Jumaat, 24 Jun 2011

Anak tekak bengkak....?

That day my kid yang sulung demam. Lama gak la.. Nak makan yang lembut - lembut jer. Bawak gi klinik.. lepas amik ubat antibiotik, ubat demam dengan ubat tekak, balik rumah aku terus bagi ubat.

Dah seminggu, ubat semua dah abih tapi demam dia tak elok - elok. Masa tu dah dekat sebulan berulang beli ubat kat klinik. macam2 cara aku dengan suami try. Pun tak jugak elok.

Malam tu ( pagi besok tu nak raya haji ).. suami aku try contact mak mentua aku. mak mentua aku suh suami aku contact kak ipar aku yang de kat Batu Cave. Dia suh tanyakan kat mak mertua kak ipar aku tu. Kira besan mentua aku la..

Besan pompuan mentua aku tu dulu  keje nurse. ( tak tau la tahun ni keje lagi ke dah pencen... ). Besan tu cakap.............

" ala... senang jer tu. ko pegi kedai, pas tu pi beli ais krim perisa vanilla. ko bagi anak ko makan. sok pagi elok la tu.."

Gitu katanya... suami aku tak pikir panjang dah. Besok nak raya, kesian plak kat anak kan...

Balik je dari kedai, suami aku terus bagi si sulung tu makan ais krim vanilla tu...

Baru le nampak dia berselera nak makan.... sebelum2 tu berpayah2 nau nak makan.. meragam je


Ni la ais krim yang dia makan malam tu... Sampai habis la dia makan...

Bangun je besok pagi.. 

Demam dah kebah... Air liur pun dah tak meleleh - leleh dah macam sebelum2 ni. Al-hamdulillah...

Pagi raya tu... Apa je aku bagi, dia makan je. Tak meragam merengek dah...

Dia senyum je memanjang... Me? Opkos la happy bila anak dah sihat, dah tak meragam merengek...

Kalau korang nak try ni boleh la.. tapi hanya untuk anak yang sakit tekak sebab bengkak dalam ok...

Dengan syarat, dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu. Tapi kalau anak de batuk2, bagi dia sikit cukup la... Takut plak kang batuk dia plak makin melarat... Ok?



2 ulasan:

cik sakura berkata...

ais krim vanilla sedap tu..hehe..cik sakura pun kalau dalam rasa sakit makan ais krim je tapi dalam kuantiti yang sedikit..

blasahje berkata...

a'ah..tak galak makan banyak. takut nanti jadi penyakit lain plak. biasanya batuk ler..hehehh...