Minggu lepas Fa'el demam. Dekat seminggu gak la. Sampai panik kitorang dibuatnya. Tapi sekarang ni al-hamdulillah... Fa'el dah sembuh.
Lepas je Fa'el kebah, isnin pagi tu pengasuh diorang plak demam. Sampai hari ni, akak tu masih lum elok demam. Tak leh nak makan katanya... alahai... sian plak kat akak tu... lemah je aku tengok dia.
Dari awal2 dia demam lagi aku dah pesan, kalau tak larat nak jaga budak2... tipon jer la aku.
Kelmarin dia tipon, ingatkan dia tak larat nak jaga budak2... rupanya bukan sebab tu. Dia call sebab hidung Opal keluar darah. Dia tanya nak buat camne?
Aku takde la risau sangat. Bukan sekali tu jer dia kena camtu. Dah banyak kali dah. Memang sejak seminggu ni Opal tak reti dok diam. Ada je mende dia nak buat. Jap2 melompat2, jap2 main kejar2 ngan Fa'el ( walaupun Fa'el lum kebah dari demam, main tetap main... adeihh...)...
Tapi sejak tu, badan dia dah mula 'angkar' jer. Bahang sikit tapi aktif lagi. Malam tadi jer la baru aku tengok dia dok diam. Lemah jer... banyak tido dari main. Lepas makan ubat, dia terus lepak sebelah hasben. Fa'el plak dok mengacau dia, selalunya Opal yang menyakat Fa'el. Malam tadi dah terbalik plak.
Kesian Opal!
Pagi tadi aku tengok mulut dia, macam biasa... Ada ulser. Bukan 1 tapi 3 bijik. Besar gak la.. hurrmmm... tu la.. kurang minum air masak... panas dalam la tu...
Pagi tadi aku tengok mulut dia, macam biasa... Ada ulser. Bukan 1 tapi 3 bijik. Besar gak la.. hurrmmm... tu la.. kurang minum air masak... panas dalam la tu...
Get well soon la uolls...
2 ulasan:
kesiannya adik2 ni.. semoga cepat sembuh yaa
alala siannya..dah sihat ke naufal?doakan semoga cepat sembuh ye.
Catat Ulasan