Isnin, 31 Oktober 2011

Si abang bakal ke nursery baru.

Bila baca enrty Pn. Fitri pasal nursery training untuk anak dia, aku terfikir semula pasal Opal.

Tahun depan umur dia dah 5 tahun. So aku dengan hasben cadang nak hantar dia kat nursery baru... PASTI.

Kat situ dia boleh belajar macam2... Siap belajar mengaji lagik. Bulan - bulan pon tak mahal. Sama jer ngan harga nanny dia sekarang. Aku nak dia biasa dengan kawan - kawan baru yang lebih ramai.

Dengan nanny sekarang, dia cuma kawan ngan anak nanny dia tu, Fa'el and sorang lagik budak lelaki yang umur bawah sikit dari dia. Bermakna, dunia dia cuma lingkungan tu. Lepas tu, aku penah try ajar dia mengeja, kenal huruf tapi tak berhasil sangat sebab dia lebih suka main jer. 5 minit pertama jer dia boleh ikut apa yang  aku ajar. Selebihnya, dia wat tak endah jer.

Tapi masa aku amik borang hari tu, aku tengok ramai gak la budak2 yang belajar kat situ. Tetiba timbul plak rasa bimbang kat hati.

Aku tertanya - tanya, boleh ke Opal sesuai kan diri nanti? Boleh ke Opal main sama2 tanpa perlu menangis sebab terpaksa kongsi dengan budak lain permainan yang sama nanti? Sedangkan kat rumah pon dia dah camtu... sikit - sikit meraung bila mainan dia dirampas si kecik bertuah tu...

isk... macam2 la yang aku pikir...adoyai...


Luv u Opal!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haih...cmni la syu..aku nak bg nasihat pun anak aku pun fail =P