Selasa, 7 Jun 2011

Hantu bulu lebat..mata merah

Ok..kita sambung dari entry TAK BOLEH..TIDUR tu ek..

Biar aku explain dulu keadaan bilik aku macam mana ek. Bilik yang aku duduk masa belajar dulu dekat dengan laut. Sebelah kiri kanan bilik aku ada la bilik - bilik lain.

Dalam bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil double decker. Katil single ni letak tul - tul kat tepi tingkap. Katil yang double decker tu plak kat dengan pintu masuk.

Kat tepi tingkap tu plak ada pokok besar. Kalau malam - malam tenung pokok tu lama - lama, seram oooo.

Walaupun hostel tu tepi laut, tapi memalamnya... ya ampun... panas! rimas.. ada kipas pun tak sejuk gak..

jadi, memalam selagi blum tul2 nak tido, memang jarang sangat aku tutup tingkap tu. saje... biar angin luar masuk bagi bilik tu sejuk sikit.

Kebetukan meja study aku memang membelakangkan katil and tingkap tu. Jadi takde la aku nak kena mengadap pemandangan malam kat luar yang agak menyeramkan tu, kan?

Awal2 tinggal kat bilik tu, aku nak study sampai pagi pon tak jadi hal. tak rasa ape pon walaupun terpaksa berjaga sengsorang... huhuhu

bukan le aku ni rajin beno nak stay - up tetengah malam tu. terpaksa weih... terpaksa !!

masalah tak boleh nak tido aku masa tu kronik gila... skali terjaga, payah dah nak tido balik. tu yg terpaksa berjaga sampai subuh tu.

sambil stay - up, sambil tu aku buka tingkap. panas lah... mano tahan! bahang!

Tapi start dah tahun akhir blaja tu, tetiba aku rasa macam 'ada' yang masuk ke bilik tu 'menjengah' setiap kali aku terpaksa stay-up.

Bulu roma toksah cakap la.. Tegak semacam je rasanya. Banyak kali aku usap dengan tangan kat pangkal tengkuk aku ni tapi tak mao gak hilang. Aku rasa cam 'dia' tul - tul kat belakang aku tengah tengok ape yang aku buat..

Dalam rasa lain macam tu, aku jengah gak kat belakang aku. Eh..takde ape - ape pun...!

rasa lepas 'dia' jengah apa aku buat, ' dia ' pi bertenggek kat katil double decker tu sambil dok tenung aku lagi.. ishh.. betul weihh..

sampai 1 tahap aku tak tahan dah. cepat2 tutup tingkap, paksa le jugak mata ni lelap. lampu? hihiii... memang tak tutup dah ler... se
serrrrram !!!

HU3...nasib baik la mata ni nak lelap. Berselubung aku tidor sampai pagi pas aku tutup tingkap. Sejak tu bile aku stay - up or terjaga macam tu sorang2, aku tak buka tingkap. Tapi kan..
walaupun tutup tingkap, aku sentiasa rasa 'dia' ada kat situ.

selalu macam tu...

sampai lah aku keluar dari bilik tu dan duduk menyewa kat luar.

Budak junior masuk.

Time tu la baru ' dia ' tunjuk rupa paras dia. perghhh.... Budak tu nampak dia bersidai tul - tul kat katil double decker tu ( tempat yang sama masa aku rasa 'dia' ada dulu ).

Kata budak tu, 'dia' tinggi,besar dan badan dia penuh dengan bulu macam mawas tu..mata merah.. euhh.. seram siuuttt...

Kata 'dia', budak tu buat bising masa maghrib sampai ke tengah malam. Sebab tu dia tunjuk muka 'dia'...

Macam tu la yang makhluk tu cakap kat ustaz yang ubatkan budak tu..

Hu3....maknanye selama ni ape yang aku rasa tu memang betul. 'dia' memang ada..!!eeeeeee....




1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang bulu lebat di SIHAT SELALU - Hirsutism - Wanita Bulu Lebat