Trip : 2 hari 1 malam…
Tarikh : 5 feb – 6 feb 2012
Tempat : Teluk Resang Indah ke Teluk Golek ke Gorek tah…
Tengah tunggu perbincangan ngan tuan chalet yg erkkk.. tuh..! nape erkk? sebab… hmmm… jap gi aku citer… Tengok gambo le dulu yek..
Cantik kan chalet nih? Sebab dah petang masa kitorang sampai sini, malas la nak cari tempat lain. hamik gak la chalet ni 1 bilik. Yang sebelah tu student pompuan dah sewa. Diorang sampai awal sikit jer dari kitorang.
Sama jer takde air-cond, just kipas… 1 katil kelamin + 1 katil bujang.. meja solek set ngan kerusi yang tunggu masa nak buat orang tergolek…hehee… tv? takde yek..
Sila abaikan cik jijah tuh… he3… Ni la rupa bilik tu. Simple. Harga? Masa memula tu hakak tu cakap RM 120… hah… ad lagi… Dia nampak kitorang datang 2 bijik kereta, dia cakap kena sewa 2 bilik. Kitorang tak nak sebab kitorng de bawak kemah. Hah… dan2 tu gak hakak tu gasak mintak kitorang bayar sewa tapak RM 59… gila bab.. tul… mahal wokk!!
Tapi dah terdesak, bayau jer la… Tu belum kisah bilik. Awal2 tu dia dok ulang kata harga bilik RM120. Aku ni lak jenis susah gak nak paham bahasa, aku tnya la banyak kali… siap hakak tu tunjuk gambo dalam bilik tu… byk kali gak aku tnye soalan yg sama sebab nak betul2 sure… hakak tu tetap cakap harga RM120/nite…plus harga khemah RM 59…
Dia tau kitorang dah terdesak, masa nak bayar tu tetiba dia cakap kena bayau RM140 untuk bilik.. oii…oii… tadi cakap RM120 jer kan untuk bilik tu? hah… aku hamik bilik yg takde air-cond tu… Bengang aku..! tapi malas nak banyak cerita, bayau gak la..
Malam tu hasben sembang ngan student tu… Yang lelaki, kawan2 dak2 pompuan bilik sebelah tu…depa cakap bilik sebelah kitorang tu diorang sewa RM120 per nite ( ber - aircond tau )… what???!! apakah…?? sah2 kitorang dah kena kapur!! Bebudak tu pon terkejut dengor sewa tapak kemah kitorang sebanyak tu…
Takpelah…hamik la hakak oii… halal ke tak halal? hakak jawab ler sendiri nanti yerr…!!! sendiri mau hingat ler… huh.. tak berseri cuti2 Malaysia kitorang… geram wokk!
Sebab tu aku malas nak ingat tul2 nama chalet tu…memang takkan datang lagi kat situ kot..! Hu3… teringat kat Pantai Pasir Lanun tu..kat situ lagi best…lagi meriah kalau nak compare ngan tempat ni…tapi… apa nak wat… kat situ dah penoh… dan kitorang sampai pon dah lewat petang masa tu… nasib ler….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan