Ok… sambung lagi daripada trip to pantai penyabong : part 2
Lepas dah kenyang perut, dah kemas – kemas pinggan mangkuk… mata pun mula la berat je.
Tapi pas tengok pasir pantai yang landai tu... sayang pulak nak lelapkan mata nih... n_n
jom lerr kita cuci mata dulu...
Katanya tu Pulau Tioman.... tak tau la betul ke tak... cerr la cari kat google kot2 betul tu Pulau Tioman....
Biru je kan?? tenang je tengok..
Ni air laut tengah surut...sebab tu laut nampak jauh... saujana mata memandang... sesuai sangat kalau nak main bola pantai...
jangan risau pasal air pasang sebab, kat sini air pasang dari pagi sampai tengahari je..
Masa ni terlupe jap yang perut masing – masing tengah lapar. Baru je sampai chalet. Nampak laut yang tenang kebiruan tu, aku capai handphone terus snap – snap gambar.
ni adik aku tengah leka cari kulit siput.. hobi dia bile datang ke pantai, camtu ler.. sejak bile ntah... ohooo... dak kecik tu comelnyaaaa....!!!
Lain yang dia cari, lain plak yang dia jumpe. Tu diaa.. anak ketam ketereh…
Tuan tanah yg mencoba pose biar nampak 'hencem'.... haaaaa chummmm...!!!
sniff...sniff..snifff... ( terbersin jap... hikkk.. n_n )
Eh…aku lupa. Ada rupanya gambo menu hari pertama kitorang kat situ. Patut la lupe…gambo ni dalam kamera adik aku. Nasib baik dia sempat snap snap…
Lepas posing, kena la tolong plak mak aku memasak.
Selesai makan, kitorang turun balik ke pantai ramai – ramai…
Kagum dengan view yang terbentang luas depan mata... subhanallah!
Tunggu masa nak masuk dalam air masin...
Pantainya macam cermin!
Cik Guyu dan Fa'el... buat apa tu?
Opal.... larikkkkkk...!!!
Lubang - lubang kecil yang mengandungi anak ketam...
Ku tunggu kau ketam.... tapi sampai sudah kau nyorok je dalam tu kan?
The 2 brothers!
See… air memang tengah surut giler time ni. Memang jenuh la kalau nak berlai - larian kat sini.
Memula pakai kasut… lama – lama kasut pun ntah ke mana tah…
Aku tak mandi. cume teman anak – anak jer.
Abah bebudak ni la yang mandi.
Aku tengok dari jauh je sambil jalan – jalan kat tepi – tepi air laut tu.
anak bertuah ni memang gayat sikit bile berendam dalam air laut tu... agaknya dia rasa macam pening - pening sebab tu dia bantai meraung kuat2.. he3
siannn... n_n
Kalau dah nama pun adik – beradik…he3...ingatkan si abang je yang takut air…
Si kecik tu pun sama jugak…ha3..
Takut – takut berani je tu...he3...
tadi je si kecik ni takut. La ni dia dah mula syok dah..
Dek leka melayankan dia, sedar2
‘ontot’ dia yang comel tu dah terkeluar… rupanya
seluar dah terlondeh...kih3…
Korang tengok je la ek…malas nak taip pepanjang…
Lepas dah puas mandi laut…
Lepas dah penat merayau kat tepi pantai… masa untuk relax sakan sambil layan udara petang pulak.
Makan malam kitorang. Serba ringkas tapi tetap mengenyangkan.
Ok… tu antara aktiviti kitorang kat sana..
You also may read here :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan