diorang beralih ke dapur plak. Memula aku dok ngan budak - budak ni sebab Fa'el asyik memanjat - manjat. Tapi pastu aku blah pi dapur. Tu pun pas si kecik tu dah berlari cari air nak minum.
Masa ni aku tengok kak ipar aku tu tengah dok belek - belek tapak tangan kembar dia. Memang kecoh la citer diorang tu. Tengok macam best je.. aku pun ape lagi..'bertenggek' gak la kat dapur tu.. he3
Nak gak try kan.. so aku pun letak la kedua belah tangan aku depan kak ipar aku ni. Memula dia belek belakang tapak tangan.
Pastu dia suh tunjuk tapak tangan plak. Aku ikut jer.. tak banyak soal.. ngehh... dalam hati ni debor jugak ler...
Kot la kuar plak sakit yang bukan - bukan.. hu3.. Tak sanggup nak dengar. Tapi demi kata nak tau sangat kan.. Tahan je la jiwa ni.. Kental beb..!! ( konon.. hehehh.. )
Nak tau ape kak ipar aku cakap ?
" Tapak tangan kau ni sebolah merah, sebolah macam pucat kekuningan.."
Ye ke ? kenapa ek ?
Sorang cakap nogori, sorang lagi cakap Johor.....boleh?! ^_^
"kau ni ado masalah tokanan darah rondah ni.. yo tak? kau ponah check tak?"
Harr... aku pelik.
Selama ni aku tak pernah bagi tau pon kat kuarga mentua aku tentang sakit aku yang tu. Yang tau cuma laki aku jerr.. jeng.. jeng.. jenggggg...
Betul la tu..
"ha... jago makan.. banyak makan makanan yang boleh tambah darah."
Kak ipar aku tengok lagi.
"Sakit lain yang berat - berat takde kau nih... sihat. Cuma badan kau banyak toksin, lepas tu kau ada masalah dari pinggang sampai ke kepala. Kadang - kadang kau poning sampai nak kena migrain... Betul tak?"
Ngee...betul lagi..
"Hormon kau tak stabil, period kau ok tak?"
Ok je kak...senggugut semua takde...
"Kalau macam tu 1 yo... kau ni ado 'angin' sikit la..."
Korang paham tak yang dia cakap tu? Maknanye.. aku mudah melenting... and again.. Memang pun... keh3... Diorang semua gelakkan aku.. he3.. kantoi..
Selama ni diorang tengok aku relaks je kot bila balik kampung jumpa diorang. Konon... cool la.. ha3..
Tu je la sakit yang ada kat aku selain kulit kering. Tu dia tak payah belek pun, dah leh nampak. Tapak tangan aku mengelupas, kering jer...
"kau ni kurang minum air tapi buang air banyak..kan? "
He3... Betul daa.... Rasa macam tak sempat pun nak simpan.. kah3..
Macam tak percaya je tapi.
Tapi pas kak ipar aku tunjuk cara nak tengok tapak tangan tu camne... Owh... aku paham. Nak try ? tengok tapak tangan korang. Rapatkan jari.
Kalau jari hantu tak tegak... Erti kata lainnya.. Membengkok sikit, jantung korang ada masalah.
Kalau urat korang timbul kat sebelah bawah ibu jari ( yang kat bahagian padat dengan isi daging korang tu.. ), korang ada masalah resdung.
Kalau tapak tangan korang merah kedua - dua belah.. Tu ada melibatkan paras kolestrol..
Tetapi.. apa pun.. adalah lebih baik sekiranya korang pegi check kat klinik ok... Tu cuma untuk panduan je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan