Ada banyak makna yang tersirat disebalik nama yang sederhana itu. Sama ada ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan saja, yg pastinya ada fakta menarik disebalik abjad / huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:
1. Perkataan : Muhammad - jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan nampak seperti rangka seorang manusia.
- sudah maklum adanya bahawa sebaik-baik makhluk / ciptaan yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan aqal mereka, sementara makhluk hanyalah hayawan dan planet-planet yang penuh rahsia.-
Manusia Sempurna:
2. Perkataan : Ahmad - jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maksud huruf-huruf itu akan mengambarkan susuk orang yang sedang melakukan solat.
- tahukah kita bahawa solat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya. -
Ahmad Terpisah:
3. Perkataan : Muhammad - jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk seperti manusia yang sedang sujud dalam solat.
" dlm. solat, Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya. Ini kerana semasa sujud, manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan kepada sang pencipta. hmmm betapa rahsia Tuhan sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahsia-rahaisa lain di sebalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati ' Habibullah: Muhammad '. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan