Isnin, 29 Ogos 2011

Mercun paling selamat di dunia…

Ha3…tak percaya? Ada la… korang je tak tau.

Selama hari ni dah berapa jari yang putus sebab mercun? Setakat Ramadhan tahun ni je, dah berapa jari yang jadi korban? raya korban lum sampai pon lagi… tapi ada yang dah buat 'korban'… say yes… korban jari.

Owh… bukan jari je yang leh terkorban, rumah pon leh terkorban… mercun punye pasal. nak meriah la konon… ha… bile dah terbakar, meriah tak?  meriahkan ? tak caya…? cube tengok, kalau de rumah terbakar, ramai tak orang…?

Abis la… aku merepek dah ni… tadi nak cakap pasal mercun paling selamat…


Aku malas nak cakap sekarang. Korang tengok dulu gambo nih…

DSC01459

Tadaaaaa… ni la dia mercun paling selamat di dunia… lagi selamat dari mercun pop pop tu… ha3.. kalao tak caya, try la.. kalo korang de mercun spesis nih… confirm selamat jari jemari korang.. ^_^

DSC01461

Nak main mercun ni pun senang.Tekan – tekan… picit picit je sampai kuar angin kus3…
Pop…popp,,, pos.. po.. ha..kan… bunyi mercun tu…ahaksss…




Motor usang ayah….

DSC01421

Ni la motor pertama yang ayah aku pakai start kitorang dok kat tanah FELDA tu… Ngan motor ni la ayah aku gunakan untuk cari rezeki… motor ni gak la yang ayah aku gunakan untuk hantar kitorang adik beradik pi sekolah dulu.

Ngan motor ni jugak la ayah aku accident teruk… habis cedera 1 badan sampai berhari  - hari terlantar kat rumah. Ayah tak nak pi spital.. dia lebih rela dok rumah…

Masa ni la mak aku jadi nurse tak bersijil untuk rawat ayah aku… masa tu aku kecik lagi… cume tau tengok jer. Mak aku la yang tolong jaga ayah dari pagi sampai malam… ngan jaga kitorang lagi…


Tapi… tu dulu. Sekarang semua dah berubah. sama macam masa yang selalu berubah… motor ni dah jadi sejarah… keadaan pun dah jadi sejarah... -.-'

Tak tau la nape ayah aku kuarkan dari bawah rumah… rasanye dah lebih sedekad dah motor ni tersadai kat bawah rumah tu…. Agaknye ayah aku nak jual kot… hmmm…
( * dahi berkerut…muka confiused… *)




Ahad, 28 Ogos 2011

Adat merisik orang nogori

Dari awal puasa lagi aku nak share ngan korang pasal ni. Aku pon baru tau sebenarnya…

Sebelum puasa hari tu, mentua aku ada lah pi merisik bakal menantu diorang. Bakal isteri abang ipar aku… * wink!

Lepas tu, abang ipar aku ni citer la kat mentua aku. Katanya bakal tunangnye tu… owh.. baru merisik yek… lum bertunang lagi masa nih… sambung balik… bakal tunangnya mengadu..

Katanya, cincin merisik tu besar. Dia tak leh pakai sebab longgar.

Rupa – rupanya saiz cincin tu bukan ikut saiz bakal tunang a.i ( abang ipar ) aku tapi…sebenar – benarnya cincin tu mak mertua aku punyeee............daa…

Dipinjamkan sajorkkkk.....!

Mentua aku cuma tergelak. Diorang ingat, pihak pompuan tau pasal adat merisik dan bertunang orang nogori nih…

Then mentua aku pun cakap, cincin tu akan diambil semula dari pihak pompuan. Mentua aku bagi pinjam kejap je… pinjamkan sampai diorang dah selamat bertunang.

Takkan nak pi risik sesaje je kan?

Cincin risik tu setakat untuk jadi penanda je. Yang bermakna pihak pompuan telah disunting.

suuuuuuuuupayaaaaaa.............................. orang lain tak leh ‘cantas'..... *wink..!

Jadi... jgn risau... masa bertunang nanti dapat lerr cincin khas untuk dia…hehee

Hu3… selama aku kawen ni la aku tul2 tau.



Patut la dulu masa risik, aku takleh pakai cincin yang mertua aku bagi. Sama kes, longgar…

Agaknya cincin tu pon mak mertua aku yang punya…ha3



Mulalah salah sangka… siap kena pulangkan semula plak tu… lagi la aku cuak… ha3… sekarang baru lah aku tau… camtu rupanyer adat nogori…

Tapi aku rasa tak semua buat macam tu. Ade gak yang terus bagi jer cincin risik tu… Tu terpulang pada pihak lelaki lah…. jangan lak kata orang nogori tu kedekut yek… lain tempat, lain caranya… ada lagi yang pelik – pelik..!



p/s : sebenornya... masa kejadian aku dirisik dedolu tu..... tak sangka mentua aku nak risik cepat... punya lah en. hasben kelam kabut bila mentua keluar statement.... " mak nak anta cincin tanda...." pulokk dahh... mana ada cincin masa tu.. ingatkan lambat lagi................................

images (2)_thumb[3]
Kalau gini la rupa cincin risik, tak pakai leh pakai pon takpe…ha3….


Jumaat, 26 Ogos 2011

Jangan salah baca surah Al-fatihah...!

Tadi aku BW ke blog cik ieyza, then aku tengok entry pasal bacaan al-fatihah ni. Sebenarnyer aku dah lama  dengar dan dah lama tau.. So aku rasa nak share kat dalam blog aku ni.

Kalau ade yang nak baca, bacalah...Kalau takde, aku simpan untuk aku jer lah...



Assalamualaikum...

Hari ni nak share sesuatu dan ieyza rasa patut sebar kan benda nie. harap boleh di manfaatkan bersama. Ieyza pun copy dari kawan ieyza . dia share kat fb..

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:-

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,
2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,
6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!
Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s : korang leh rujuk original entry kat blog cik ieyza ni.

Khamis, 25 Ogos 2011

Kilat tak?

DSC01440

Cer korang try test… ni mesin ape?…Jeng…jeng…jeng….Malas nak susah kan korang berfikir, meh aku gitau..

Yang tu mesin pengilat kasut… Sesape yang rasa malas nak kilatkan kasut ngan tangan and nak buat secara cepat, leh la buat guna mesin ni.

Confirm kasut korang kilat giler…tapi muncung kasut je la…buntut kasut…tak dapek nak nolong do…yang tu korang pandai – pandai buat sendiri sampai kilat..

Ni khas untuk kasut kulit je yo? Kasut ‘pesen’ lain, mesin tu tak mao buek…dio kabo an kek se semalam, dio cumo jatuh cinta ngan kasut kulit yo…kasut lain dio tak mao…he3

DSC01441

See…. can you see? harr… kan aku dah kata, ‘conpem’ kasut korang berkilat…tang giler tu..aku saje letak. padahal takde la giler pun kan…ha3…



Preparation for iftar with orphan today…

Preparation for iftar with orphan today… yupp !

DSC01442

Ni gambar semalam. Cawangan aku ditugaskan untuk menyediakan tempat solat sempena program berbuka puasa bersama anak – anak yatim hari ni…

Anggaran hadirin lebih kurang 400 orang ( kalau tak silap aku la.. ). Lepas dah susun semua benda alah kat dalam hall ni, dah sapu dan mop kasi bersih sama ini tempat… baru la pasang tikar – tikar ni with sejadah.

DSC01443

Ni la geng – geng  ( termasuk la aku skali ) yang bertanggungjawab menyusun barisan saf supaya selari semuanya. Puas la kitorang adjust bagi betul… Harapan kitorang supaya barisan saf malam ni takkan terputus – putus… Hope la kan…

DSC01446

Pas sediakan saf untuk jemaah lelaki, kitroang buat lak bahagian jemaah pompuan.. Cer korang tengok warna tikar tu…biruuu jerr… sedap mata memandangkan… pas tengok semuanye dah selesai… aduih… rasa macam nak berguling jer kat situ…he3….

Dah la masa tu redup je kat luar. Hujan. Dalam hall ni plak sejuk je…fuhhh… huishh…tak leh jadi. Pas siap pasang, aku malas nak tunggu. kang… kang.. kang… harrr… aku tido kat situ kang.. harr…he3





1 becomes 2

Termos yang hampeih tuu… aku dah hanta balik kat Famili Stor, tempat aku beli kelmarin. Nasib baik diorang bagi tukar.. kalau tak, dah tentu aku rugi. Lepas bagi resit and termos hampeih tu kat cashier, kitorang dibenarkan untuk amik yang lain.

Tapi… pas aku pi tengok, cuma ade 2 je lagi termos yang saiz besar. Yang lain semua kecik and banyak termos plastik yang tak tahan lama tu.



Yang 2 tu pon tak berapa elok dah. 1 tu penutup gabus eh dah rosak, yang satu lagi kotor ngan minyak… huu… tak selera aku nak amik.

Kesudahnye, aku amik yang kecik… tapi 2 biji sekaligus. Tu yang 1 becomes 2 tu...hikss...
Senang, leh letak air panas lebih…. kununnyer….

DSC01447

Tuu diaaa… setakat tadi ( bersahur ), aku tengok pas buka penutup gabus tu…. hmmm… berasap lagi. Tapi kena tunggu petang ni. Nak tengok lama mana air dalam termos ni bertahan.

Harap – harap leh tahan la… malas dah nak tukar – tukar lagi….




Rabu, 24 Ogos 2011

Sejuk…!!!?

Kelmarin aku beli termos baru sebab termos yang lama tu dah jahanam… bukan sikit – sikit…memang jahanam terus…


Elok aku angkat nak tuang air, buntut termos tu bolos… abis terbarai semuanye… hu3

DSC01437 

Ni ha termos baru tu… tapi yang aku tak puas hati tu… malam pas beli tu aku terus masukkan air panas. kalau termos yang lama tu ( sama jenis dengan termos baru ni… tapi beli kat tempat lain.. ), air panas leh tahan hampir 24 jam…

Diulang… 24 jam… so aku pikir termos yang baru ni leh tahan selama tu la jugak.


Pagi semalam aku sahur macam biasa. Buat air panas guna air dalam termos tu… rasanye aku baru bancuh, tapi air dah rasa suam – suam kuku. Pelik, tapi aku just ignored jer…

Then, petang semalam, aku nak rendam ape tah ngan air dalam termos tu… Aku tuang la dalam bekas… tapiiii…….. tak berasap pun cam sepatutnyer…

SEJUK…!!



La… takkan la kot… aduihh… ni yang aku menyampah ni… nape pulak tak panas? aii… nampaknye ade la yang nak kena pulangkan semula nihh..

DSC01438

Nasib baik aku tak buang lagi resit tu… kalau tak, sia – sia je…




Selasa, 23 Ogos 2011

Peragut wanita..? how dare you!!!

Selalunya kita dengar peragut ni mesti dari golongan lelaki kan..? ape pendapat korang kalau aku cakap ade jugak kaum pompuan yang jadi peragut jahanam macam tu?

Tak tau lak kalau kat tempat lain yek... tapi, kalau ade sesape yang tinggal di kawasan seremban or senawang... kalau korang rajin pi OCEAN... tu nama lama mall tu...nama baru mall tu..THE STORE...yang on the way nak ke town Seremban ( kalau korang datang dari arah Kuala Pilah )...hati - hati la ngan handbag korang.

Baru jap ni, member aku yang tumpangkan aku balik tenghari tadi cakap...dia pi la OCEAN tu jap... Jurujual kat situ pesan kat dia supaya berhati - hati masa bawak handbag kat area situ sebab baru - baru ni dah berlaku beberapa kejadian ragut kat tempat tu...

So...korang sila lah berhati - hati... Jurujual tu gitau lagi yang...PERAGUT tu POMPUAN uollss...! Jahanam ke tak camtu...?

Menjatuhkan martabat wanita jer...kuang ajar betul..! aku harap peragut tu cepat - cepat kena tangkap...

Isnin, 22 Ogos 2011

Psiko ke budak tu?

Tadi cif Azmi datang kat aku. Dia bagi amaran supaya hati - hati sikit kat kuartes tu...

Aihhh...ape kena pulak cif ni? Hati aku dah mula rasa semacam. Aku tanye cif, kenape dia cakap macam tu ?

Cif cakap, tadi dia balik kuartes sebab nak selesaikan masalah kat kuartes tu ( dia pegawai yang incharged untuk selenggara kuartes ). Then, dia balik rumah jap. ( Dia pon dok kuartes gak... )

Masa tu dia nampak de sorang budak lelaki, siap ngan uniform berlegar kat kawasan kuartes tu... Cif perhatikan dulu. Last - last budak tu berhenti betul - betul depan rumah aku and jengah - jengah ke laman rumah...

Ya Allah...berderau darah aku dibuatnyer... Bile dia nampak budak tu macam mencurigakan, dia pon datang kat budak and sergah...

" heh...kau buat ape ni?!"

Cepat - cepat budak tu tinggalkan tempat tu dan hilang di sebalik bangunan...Wahh... Ni yang aku tak gemar nak dengar nih..Bile aku tanye cif macam mana rupa budak tu, cif cakap...tinggi, badan agak berisi sikit...budak tu memang kerap lalu lang kat kuartes tu...Cif agak budak tu mungkin 'aim' motorsikal RXZ husband aku...

" ko kena hati - hati sikit. aku tengok budak tu kerap gak lalu lalang kat kuartes tu.."

Tetibe aku teringat 1 mende. dulu aku pernah nampak sorang budak lelaki amik 'something' dari rumah jiran depan rumah cif tu...tapi aku tak tau barang ape..

Aku tau sebab, sebelum budak tu buat keje cilok tu..dia dok berlegar-legar depan rumah orang. Kebetulan pagi tu aku bangun awal and tengah rajin nak menjemur kain. Bile budak tu nampak aku ade, dia buat - buat lepak kat celah bangunan depan sikit dari rumah aku.

Then aku masuk dalam rumah jap, bile aku keluar je...budak tu dah gi rumah depan tu amik cepat - cepat dia sorokkan dalam baju..Barang yang dia amik tu, memang aku tak nampak. Tapi gerak geri dia sorokkan barang pastu lari terkepit - kepit tu aku nampak jelas sangat.

Bile cif gitau camne rupa paras budak tu tadi...aku rasa budak yang sama...Sebab,sejak peristiwa dia cilok barang tu, tiap kali dia lalu depan rumah aku...dia mesti pandang. Kalau aku ade, dia pandang je..Budak - budak lain takde plak camtu...Budak ni sorang je yang pelik sikit....semacam plak tu...hishh...

Aku plak, bile budak tu lalu...dah tentu la aku pandang kan...sebab aku ingat rupa dia...cume tak tau nak describe kat sini...

p/s : beberapa hari sebelum budak tu kantoi ngan aku, ade member opis yang dok kuartes tu mengadu hilang bra...buka sekali dua..banyak kali...lagi pelik, bile bra tu dipulangkan pada pemilik tapi berseput warna merah...euhh...menakutkan...

Ahad, 21 Ogos 2011

Thanks Lulu Caldina…

Ha3…aku suka…aku suka….
Baru kejap ni aku tengok blog, tetttt….ade 1 ulasan…
Klik jap…opsss…. mesej dari Lulu Caldina….
Sekarang blog aku ade dalam blog list dia….!
Yeaappyyyy…..!!!!!!

y

Thanks Lulu Caldina…!

p

Yang lain bile lagi ek?
Korang tak sudi ke follow blog aku?
Eh…aku tak paksa…sebab aku suka kan follower sejati yang ikhlas baca blog aku….
Tapi yang sentiasa datang jengah blog picisan aku ni pon aku nak ucap thanks beribu – ribu lemon kat korang coz sudi bertandang kat sini
Thanks ya…!

Sabtu, 20 Ogos 2011

Dodol kuala pilah...

Hari ni aku buke pose ngan ayah, adik bongsu dan anak - anak je...suami?

Ha3... dia kena balik kampung dia kat Pilah nun...kacau dodol.

aku dah agak dah...hampir tiap kali raya memang macam tu...

tapi balik nanti biasanye dia akan bawak balik dodol tu sikit...

Penat mengacau, takkan balik tangan kosong jer...he3...

Selamat mengacau dodol...aduhai suami ku...! 

dodol penganan

Serting…

DSC00205

Pokok besar yang dah tinggal kenangan. tepi pokok tu adalah merupakan tebing tinggi dan di bawahnya adalah rumah jiran kami. dulu tebing tu tak le nampak sangat. tapi since cik miskam dah korek sikit2 nak bagi laman rumahnya lagi nampak luas, tu yg jadi tebing tu.... dulu landai lagi... tu la tempat aku selalu main dulu... ^_^

Yupp ni rumah ayah... kampung aku membesar dan namanya Felda Serting.



Dulu Serting… Since tahun 2004 ( kalau tak silap aku la…), diorang dah tukar nama kampung ni dari nama Serting kepada Raja Alias… Felda Raja Alias !

DSC01420

Tuu dia... dah lapang! tinggal tunggul dan akar dia yg bapak besar tu jek.... nak berdiri kat tepi akar tu pun dah rasa seram je... ngeri oiihhh... tebing tu dah setinggi umah 2 tingkat tu dah tau... kalau lah terjatuh... aduduuuu..... tak tau nak kata la jadi apa... -.-'




Rabu, 17 Ogos 2011

Cincin


Ni... cincin ni...dari hari tu lagi dok bertenggek kat meja aku...

Puas dah aku halau...

Dia tak nak pi jugak....


Macam tu je dia dari minggu lepas...

Asyik dok tenung - tenung kat aku..mendek la...

Aku dah kata....tak boleh dok ngan aku...



Tengok..!!

Berani dia lepak kat keyboard haku...!!

Aku kata dah..tak leh...

Saiz ko besar, cincin oi..!

Jari aku cute jer...he3...

Selasa, 16 Ogos 2011

Ulangtahun pertemuan aku dan dia....

Aku baru je habis meeting sat nih... tetibe aku teringat sesuatu...

Hari ni la hari aku dipertemukan dengan suami 8 tahun yang dulu...

( pagi tadi aku ingat, sampai tempat keje... ter'forget' jap..heh3 )

Pejam celik...pejam celik... jap je dah 8 tahun...

tiket bas

Pagi tadi aku dah selongkar dah album suami... semata - mata nak cari tiket lusuh nih... 

Memang lusuh... tapi kenangan tu tetap kukuh dalam hati.... ^_^

Tiket tu my husband punye...tiket aku ?

dah lama dah aku buang..... turun je dari bas tu, aku terus buang. ~_~'

Ye la... masa tu mane la aku tau nak kekal sampai sekarang. Jadi husband and wife lagi tu...

Suami aku pon tak sangka yang dia masih simpan tiket tu....heh3...

nasib baik ade...

leh la tunjuk kat anak - anak bukti tarikh kitorang dipertemukan. 

Lagipun aku takkan lupakan beberapa perkara yang berlaku masa mula - mula jumpe suami aku dulu...Yang pastinye...ini bukan cinta pandang pertama....

Memang bukan ok...

"Selamat Ulangtahun Pertemuan Kita yang  ke - 8 tahun...khas untuk my en. hasben..."

Kad raya untuk uolls...


Kecohnye aku...! he3...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Trip to Pantai Penyabong : part 3

Ok…sambung lagi daripada trip to pantai penyabong : part 2

Lepas dah kenyang perut, dah kemas – kemas pinggan mangkuk… mata pun mula la berat je.

Tapi pas tengok pasir pantai yang landai tu... sayang pulak nak lelapkan mata nih... n_n

jom lerr kita cuci mata dulu...

DSC01149

Katanya tu Pulau Tioman.... tak tau la betul ke tak... cerr la cari kat google kot2 betul tu Pulau Tioman....

Biru je kan?? tenang je tengok..

Ni air laut tengah surut...sebab tu laut nampak jauh... saujana mata memandang.... sesuai sangat kalau nak main bola pantai...

jangan risau pasal air pasang sebab, kat sini air pasang dari pagi sampai tengahari je..

DSC01146

Masa ni terlupe jap yang perut masing – masing tengah lapar. Baru je sampai chalet. Nampak laut yang tenang kebiruan tu, aku capai handphone terus snap – snap gambar.

DSC01147

ni adik aku tengah leka cari kulit siput.. hobi dia bile datang ke pantai, camtu ler.. sejak bile ntah... ohooo... dak kecik tu comelnyaaaa....!!!

DSC01169

Lain yang dia cari, lain plak yang dia jumpe. Tu diaa.. anak ketam ketereh…

P1050362

Tuan tanah yg mencoba pose biar nampak 'hencem'.... haaaaa chummmm...!!!

sniff...sniff..snifff... ( terbersin jap... hikkk.. n_n )

P1050393

Eh…aku lupe. Ade rupenyer gambo menu hari pertama kitorang kat situ. Patut la lupe…gambo ni dalam kamera adik aku. Nasib baik dia sempat snap snap…

Lepas posing, kena la tolong plak mak aku memasak. 

Selesai makan, kitorang turun balik ke pantai ramai – ramai…

DSC01170

Kagum dengan view yang terbentang luas depan mata... subhanallah!

DSC01168

Tunggu masa nak masuk dalam air masin... 

DSC01172

Pantainya macam cermin!

DSC01171

Cik Guyu dan Payel... buat apa tu?

DSC01179

Opal.... larikkkkkk...!!!

DSC01183

Lubang - lubang kecil yang mengandungi anak ketam...

DSC01184

Ku tunggu kau ketam.... tapi sampai sudah kau nyorok je dalam tu kan?

DSC01180

The 2 brothers!

P1050396

See… air memang tengah surut giler time ni. Memang jenuh la kalau nak berlai - larian kat sini

Memula pakai kasut… lama – lama kasut pun ntah ke mana tah…

Aku tak mandi. cume teman anak – anak jer. 

Abah bebudak ni la yang mandi. 

Aku tengok dari jauh je sambil jalan – jalan kat tepi – tepi air laut tu.

P1050399 P1050400

P1050402 

anak bertuah ni memang gayat sikit bile berendam dalam air laut tu... agaknya dia rasa macam penig - penig. sebab tu dia bantai meraung kuat2.. he3

siannn... n_n


P1050405

Kalau dah nama pun adik – beradik…he3...ingatkan si abang je yang takut air…

Si kecik tu pun sama jugak…ha3..

P1050418 P1050419

Takut – takut berani je tu...he3...

P1050408 P1050409

P1050424

tadi je si kecik ni takut. La ni dia dah mula syok dah..

 Dek leka melayankan dia, sedar2 

 ‘ontot’ dia yang comel tu dah terkeluar… rupanya

seluar dah terlondeh...kih3…

P1050426 P1050427

DSC01186

DSC01187

Korang tengok je la ek…malas nak taip pepanjang…

P1050430

P1050443

Lepas dah puas mandi laut…

DSC01188

Lama dah teringin nak naik buai ni... sejak dah jadi mak orang nih kan?? ha3

P1050458

Lepas dah penat merayau kat tepi pantai… masa untuk relax sakan sambil layan udara petang pulak.

DSC01224

Makan malam kitorang. Serba ringkas tapi tetap mengenyangkan.

Ok… tu antara aktiviti kitorang kat sana..



You also may read here :