Sabtu, 1 Oktober 2011

Kenduri doa selamat…

Sengaja aku amik cuti gantian yang jabatan bagi hari tu, semalam.

- Eh…cuti gantian ? Jabatan bagi ? nape ek?

Kan hari tu aku kena kawad sempena sambutan hari kemerdekaan tu… Tu yang aku dapat cuti gantian ni. Diorang dah amik awal – awal hari tu. Aku jer belom. Semalam la aku amik.

Kebetulan plak rumah mentua ada buat kenduri doa selamat malam semalam. Dah sedang elok la tu kan? Lepas solat jumaat baru aku sampai rumah mentua.

Tak sangka plak sampai sembelih kambing. Wah… korban kambing ko..! Asalnya ada 2 ekor kambing yang nak disembelih…tapiii… sekor dah terlepas. Tak tau la camne boleh terlepas…

Takde rezeki la tu… dapat sembelih sekor jer…sib baik yang sekor ni besar sikit dari yang dah terlepas tu. Diorang try cari sampai nak ke maghrib… langsung tak jumpa…tah mana lah kambing tu lari..

page

Diorang buat doa selamat ni sempena keberangkatan rombongan ke Lui Timur hari ni. Hmm… alhamdulillah…berkat doa selamat tu, semuanya berjalan dengan lancar hari ni… Rombongan ape? Leh agak tak? heheh… cer la teka….next entry aku bagi jawapan.

2 ulasan:

Kayu Manis berkata...

mcm mana kambing boleh hilang tu..sedapnya kalau masak kuzi kambing..

skuterlady.blogspot.my berkata...

cinnamon : tak tau ler camne leh terlepas. Masa tu diorang tengah buka tali kambing tu...takde rezeki..nak wat camne...kalau tak, dapat la diorang kendurikan kepala 2 kambing tu ramai2..